• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Bm SPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul Bm SPM"

Copied!
101
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAHASA MELAYU 1 (1103/1)

Mukadimah

Penulisan karangan merupakan bahagian yang paling penting dalam kertas Bahasa Melayu SPM Kertas 1 (1103/1). Murid-murid akan diuji tentang kebolehan dalam memilih dan menyusun idea dengan bahasa yang jelas , lancar , berkesan dan bersesuaian dengan tema serta tugasan soalan karangan.

Peruntukan markah bagi kertas ini adalah tinggi. Hal ini demikian kerana tidak ada mata pelajaran lain yang memperuntukkan 130 markah untuk dua soalan sahaja, iaitu 30 markah bahagian A dan 100 markah bahagian B. Dalam erti kata yang lain, lulus atau gagal pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu bergantung pada kemahiran pelajar dalam menguasai bahagian ini.

Dengan itu, semua guru dan pelajar harus cakna dengan memberikan penekanan dan tumpuan yang lebih pada bahagian ini. Sebagai langkah permulaan, murid-murid akan dibekalkan dengan beberapa bahan penulisan yang mudah tetapi berkesan untuk meningkatkan kecekapan menulis karangan. Kaedah InKeMaNep, SeKeCaM+T dan ImBaKuP merupakan modus operandi yang diilhamkan untuk memudahkan murid-murid menguasai kemahiran menulis. Pelbagai perubahan telah dilakukan terhadap modul terbaru ini sebagai medium penggarapan kecemerlangan murid-murid dalam penulisan .

Bahan-Bahan Penulisan

A. Penanda Wacana

AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

o Pada era globalisasi ini, o Dalam meniti arus kemodenan ini, o Dalam melangkah ke era modenisasi, o Dewasa ini,

o Sejajar dengan era globalisasi kini, o Pada alaf moden ini,

o Mutakhir, o Dasawarsa ini, o Akhir-akhir ini,

o Memang tidak dinafikan bahawa

CONTOH AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

Sesungguhnya, pelbagai usaha yang menyeluruh perlu dilakukan bersama-sama untuk menangani masalah ini supaya tidak menjadi barah yang sukar diubati.

AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

o Pada hemat saya…

o Kita dapat menyaksikan bahawa o Pada pandangan saya ...

o Umum mengetahui bahawa

(2)

2

AYAT KEDUA DAN SETERUSNYA Mengapa (M)

o Hal ini demikian kerana o Hal ini begitu kerana o Hal ini berlaku kerana o Hal ini terjadi kerana o Hal ini disebabkan oleh o Hal ini wujud akibat daripada o Hal ini berpunca daripada

o Hal ini membawa konotasi bahawa

Bagaimana (Ba) o Dalam hal ini ... o Dalam konteks ini

o Dengan berbuat demikian ... o Dengan itu,

o Oleh sebab itu, o Dengan demikian, o Oleh hal demikian,

Kesan (K) o Natijahnya,

o Sebagai akibatnya, o Hal ini mengakibatkan

o Tindakan/Cara/ Usaha ini akan

AYAT SETERUSNYA (CONTOH DALAM ISI YANG SAMA) o Sejajar dengan itu,

o Selaras dengan itu, o Selanjutnya, o Sementara itu, o Seterusnya, o Di samping itu, o Dalam pada itu, o Selain itu,

(3)

3

PENEGASAN (P)

o Kita mengakui hakikat bahawa o Jelaslah kepada kita bahawa o Tegasnya kepada kita bahawa o Hakikatnya, o Sesungguhnya, o Secara khususnya, o Secara umumnya, o Sememangnya, o Tegasnya, o Jelaslah, o Pada dasarnya, o Sememangnya, o Sebenarnya, o Sewajarnya, o Secara ringkasnya, o Pada umumnya, o Realitinya, o Seyogia, MENYATAKAN CONTOH o Sebagai contoh, o Biar kita lihat...

o Biar kita ambil contoh.. o Misalnya,

o Umpamanya, o Tamsilnya,

o Yang dimaksudkan ialah KESIMPULAN o Sebagai intiha, o Sebagai konklusi, o Secara tuntas, o Secara keseluruhan, o Secara total, o Akhir kalam, o Walhasil,

PENDAPAT YANG BERBEZA o Walau bagaimanapun, o Walaupun begitu, o Namun demikian,

(4)

4

o Ironinya,

o Kendatipun,

o

Sungguhpun demikian

,

PENANDA MEMULAKAN PERIBAHASA (UNGKAPAN MENARIK) o Hal ini bersesuaian dengan peribahasa….

o Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa... o Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa….. o Orang tua-tua pernah berkata…

o Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa…

o

Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa

….

B. FRASA-FRASA MENARIK

1.

abstrak tidak dapat dilihat /dirasa

2.

absurd mustahil/tidak masuk akal

3.

afdal lebih utama

4.

agenda rancangan

5.

agresif cenderung menyerang

6.

akademi pusat pengajian

7.

akauntabiliti tanggungjawab

8.

akar umbi keseluruhan

9.

akur bersetuju

10.

akhirulkalam akhirnya,

11.

akses cara memperoleh maklumat

12.

akur bersetuju

13.

alaf zaman

14.

alma mater

s

ekolah / universiti / tempat belajar

15.

alpukah

daya usaha, inisiatif, kehandalan.

16.

alternatif pilihan

17.

apresiasi

penghargaan

18.

analogi kiasan, perbandingan

19.

anarki kekacauan/porak-peranda

20.

anasir jahat unsur jahat

21.

anjakan paradigma perubahan sikap / pemikiran

22.

aset ciri atau sifat istimewa/harta

23.

aspek bahagian untuk diberikan perhatian

24.

aspirasi cita-cita / hasrat

25.

audiens para penonton(pembaca/pendengar)

26.

autoritarian berpegang teguh pada undang-undang/peraturan

27.

basa-basi sopan santun

28.

belasungkawa ucapan takziah

29.

berdarmawisata berkelah/ bertemasya/melawat sambil belajar beramai-ramai

(5)

5

31.

beroperasi bergerak/berjalan

32.

bitara tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya

33.

bersilengah tidak mengendahkan apa-apa/ bersikap tidak tahu

34.

boikot pemulauan

35.

cacamarba bercampur aduk/bercampur baur

36.

canggih moden /sofistikated,kompleks

37.

canggung kurang biasa/kurang sempurna

38.

cendekiawan orang cerdik pandai

39.

citra gambaran/imej

40.

daif hina, lemah

41.

dana modal

42.

dasawarsa masa sepuluh tahun / dekad

43.

dedikasi

ketekunan kepada sesuatu kerja

44.

definisi makna sesuatu kata,frasa /takrif

45.

delegasi rombongan/perwakilan dalam persidangan

46.

desas-desus khabar angin

47.

digniti sifat mulia/pangkat/gelaran

48.

dilema keadaan serba salah

49.

dinamik berdaya saing/ ada kekuatan untuk membuat kemajuan

50.

dirgahayu mudah-mudahan panjang umur

51.

diuar-uarkan pengumuman kepada umum

52.

domestik hal /urusan dalam negeri

53.

dominan berkuasa/berpengaruh

54.

drastik sesuatu tindakan yang keras

55.

e-dagang urusan perniagaan melalui Internet

56.

efektif berkesan, mujarab

57.

efisien menjalankan tugas dengan cekap

58.

ekonomik sesuatu yang menghasilkan keuntungan

59.

eksplisit dinyatakan dengan tepat dan jelas.

60.

eksploitasi menggunakan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri

61.

elemen anasir/unsur/perkara

62.

emansipasi pemberian hak yang sama dalam hukum

63.

era zaman

64.

estetika yang berkaitan dengan keindahan

65.

evasif sikap mengelak diri daripada tanggungjawab

66.

faktor perdana faktor utama

67.

fana tidak kekal

68.

fanatik orang keterlaluan pada sesuatu pegangan

69.

fatamorgana sesuatu bersifat khayalan

70.

fenomena kejadian yang dapat diperhatikan

71.

fleksibel sedia mengubah (sikap, pendirian)

72.

fobia ketakutan yang amat sangat

73.

ghalib lazim/biasa/berjaya/untung/menang

74.

global menyeluruh

(6)

6

76.

hedonisme pegangan hidup mementingkan keseronokan

77.

hikmah kebaikan

78.

ikhtisar ringkasan

79.

iltizam keterlibatan secara bersungguh-sungguh /komitmen

80.

imej gambaran

81.

individualistik bersifat individu

82.

informasi keterangan, maklumat.

83.

integriti kejujuran/keadaan sempurna

84.

inisiatif daya usaha

85.

inovasi sesuatu yang baru diperkenalkan

86.

insentif galakan

87.

inspirasi ilham/ bisikan hati

88.

instrumen alat

89.

integrasi perpaduan

90.

inteligensia

intelek/ cerdik pandai /cendekiawan.

91.

intensif giat dan sungguh-sungguh

92.

izhar jelas/nyata/terang

93.

jati diri identiti yang asli

94.

jerayawara ceramah/persembahan/pameran

95.

jumud kaku, beku, kolot

96.

kaget terkejut / terperanjat

97.

kancah tempat/ medan sesuatu keadaan

98.

karisma daya kepimpinan, daya penarik,

99.

kebobrokan keburukan, kerosakan (hidup )

100.

kegawatan kegentingan/ketegangan/kritikal

101.

kemaruk berlebih-lebih

102.

kemelut masalah

103.

kerenah ragam, tingkah laku

104.

ketandusan kehabisan

105.

keunikan luar biasa/istimewa

106.

kewibawaan kebolehan menguasai sesuatu

107.

kolot kuno

108.

kombinasi gabungan

109.

komited menunjukkan komitmen

110.

komitmen memberikan sepenuh tenaga /perhatian

111.

kompetitif bersifat persaingan

112.

konflik perbalahan

113.

konklusi kesimpulan

114.

kongkongan sekatan

115.

konkrit kukuh/fakta yang pasti

116.

konotasi idea yang tepat

117.

konsentrasi tumpu perhatian / fikiran

118.

kontradiksi sesuatu yang berlawanan

119.

kontemporari pada masa yang sama/ semasa

(7)

7

121.

kredibiliti kelebihan yang ada pada seseorang

122.

kriteria ciri-ciri / ukuran

123.

kritikal menimbulkan krisis

124.

kudsi suci

125.

lazim biasa

126.

landasan berfikir cara berfikir

127.

madani maju pemikiran/kerohanian dan kebendaan

128.

manipulasi perbuatan dikendalikan dengan cekap

129.

mapan kukuh /teguh

130.

marcapada dunia sekarang ini

131.

maslahat faedah

132.

membarah menjadi barah

133.

membendung menghalang

134.

memudaratkan menambahkan kesusahan

135.

mendukung memikul atau menyokong

136.

memanifestasikan melahirkan/menggunakan

137.

mendambakan terlalu inginkan sesuatu

138.

menerajui memimpin

139.

mengaibkan memberi malu

140.

mengheret membawa seseorang

141.

mengikis membuang

142.

menjana menghasilkan

143.

mekanisme alat/aspek

144.

memorabilia peristiwa yang sangat menarik/masyhur

145.

menobatkan menabalkan/mengumumkan

146.

menuding jari menyalahkan

147.

meranapkan memusnahkan

148.

merealisasikan menjadikan impian kenyataan

149.

merencatkan menggagalkan

150.

modus operandi perancangan, strategi

151.

momentum daya sesuatu pergerakan

152.

muafakat setuju/ persetujuan

153.

musyawarah perundingan

154.

mutakhir terkini /akhir-akhir ini

155.

nadi faktor yang menjadi asas

156.

natijah kesudahan, akibat

157.

norma adat

158.

optimis yakin /menaruh harapan baik

159.

optimum kedudukan / jumlah terbaik

160.

orde baru dunia sistem / peraturan baru

161.

pemangkin faktor yang mempercepat

162.

pancaroba dugaan

163.

pasca selepas/ sesudah

164.

penggemblengan penyatuan/bersatu padu

(8)

8

166.

perisai alat untuk berlindung/pelindungan

167.

permisif bersifat terbuka

168.

persepsi gambaran atau bayangan dalam hati

169.

persis sama benar / serupa benar

170.

perspektif tanggapan /pandangan yang wajar

171.

pesimis mudah putus asa (lawan optimis)

172.

platform dasar/ asas perjuangan

173.

polemik perbahasan, perdebatan

174.

pornografi bahan bacaan lucah

175.

pragmatik sesuatu mengutamakan kesan

176.

prakarsa inisiatif/ daya usaha, ikhtiar.

177.

prasarana kemudahan dan perkhidmatan asas

178.

premis sesuatu pernyataan yang benar

179.

prestij martabat tinggi / kedudukan tinggi

180.

prima yang pertama/yang terutama/yang penting

181.

prihatin mengambil berat, perhatian terhadap

182.

proaktif tindakan positif

183.

produktif banyak mendatangkan hasil

184.

progresif maju / ke arah kemajuan

185.

prosedur peraturan

186.

prospek peluang / harapan cerah

187.

protokol peraturan dalam majlis rasmi

188.

reaksi tindak balas

189.

realiti kenyataan/hakikat

190.

relevan ada kaitan / sesuai/diterima

191.

respons sambutan, reaksi, jawapan

192.

risiko kemungkinan atau bahaya

193.

rubrik ruangan dalam surat khabar

194.

rutin sesuatu yang menjadi kebiasaan

195.

sarwa umum/seluruh/seluruh

196.

sabotaj perbuatan khianat

197.

sahsiah keperibadian

198.

seantero seluruh / segenap

199.

senario urutan peristiwa

200.

sensitif peka, cepat bertindak balas

201.

sentimen perasaan berlebih-lebih

202.

signifikan bermakna / penting

203.

sindrom gejala/tanda sesuatu penyakit

204.

sinergi usaha sama antara individu / kumpulan

205.

sistematik terancang/ menurut sesuatu sistem

206.

slogan kata-kata keramat (mulia)

207.

spesies golongan benda /haiwan

208.

strata lapisan / peringkat / taraf

209.

tarbiah pengasuhan, pendidikan

(9)

9

211.

terjebak terlibat

212.

terkesima kehairanan/termangu-mangu.

213.

tersohor terkenal/termasyhur

214.

toleransi sikap sedia menghormati pendapat

215.

tonggak asas, dasar, pokok

216.

total seluruhnya / semuanya

217.

tragedi cerita yang mengisahkan peristiwa sedih

218.

transformasi perubahan

219.

transisi peralihan daripada suatu keadaan

220.

trend ikutan

221.

tuntas ringkas / menyeluruh

222.

uslub minhaj/cara

223.

utuh kuat

224.

visi pandangan yang jauh dan wawasan

225.

wadah medan / saluran .

226.

wahana saluran/ perantaraan

227.

waima sama ada/walau pun

Nota : Guna perkataan yang dihitamkan sebagai frasa menarik.

C

.AYAT –AYAT PERSOALAN

o Siapakah pula yang akan menyambung perjuangan untuk memartabatkan negara ? o Siapakah yang patut dipersalahkan kerana fenomena ini berterusan?

o Persoalannya, sejauh manakah pengaruh itu mempengaruhi kemelut ini ? o Kenapa masyarakat masih tidak peka dengan situasi ini ?

o Apakah prakarsa positif yang patut diambil oleh pihak yang berwajib ? o Sanggupkah kita melihat generasi kita nanti menjadi sampah masyarakat? o Apakah peranan bapa sebagai kepala keluarga?

o Mengapa perkara ini menjadi begitu penting untuk kita bincangkan?

D.

Ungkapan Menarik

Adab

o Beradab sopan kepada ibu bapa ialah wajib pada hukum agama dan kebudayaan kita. Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa syurga di bawah tapak kaki ibunya.

o Hukama , seorang tokoh ilmuan Islam berkata bahawa semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.

Adat

o Pepatah ada menyebut bahawa hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

o Demi kesejahteraan hidup bermasyarakat, kita diingatkan agar berpandukan kata-kata peribahasa , di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Anak

o Anak-anak dijaga dengan penuh kasih sayang seperti peribahasa kita, bagai menatang minyak yang penuh.

(10)

10

o Nabi Muhammad SAW bersabda, periharalah anak-anakmu dan perbaik budi pekerti mereka. Sesungguhnya, anak-anak itu ialah hadiah Allah kepadamu.

o Ibu bapa perlu memelihara dan mendidik anak-anak kerana peribahasa ada menyatakan bahawa bapa borek anaknya rintik, dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

o Sebuah hadis Nabi Muhammad ada menyebut, setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci. Kedua-dua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Bahasa

o Kata peribahasa kita ada menyatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa; orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa; tiada kata secantik bahasa.

o Anak-anak dan remaja perlu diperkenalkan dengan keindahan bahasa dan pemikiran budaya bangsanya , kerana peribahasa kita ada menyebut, tak kenal maka tak cinta.

o Anak-anak harus dididik dengan bahasa yang betul dan baik kerana pepatah ada menyebut terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa buruk padahnya.

Guru

o Hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuannya kepada orang lain .

o Tugas guru amat mulia kerana pendeta bahasa ada mengatakan bahawa guru ibarat lilin, membakar dirinya menerangi orang lain.

o Guru tidak boleh mengamalkan sikap buruk kerana anak murid akan menirunya seperti peribahasa , guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

o Hamka ada berkata bahawa kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan hati, satu antaranya ialah pekerjaan guru.

o Hamka pernah berkata bahawa yang ditanamkan oleh guru kepada murid-muridnya bukanlah ilmu semata-mata, tetapi budi, persaudaraan dan persatuan.

Harapan dan Usaha

o Sesuatu usaha pasti akan berjaya sekiranya kita ada kemahuan yang kuat kerana peribahasa kita ada menyebut tidak ada gunung tinggi yang yang tidak dapat didaki, tidak ada lurah dalam yang tidak dapat dituruni atau di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

o Kita mesti ada sikap tekun dan sabar. Mahatma Ghandi ada berkata kesabaran dan ketekunan dapat mendaki gunung –ganang.

o Kita perlu berhati-hati meletakkan harapan dan kepercayaan kepada seseorang kerana peribahasa kita ada menyebut, harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan sokong, sokong membawa rebah.

o Serangkai kata bertuah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara harus dihayati.

Kehidupan

o Sayidina Ali pernah berkata kemuliaan hidup dicapai dengan akal dan adab, bukan dengan asal dan bangsa.

o Lidah pendeta ada menyebut rajin dan usaha tangga kejayaan.

o Peribahasa Melayu mengingatkan , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

o Kita hendaklah hidup dengan mengamalkan sikap seperti peribahasa, hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing atau bagai telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

(11)

11

o Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW berbunyi, tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.

o Kalau kita tidak tahu, kita hendaklah bertanya kepada orang lain kerana pepatah Melayu ada menyebut, malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

o Confucius ,ahli fikir China yang terkenal ada mengatakan kepentingan ilmu pengetahuan, iaitu kekurangan dalam ilmu pengetahuan seperti malam yang gelap gelita bagi batin kita.

o Sayidina Ali ada menyatakan bahawa harga seseorang itu ialah ilmunya.

o Imam Syafie ada menyatakan bahawa ilmu itu tinggi nilainya. Kita harus mencari ilmu dan bukan ilmu yang mencari kita.

Perbuatan Yang Negatif

o Jangan bertindak mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti peribahasa , mendengarkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

o Hidup bermasyarakat perlu menjaga diri dan pergaulan serta tidak sombong kerana peribahasa Melayu ada menyebut ,jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (keras/liat).

o Kita perlu mengamalkan sikap suka merendah diri seperti kata peribahasa ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.

o Janganlah kita meniru teladan yang buruk seperti kata peribahasa, jangan bercermin di air keruh.

Kebudayaan dan Seni

o Seorang budayawan ada mengatakan bahawa kebudayaan lama akan hilang dengan kehilangan tujuan dan praktiknya.

o Kata Hamka, kebudayaan manusia akan selalu mengalir ibarat air sungai, menerima dan memberi. o Ahli fikir Barat ,L. Kant ada mengatakan bahawa hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan

yang hidup.

Masyarakat

o Mahatma Ghandi ada berkata bahawa, orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.

o Hidup bermasyarakat mestilah tolong-menolong seperti aur dengan tebing.

o Hidup bermasyarakat , janganlah bersikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

o Kita hendaklah mengikut kata pepatah orang tua-tua , masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.

o Janganlah kita tidak bergaul dengan masyarakat dan disebut dengan ungkapan sebagai kera sumbang. Pemuda ,Belia dan Remaja

o Kata-kata sanjungan dan harapan terhadap generasi muda ,iaitu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

o Ingatlah pesanan orang tua-tua , ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu lesu.

o Imam Al-Ghazali berkata, bagaimana bentuk pemuda masa ini, itulah bentuk masyarakat akan datang. o Remaja perlu mempunyai kekuatan peribadi yang unggul , kerana kata orang budiman asal benih yang

baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

o Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditempuh memberikan isi pada peribadi , seperti kata pepatah sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan mengena.

(12)

12

o Hukuman pukul hanya boleh dilakukan apabila sudah tiada acara lain untuk dilakukan .Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa , kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya atau sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.

o Umar Al-Khatab berkata, ajarlah anak-anak-anakmu dengan zaman yang akan dihadapinya.

o Nabi Muhammad SAW mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak dengan membaiki budi pekerti mereka.

o Ahli fikir Barat ada mengatakan bahawa pendidikan merupakan keperluan utama rakyat selepas makanan.

Waktu / Masa

o Peribahasa Inggeris ada menyebut bahawa masa itu emas.

o Pepatah Melayu ada menyebut bahawa masa tak dapat diubah, terlepas tak dapat dikejar. o Lidah pendeta ada menyatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa.

o Peribahasa Arab ada menyebut bahawa masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, pedang itu akan memancung kamu pula.

E. AYAT-AYAT PERIBAHASA

1. Perbuatan yang tergesa-gesa akan merugikan diri sendiri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

2. Kita perlu membuat renungan daripada buah fikiran orang berilmu iaitu yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

3. Pengalaman seseorang dapat diperluas, kerana kata orang tua-tua, jauh perjalanan luas pengalaman , lama hidup banyak dirasa.

4. Perumpamaan seperti menatang minyak yang penuh perlu diamalkan untuk mendidik anak-anak dengan sempurna.

5. Perumpamaan ada menyatakan bahawa, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 6. Kita perlu mengelakkan diri daripada mengamalkan perbuatan seperti perumpamaan, bagai enau dalam

belukar melepaskan pucuk masing-masing.

7. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ,sehari selembar benang,lama –lama menjadi kain ketika kita berusaha melakukan sesuatu pekerjaan.

8. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa , tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih jika kita menghadapi sesuatu masalah.

9. Cogan kata Badan Sihat, Otak Cerdas menyarankan supaya kita menjaga kesihatan kerana badan yang sihat membolehkan kita mempunyai otak yang cerdas.

10. Amalan gaya hidup yang sihat sangat penting kerana kita perlu mematuhi ungkapan yang berbunyi mencegah lebih baik daripada mengubati.

11. Keinsafan dan penyesalan sudah tidak berguna kerana peribahasa Melayu mengatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan ingat sementara belum kena, jimat sebelum habis.

12. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil langkah yang pragmatik untuk menjaga kesihatan sesuai peribahasa mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan

(13)

13

13. Tuntasnya, usaha-usaha yang diutarakan itu perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan tidak seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam atau seperti melepaskan batok di tangga.

14. Komitmen masyarakat amat penting untuk menjayakannya kerana pepatah mengatakan bahawa bulat air kerana pembetung dan bulat manusia kerana muafakat .

15.

Secara konlusinya, peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit wajar menjadi panduan semua

orang untuk menjamin kecemerlangan dan kegemilangan hidup .

16. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

17. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata.

18. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan.

19. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

20. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.

21. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak , pecah sebiji pecah semua. 22. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba

mencampuri urusan pentadbiran negara kita.

23. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan menyebabkan semua orang di sekelilingnya ditimpa kesusahan.

24. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

25. Tradisi ini harus dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 26.Semoga rakyat sentiasa bersikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 27. Kita tidak mahu bersikap seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

28. Ibu bapa haruslah cermat dan berhati-hati seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

29.Kempen-kempen kesedaran tidak haus diadakan bagai melepaskan batuk di tangga sekiranya hendak mencapai objektif.

30. Terdapat sesetengah pihak yang menangguk di air keruh apabil

a berlaku sedikit

masalah. 31. Ingatlah bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

32.

Peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang harus menjadi pegangan

.

F.

UNGKAPAN MENARIK DALAM SESUATU TEMA Tema Pelancongan

(14)

14

1.Malaysia Boleh 2.Indahnya Malaysia

3.Jauh berjalan luas pandangan 4.Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan 5.Budi bahasa budaya kita

6.Kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan 7.Sambil menyelam minum air

8.Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis 9.Mencegah lebih baik daripada mengubati 10. Durian runtuh

11. Di mana ada gula, di situ ada semut

12. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

Tema Amalan Membaca 1. Membaca Jambatan Ilmu 2. Ilmu Pelita Hidup

3. Rakyat Berilmu Negara Maju 4. Membaca Memerdekakan Minda

5. Banyak berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan 6. Seperti katak di bawah tempurung

7. Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu 8. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Tema Semangat Kejiranan

1. Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing 2. Bersatu teguh bercerai roboh

3. Hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing 4. Menjaga tepi kain orang

5. Muafakat membawa berkat

6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat 7. Bagai isi dengan kuku

Tema Patriotisme

1. Gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama 2. Harap sokong, sokong membawa rebah

3. Biar putih tulang , jangan putih mata

4. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung 5. Ibarat telor sesangkak, pecah satu, pecah semua

(15)

15

1. Mencegah lebih baik daripada mengubati 2. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang 3. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis 4. Otak yang cerdas daripada badan yang cergas 5. Bagai ayam kena lengit (penyakit)

Tema Berjimat cermat

1. Ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis 2. Sediakan payung sebelum hujan

3. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit 4. Besar sendal daripada gelegar

5. Besar periuk, besar kerak

6. Hutang biduk sebelum langsai, hutang pengayuh datang pula

Tema Perpaduan

1. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah 2. Jong pecah yu yang kenyang

3. Bersatu teguh bercerai roboh 4. Bersekutu bertambah mutu 5. Rebus tak empuk

Tema Pengangkutan

1. Biar lambat asal selamat 2. Malang tidak berbau

3. Sudah terhantuk baru tengadah 4. Nasi sudah menjadi bubur 5. Indah khabar dari rupa Tema Pendidikan

1. Jauh berjalan luas pandangan 2. Tuntut ilmu hingga ke negeri China 3. Ilmu itu pelita hidup

4. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad 5. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau 6. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

G. PENGGUNAAN NAMA TOKOH

1. Saya teringat impian mantan Perdana Menteri kita, Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik

(16)

16

kemudahan kelas pertama.Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar “ Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010.” di Putrajaya baru-baru ini.

2. Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Dato' Othman Said telah menjelaskan bahawa antara punca utama yang merencatkan peningkatan mutu sukan negara ialah sikap ahli sukan yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak komited untuk memajukan diri dalam bidang sukan yang diceburi. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kolokium “Kebangkitan Sukan Negara Menjelang Alaf Baru” di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.

3. Dalam ucaptama Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim , Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan di Majlis Perasmian Persidangan Seni Budaya Dan Warisan baru-baru ini, beliau ada mengatakan bahawa…

Sila rujuk nama Menteri Kabinet terkini dan nama tokoh ilmuan tersohor dunia.

H.Penggunaan Pantun Dalam Karangan Pantun Pembukaan Majlis

Ada bilah panjang sehasta, Untuk dipagar di tepi kolam, Salam sejahtera pemula kata, Semoga bahagia seisi dewan,

Pantun Penutupan Majlis Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi,

Contoh penulisan menggunakan pantun.

Kita sebagai generasi kepimpinan negara harus mengekalkan dan menyemarakkan warisan bangsa negara kita , seperti pantun di bawah :

Baju Melayu berbutang lima Ada juga berbutang tiga, Budaya Melayu hilang tiada,

Kekallah ia warisan bangsa.

(17)

17

Contoh Ayat-Ayat Majmuk

o Menteri Pelajaran menegaskan bahawa penggunaan makmal ICT perlu diperluas di sekolah-sekolah luar bandar.

o Pelajar perlu mengetahui bahawa kegagalan dalam peperiksaan berpunca daripada sikap kurang tekun belajar .

o Banyak orang berpendapat bahawa remaja hari ini mudah terpengaruh oleh hiburan yang melalaikan diri.

o Walaupun kita kurang mempunyai kemahiran teknologi , tetapi budi bahasa rakyatnya amat tinggi. o Kerajaan mengadakan pelbagai program pembangunan luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup

rakyat negara ini.

o Ibu bapa perlu menyediakan pelbagai kemudahan persekolahan bagi membolehkan pengajaran dan pemelajaran anak-anak dapat dijalankan dengan lebih sempurna.

o Pelajar bukan sahaja memperoleh maklumat tetapi mereka juga berpeluang meluaskan pengetahuan am masing-masing

o Kini Internet tidak terbatas lagi kepada Institusi Pengajian Tinggi sahaja, malahan juga telah tersebar luas penggunaannya ke rumah-rumah di seluruh ceruk rantau.

o Kita juga dapat memilih sama ada surat khabar tempatan atau surat khabar luar negara untuk santapan minda.

I. Tugasan soalan yang ditanya meliputi

LIMA skop utama

.(

SeKeCaM+T

)

1. Se : sebab/ faktor / punca /

Kata tugas : kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal

2. Ke : kesan baik / kepentingan/faedah / maslahat / manfaat : kesan buruk / implikasi / impak / natijah / akibat

Kata tugas: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat, mampu

3. Ca : cara / langkah / prakarsa / usaha / / kaedah

Kata tugas :harus,perlu,mesti , wajar, hendaklah, patut

4. M :masalah / kemelut / halangan / kekangan / rintangan Kata tugas : Apa masalah itu.

5. T : tugas/peranan /tanggungjawab/kewajipan

Kata tugas : Apa tugas itu.

(18)

18

In: Individu Ke: Keluarga Ma: Masyarakat N: Negara P: Pendidikan 1. Konteks In ( Individu)

(Remaja.Pelajar,Belia,Pemuda, Pemudi, Lelaki, Wanita)

Tugasan Positif : Individu Tugasan Negatif : Individu o Mempunyai kesedaran dan keinsafan.

o Mempunyai budi pekerti dan akhlak mulia. o Bermotivasi, bersemangat untuk terus berusaha o Melakukan tindakan yang mendatangkan

kebaikan atau kemaslahatan. o Mendengar nasihat ibu bapa . o Ambil peduli atau cakna .

o Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

o kurang mempunyai kesedaran dan keinsafan. o kurang mempunyai budi pekerti dan akhlak

mulia.

o kurang bermotivasi, bersemangat untuk terus berusaha

o kurang melakukan tindakan mendatangkan kebaikan atau kemaslahatan.

o Tidak mendengar nasihat ibu bapa. o kurang ambil peduli /berat atau cakna. o kurang mempunyai keyakinan diri. Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Usaha menangani

Usaha utama bagi menangani gejala sosial ialah remaja perlu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang impak negatif gejala sosial.

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Punca berlkau

Punca utama berlakunya gejala sosial ialah remaja tidak mempunyai kesedaran yang tinggi tentang impak negatif gejala sosial.

2. Konteks Ke ( Keluarga)

(ibu bapa, datuk, nenek, saudara –mara)

Tugasan Positif : Keluarga Tugasan Negatif :Keluarga o Menunjukkan contoh dan teladan yang positif

o Bersikap prihatin, ambil berat, berikhtiar, berusaha untuk mencapai cita-cita.

o Hubungan kekeluargaan yang rapat

o Mempunyai ketegasan dalam membuat keputusan atau tindakan

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Usaha menangani

Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang positif merupakan langkah utama menangani

o Menunjukkan contoh dan teladan yang negatif o Tidak bersikap prihatin, ambil berat, berikhtiar,

berusaha untuk mencapai cita-cita. o Hubungan kekeluargaan yang longgar

o Terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak .

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Punca berlaku

Ibu bapa menunjukkan contoh dan teladan yang negatif merupakan punca berlaku masalah sosial.

(19)

19

masalah sosial.

3. Konteks Ma (Masyarakat) (orang ramai, rakyat, jiran)

Tugasan Positif : Masyarakat Tugasan Negatif :Masyarakat o Memberi kritikan, sikap prihatin, nasihat, amaran,

peringatan, pertolongan, bantu-membantu, tegur-menegur, gotong-royong,

o Aktiviti dan program kemasyarakatan, aktiviti masa lapang yang berfaedah.

o Tidak memberi kritikan, tidak prihatin, tiada nasihat, amaran, peringatan, Tidak memberikan pertolongan, tiada sikap bantu-membantu, tiada sikap tegur-menegur, tidak menjalankan gotong-royong,

o Tiada aktiviti dan program kemasyarakatan, tiada menjalankan aktiviti masa lapang yang berfaedah.

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Usaha menangani

Masyarakat perlu bantu-membantu dalam menangani masalah sosial ini.

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Punca berlaku

Masyarakat mengamalkan sikap tidak mahu membantu dalam menangani masalah sosial. 4. Konteks Ne (Negara)

(kerajaan, kementerian, pihak berkuasa, pemimpin negara) Tugasan Positif : Komunitii Tugasan Negatif :Komuniti o Penguatkuasaan undang-undang , pemantauan,

pemeriksaan, operasi (gerakan pihak berkuasa), rondaan, denda dan hukuman berat

o Peranan media massa, radio , televisyen, akhbar, internet, telefon mempengaruhi sikap rakyat yang positif

o Kempen dan iklan untuk mendapatkan sokongan masyarakat dijalankan.

o Penguatkuasaan undang-undang kurang berkesan , pemantauan kurang dijalankan , pemeriksaan kurang dijalankan , operasi (gerakan pihak berkuasa), rondaan, denda dan hukuman ringan

o Media massa, radio , televisyen, akhbar, internet, telefon mempengaruhi sikap rakyat yang negatif.

o Kempen dan iklan untuk mendapatkan sokongan masyarakat kurang dijalankan.

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Usaha menangani

Pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang kepada individu yang melakukan gejala sosial.

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Punca berlaku

Masyarakat mengamalkan sikap tidak mahu membantu dalam menangani masalah sosial.

5. Konteks (P) Pendidikan (sekolah, kolej,universiti)

Tugasan Positif : Institusi Pendidikan Tugasan Negatif :Institusi Pendidikan o Guru/pensyarah mengajar, mendidik, memimpin,

memberikan latihan dan kemahiran,

o Guru/pensyarah kurang berkesan mengajar, mendidik, memimpin, memberikan latihan dan

(20)

20

menyampaikan ilmu pengetahuan, memberikan nasihat, membaiki kelakuan.

o Pengurusan sekolah, Pengetua, GPK, Kaunselor, Guru Disiplin,Pensyarah, Warden ,Pengawal Keselamatan

o Persekitaran sekolah, kawasan sekitar, suasana sekolah, keadaan sekolah kondusif.

o Kurikulum (akademik dan mata pelajaran) ada perancangan sistematik

o Kokurikulum( badan uniform, kelab, persatuan, sukan) ada perancangan sistematik.

kemahiran, menyampaikan ilmu pengetahuan, memberikan nasihat, membaiki kelakuan.

o Pengurusan sekolah, Pengetua, GPK, Kaunselor, Guru Disiplin,Pensyarah, Warden ,Pengawal Keselamatan kurang efektif

o Persekitaran sekolah, kawasan sekitar, suasana sekolah, keadaan sekolah tidak kondusif

o Kurikulum (akademik dan mata pelajaran) tiada perancangan sistematik.

o Kokurikulum( badan uniform, kelab, persatuan, sukan) kurang perancangan sistematik.

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Usaha menangani

Pihak sekolah perlu mengetatkan peraturan sekolah untuk menangani gejala sosial .

Contoh :

Tema :Gejala sosial. Tugasan : Punca berlaku.

Masalah sosial dalam kalangan pelajar berlaku kerana peraturan di sekolah longgar.

TUGASAN :1.KESAN BAIK /KEPENTINGAN /FAEDAH / MASLAHAT 2.KESAN BURUK / IMPLIKASI / IMPAK / NATIJAH / AKIBAT

POLITIK

Kesan Positif Kesan Negatif

o hubungan dengan negara lain baik, o semangat patriotik tinggi,

o cinta kepada negara,

o imej dan nama baik negara terpelihara , o jati diri bangsa dikukuhkan,

o pemerintahan berjalan lancar, o tiada rasuah,

o keadaan aman dan sejahtera.

o hubungan dengan negara lain tidak baik, o semangat patriotik terhakis,

o cinta kepada negara hilang,

o imej dan nama baik negara tercemar , o jati diri bangsa tidak dapat dikukuhkan, o pemerintahan tidak berjalan lancar,

o berlaku rasuah

o keadaan porak- peranda dan kacau-bilau

Contoh :

Tema :Sambutan Hari Kebangsaan Tugasan : Kesan Baik

Impak positif utama ialah semangat patriotik dalam kalangan rakyat akan meningkat.

Contoh :

Tema :Sambutan Hari Kebangsaan

Tugasan : Kesan tiada mengadakan sambutan Impak negatif utama ialah semangat patriotik dalam kalangan rakyat akan terhakis.

EKONOMI

Kesan Positif Kesan Negatif

(21)

21

o harga barangan dan perkhidmatan terkawal o ada peluang pekerjaan

o pengangguran ditangani o kemiskinan diatasi

o taraf hidup rakyat meningkat o eksport meningkat

o ada pelaburan

o dapat pinjaman dan modal o tenaga buruh mencukupi o tiada inflasi

o kemasukan wang asing. o kesihatan rakyat meningkat

berkurangan

o harga barangan dan perkhidmatan tidak terkawal,

o peluang pekerjaan sukar o pengangguran sukar ditangani o kemiskinan sukar diatasi o taraf hidup rakyat merosot o eksport merosot

o kurang pelaburan

o sukar mendapat pinjaman dan modal, o tenaga buruh tidakmencukupi

o berlaku inflasi

o tiada kemasukan wang asing. o Kesihatan rakyat merosot. Tema: Pelancongan

Tugasan : Kebaikan

Pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara.

Tema: Pelancongan Tugasan : Kesan buruk

Pelancongan meningkatkan gejala sosial dalam negara.

SOSIAL

Kesan Positif Kesan Negatif

o pendidikan cemerlang, o kepercayaan agama kuat, o hubungan kemasyarakatan baik, o kebudayaan dan kesenian dipelihara, o tidak mengamalkan nilai murni, o gejala sosial dapat ditangani , o jenayah dapat dikawal, o perpaduan kaum ditingkatkan.

o pendidikan tidak cemerlang, o kepercayaan agama kurang ,

o hubungan kemasyarakatan kurang baik, o kebudayaan dan kesenian tidak dipelihara, o tidak mengamalkan nilai murni,

o gejala sosial sukar ditangani , o jenayah sukar dikawal,

o perpaduan kaum sukar ditingkatkan. Tema : Sekolah Bestari

Tugasan : Kebaikan

Contoh : Kebaikan perdana ialah pendidikan yang cemerlang dapat dilahirkan.

Tema : Sekolah Bestari Tugasan : Kelemahan

Contoh : Kelemahan perdana ialah kemahiran berfikir pelajar akan terhad.

K. Huraian Idea /Isi dengan kaedah IMBaKUP

Tuntunan Menghuraikan Idea dengan kaedah IMBaKUP Huraian Idea Kaedah IMBaKUP

(22)

22

Mengapa (M) : Mengapa SeKeCaM+T boleh berlaku atau dilakukan Bagaimana (Ba) : Bagaimana SeKeCaM+T boleh berlaku atau dilakukan . Kesan (K) : Kesan kepada / daripada idea itu : menjawab tugasan Ungkapan

Menarik (U) :Peribahasa/ Cogan Kata : sesuai dengan tugasan atau tema

Penegasan (P) :Kesimpulan kecil idea. (Gunakan penanda wacana penegasan)

Nota : Aspek Mengapa dan Bagaimana boleh berubah kedudukan atau pilih mana-mana satu dan bergantung pada tugasan soalan.

L . Kaedah Merangka Idea

Contoh Tugasan : Usaha Menangani Masalah Jenayah I :Ibu bapa harus memainkan peranan untuk membanteras . M :Ibu bapa harus bertanggungjawab mendidik anak-anak.

Ba :Memberikan bimbingan yang positif.Menunjukkan contoh dan teladan yang baik.Memberikan ajaran agama yang mencukupi.

K :Mendengar nasihat dan bimbingan daripada ibu bapa. Menjauhi perbuatan yang dilarang oleh agama.

U :Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

P :Tanggungjawab ibu bapa sangat efektif untuk membentuk anak-anak yang bermoral . Contoh Huraian Lengkap

Pada pandangan saya, peranan ibu bapa amat penting untuk membanteras kes jenayah yang semakin sukar diselesaikan. Hal ini begitu kerana ibu bapa haruslah bertanggungjawab untuk mendidik anak sejak kecil lagi.Dengan itu, ibu bapa perlu memberikan bimbingan dan nasihat yang positif kepada anak-anak. Ibu bapa juga mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik ketika bersama-sama mereka.Tindakan ibu bapa yang cakna ini akan menyebabkan anak-anak mendengar nasihat dan bimbingan daripada ibu bapa.Dalam pada itu, mereka juga akan menjauhi segala perbuatan yang dilarang atau ditegah oleh agama.Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tegasnya, tanggungjawab ibu bapa sangat efektif untuk membentuk anak-anak yang bermoral dan bersahsiah tinggi supaya tidak terjebak dalam jenayah.

M. Analisis Soalan Bahagian A SPM Tahun 2004 -2010

(23)

23

Format Tema/Isu

NOV. 2004 (Gambar Foto) Pembangunan dan kesannya terhadap alam sekitar. Jun 2005 (Gambar Foto) Masalah tanah terbiar dan penyelesaiannya

Nov. 2005

Gambar (Foto) Usaha –usaha menangani vandalisme

JUN 2006

Gambar rajah Peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas memperoleh SPM

Nov 2006 Dialog -Remaja sekarang kurang mempunyai semangat patriotik. -Remaja perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

-Remaja perlu mengambil bahagian dalam aktiviti bulan kemerdekaan.

Jun 2007 Ilustrasi kartun Aktiviti –Aktiviti berfaedah mengisi masa lapang

Nov 2007 Ilustrasi Kartun Usaha kita lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran

Jun 2008 Ilustrasi Kartun Huraikan pendapat anda tentang peluang kerjaya dalam bidang pertanian

Nov 2008 Ilustrasi Kartun Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai

JUN 2009 Ilustrasi Kartun Huraikan sumbangan membantu mangsa banjir.

Nov 2009 Gambar Faedah menyertai badan uniform

JUN 2010 Gambar Punca-Punca Pencemaran Udara

Nov 2010 Grafik (Pokok) Cara-Cara Menjalani Kehidupan Sihat

N. Tuntunan Umum Karangan Bahagian A

Soalan dikemukan pada Bahagian A dan wajib dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.

Bahan rangsangan yang lazim dikeluarkan seperti gambar foto, ilustrasi kartun, gambar rajah, dialog, pelan, catatan,iklan dan petikan.

Masa yang dicadangkan untuk menulis ialah 45 minit.

(24)

24

Baca dan memahami arahan dan tugasan soalan : 5 minit

Menulis rangka karangan : 10 minit

Menulis Karnangan : 25 minit

Membuat semakan : 5 minit

Jumlah masa :45 minit

Karangan Cemerlang ( 26 -30 markah )

o Karangan pelajar perlu menepati tema dan tugasan yang diberikan dalam bahan rangsangan.

o Idea atau isi yang digunakan perlu dihuraikan dengan jelas dan matang sesuai dengan tahap pemikiran dan pengetahuan pelajar tingkatan lima.

o Jumlah isi atau idea bergantung pada jenis bahan rangsangan. Sekiranya bahan rangsangan berbentuk gambar bersiri yang memaparkan 4 idea maka 3 atau 4 idea perlu dihuraikan untuk mendapat markah cemerlang.

o Sekiranya gambar tunggal , calon harus membaca arahan tugasan soalan dan kemudian idea yang diberikan oleh calon perlu ada kaitan dengan bahan rangsangan.Cadangan idea sekurang-kurangnya 3 atau 4 .

o Contoh soalan November SPM 2008. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai. (Gambar 1: Pembuangan sampah sarap, Gambar 2: Pembuangan Sisa, Gambar 3 :Kegiatan Pembalakan) Jadi, calon dikehendaki menghuraikan ketiga-tiga idea yang diberikan pada gambar bersiri dalam soalan.

o Bahasa yang digunakan oleh pelajar perlu gramatis dari segi penggunaan kata dan ayat. o Penggunaan kosa yang luas dan tepat pada struktur ayat.

o Pelbagai jenis ayat digunakan dan yang penting ada penggunaan ungkapan menarik.

o Pengolahan dan pemerengganan harus kemas dan teratur.Pilih penanda wacana yang sesuai sebagai kesinambungan karangan dan pelbagaikan penggunaanya.Dihuraikan dengan jelas dan matang.

o Ungakapan Menarik: peribahasa, pantun, cogan kata, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran.

o Jumlah kepanjangan karangan perlu patuh akan arahan soalan iaitu kepanjangan perlu melebihi 200 patah perkataan .( Boleh melebihi 250 patah perkataan )

Tuntunan Menjawab Karangan Bahagian A

1. Baca arahan soalan dan fahami tema dan tugasan yang diberikan 2. Berikan tumpuan kepada tugasan yang diberikan sahaja

Bahagian Pendahuluan

1. Tuliskan ayat tentang tema secara umum (Bukan idea atau isi karangan) Ayat perlu ada hubungan dengan isu semasa dan terkini.( Contoh terkini) 2. Gunakan ayat persoalan .

3. Gunakan penanda wacana yang sesuai

(25)

25

Contoh Pendahuluan ( Tema : Masalah Vandalisme)

Berita kemudahan awam yang dirosakkan sering dipaparkan di media massa. Isu ini turut menjadi polemik pemimpin negara.Oleh sebab itu, siapakah yang harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan ?

Janganlah isu ini akan menjadi seperti peribahasa sudah terhantuk baru nak tengadah. Sesungguhnya,pelbagai usaha yang komprehensif perlu dilakukan supaya kemelut ini tidak menjadi barah yang sukar diubati.

Bahagian Idea (Isi) (Cadangan Tiga Idea)

1. Gunakan Kaedah IMBaKUP untuk menghuraikan idea (isi). 2. Tidak perlu terlalu panjang seperti karangan Bahagian B. Contoh Penulisan

Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak(Idea Keluarga) Didikan agama dan moral ini perlu dilakukan sejak awal lagi.(Mengapa) Sementara itu, contoh dan ikutan yang baik perlu ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.(Bagaimana) Hal ini demikian kerana , bagaimana acuan begitulah kuihnya .Dengan itu anak-anak akan akur dan mematuhi arahan ibu bapa mereka yang berdisiplin itu. (Ungkapan Menarik/ Kesan ) Pada umumnya ,didikan yang sempurna ini mampu memupuk dan membentuk sikap remaja agar menjaga kepentingan kemudahan awam yang disediakan . (Penegasan) Kesimpulan

1. Pandangan tentang tema 2. Cadangan tentang tema 3. Harapan tentang tema

Contoh Penulisan Kesimpulan

Sebagai intiha, kerosakan kemudahan awam mendatangkan impak yang negatif kepada masyarakat dan negara.(Pandangan) Dengan demikian, masyarakat perlu bertanggungjawab bagi menangani kemelut ini. (Cadangan) Secara ikhtisar, kita mahu kemudahan awam yang disediakan ini mampu memberikan keselesaan dan kesenangan kepada rakyat. ( Harapan)

O. Karangan Cemerlang Tahun 2008

Tema : Pencemaran : Tugasan : Punca-Punca

Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya kerana kita akan mewariskan alam sekitar yang bersih kepada generasi akan datang .Seharusnya alam ini perlulah digunakan dengan sebaik-sebaiknya, dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan tentang kesan akibatnya kepada alam sekitar. Antara yang teruk terjejas akibat perbuatan manusia ini ialah sungai. Dengan itu, punca-punca yang menyebabkan

(26)

26

pencemaran perlulah dikenal pasti dengan segera kerana adakah kita mahu menunggu sehingga sungai di negara sudah teruk tercemar ,barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata pepatah sudah terhantuk baru tengadah.

Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan sisa pembuangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini demikian kerana pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik-plastik sampah dan bahan-bahan terbuang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna sungai akan bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijauan. Sebagai contoh, di negara kita sendiri , jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Sebagai kesannya, hidupan akuatik akan terjejas dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyumbang pada pencemaran sungai.

Selain itu, pembuangan sisa dari kilang-kilang juga akan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaannya akan mengalirkan sisa-sisa dari kilang mereka ke dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut. Sebagai akibatnya, sungai kan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan-hidupan akuatik. Dalam erti kata yang lain, pengaliran sisa dari kilang akan memberikan kesan buruk pada sungai.

Punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai ialah kegiatan pembalakan. Apabila pokok-pokok ditebang, tanah akan terdedah pada hakisan air hujan kerana pokok tidak dapat menahan tanah daripada hakisan oleh air hujan yang sangat lebat. Tanah yang terhakis akan mengalir ke sungai dan sungai menjadi cetek kesan mendapan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai-sungai tersekat. Sebagai impaknya, fenomena seperti banjir kilat boleh berlaku dan kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan dengan adanya mendapan yang banyak di dalam air sungai. Oleh itu, kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan buruk pada sungai.

Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah diteliti dengan lebih mendalam supaya usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan seharusnya menjalankan langkah yang lebih proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga sungai, mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang melakukan pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap tentang tahap kualiti air sungai di negara kita. Secara tuntas, pencemaran sungai perlu diatasi dengan segera agar generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah.

(27)

27

Tema : Aktiviti Badan Beruniform Tugasan : Faedah- Faedah Menyertai

Pada era langit terbuka ini, Malaysia semakin gah menempa nama do persada dunia. Taraf negara kita dengan negara-negara maju yang lain ibarat berdiri sama tingi, duduk sama rendah. Hal ini demikian kerana pelbagai kemajuan dan penambahbaikan dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Antara usaha kerajaan untuk memperkasakan bumi Malaysia ialah bidang pendidikan..Dengan itu, pihak sekolah banyak memainkan peranan penting dalam usaha menaikkan nama Malaysia. Rentetan itu, aktiviti kokurikulum merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah terutamanya dalam aktiviti badan beruniform. Sesungguhnya , terdapat banyak manfaat kepada kita apabila menyertai aktiviti badan beruniform.

Faedah utama apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum ialah ketahanan mental dan fizikal. Cuba kita berfikir sejenak. Adakah lengkap peribadi dan perwatakan seseorang pelajar jika hanya berfokus akademik semata-mata? Tepuk dada tanya selera. Namun begitu, alangkah baiknya jika kurikulum dan kokurikulum menjadi satu yang saling bergantungan. Kita sedia maklum bahawa ketahanan mental dan fizikal amat diperlukan oleh pelajar supaya sesi pembelajaran lebih efektif. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa otak yang cerdas adalah bertunjangkan badan yang cergas. Dengan itu, kita seharusnya mengambil peluang ini sebaik-baiknya dengan menyertai badan beruniform di samping bersungguh-sungguh melakukannya. Kita janganlah bersikap ibarat hangat-hangat tahi ayam.

Selain itu, semangat kerjasama dan pembentukan disiplin dapat dipupuk apabila kita menyertai badan beruniform. Antara tamsilan aktiviti badan beruniform yang dapat mendorong pembentukan sahsiah murni pelajar termasuklah aktiviti perkhemahan dan ikhtiar hidup. Kebiasaannya , aktiviti ini dijalankan di kawasan luar sekolah. Hal ini demikian kerana aktiviti badan beruniform bukan sekadar berada di ruang lingkup sekolah malah turut dijalankan di kawasan luar sekolah. Sebagai kesannya, , pelajar akan didedahkan dengan semangat berpasukan dan tidak hanya mementingkan diri sendiri , ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Sementelahan itu, kita juga akan didedahkan dengan pengetahuan asas dalam memberikan bantuan kecemasan kepada orang lain. Contoh badan beruniform yang lebih cenderung kepada memberikan bantuan kecemasan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah. Badan ini bergerak aktif dalam banyak aktiviti di sekolah terutamanya ketika hari sukan dan hari kokurikulum. Secara tidak langsung, apabila kita menyertai badan beruniform, sifat keprihatinan dan rasa tanggungjawab timbul di dalam hati sanubari kita. Dengan begitu, kita seharusnya mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan ilmu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam ilmu memberikan bantuan kecemasan , ibarat kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Kesimpulannya, kita sebagai remaja seharusnya merebut peluang sebaik-baiknya supaya ilai-nilai murni seperti bekerjasama dan saling membantu dapat disemai dalam diri kita. Dalam pada itu, kita juga sepatutnya menyedari faedah daripada menyertai badan beruniform dengan lebih awal kerana aktiviti ini merupakan kayu ukur seseorang untuk menjadi insan yang cemerlang dan gemilang di bumi yang tercinta ini.

(435 patah perkataan)

(28)

28

Soalan : Lihat Grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menjalani kehidupan yang sihat . Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Manusia dilahirkan ke dunia ini sebagai khalifah untuk menguruskan dan memakmurkan bumi dengan kebijaksanaan akal dan fikiran yang dikurniai Tuhan.Namun, manusia memerlukan kriteria dan keperluan asas dalam kehidupan bagi menyempurnakan misi tersebut.Kehidupan yang sihat menjamin kelangsungan hidup yang sihat dan sejahtera serta bebas daripada segala jenis wabak dan penyakit.Tanpa kehidupan yang sihat, nikmat di dunia seperti kemewahan dan keseronokan hiburan akan hilang. Persoalannya, kenapakah amalan gaya hidup sihat harus menjadi perkara penting dalam kita menjalani kehidupan yang semakin kompleks.Sesungguhnya, pelabagi prakarsa menjalani kehidupan yang sihat akan didiskusikan untuk dijadikan pedoman dan ikutan.

Pada pandangan saya , cara utama untuk menjalani kehidupan yang sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang.Pemakanan seimbang membawa erti pengambilan makanan yang mmepunyai semua kelas nutrien dalam kuantiti yang betul, yakni tidak lebih mahupun kurang.Terdapat tujuh kelas nutrien yang perlu diberikan perhatian, termasuklah karbohidrat, protien, lemak, fiber,mineral, vitamin dan air.Pemakanan ini juga haruslah mengikut waktu yang betul, iaitu bermula dengan pengambilan sarapan untuk tenaga yang mencukupi sepanjang hari. Tun Dr Mahathir pernah berkata bahawa makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang.Seterusnya, amalan pemakanan yang seimbang mampu melahirkan individu yang sihat dari segi rohani dan jasmani.Ironinya, kita akan terhindar daripada penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat ataupun terlebih zat.Tegasnya, amalan pemakanan yang seimbang membolehkan kita menjalani kehidupan yang sihat setiap masa.

Umum mengetahui bahawa setiap orang harus mendapatkan tidur yang mencukupi dalam satu hari.Hal ini demkian kerana setelah mengharungi hari yang penat dan letih lantaran bekerja, maka rehat dan tidur amat

(29)

29

penting untuk mengembalikan tenaga kita semula yang telah hilang.Kita juga mengakui bahawa Tuhan telah menyusun peredaran masa kita dengan begitu sistematik , iaitu berlandaskan tempoh 24 jam dalam sehari. Kita dituntut untuk keluar mencari rezeki pada siang hari dan tidur pada malam hari.Kita disarankan berehat atau tidur pada malam hari kerana mengikut kajian sains, sel-sel dalam badan termasuklah sel otak akan mengalami tindak balas biokimia yang seterusnya akan menghasilkan gukosa yang baik untuk mendapatkan tenaga. Kita tidak mahu badan kita sentiasa lemah dan tidak bertenaga bagai ayam kena lengit.Dengan itu, kita harus mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Kita juga harus mengakui hakikat bahawa bersenam dan bersukan juga merupakan perkara penting dalam penjagaan kesihatan.Hal ini disebabkan apabila seseorang itu bersenam, kelenjar peluh akan mengeluarkan peluh dan haba daripada badan.Kita harus melakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu supaya badan kita sentiasa aktif dengan pergerakan fizikal dan mental.Walaupun kita sibuk dengan rutin kerja setiap hari , kita haruslah bijak untuk meluangkan masa bagi melakukan aktiviti riadah , seperti berjoging dan berjalan kaki.Senaman dan bersukan yang dilakukan ini akan dapat mengurangkan kandungan toksin dalam badan .Pujangga bahasa ada berkata bahawa otak yang cerdas lahir daripada fizikal yang cergas.Hakikatnya, bersukan dan bersenam merupakan aktiviti yang mudah tetapi cukup berkesan untuk kesihatan diri.

Izharnya, kita haruslah mengutamakan kesihatan dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan mental dalam kehidupan kita seharian.Nabi Muhammad ada bersabda bahawa “ gunakanlah masa sihatmu, sebelum masa sakitmu,” yang menunjukkan bahawa kepentingan penjagaan kesihatan.Kita harus bertindak segera supaya penyakit kronik tidak menyerang kita yang akan merampas kebahagian dan keharmonian hidup kita. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa sudah terhantuk baru nak tengadah dan nasi sudah menjadi bubur haruslah menjadi iktibar kepada kita supaya kita terus dapat menjalani kehidupan yang sihat sepanjang masa.

( 535 patah perkataan) Q. Analisis Karangan B Tahun 2004- 2010 Tahun Bahagian B Format Tema/Tugasan November 2004

Perbincangan Peranan remaja mencapai wawasan Perbincangan Tokoh disanjungi

Rencana Persiapan menghadapi persaingan pekerjaan Syarahan Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni Pendapat Usaha memartabatkan golongan sasterawan

Jun 2005

Pendapat Cabaran untuk mencapai cita-cita & langkah untuk mengatasinya. Komentar Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja

Perbincangan Budi Bahasa Amalan Mulia.

Syarahan Hubungan dengan negara jiran wajar dipelihara.

(30)

30

November 2005

Ulasan Remaja dan trend semasa

Pendapat Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Rencana Usaha-usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Perbincangan Peperangan menjejaskan keharmonian sosial dan

ekonomi dunia. Cerpen/

peribahasa

Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

Jun 2006

Syarahan Amalan Gaya Hidup Sihat.

Komentar Kejayaan pada masa depan (peranan ibu bapa, ahli keluarga dan diri sendiri)

Fakta Aktiviti- aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh anggota masyarakat untukmengukuhkan perpaduan

Perbincangan Peranan negara untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia Pendapat Peranan negara untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia

November 2006

Fakta Faedah menguasai ICT

Ceramah Cara menghargai jasa ibu bapa

Pendapat Peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pertanian negara. Perbincangan Kerjasama serantau untuk menangani masalah jerebu

Komentar karya kesusasteraan membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca

Jun 2007

Huraian Sikap jimat –cermat

Jelaskan Kebaikan majlis rumah terbuka Rencana Kempen antimerokok

Perbahasan Pencadang: Kemasukan pekerja asing membawa kebaikan kepada negara

Pendapat Bacaan karya sastera meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menulis karya kreatif,penerapan nilai murni.

November 2007

Syarahan Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti Perbincangan Kebaikan bekerja lima hari

Pendapat Tujuan Institusi Pendidikan berasaskan kemahiran ditubuhkan Saranan Sumbangan negara kaya kepada negara miskin

Cerpen/ Skrip drama

Cerita berakhir dengan tema penyesalan dan keinsafan

Jun 2008

Jelaskan Kebaikan amalan kitar semula

Perbincangan Hubungan baik ahli keluarga jaminan keluarga bahagia Pidato Dadah Membawa Padah

Pendapat Rakyat Malaysia di luar negara mempromosikan egara Cerpen Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam Laporan Majlis Anugerah Cemerlang

Gambar

Gambar rajah  Peluang-peluang  untuk  melanjutkan  pelajaran  selepas  memperoleh SPM

Referensi

Dokumen terkait

a) Menyediakan sumber permodalan usaha mikro yang dapat diakses dengan mudah, dan murah oleh keluarga miskin di wilayah dusun / lingkungan.. b) Mengembangkan infrastruktur ekonomi

Tinjauan rentasan digunakan bagi mengenal pasti hubungan antara kemahiran guru menggunakan TMK dan kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah dengan kekerapan penggunaan

Kajian ini dijalankan untuk menyelidiki pengaruh dorongan keluarga, cara pengajaran pensyarah, pengaruh rakan sebaya dan kemudahan infrastruktur terhadap motivasi ekstrinsik

Fasilitas dari visual foxpro yang didesain seperti layar bertab. Project Manager juga menyediakan kemudahan untuk mengakses semua file yang akan digunakan untuk

SELANGOR PPD GOMBAK BEA7622 SMK SIERRAMAS JALAN HOSPITAL,SUNGAI BULOH.. SEKOLAH SELANGOR

H2c tempat bersih menarik pelancong asing N3 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar H3a menjaga kemudahan di tempat pelancongan H3b tidak menconteng bangunan warisan negara

Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang sesuai dan

Dari gambar di atas, jelas terlihat bahwa perubahan Bapel menjadi berbadan hukum juga mengubah mekanisme penyelenggaraan air minum berbasis masyarakat ini,