• Tidak ada hasil yang ditemukan

81 Soalan 2(a) - Petikan Umum

Dalam dokumen Modul Bm SPM (Halaman 81-84)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata melahirkan modal insan. (2 markah) (ii) Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kes bull di sekolah? (3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika masalah buli tidak ditangani dengan

segera? (4 markah)

Latihan Rumusan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan Program Permata Negara dan halangan untuk merealisasikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KUALA LUMPUR, 17 Dis. (Bernama) — Membentuk kanak-kanak berusia bawah lima tahun untuk menjadi pintar, matang emosi, dan bijak berkomunikasi menjadi tumpuan Program Pusat Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (Permata Negara) dalam usahanya untuk melahirkan "khazanah dan permata" masa depan negara. Melalui usaha Permata Negara yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kanak-kanak didedahkan kepada persekitaran yang selesa dan menyeronokkan tanpa berasaskan perbezaan kaum. Mereka yang diibaratkan sehelai kain putih perlu dicorak dan diwarnai dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk jati diri generasi muda Malaysia.

Idea penubuhan Permata Negara dicetuskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira tiga tahun yang lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dalam masyarakat. Tambah membimbangkan apabila masalah sosial dalam negara juga semakin serius . Beliau mempercayai bahawa corak didikan semasa kanak-kanak tidak sesuai dengan arus perkembangan terkini. Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu profesional, termasuklah pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita, dan aktivis masyarakat berganding bahu untuk melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan. Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taman asuhan kanak-kanak (Taska) biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap minggu untuk bersama-sama dengan anak mereka di pusat itu. Selain itu mereka boleh melawat anak pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dengan anak. Kurikulum yang digubal juga berbeza dengan kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana kurikulum Permata Negara memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosioemosi, komunikasi dan fizikal.

Sehingga kini, 17,565 orang kanak-kanak di 457 buah pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini dari segi modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak. Pendidik menggunakan modul yang disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan ldris (UPSI). Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati bahawa 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara telah mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang stabil. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding dengan kanak- kanak yang bukan hasil Permata Negara. Datin Seri Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata bahawa lebih 80 peratus daripada kanak-kanak Permata Negara mencapai kemahiran prasains, serta bersifat mesra. Kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurang-kurang nya setahun lebih ke hadapan berbanding dengan rakan sebaya mereka. Walaupun

82

mula menampakkan kejayaan, usaha untuk memperkasakan program ini dipergiat dengan peranan Kementerian Pelajaran untuk membangunkan aspek penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pembangunan kanak-kanak secara holistik. ( 2 markah) (ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca tercetusnya idea penubuhan Program Permata Negara. Nyatakan tiga daripada punca tersebut. ( 3 markah ) (iii) Pada pendapat anda, selain Program Permata Negara, jelaskan cara-cara lain untuk

mengurangkan kes jenayah dan masalah sosial negara ini? ( 4 markah) Latihan Rumusan 10

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah pengangkutan awam pada musim perayaan dan kesannya kepada pengguna. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penambahan bas ekspres bagi menampung keperluan orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri tahun ini pasti melegakan banyak pihak, khususnya mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Pengumuman pengurusan Konsortium Transnasional Berhad yang memperuntukkan sejumlah 36,000 tiket untuk bas tambahan selain tiket perkhidmatan bas sedia ada, dijangka membolehkan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pulang beraya bersama-sama ibu bapa dan saudara mara di kampung tanpa sebarang masalah. Sebelum ini, pelbagai kenyataan dikeluarkan berhubung dengan ketiadaan bas tambahan beroperasi pada musim perayaan ekoran daripada keengganan pihak berkuasa mengeluarkan permit baharu untuk bas tambahan. Situasi ini menimbulkan kegusaran banyak pihak, terutama mereka yang merancang untuk pulang berhari raya dengan pengangkutan awam.

Setiap tahun sejak sekian lama, kemelut berkaitan dengan bas untuk pulang berhari raya tidak pernah berakhir. Pengguna menjadi mangsa kerana terpaksa bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan tiket bas sejak awal Ramadan lagi. Sepatutnya, agensi kerajaan dan pengusaha bas mempunyai mekanisme lebih baik dalam menangani masalah yang sama setiap kali menjelang perayaan besar dan cuti sekolah. Perkara ini berlaku seolah-olah tidak ada usaha konkrit dilakukan bagi memastikan urusan tiket dan bas, termasuk bas tambahan berjalan lancar. Musim perayaan tidak harus dijadikan sebagai musim `memeras' oleh pengusaha bas dengan mengenakan tambang terlalu tinggi atau tidak mengadakan perkhidmatan tambahan. Kita juga berharap pada musim perayaan ini, tidak ada lagi rungutan pengguna mengenai bas yang disediakan tidak diselenggarakan dengan baik sehingga mengundang bahaya kepada penumpang. Kita tidak mahu bas yang disediakan tidak dilindungi insurans atau lewat tiba di terminal kerana tidak mengikut jadual yang ditetapkan.

Kita menyambut baik jaminan Persatuan pengusaha Bas Seluruh Malaysia bahawa orang ramai yang ingin pulang ke destinasi masing-masing tidak perlu risau kerana tiket bas mencukupi. Selain itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut membuat penambahan 15,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh negara bagi memastikan pengguna dapat pulang berhari raya. Ekoran jaminan pengusaha bas dan kereta api itu, seharusnya orang ramai yang ingin pulang ke kampung kali ini tidak berdepan dengan masalah. Cuma kita berharap agar semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin bagi memastikan

83

perjalanan bas ekspres dalam keadaan selamat dan penumpang dapat sampai di destinasi masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kegusaran berdasarkan petikan di atas? [2 markah]

(ii) Bagaimanakah tindakan pihak pengusaha pengangkutan awam untuk memastikan orang ramai dapat pulang berhari raga? [3 markah]

(iii) Sekiranya anda pemilik syarikat bas ekspres, apakah tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan syarikat anda? [4 markah]

Teknik Menjawab Soalan Komsas Soalan 2b, 2c & 2d

( Harga Remaja dan Dirgahayu Bahasaku ) Bentuk Soalan Yang Diuji:

1. maksud rangkai kata dalam petikan 2. Aspek sastera

Tema, persoalan, nilai, pengajaran, latar dan Watak (TePerNiP+LW) 3. Aspek umum

Soalan berdasarkan petikan prosa. 4. Soalan –Soalan Kemahiran Berfikir ( Soalan Pendapat/Cadangan )

Aspek Sastera

Tema : (Cerpen Catur :Tingkatan 4) Persoalan utama dalam sesebuah prosa.

Contoh : Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan. Persoalan : (Cerpen Catur :Tingkatan 4)

Perkara-perkara penting yang berlaku dalam prosa .

Pengkhianatan sesama ahli keluarga. ( Cerpen Pemain Catur) Nilai ( Perkara baik) : (Cerpen Catur :Tingkatan 4)

Nilai keberanian , contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur. ( Cerpen Pemain Catur)

84

Dalam dokumen Modul Bm SPM (Halaman 81-84)