BAB KEDUA
KONSERVASI BIODIVERSITI MENURUT ETIKA-PERUNDANGAN ISLAM
2.2 KEPENTINGAN BIODIVERSITI MENURUT AL-QURAN
Kesemua komponen biodiversiti ini kebanyakannya adalah spesies yang mudah didapati di tempat diutuskan para Nabi dan Rasul A.S yang kebanyakannya di negara-negara arab dan hidup di kawasan padang pasir. Spesies-spesies yang telah disebut di dalam al-Quran ini mempunyai kisah tersendiri dan signifikan dengan sejarah Islam. Ini menunjukkan bahawa biodiversiti fauna adalah tanda kekuasaan Allah SWT dan nikmat
yang amat bernilai di dalam Islam15 yang begitu memainkan peranan dan memiliki
pengajaran serta mempunyai kepentingan dalam kehidupan seharian manusia.16
2.2 KEPENTINGAN BIODIVERSITI MENURUT AL-QURAN
Menurut ayat-ayat al-Quran, Mikdar Rusli17 telah mendapati bahawa biodiversiti fauna
mempunyai kepentingan kepada manusia secara fizikal termasuklah sebagai sumber makanan dan kemudahan pengangkutan malah mereka juga merupakan makhluk seperti manusia yang perlu dihormati. Beliau juga mengetengahkan aspek spiritual dalam konservasi biodiversiti kerana banyak ayat al-Quran menjelaskan bahawa makhluk-makhluk ini turut beribadat dan berzikir kepada Allah SWT dengan cara tersendiri. Walau bagaimanapun, kepentingan-kepentingan biodiversiti ini disusun semula dari konteks pembangunan instrumental dan intrinsik.
15 Ahmad Hamd Khalili, “Al-Qayyim Islamiyyah wa Dawruha fi Taqdim Hulul li Mushkilat al-Bi’iyyah al-‘Alamiyyah” (Makalah, Persidangan ke-15 Mu’tamar Am 2011, Al-Bi’ah fi al-Islam, Mu’assasah Ali Bayt al-Malakiyyah li al-Fikr al-Islami, ‘Amman, Jordan, 27-29 September 2010), 57-59; Muhammad ‘Ali al-Taskhiri, “Al-Qayyim wa al-Mafahim al-Islamiyyah al-Mu’aththarah fi al-Hifaz ‘ala al-Bi’ah” (Makalah, Persidangan ke-15 Mu’tamar Am 2011, Al-Bi’ah fi al-Islam, Mu’assasah Ali Bayt al-Malakiyyah li al-Fikr al-Islami, ‘Amman, Jordan, 27-29 September 2010), 601-613.
16
Reza Gharebaghi et al., “Animal Rights in Islam” (Makalah, 6th World Congress on Alternatives & Animal Use in the Life Sciences, Japanese Society for Alternatives to Animal Experiments, Tokyo, Japan, August 21-25, 2007), 62.
49
2.2.1 Pembangunan Fizikal dan Material (Instrumental)
Biodiversiti amat penting bagi menjaga kepentingan manusia itu sendiri. Biodiversiti fauna diciptakan Allah SWT untuk dimanfaatkan manusia sebagai sumber makanan dan juga medium pengangkutan sebagaimana firman Allah SWT:
Al-An’am 6: 142 Maksudnya: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang
dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.
Menurut tafsir Ibn Kathir,18 perkataan hamulah termasuklah unta, kuda dan keldai (yang
dapat membawa muatan) manakala perkataan farsy termasuklah biri-biri (haiwan yang bulunya boleh digunakan). Jejak langkah syaitan itu pula adalah mengharamkan
memakan binatang yang telah dihalalkan Allah SWT.19 Ayat ini juga turut menekankan
nilai etika dan spiritual dalam konservasi biodiversiti agar tidak terhasut dengan jejak langkah syaitan yang sukakan pembaziran dan berlebih-lebihan. Sebaiknya, manusia digalakkan berfikir tentang pengajaran daripada keunikan biodiversiti ini dan mengambil iktibar daripadanya lantas mensyukuri kemurahan Allah SWT memberikan rezeki yang tidak ternilai. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Al-Nahl 16: 66
18 Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim. Jil. 3. (Riyad: Dar al-Tayyibah, 1999), 349-350. 19 Ibid., 351-352.
50
Maksudnya: “Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu
beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya”.
Al-Mu’minun 23: 21 Maksudnya: “Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu
beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksaan Allah penciptanya) Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu”.
Dalam konteks “haiwan sebagai medium pengangkutan”, jejak langkah syaitan itu
adalah menyeksa binatang melebihi kapasitinya. Dalam konteks “haiwan sebagai
sumber makanan” pula, jejak langkah syaitan itu adalah memakanan makanan yang haram dan termasuk juga aspek pembaziran. Allah SWT telah berfirman:
Al-An'am 6: 145 Maksudnya: "Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang
diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
51
Dalam konteks kegunaan bahagian tubuh haiwan seperti kulit dan bulu, Allah SWT telah menciptakannya untuk kegunaan manusia atas dasar keperluan seperti untuk memanaskan tubuh daripada sejuk dan bukannya untuk mengaut keuntungan berlipat ganda sehingga menyeksa binatang. Bermakna, Allah SWT tidaklah melarang tetapi menekankan elemen kesederhanaan dalam memanfaatkan haiwan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “dan binatang-binatang ternak itu, Dia juga
menciptakannya untuk kamu, terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh daripada sejuk dan beberapa manfaat lain dan daripadanya juga kamu
makan”(Al-Quran, 16:5). Perkataan manfaat ini juga termasuklah aspek medium pengangkutan,
hasil tenusu dan aktiviti pertanian.20
2.2.2 Pembangunan Etika dan Spiritual (Intrinsik)
Kepentingan biodiversiti bukan sahaja meliputi pelbagai aspek luaran tetapi juga aspek dalaman. Nilai dalaman ini dapat disemai dengan memahami ayat- ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa biodiversiti fauna ini adalah makhluk Allah SWT yang bertasbih (Al-Quran, 17:44; 24: 41; 21:79) dan bersujud (Al-Quran, 16: 49; 22: 18) kepada Allah SWT dengan cara tersendiri. Walaupun dalam surah al-Tin Allah SWT menjelaskan bahawa manusia merupakan sebaik-baik ciptaan, namun Allah SWT mengimbangi keistimewaan manusia ini dengan menyedarkan manusia bahawa semua makhluk di bumi juga mempunyai martabat yang sama dengan manusia iaitu sebagai makhluk Allah SWT yang digelar “ummah”: “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di
bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu” (Al-Quran, 6: 38). Malah, apabila manusia tidak
memahami mesej etika dan spiritual atau dalam erti kata lain tidak berperikemanusiaan, manusia boleh jadi lebih rendah martabatnya dari haiwan seperti mana firman-Nya
20 Muhammad `Ali Muhammad al-Shawkani, Fath Al-Qadir: Al-Jami` Bayna Fanni Al-Riwayah Wa-Al-Dirayah Min `Ilm Al-Tafsir (Beirut: Dar al-Ma`rifah, 1995), 147.
52
“mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai” (Al-Quran, 7: 179).
Allah SWT telah membandingkan manusia dan biodiversiti dalam aspek persamaan dan perbezaan. Manusia berbeza dengan biodiversiti kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan berbanding ciptaan yang lain kerana manusia mempunyai kelebihan tertentu seperti kelebihan akal. Namun, persamaannya, manusia dan biodiversiti adalah kedua-duanya adalah makhluk Allah SWT yang digelar sebagai ummah. Namun, dalam sesetengah keadaan apabila manusia tidak menggunakan kelebihan yang ada untuk mencari kebenaran, maka manusia lebih hina daripada biodiversiti yang merujuk kepada biodiversiti fauna. Dapat difahami juga, Islam adalah agama yang memberi ruang
apresiasi kepada biodiversiti fauna di alam ini dan bukan untuk manusia semata-mata.21
Secara makronya, pembangunan mampan di dalam al-Quran merangkumi aspek instrumental dan intrinsik, berbeza dengan konsep pembangunan mampan hari ini yang meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar sahaja yang mana kesemuanya
merupakan aspek instrumental. Islam menggalakkan pembangunan bagi
mengimarahkan bumi (isti’mar) (Al-Quran, 11: 61) tetapi perlu berimbang agak tidak ke
tahap melakukan kerosakan di bumi (ifsad) (Al-Quran, 7: 56).22
21 Murad Wilfried Hofmann, “The Protection of Animals in Islam” (Makalah, Persidangan ke-15 Mu’tamar Am 2011, Al-Bi’ah fi al-Islam, Mu’assasah Ali Bayt al-Malakiyyah li al-Fikr al-Islami, ‘Amman, Jordan, 27-29 September 2010), 801.
22 Raghib al-Hanafi Raghib al-Sarjani, Himayah al-Bi’ah fi al-Islam (Madinah Munawwarah: al-Dawrah al-Sadisah, 2012), 91.
53
2.3 NILAI ETIKA DAN PRINSIP PERUNDANGAN BERKAITAN