• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 : SOROTAN LITERATUR 27

2.7 Teori Tunjangan (Underpinning Theory)

2.7.2 Paradigma Tawhid

78

ekuiti jenama yang kuat, dan ii) menonjolkan kepentingan peranan pengguna sebagai pelaku ekonomi dan sosial dalam membangunkan kesetiaan mereka kepada sistem halal Islam. Paradigma tawhid adalah asas ugama dalam kajian ini dalam memastikan bahawa perspektif adalah selaras dengan asas agama Islam yang telah mengariskan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan dalam halal termasuklah penyediaan makanan dan kehidupan seharian di mana sumber, proses and pelaku mestilah mematuhi dengan perinsip-perinsip Islam (Zakiah Samori et al., 2014; Suharni Maulan, 2014; Alserhan, 2010;). Secara khusus, soalan kajian dan objektif kajian dibentuk berkaitan ekuiti jenama halal adalah dari perspektif pengguna (Suharni Maulan, 2014).

2.7.1 Asas Sistem Perniagaan Islam

Islam sebagai ad-din (cara hidup) menggariskan sistem-sistem nilai yang ditetapkan oleh al-Quran dan al -Hadis dalam setiap aspek kehidupan (Suharni Maulan,2014). Prinsip asas nilai-nilai Islam adalah makhluk serta kehidupan manusia dan ' alam (alam sekitar). Islam bukan sahaja mengenai iman dan ibadat tetapi juga melangkaui isu-isu terperinci, isu-isu kecil, peribadi dan kehidupan masyarakat individu (Al Bouraey, 1990). Inilah yang membezakan di antara konsep konvensional dan Islam dalam apa juga aktiviti (Suharni Maulan, 2014).

2.7.2 Paradigma Tawhid

Dalam Islam, Tawhid (agama Islam) merupakan asas philosofikal panduan untuk manusia menjalankan kehidupan seharian mereka termasuk dalam hal ekonomi dan perniagaan (Syed Othman, 1987), dan konsep penjenamaan halal pula dikatakan boleh menambah nilai kepada industri untuk ditawarkan dan bagi memberi lebih kepuasan kepada pelanggan (Wilson, 2011). Islam terdiri daripada tiga elemen asas:

79

Aqidah, Shariah and Akhlaq (Hassanuddeen & Muhamad Irwan , 2007; Mohd Ma’sum, 2007). Aqidah adalah berkenaan dengan semua bentuk keimanan dan kepercayaan kepada Allah, Syariah pula adalah berkenaan dengan segala bentuk amalan dan tindakan sebagai manifestasi keimanan kepada Allah sementara Akhlaq pula adalah berkenaan dengan tingkah laku, sikap dan etika dalam prestasi tindakan tersebut (Hassanuddeen & Muhammad Irwan, 2007, Suharni Maulan, 2014).

Menurut Syed Othman (1987), tawhid adalah berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengan akidah dan ia bermakna:” hubungan yang unik dengan Allah yang Satu yang mengecualikan semua hubungan yang sama dengan yang lain. Keunikan ini menafikan kemungkinan terpencil yang mengaku adanya kewujudan lain yang layak disembah” Oleh itu, Tawhid adalah berkaitan dengan kepercayaan kepada Allah yang meliputi kepercayaan akan kewujudanNya, keEsaannya dan kesempurnaanNya seperti yang dinyatakan dalam surah Al Ikhlas (al Quran 112:1-4.)

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa – (Surah al

Ikhlas, al Quran 112:1), “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk

memohon sebarang hajat; – (al Quran 112:2), “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak

diperanakkan " – (al Quran 112:3), “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa

denganNya” – (al Quran112:4), dan juga surah Al Baqarah (al Quran 2:163) “Dan

Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah)

selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”Kepercayaan

kepada Allah adalah rukun iman yang pertama (Islamic faith) ini diikuti dengan kepercayaan kepada Malaikat Nya seperti yang dinyatakan dalam al-Quran surah Faathir (al Quran 35:1) Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat;

80

Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Dan seperti Surah An Najm (al-Quran 53:31) menyatakan akan kepercayaan kepada hari akhirat dan hari pembalasan di mana dinyatakan “Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan,

dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya".

dan kepercayaan kepada decree Allah iaitu Surah Al Haj (al Quran.22:70),"

Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab

(Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah."

Konsep Tawhid adalah penyerahan diri manusia dengan sepenuhnya kepada Allah di mana tujuan manusia dicipta hanyalah untuk beribadah hanya pada Allah sahaja Surah Az Zariyat– “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia

melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (al Quran 51:56).

“Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan

Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu” – (QS.51:57), "

Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,

lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya" – (al Quran.51:58).

Namun begitu dalam Islam, ibadat atau perkataan dalam Bahasa Arab, Ibadah merangkumi bukan sahaja perkara-perkara berkaitan agama tetapi juga semua yang berkaitan dengaan duniawi (al Qaradawi, 1997). Islam sebagai agama adalah satu

81

cara hidup; di mana ia adalah satu konsep 'shumul' di mana ibadah merangkumi hubungan manusia dengan Allah sebagai Penciptanya serta hubungan manusia dengan lain-lain ciptaanNya iaitu sesama manusia (al Qaradawi, 1997). Seperti yang ditunjukan di rajah 2.1 di mana hubungan vertikal di antara manusia dan Tuhan (Allah) dan hubungan horizontal di antara manusia dan kehidupan.

Dengan itu, konsep ibadah Islam yang komprehensif ini akan menggalakan penganutnya untuk menjalankan aktiviti sesama manusia (muamalat) selaras dengan Firman Allah Maha mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah juga dianggap sebagai perbuatan ibadah yang akan dibalas oleh Yang Maha Pemurah (al Qaradawi, 1997; Beekun & Badawi, 2007).

Oleh itu dalam Islam, Tauhid adalah panduan asas falsafah manusia menjalankan kehidupan seharian mereka termasuk dalam hal-hal aktiviti-aktiviti ekonomi dan perniagaan (Syed Othman, 1987).

Oleh yang demikian, ini telah membawa kepada membezakan 'Homo Islamicus' berlawanan dengan 'Homo Economicus' (Asutay, 2007; Warde, 2000). Homo economicus adalah konsep ekonomi neo-klasikal yang mencadangkan orientasi manusia sebagai individu yang mementingkan diri sendiri, yang berusaha untuk memaksimumkan utiliti mereka sendiri dengan cara yang rasional (Asutay, 2007). Berlainan pula dengan homo Islamicus yang memenuhi dengan andaian dalam altruisme di mana setiap individu mesti berkelakuan insan untuk kebajikan masyarakat (Asutay, 2007; Warde, 2000).

Tingkah laku ini jelasnya dijangka kerana Tuhan telah mencipta manusia sebagai Khalifah atau vicegerent di bumi (al-Quran 2:30; 6:165). Dan persaudaraan adalah satu lagi prinsip penting yang terbit daripada paradigma tawhid (al-Quran 49:10;

82

59:9). Daripada bersaing, setiap ahli masyarakat mestilah bertolak ansur antara satu sama lain (al-Quran 5:2; 18:95).

Konflik kepentingan mesti dielakkan di mana setiap orang mempunyai tujuan perpaduan dalam kehidupan iaitu untuk mendapatkan keredaan Allah (Asyraf Wajdi 2008a). Oleh itu dalam menjalankan perniagaan, organisasi Islam hendaklah memastikan bahawa ia beroperasi pada doktrin-doktrin etika adl dan qist (keadilan dan keseimbangan), amanah, (Amanah) dan ihsan (benevolence) (Beekun & Badawi, 2005).

Oleh kerana Islam menganggap ekonomi dan perniagaan sebagai sebahagian yang penting dalam masyarakat, aktiviti-aktivitinya mestilah tidak boleh diuruskan secara berasingan (Hassanuddeen & Muhammad Irwan, 2007). Objektif utama dalam kepercayaan Islam dalam kehidupan ini adalah untuk mencapai al falah (kejayaan di dalam kedua-dua dunia ini dan di akhirat). (Hassanuddeen & Muhammad Irwan, 2007).

Oleh itu, memang tidak dinafikan pentingnya untuk semua perniagaan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Syariah untuk memastikan pencapaian kejayaan yang besar yang Dia telah janjikan (Suharni Maulan, 2014; Hassanuddeen & Muhammad Irwan, 2007).

83 Rajah 2.1: Piramid organisasi ekuiti jenama Islam Piramid organisasi ekuiti jenama Islam

Sumber: diadaptasi dari Brodie et al,. (2006) Ekuiti jenama TUHAN pelanggan syarikat Hubungan Vertikal Hubungan Mendatar HORIZONTAL Lain-lain Stake holder

84 Rajah 2.2: Islam, Shariah

Islam, Shariah

Sumber: diadaptasikan dari Mohd Ma’sum (2007).