• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ilustrasi kedudukan Teori yang berkaitan

99

lainnya termasuk teori kontingensi yang tidak mengabaikan faktor-faktor kontingensi atau persekitaran luaran seperti pergolakan persekitaran yang boleh membawa kepada ketidak tentuan persekitaran. Rajah 2.5 menunjukan ilustrasi kedudukan teori yang berkaitan.

Rajah 2.5: Ilustrasi kedudukan Teori yang berkaitan Ilustrasi kedudukan Teori yang berkaitan

Sumber: ilustrasi kendiri kedudukan teori be BB Effort obe c f Paradigma Tawhid CBBE BECPM Usaha pembangunan jenama Nilai pada pelanggan Teori kontigensi

100

2.8 Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal kajian ini adalah untuk ringkasan interpretif elemen campuran pemasaran, iaitu perbelanjaan pengiklanan dan harga, reputasi syarikat yang mempunyai hubungan dengan keseluruhan ekuiti jenama halal dan pergolakan persekitaran sebagai penyerderhana. Kajian ini ingin mengkaji sama ada perbelanjaan pengiklanan, harga dan reputasi syarikat dapat meramalkan keseluruhan ekuiti jenama halal. Di samping itu persekitaran pergolakan diperiksa untuk menentukan sama ada ia menjadi penyederhana hubungan di antara elemen pemasaran campuran dengan keseluruhan ekuiti jenama halal. Oleh itu variabel bebas dalam kajian ini terdiri daripada elemen campuran pemasaran iaitu perbelanjaan pengiklanan, harga dan reputasi syarikat dan penyederhana adalah pergolakan persekitaran manakala variabel bersandar ialah keseluruhan ekuiti jenama halal. Hubungan antara variabel-variabel dapat dijelaskan oleh model dirajah 2.6 sebagai kerangka teoritical.

101 Rajah 2.6: Kerangka Teoritikal

Kerangka Teoritikal

Kerangka kajian ini juga disokong oleh lima teori tunjangan seperti, paradigma tawhid, S-D logik, CBBE, BECPM dan teori kontingensi.

Teori paradigma tawhid menyokong kajian dengan variabel bersandar diserapkan nilai-nilai dan prinsip Islam dalam menilai ekuiti jenama halal (Suharni Maulan, 2014).

Teori S-D logik menerapkan sokongan teori yang baik kepada variabel dimensi-dimensi ekuiti jenama halal kerana ia menyediakan asas yang lebih beretika dalam

H7 H5 H23 H1 H2 H10 H3 H22 Penyederhana H24 H12 H11 H9 H8 H6 H4 Perbelanjaan pengiklanan Harga Reputasi Syarikat Assosiasi Jenama halal Kesetiaan jenama Tanggapan Kualiti Keseluruhan ekuiti jenama halal Pergolakan persekitaran

Variabel bebas Variabel Bersandar

H13,H14,H15

H16,H17,H18

102

membuat keputusan pemasaran dengan menggalakkan integriti pemasaran yang tidak hanya memntingkan keuntungan semata-mata. (Abela & Murphy, 2008).

Teori CBBE atau ekuiti jenama berasaskan pelangggan aliran penyelidik menggunakannya pendekatan dengan mengambilkira ciri-ciri pelbagai dimensi untuk mengukur ekuiti jenama seperti termasuk asosiasi jenama halal, kesedaran jenama, tanggapan kualiti (Yoo & Donthu, 2001) sebagai pencipta kepada keseluruhan ekuiti jenama halal.

Model BECPM pula menunjukan hala tuju sebenar hubungan antara varabel-varaibel, hubungan antara usaha pembangunan jenama, ekuiti jenama dan nilai untuk pelanggan dan seterusnya memberi prestasi kukuh pada syarikat (Murjan, 2012;Tong & Howley, 2009; Baldauf et al., 2003). Model ini mengikat keseluruhan kerangka teori kajian ini.

Manakala teori kontingensi pula berpendapat bahawa perlu ada keupayaan firma untuk respon kepada persekitaran perniagaan bagi menentukan prestasi kukuh (Bell & Martin, 2012), Kesan kontinjen merujuk kepada persaingan di dalam persekitaran perniagaan, yang boleh berubah menjadi pelbagai tahap ketidakpastian (Zhang & Duan, 2010). Pergolakan persekitaran dilihat boleh menjadi variabel penyederhana dalam perhubungan diantara dimensi-dimensi ekuiti jenama dan keseluruhan ekuiti jenama halal dan ia merujuk kepada pelbagai setting (keadaan) persekitaran yang dinamik di mana teknologi, produk pilihan dan intensif persaingan berubah secara dramatik.

2.9 Ringkasan

Bab ini menerangkan sorotan literatur bekenaan variabel-variabel terlibat seperti keseluruhan ekuiti jenama halal, perbelanjaan pengiklanan, harga, reputasi syarikat

103

dan pergolakan persekitaran sebagai penyederhana. Teori tunjangan juga dihuraikan untuk menguatkan lagi sokongan bagi model kerangka kajian.

104

BAB 3 : METODOLOGI

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan metodologi dan prosedur penyelidikan yang digunakan oleh penyelidik untuk mengkaji hubungan antara pengiklanan, harga, reputasi syarikat dengan keseluruhan ekuiti jenama halal di mana pergolakan persekitaran menjadi penyederhana. Bahagian ini juga menerangkan, reka bentuk kajian, kutipan data, kaedah pensampelan serta penentuan saiz sampel, prosedur pengumpulan data, instrumen kaji selidik, kesahihan dan kebolehpercayaan, kajian rintis dan juga analisa sesetengah data. Populasi Lembah Kelang telah dipilih bagi tujuan penyelidikan ini.

3.2 Pendekatan Kajian

Pada dasarnya, bergantung kepada tujuan dan jenis kajian, seseorang boleh menggunakan pendekatan penyelidikan induktif atau pun deduktif. Dalam pendekatan deduktif, pemahaman satu aspek yang terdahulu telah membawa kepada pembangunan dan ujian sesuatu hipotesis. Jika hipotesis tersebut disokong, maka kefahaman teori sedia ada akan kekal dan tidak berubah, tetapi jika hipotesis tersebut tidak disokong maka ia perlu diubahsuai. Ini adalah sebagai pandangan umum dalam hubungan antara teori dan penyelidikan (Bryman & Bell, 2003). Dalam pendekatan induktif pula, ini tidak berlaku. Menurut Malhotra (1996), jika tiada cukup pengetahuan tentang sesuatu fenomena atau jika pengetahuan tersebut tidak sekata, maka pendekatan induktif adalah disyorkan dan boleh digunakan selari

105

dengan pandangan Elo dan Kynga (2007). Dengan kata lain, pendekatan induktif tidak mengambil kira teori terdahulu dalam membangunkan sesuatu kajian yang baru. Di samping itu juga, pendekatan induktif menganjakkan data daripada spesifik kepada umum dan dalam kes-kes yang tertentu digabungkan menjadi umum dengan kenyataan yang lebih luas (Malhotra, 1996).

Kajian ini mengambil pendekatan deduktif kerana teori sedia ada boleh disesuaikan sebagai asas pemahaman terhadap fenomena tersebut dan juga untuk pembangunan hipotesis. Pendekatan asas kajian ini adalah untuk mengumpul sorotan literatur yang tersedia berserta dengan sokongan empirikal. Pada kajian ini gandingan variabel-variabel telah dipilih. Pendekatan kajian ini bermula dengan sorotan literatur yang sedia ada yang disokong oleh bukti yang pragmatik dan seterusnya diperbetulkan pengetahuan sedia ada yang boleh digunakan pada bidang tersebut (Zikmund, 2000). Kajian ini dianggap sebagai suatu kajian penerokaan atau eksploritori yang bertujuan untuk mengetahui hubungan antara amalan bagi dimensi-dimensi ekuiti jenama halal di Malaysia. Dalam erti kata lain, untuk menunjukkan bahawa teori penyelidikan ini terikat dengan hubungan dan amalan di medan yang sebenar (Malhotra, 1996). Oleh yang demikian, dengan mengambil kira semua alasan diatas, kajian mengikut pendekatan deduktif telah digunakan dalam kajian ini.

3.3 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan teknik kuantitatif, dimana variabel-variabel bebas iaitu dimensi campuran pemasaran yang terdiri dari pengiklanan, harga dan reputasi syarikat dan variabel bersandar pula ialah keseluruhan ekuiti jenama halal dan dimensi-dimensinya.

106

Untuk memulakan fasa ini kajian pada sorotan literatur yang relevan telah dijalankan, dan diikuti pula dengan penentuan sampel dan prosedur pengumpulan data (data collection). Bagi pengumpulan data, borang soal selidik isi sendiri telah diedarkan berdasarkan pada skala yang sesuai. Fasa reka bentuk penyelidikan termasuklah justifikasi paradigma, pelan kaedah kajian, format jawapan dan teknik-teknik persampelan kajian telah dikepilkan bersama.

3.3.1 Reka Bentuk Strategi Penyelidikan

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dimana ia boleh menerangkan tentang isu-isu dan juga hubungan antara semua variabel (Zikmund, 2000). Kaedah ini juga diharapkan dapat menjelaskan atau sekurang-kurangnya menerangkan secara statistik hubungan di antara variabel bebas yang terdiri daripada campuran pemasaran (pengiklanan, harga dan reputasi syarikat) terhadap variabel bersandar (keseluruhan ekuiti jenama halal) dan juga peranan pergolakan persekitaran sebagai penyederhana bagi variabel–variabel tersebut.

Babbie (1990) mencadangkan bahawa kaedah tinjauan ini boleh memberikan keputusan generalizabiliti kepada seluruh populasi. Kaedah tinjauan juga membenarkan penyelidik untuk mengumpul jilid (volume) data yang besar dalam jangka masa yang terhad (Yalcinkaya, 2007). Beliau seterusnya berpendapat bahawa kaedah tinjauan adalah paling sesuai dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Selain dari itu, kaedah tinjauan juga memberi penyelidik pilihan untuk mengumpul data daripada responden yang pelbagai untuk membantu dalam pemeriksaan dan pengujian hipotesis pada variabel yang banyak (Neuman, 2006). Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa walaupun pelbagai pendekatan penyelidikan disediakan kepada penyelidik, tetapi pendekatan tinjauan adalah pilihan

107

penyelidik kerana ia juga digunakan secara meluas bagi memeriksa isu-isu yang berkaitan. Pemilihan pendekatan ini paling sesuai disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti ianya lebih murah, mudah untuk diakses dan juga dapat melihat sejauh mana seseorang penyelidik boleh menjadi sebahagian daripada konteks yang dikaji (Dwivedi, 2007).

Dalam menjalankan penyelidikan, bagi mendapat keputusan yang tepat strategi adalah perlu untuk memastikan jangkamasa dan ketetapan yang dirancang tercapai (Sekaran & Bougie, 2013). Zikmund (2003) telah menggariskan strategi berikut untuk dijadikan panduan dalam menjalani penyelidikan dimana ia bermula dari rekabentuk strategi kajian sehinggalah laporan penyelidikan seperti lakaran pada rajah 3.1, dari peringkat pengumpulan data hinggalah kepada laporan penyelidikan seperti yang ditunjukan pada rajah 3.2.

Rajah 3.1: Reka bentuk Strategi Kajian