• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 : METODOLOGI 104

3.4 Persampelan

115

unit itu sendiri yang merujuk kepada apa yang dianalisiskan dalam kajian ini. Dalam kajian ini, unit analisis adalah tahap individu di mana pengguna dipilih sebagai responden kerana mereka adalah maklumat utama dan tahu mengenai kedudukan dan sesuai memberi respons kepada kajian ini. (Tong, 2007;Chen, 2006; Yoo et al., 2000).

3.4 Persampelan

Persampelan merujuk kepada elemen, unit sampel, masa dan tahap kajian. Malhotra (2004) mentakrifkan elemen-elemen sebagai objek yang bekerja sebagai sumber maklumat yang dikehendaki. Menurut Sekaran dan Bougie (2013) pensampelan merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi tersebut. Ringkasnya, persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian bagi mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini telah diguna pakai oleh penyelidik-penyelidik terdahulu samada daripada bidang sains tulen atau pun sains sosial (Malhotra, 2004).

Penyelidikan yang berkaitan dengan kaji selidik menggunakan responden sebagai elemen-elemen, manakala unit persampelan mengandungi unsur-unsur ini. Jangkauan (extent) yang merujuk kepada sempadan, secara umumnya, adalah kajian lokasi geografi (Md. Abd. Momen, 2015). Dalam kajian ini, berdasarkan fakta bahawa kajian menentukan pengaruh pengiklanan, harga dan reputasi syarikat kepada keseluruhan ekuiti jenama halal di Lembah Kelang. Unsur-unsur kajian adalah pengguna-pengguna barangan halal di Lembah Kelang. Pengguna-penguna barangan halal diambil sebagai unit persampelan. Data yang dikumpul dari soal-selidik yang diedarkan ini mencerminkan sifat struktur pengguna-pengguna barangan

116

halal. Teknik persampelan kuantitatif ini adalah, tanpa eksperimen (non-experimental), berkorelasi untuk penerangan (correlational, explanatory), dan komparatif dengan penerangan (comparative, exploratory) dan teknik memintas (intercept survey design) seperti yang telah digunakan oleh Yoo et al., (2000), Chen (2006) dan Tong (2007) untuk menentukan hubungan antara variabel bagi pengguna-pengguna yang berumur 20 tahun atau lebih. Sampel dicapai dengan gabungan menggunakan pelan pensampelan sistematik dan sama kadar (proportionate) (Chen, 2007). Tinjauan di kawasan awam di empat pasaraya Besar terkemuka akan dijalankan untuk mengumpul data dari pengumpulan sampel rawak pada hari biasa dan hari minggu.

3.4.1 Menentukan Kecukupan Saiz Sampel

Untuk mengeneralisasikan penemuan, menentukan saiz sampel yang mencukupi adalah penting. Selain daripada itu Kunnan (1998) berpendapat bahawa untuk menjana ketepatan yang dikehendaki, ketepatan (precision) dan konsistensi anggaran adalah amat kritikal untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan keputusan, maka penentuan saiz sampel yang sesuai adalah penting.

Saiz sampel hendaklah memenuhi kehendak kajian, iaitu mempunyai bilangan yang secukupnya untuk menganggar karakter populasi serta memberikan hasil yang boleh dipercayai (Sekaran & Bougie, 2013). Pemilihan saiz sampel biasanya bergantung pada keyakinan pengkaji terhadap data, margin kesalahan yang boleh diterima, jenis analisa yang akan digunapakai, masa dan kewangan yang ada, dan samaada dapatan akan digeneralisasikan atau tidak (Hair et al., 2007). Sementara itu, Cohen (1992) mencadangkan bahawa penentuan saiz sampel adalah sangat penting kerana kelinearan responden dan juga kesan kos. Sekaran dan Bougie (2013) dalam sorotan literaturnya, melontarkan satu pandangan “....dalam kajian yang berbentuk

117

multivariate (termasuk analisa regresi berganda), saiz sampel sepatutnya beberapa kali lebih besar dari jumlah variabel (sekurang-kurang 10 kali atau lebih) dalam kajian”.

Manakala menurut Coakes, Steed dan Dzidic (2006), 100 responden sebagai saiz sampel untuk analisis faktor boleh diterima, tetapi saiz sampel sebanyak 200 atau lebih adalah lebih baik. Comrey dan Lee (1992) juga mencadangkan saiz sampel 200 atau lebih adalah lebih baik untuk melaksanakan analisis faktor. Ini adalah selari dengan peraturan Comrey dan Lee (1992) dalam penemuan beliau (Roscoe’s rule of thumb) yang menegaskan saiz sampel yang lebih besar daripada 30 dan kurang daripada 500 adalah sesuai untuk kebanyakan kajian.

Roscoe (1975) menyokong saiz sampel yang melebihi 30 dan kurang daripada 500 adalah bersesuaian untuk kebanyakan analisa kajian. Walau bagaimanapun, tiada terdapat satu penentu tunggal yang dapat memberikan tahap ketepatan saiz sampel, walaupun terdapat beberapa cadangan bilangan saiz sampel minimum untuk diikuti. Sebagai contoh, Ding et al. (1995) berpendapat bahawa saiz sampel antara 100 hingga 150 adalah sudah cukup baik. Bila menggunakan pemodelan persamaan struktur (structural equation modelling), Sekaran dan Bougie (2013) mencadangkan sebagai rule of thumb yang memerlukan penggunaan 100 hingga 150 subjek. Dalam mengenal pasti saiz sampel yang betul. Walaupun saiz sampel yang terlalu kecil dianggap sebagai tidak mencukupi untuk umum hasil, dan terlalu besar juga boleh menghasilkan erroneous outcomes. Dalam kedua kes, kesahan kajian akan terjejas. Sifat dan jenis kajian biasanya menentukan bilangan sampel kajian (Sekaran & Bougie, 2013). Penentuan saiz sampel mempunyai hubungan langsung dengan

118

bilangan variabel. Byern (2010) berpendapat bahawa perlu ada sekurang-kurangnya lima responden setiap variabel. Di samping itu, untuk menggunakan pemodelan persamaan struktur, kajian itu perlu mengambil lebih daripada dua ratus responden (n > 200) untuk mengurangkan ralat sampel. Selain itu, model dengan parameter yang banyak memerlukan sampel yang besar. Kline (2005) juga menekankan nisbah (10:1) antara variabel dengan bilangan sampel. Beliau juga menyatakan bahawa SEM tidak boleh menghasilkan keputusan yang memberangsangkan jika responden adalah kurang daripada 200. Untuk mengesahkan generalizability, kajian mesti mengandungi bilangan minimum 101 orang responden yang tidak kurang daripada 5 bagi setiap variabel, manakala tidak juga boleh non-representative (Hair et al., 2010). Hair et al (2010) berpendapat bahawa saiz sampel menggunakan SEM harus bergantung pada bilangan item kajian. Mereka mencadangkan bahawa variabel perlu berkisar antara 200 dan 400 subjek. Sementara itu, Sekaran dan Bougie (2013) menyifatkan prosedur persampelan rawak dapat memastikan setiap sub-populasi yang wujud dalam jumlah besar populasi diwakili sepenuhnya. Pemilihan ini dibuat berdasarkan kehomogenan unit pensampelan yang hanya memerlukan sampel kecil untuk menganggarkan parameter populasi yang mempunyai kelebihan menghasilkan ralat pensampelan yang lebih kecil (Davis & Cosenza, 1998 ; Babbie, 2006). Kadar respon perlu juga diambil kira (Ramayah, Yan & Sulaiman, 2005).

Beberapa kajian di Malaysia mendapati kadar respons berkisar 15 hingga 25 peratus sahaja, khususnya pengumpulan secara pos (Lazim, Faizuniah & Siti, 2012; Kanapathy & Jabnoun, 1998; Sarachek & Aziz, 1993; Rozhan, 1991). Ramayah, Yan dan Sulaiman (2005) menyatakan kadar respon ialah sekitar 10 hingga 20 peratus, manakala Ainin, Kamarulzaman, Farinda dan Azmi (2010) dalam kajiannya mendapati 15 peratus sahaja. Bahkan dalam beberapa kes, peratusan kadar respon

119

didapati serendah 10 peratus (Reid, Dunn, Cromie & Adams, 1999). Manakala ada juga dalam beberapa kes didapati kadar respon melebihi 25 peratus (Mustafa, 2014; Ria, Raja & Tengku, 2006).

Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelanggan produk halal dan data telah dikumpul dan dianalisis dengan sewajarnya. Sebagai pelanggan produk halal mereka mempunyai keupayaan untuk memahami soalan-soalan yang dikemukakan tanpa bantuan penemuduga. Namun begitu, memandangkan sampel kajian terdiri daripada pelanggan produk halal diLembah Kelang yang kepelbagaian kaum maka instrumen kajian telah dibuat dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris supaya setiap soalan dapat difahami dengan baik. Selain itu, untuk memastikan persamaan dalam sampel yang dipilih, pemilihan adalah berdasarkan dengan ciri-ciri seperti pernah menggunakan produk halal dan memahami secara kasar akan apa itu halal.

Yoo et al., (2000) menggunakan satu produk jenama khusus, membuat perbandingan (focal brand) dengan jenama lain dan mengambil kira faktor jenama semata-mata dalam membuat pilihan dengan aspek-aspek lain dianggap sama untuk kajiannya, manakala untuk kajian ini produk Halal adalah dikira sebagai jenama khusus dan membuat perbandingan (focal brand) dengan jenama lain dan mengambil kira faktor jenama semata-mata adalah seperti yang dibuat oleh Yoo et al., (2000) dan arahan untuk ini ada terdapat didalam soalselidik.

Data dari responden yang dikumpul adalah terdiri dari responden yang pelbagai bangsa, dan dipilih melalui teknik intercept persempelan seimbang (Yoo et al., 2000).

120