• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KETIGA

Jadual 3.4: Kementerian & Agensi Pelaksana Dasar-dasar berkaitan Biodiversiti

Kementerian/Agensi Negeri Agensi Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jabatan PERHILITAN

Jabatan Taman Laut

Jabatan Pengairan dan Saliran Jabatan Alam Sekitar

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian Jabatan Perikanan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jabatan Pertanian Sabah Jabatan Pertanian Sarawak

Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jabatan Perancang Bandar dan Desa Kementarian Perusahaan

Perladangan dan Komoditi

Lembaga Minyak Sawit Malaysia Lembaga Koko Malaysia

Lembaga Getah Malaysia Agensi Negeri Jabatan Perhutanan Negeri

Jabatan Pertanian

Autoriti Pengurusan Kawasan Perlindungan

- Perbadanan Taman Negara Johor

- Perbadanan Taman Negeri Perak

- Perbadanan Taman Negeri Selangor

- Jabatan Hidupan Liar Sabah

- Perbadanan Perhutanan Sarawak

Pusat Biodiversiti Sabah Pusat Biodiversiti Sarawak

135

Selain dari agensi di atas terdapat juga pusat-pusat sokongan dalam usaha mengimplementasikan dasar kepelbagaian biodiversiti kebangsaan seperti Centre of

Excellence for Biodiversity Law (CEBLAW) untuk isu biokeselamatan, the Malaysian Mountain Ecosystem Research Initiatives (MMERI) yang berasas dari Institute for Environment and Development (LESTARI), dan Marine Ecosystem Research Centre (EKOMAR) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Institute of Ocean and Earth Science (IOES) di Universiti Malaya, dan the Borneo Marine Research Centre di Universiti Malaysia Sabah. Penglibatan sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)

alam sekitar, Institut Pengajian Tinggi turut memainkan peranan penting dalam

menyokong pelbagai aktiviti konservasi biodiversiti.33

3.3.2 Federalism dan Penyelarasan Polisi

Pelbagai masalah perundangan dihadapi dalam mengurus biodiversiti kerana

pendekatannya berasaskan sektor34 dan setiap sektor mempunyai bidang kuasa yang

jelas secara langsung dari kerajaan negeri masing-masing35 dan sukar untuk

diselaraskan kerana setiap negeri mempunyai polisi yang berbeza. Satu-satunya pengecualian adalah pengurusan Taman Negara yang merupakan kawasan perlindungan terbesar negara yang terletak di bawah pengurusan kerajaan pusat yang menerima seliaan secara langsung dari Pengarah Jabatan PERHILITAN yang

merupakan agensi di peringkat persekutuan.36 Dalam usaha menyeragamkan

pentadbiran sektor-sektor yang berbeza merentasi sempadan sebelas negeri, kerajaan pusat mengambil langkah penyelarasan polisi dan merasionalisasikan semula

33 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Laporan Kebangsaan Konvensyen Kepelbagaian Biologi ke-4, 53-54.

34

Wan Talaat, “The Existing Legislative, Administrative and Policy Framework for the Mangrove Biodiversity Management & Conservation in Malaysia”, Journal of Politics and Law 5, no. 1 (March 2012), 186-188; Lihat juga Sarah Aziz Abd Ghani Aziz, The Conservation of Biodiversity: Options for An Integrated Legislative Framework (tesis kedoktoran, Universiti Malaya, 2013), 153-183.

35

Jadual 9, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan.

36S. Elagupillay,“Government Perspective-National and State Policies on Biodiversity”, (Proceedings, Conference of Biodiversity and National Development: Achievement, Opportunities and Challenges, KL, 28-30 May 2008), 4- 5.

136

pentadbiran bermula tahun 1960. Salah satu natijah usaha penyelarasan polisi ini adalah penggubalan Kanun Tanah Negara 1960 yang telah diselaraskan dan dipakai di semua negeri sebagai undang-undang piawai dalam mengurustadbir hal ehwal berkaitan tanah di Semenanjung Malaysia. Pemiawaian polisi ini turut memberi impak kepada sektor biodiversiti. Dua undang-undang di bawah bidang kuasa persekutuan juga digubal iaitu Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan disusuli Akta Taman Negara 1980 yang mana kedua-duanya dikuatkuasakan di bawah Jabatan PERHILITAN yang mewakili kerajaan pusat. Objektif inisiatif kerajaan pusat ini tidak lain hanyalah untuk menyelaraskan polisi berkaitan pengurusan hidupan liar dan kawasan perlindungan di

Semenanjung Malaysia.37

Sekitar tahun 1957-1975, tiada kementerian yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal polisi alam sekitar dan biodiversiti. Unit Perancang Ekonomi (UPE) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan PERHILITAN pusat telah menjadi badan pembuat keputusan utama. Polisi untuk mewujudkan kawasan perlindungan baru tertakluk kepada keputusan UPE yang memasukkan isu ini di bawah Rancangan Malaysia ketiga (1976-1980). Keadaan ini berterusan sehinggalah Akta Taman Negara 1980 diwartakan yang membolehkan jawatankuasa antara agensi saling membantu berkenaan hal ini. Kerajaan persekutuan telah menerima mandat dan asas yang kukuh untuk mengurus alam sekitar dan biodiversiti dengan tertubuhnya Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 1975 bagi memperkasa kapasiti membuat polisi (policy making) dan membuat keputusan (decision making) di peringkat persekutuan dan menjadi semakin proaktif. Berdasarkan kejayaan penggabungan pentadbiran hidupan liar di Semenanjung Malaysia, perhatian kerajaan pusat seterusnya beralih kepada aspek perlindungan ekosistem menerusi Akta Taman Negara 1980 untuk mewujudkan kawasan perlindungan baru. Walaupun kerajaan negeri menyambut baik

137

polisi berkaitan hidupan liar, namun respon yang berbeza diterima berhubung polisi kawasan perlindungan dan keadaan ini memerlukan agensi-agensi pusat memainkan

peranan penting.38

Di bawah prinsip federalism, Parlimen berkuasa membuat undang-undang yang tertakluk kepada agihan bidang kuasa antara persekutuan dan negeri menurut

Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan:39

(a) Parlimen boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Persekutuan.

(b) Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Negeri itu.

Justeru, bagi merealisasikan pelbagai perjanjian, protokol, triti, konvensyen berkaitan biodiversiti yang ditandatangani dan diratifikasi oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh individu bagi pihak kerajaan negeri, maka, parlimen bertanggungjawab untuk membuat undang-undang. Namun, tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana perkara lain, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau

Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan)40 dan Badan Perundangan sesuatu

Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual

Kesembilan) atau Senarai Bersama41 yang merangkumi pelbagai elemen biodiversiti.42

Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang negeri dan undang-undang-undang-undang negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras

38 Ibid.

39 Perkara 73, Perlembagaan Persekutuan. 40 Perkara 74 (1), Perlembagaan Persekutuan. 41

Perkara 74 (2), Perlembagaan Persekutuan.

42 Shaik Md Noor Alam et al., “Laws and Policy on Biodiversity in Malaysia”, (Proceeding of the International Symposium, Biodiversity-Biotechnology Gateway to Discoveries, Sustainable Utilization and Wealth Creation, Kuching, Sarawak, Malaysia, 19-21 November 2008), 151.

138

itu.43 Walau bagaimanapun, pengecualian dalam perkara 76 (A) (1)44 telah memberikan

parlimen kuasa meluaskan kuasanya menggubal undang-undang di bawah perkara negeri. Justeru, pengecualian ini amat berguna kerana majoriti elemen biodiversiti tertakluk kepada perkara negeri dan kerajaan persekutuan berhak membuat undang-undang ke atasnya atas alasan-alasan seperti melaksanakan apa-apa triti antarabangsa, perjanjian atau konvensyen mana-mana organisasi antarabangsa yang dianggotai

Persekutuan seperti CBD. 45

Jadual 3.5: Peruntukan Berkaitan Biodiversiti Dalam Perlembagaan Persekutuan