• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KEDUA

Rajah 2. 4: Transformasi Hima

2.5 INTEGRASI HIMA DENGAN DASAR ALAM SEKITAR KONTEMPORARI

Othman Llwellyn219 dan Lutfallah Gari220 telah membuat analisis deskriptif dan historis

bagi memahami teori dan amalam hima di zaman Pra-Islam melalui kitab-kitab fiqh klasik dan trend penulisan mula berkembang dengan mengkaji amalan semasa di negara-negara terpilih secara komparatif dan integratif seperti yang dilakukan oleh

Hala Kilani221, Aishah Abdallah222 dan Assaad Serhal.223 Di dalam penulisan Hala

Kilani,224 pendekatan hima yang berperanan melindungi sumber asli seperti air,

biodiversiti dan hutan ini masih diamalkan dengan revolusi model baru berteraskan konsep pembangunan mampan (sustainable development). Prinsip hima bukan sahaja sesuai untuk negara-negara padang pasir tetapi kini semakin berkembang dan turut menarik perhatian eropah dan telah diimplimetasikan juga di asia seperti di Indonesia

(Acheh).225 Namun, pengurusan sumber asli berasaskan syariah ini masih sangat kurang

pemahamannya di kalangan masyarakat setempat dan global. Justeru, IUCN menekankan keperluan kepada kajian lanjutan agar memastikan pendekatan tradisional

Islam ini seiring dengan tuntutan keperluan semasa.226

219 Othman Abd Ar-Rahman Lwellyn, “The Basis for a Dicipline of Islamic Environmental Law”, 212-217.

220 Lutfallah Gari, “A History of the Hima Conservation System”, 213-228. 221

Hala Kilani et al., Al-Hima: The Way of Life, 12.

222 Aishah Abdallah, “A Process for Proclamation of Traditional Himas”; Laura Haddad & Nour Qabba'ah, Pursuing Supranational Solutions to the Challenges of Carrying Capacity, 66-70.

223 Assaad Serhal, Hima as a Local Response to Carrying Capacity; Laura Haddad & Nour Qabba'ah, Pursuing Supranational Solutions to the Challenges of Carrying Capacity (‘Amman: National Press, 2010), 48.

224 Hala Kilani et al., Al-Hima: The Way of Life, 12. 225 Ibid.

226

International Union for Conservation of Nature (IUCN), “Hima as a model for natural resource management in West Asia and North Africa”, laman sesawang IUCN, dicapai pada 9 November 2011. http://www.iucn.org/about/union/secretariat/offices/rowa/?5853/Hima-as-a-model-for-natural-resource-management-in-WANA

108

2.5.1 Pembangunan Mampan (Sustainable Development)

Pembangunan mampan disebut dalam bahasa arab sebagai “Tanmiyyah

al-Mustadamah” yang mana konsep mampan atau sustainability/istidamah ini mempunyai

perkaitan rapat dengan konsep keseimbangan atau equilibrium/ittizan.227

Menurut

Shaharir,228 terdapat pelbagai definisi pembangunan mampan sejak teori ini mula

diperkenalkan sejak 70-an229 tetapi definisi yang paling popular adalah dari Brundland

Comission 1987 yang menyatakannya sebagai: “a development that meets the needs of

the present without compromising the needs of future generations to meet their own needs.”. Aliyu230

mengatakan bahawa pembangunan mampan ini adalah mengekalkan kapasiti ekosistem yang menyokong sistem sosial dan ekonomi.

Rajah 2.6

Konsep Pembangunan Mampan

Pembangunan Mampan

Assaad Serhal231 menyatakan bahawa trend konservasi dewasa ini tidak mampan kerana

tumpuan lebih diberikan kepada pembangunan ekonomi dan pembangunan alam sekitar dilihat paling kurang diberi perhatian, maka tidak hairanlah jika pencinta alam juga

227 Shadi Khalifah Muhammad al-Juwaranah, Iqtisadiyyat al-Bi’ah min Manzur al-Islami (‘Amman: ‘Imad al-Din, 2010), 48-53; Ahmad ‘Abd al-Rahim al-Salim & Ahmad ‘Abduh ‘Awda, Qadaya Bi’iyyah min Manzur Islami (Madinah Nasr: Dar al-Nada, 2001), 51-54.

228

Shaharir M.Z, “A New Paradigm of Sustainability”, Journal of Sustainable Development 5, no. 1 (January 2012), 91.

229 United Nations Conference on the Human Environment in Stockholm in 1972.

230 Aliyu Salisu Barau, “Sharia Land Use Sustainability Model” (Makalah, Conference On Technology & Sustainability in the Built Environment, 12-17 December 2009), 630.

231 Assaad Serhal, Hima as a Local Response to Carrying Capacity; Laura Haddad & Nour Qabba'ah, Pursuing Supranational Solutions to the Challenges of Carrying Capacity (‘Amman: National Press, 2010), 48.

Ekonomi

Alam Sekitar

109

dianggap sebagai anti pembangunan232 kepada terminologi pembangunan hanya dilihat

dari aspek material.

Rajah 2.7

Trend Konservasi Kontemporari

Menurut Assaad Serhal233 lagi yang membuat kajian terhadap Society for the

Protection of Nature in Lebanon (SPNL) mendapati bahawa trend perundangan semasa

yang menekankan aspek sustainable development menjadikan hima semakin relevan untuk dibangunkan semula kerana hima telah terbukti mampu mengurus keseimbangan

alam sekitar, kestabilan ekonomi dan keharmonian sosial. Zuhdi Marsuki234 turut

membincangkan aspek-aspek pembangunan mampan ini yang terdapat dalam kajian kes harim dan hima yang dilakukannya serta mendapati pendekatan Islam ini sememangnya menitikberatkan keseimbangan baik dari aspek pembangunan mahupun pengunaan yang kian diabaikan dalam pengurusan sumber asli dan biodiversiti hari ini.

Walaubagaimanapun Shaharir235 menegaskan bahawa sejak tahun 90-an sehingga kini,

majoriti penyelidik mendapati bahawa teori pembangunan mampan ini terus menerus dikritik kerana sebenarnya tidak mampan kerana mengabaikan pembangunan manusia

232

Tokoh Alam Sekitar Malaysia yang terkemuka Prof Datuk Dr Zaini Ujang pernah menyatakan secara sarkastik bahawa pencinta alam dianggap anti pembangunan dalam Seminar Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), 11 Mei 2008 dalam kertas seminarnya berjudul Dasar Alam Sekitar-Tinjauan Kritis,

laman sesawang Lestari, dicapai 19 Julai 2011.

http://www.kesturi.net/wp- content/uploads/2008/10/kertas-kerja-prof-dato-dr-zaini-ujang_dasar-alam-sekitar-malaysia_the-way-forward.pdf

233 Assaad Serhal, Hima as a Local Response to Carrying Capacity; Laura Haddad & Nour Qabba'ah, Pursuing Supranational Solutions to the Challenges of Carrying Capacity (‘Amman: National Press, 2010), 48.

234 Mohd Zuhdi Marsuki, The Practice of Islamic Environmental Ethics, 208-222.

235 Shaharir M.Z, “A New Paradigm of Sustainability”, 92-93; Shaharir Md Zin, (Profesor Dr, Penyelidik, Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya), dalam temu bual dengan penulis, 15 Oktober 2012.

Ekonomi

Alam Sekitar

110

yang dipanggil keperluan psikologi yang mencakupi aspek kebudayaan dan ketuhanan. Penulisannya turut bersetuju hasil sorotan 30 tahun teori pembangunan mampan di negara-negara seperti USA, UK, Australia, China dan Singapura mendapati bahawa pandangan semesta utama bagi kerangka konsep pembangunan mampan perlu ditukar kepada sesuatu yang lebih seimbang dan holistik kerana mengabaikan elemen utama pembangunan mampan yang sebenar iaitu aspek keagamaan. Atas pertimbangan keseimbangan ini, beliau menyarankan agar konsep wasatiyyah dalam Islam yang mempunyai elemen spiritual diterapkan dalam teori pembangunan mampan.

Iyad Abumoghli236 menggariskan beberapa prinsip pembangunan mampan dan

turut menyatakan hima sebagai salah satu instrumen konservasi yang mampan. Oleh

sebab hima juga merupakan kawasan tadahan air, konsep haqq irtifaq yang meliputi

aspek haqq al-shafah (hak minum), haqq al-sharb (hak siram), haqq al-masil (hak

pengairan) dan haqq al-majra (hak saliran). Penglibatan masyarakat juga penting bagi

memastikan pembangunan sosial diseimbangkan menerusi konsep syura. Komuniti tempatan perlu mengetahui bahawa mereka mempunyai tanggungjawab sosial (fard

al-kifayah) dalam konservasi biodiversiti selain menerapkan nilai etika dan kebudayaan.

Keseimbangan alam semula jadi (mizan) hendaklah dikekalkan dan hendaklah mencegah sebarang bentuk perbuatan merosakkan alam (fasad) serta eksploitasi sumber (israf & tabdhir). Pembangunan mampan juga hendaklah menekankan aspek sosio-ekonomi komuniti tempatan terutama golongan berpendapatan rendah menerusi efektif governan dan penilaian impak alam sekitar berdasarkan maqasid al-syari’ah.

236Iyad Abumoghli, “Sustainable Development in Islam”, dicapai 12 November 2012,

http://www.google.com.my/#hl=en&sclient=psy-ab&q=sustainable+development+in+islam&oq=sustainable+development+in+islam&gs_l=hp.3..0i30l3.1

641275.1648850.1.1649134.34.34.0.0.0.2.844.6874.0j20j10j5-1j1.32.0.eesh..0.0...1.1.g3XFzIcE3S0&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&fp=f085760871427844&bp cl=35277026&biw=1092&bih=533

111