• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 1.1: Sasaran Dekad Biodiversiti Pelan Strategik Sasaran Aichi

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

3) Menganalisis amalan dan kecenderungan (trend) konservasi biodiversiti di kawasan perlindungan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.

4) Menilai prospek untuk mengintegrasikan etika-perundangan Islam dalam undang-undang dan aktiviti konservasi biodiversiti di Malaysia.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Objektif dan persoalan kajian ini penting untuk dihurai dan dirungkaikan atas justifikasi berikut:

1) Menghubungkan peranan undang-undang Islam dengan konservasi biodiversiti dengan membina semula kerangka konsep konservasi biodiversiti menurut etika-perundangan Islam mengikut keperluan semasa.

2) Mengenal pasti lakuna undang-undang berkaitan biodiversiti sedia ada dan isu-isu amalan kawasan perlindungan lantaran mengemukakan cadangan pemerkasaan undang-undang dan amalan sedia ada dengan integrasi etika-perundangan Islam. 3) Menyediakan mekanisme alternatif berasaskan etika-perundangan Islam bagi

mengawal aktiviti manusia secara undang-undang dan etika dengan mencadangkan modul hibrid konservasi biodiversiti yang mengimbangi antara pendekatan tradisional dan pendekatan kontemporari.

4) Membekalkan informasi berkaitan integrasi etika-perundangan Islam terhadap konservasi biodiversiti di lokasi kajian kes yang memerlukan seperti Jabatan PERHILITAN, IKIM dan WWF. Selain itu, untuk mewujudkan profesion undang-undang alam sekitar Islam dengan memperluaskan skop penyelidikan dan pengajaran undang-undang Islam di Malaysia.

13 Jadual 1.2: Rumusan Objektif, Persoalan dan Kepentingan Kajian

Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian

1)Mengenal pasti prinsip-prinsip etika-perundangan Islam

berkaitan konservasi biodiversiti secara teori, praktikal dan status

quo

1) Apakah pendekatan konservasi biodiversiti menurut etika-perundangan Islam?

2) Bagaimana sistem konservasi biodiversiti Islam yang diamalkan secara tradisional ini?

Menghubungkan peranan undang-undang Islam dengan konservasi biodiversiti dengan membina semula kerangka konsep konservasi biodiversiti menurut etika-perundangan Islam mengikut keperluan semasa.

2) Membandingkan polisi-polisi biodiversiti PBB dan Undang-undang berkaitan biodiversiti di Malaysia dengan

etika-perundangan Islam.

3) Apakah isu-isu etika-perundangan dalam polisi antarabangsa dan undang-undang di Malaysia yang berkaitan dengan konservasi biodiversiti? 4) Di manakah ruang untuk memposisikan

etika-perundangan Islam dalam undang-undang sedia ada?

Mengenal pasti lakuna undang-undang berkaitan biodiversiti sedia ada dan isu-isu amalan kawasan perlindungan lantaran mengemukakan cadangan pemerkasaan undang-undang dan amalan sedia ada dengan integrasi etika-perundangan Islam.

3) Menganalisis amalan dan trend konservasi biodiversiti di

kawasan perlindungan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

5) Apakah modus operandi penguatkuasaan undang-undang di Jabatan PERHILITAN? 6) Bagaimanakah pengamalan dan pengalaman

konservasi biodiversiti di kawasan-kawasan perlindungan?

Menyediakan mekanisme alternatif berasaskan etika-perundangan Islam bagi mengawal aktiviti manusia secara undang-undang dan etika dengan mencadangkan modul hibrid konservasi biodiversiti yang mengimbangi antara pendekatan tradisional dan pendekatan kontemporari.

4) Menilai prospek untuk mengintegrasikan etika-perundangan Islam dalam undang-undang dan aktiviti konservasi biodiversiti di Malaysia.

7) Apakah inisiatif yang telah dipraktikkan oleh institusi Islam dan agensi konservasi dalam mengintegrasikan etika-perundangan Islam? 8) Sejauh manakah pengaplikasian

etika-perundangan Islam dalam konservasi biodiversiti 9) di Malaysia?.

Membekalkan informasi berkaitan etika-perundangan Islam berkaitan konservasi biodiversiti di lokasi kajian kes yang memerlukan seperti Jabatan PERHILITAN, IKIM dan WWF. Selain itu, untuk mewujudkan profesion undang-undang alam sekitar Islam dengan memperluaskan skop penyelidikan dan pengajaran undang-undang Islam di Malaysia.

14 1.5 DEFINISI TAJUK KAJIAN

1.5.1 Konservasi Biodiversiti

Konservasi adalah terjemahan perkataan “conservation” yang bermaksud pemuliharaan. Pemilihan perkataan konservasi adalah mengikut terminologi yang digunakan di Jabatan PERHILITAN, contohnya penggunaan istilah konservasi in-situ dan konservasi ex-situ

serta pendidikan konservasi yang digunakan secara meluas seawal tahun 2000.37

Terminologi biodiversiti pula berasal daripada frasa “biological diversity” atau kepelbagaian biologi iaitu variasi pelbagai bentuk kehidupan yang ada di bumi ini. Biodiversiti biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat:

a) Diversiti genetik: kepelbagaian dalam sesuatu spesies yang disebabkan oleh perbezaan genetik.

b) Diversiti spesies: kepelbagaian organisma atau benda hidup di bumi ini dan; c) Diversiti ekosistem: kepelbagaian habitat seperti laut, hutan tanah tinggi dan

paya bakau.

Setakat ini hampir 1.4 juta spesies telah dikenal pasti, namun para saintis

menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini adalah lebih dari 100 juta.38

1.5.2 Etika-Perundangan

Etika-perundangan atau “ethico-legal” merupakan satu aspek, prinsip atau perspektif yang kian mendapat perhatian dalam dunia penyelidikan bermula tahun 2012 sehingga

kini, terutama dalam bidang perubatan.39 Terminologi ini berasal dari gabungan dua

perkataan iaitu etika (ethic) dan perundangan (legal). Justeru, etika-perundangan adalah satu analisis bersepadu kedua-dua aspek ini. Pertimbangan secara timbal balik

37

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN), Laporan Tahunan 2000 (Cheras: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, 2000).

38 Ministry of Natural Resources and Environment, A Common Vision on Biodiversity in Government and the Development Process: Reference Document for Planners, Decision Makers and Practitioners (Putrajaya: Ministry of Natural Resources and Environment, 2008), 3-5.

39 Gurkan Sert & Tolga Guven, “Examining The Ethico-Legal Aspects Of The Right To Refuse Treatment in Turkey”, Journal of Medical Ethics 39, (2013), 632-635; Paul Murphy, “Ethico-Legal Aspects Of Organ Donation”, British Journal of Anaesthesia, Oxford Journals (2013).

15

dilakukan antara pertimbangan etika (ethical reasoning) dan keperluan undang-undang

(legal requirement) dalam sesuatu perkara atau isu.40 Konsep etika-perundangan ini

sinonim dengan konsep syariah dan juga fiqh yang mengandungi instrumen

perundangan yang berkait rapat dengan nilai etika.41 Maqasid al-Syari’ah (objektif

Syariah) pula mempunyai persamaan dengan etika Islam (akhlaq al-Islamiyyah) dari

aspek menjana kebaikan (ma’ruf/maslahah) dan menolak kemudaratan

(munkar/mafsadah).42 Oleh kerana isu-isu perundangan berkaitan konservasi

biodiversiti ini banyak melibatkan aspek etika seperti manipulasi, eksploitasi dan korupsi, maka, kerangka etika-perundangan Islam ini begitu sesuai diguna pakai di dalam kajian ini.

1.5.3 Kawasan Perlindungan

Pendekatan Malaysia untuk konservasi biodiversiti berfokus kepada pendekatan Kawasan Perlindungan yang dikenal pasti sebagai penting untuk biodiversiti dan

nilai-nilai ekosistemnya serta dilindungi menurut undang-undang.43 Menurut Perkara 2

Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Kawasan Perlindungan/Protected Areas ditakrifkan sebagai kawasan yang ditetapkan secara geografi dan dikawal selia untuk mencapai objektif pemuliharaan tertentu. Menurut International Union for Conservation of the

Nature (IUCN) pula, kawasan perlindungan adalah kawasan tanah dan/ atau marin yang

dikhususkan untuk pemeliharaan kepelbagaian biologi dan sumber semula jadi dan budaya yang berkaitan, dan diuruskan melalui undang-undang atau lain-lain cara yang berkesan.

40 Virgilia Toccaceli, Laura Serino & Maria Antonietta Stazi, “Informed Consent and An Ethico-Legal Framework For Paediatric Observational Research And Biobanking: The Experience Of An Italian Birth

Cohort Study”, Springer, 2014,

http://download.springer.com/static/pdf/390/art%253A10.1007%252Fs10561-014-9431-3.pdf?auth66=1408991638_13b2d1bf5fa1889d6c22c7b7d0245322&ext=.pdf

41 Omar Hasan K. Kasule, “Outstanding Ethico-Legal-Fiqhi Issues”, Journal of Taibah University Medical Sciences 7, no. 1 (August 2012), 5–12.

42Adibah Abdul Rahim, “General Overview on the Study of Islamic Ethics” in Islamic Ethics and Character Building, ed. Fatimah Abdullah (Gombak: IIUM Press, 2014), 38-40.

43 Ministry of Natural Resources and Environment, Fifth National Report to the Convention on Biological Diversity, 36-37.