• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB KEDUA

Rajah 2.8 Pembangunan Lestari al- Haramayn

Aliyu237 telah mengemukakan satu model kawasan perlindungan Islam yang mampan

dan lestari dengan mengambil Makkah iaitu kiblat orang Islam seluruh dunia sebagai kajian kes kerana merupakan tanah haram yang mempunyai elemen konservasi biodiversiti iaitu diharamkan berburu dan merosakkan tumbuh-tumbuhan. Ibn Khaldun

dalam Kitabnya Muqaddimah238 telah lama menggariskan 9 prinsip perancangan

penggunaan tanah yang mampan yang mana kesemuanya (majoriti negara arab-Islam) menekankan aspek-aspek ini dengan prinsip etika-meta.

Prinsip-prinsip tersebut adalah: 1) Kawasan Kota; 2) Lokasi Strategik; 3) Perlindungan Pencemaran Udara; 4) Perlindungan Pencemaran Air dan Jangkitan; 5) Kemudahan Bekalan Air; 6) Kawasan penternakan haiwan domestik; 7) Kawasan agrikultur; 8) Hutan untuk bekalan tenaga dan 9) Kebolehcapaian untuk perdagangan luar bandar. Daripada penerangan di atas, ada benarnya teori sustainable utilization ini mungkin sebenarnya berasal dari prinsip-prinsp Islam yang menerapkan agar kehidupan

ini perlu dilestarikan dengan seimbang dalam semua perkara239 (Al-Quran, 13:8).

237 Aliyu Salisu Barau, Shariah Land Use Sustainability Model (Makalah, Conference On Technology & Sustainability in the Built Environment, IHDP Open Meeting, Bonn – Germany 2009), 9.

238 Ibn Khaldun, Muqaddimah, terj. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995), 393.

239 Chandra Singh Negi, “Religion and Biodiversity Conservation: Not a Mere Analogy”, International Journal of Biodiversity Science and Management 1, (2005), 87.

Pembangunan Lestari Sosio-ekonomi Kestabilan Ekologi Sekuriti Sumber Manusia Nilai Spiritual Tanah Hirarki Kawasan

112

2.5.2 Pengurusan Berasaskan Komuniti (Community-Based Management)

Kajian perbandingan di Lubnan mendapati bahawa perkara yang membezakan hima dengan kawasan rezab alam semulajadi adalah dari aspek pengurusannya. Pengurusan hima bersandarkan kepada “pengurusan berasaskan komuniti” manakala kawasan rezab

alam semulajadi diurus oleh kerajaan.240 Perkara yang sama juga berlaku di Malaysia

kerana kawasan perlindungan di Malaysia juga adalah diuruskan oleh kerajaan.241 Pada

dasarnya pendekatan pengurusan berasaskan komuniti ini kembali mendapat tempat untuk konservasi di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat, Japun, Australia,

India, Peru dan Vietnam.242 Pengurusan berasaskan komuniti ini mempunyai kelebihan

seperti mengukuhkan lagi identiti budaya penduduk orang asli dan penduduk tempatan

dalam memulihara sumber asli dan biodiversiti.243 Pendekatan ini diiktiraf sebagai salah

satu pendekatan konservasi biodiversiti global oleh IUCN.244

Menurut Aishah Abdallah,245 di Arab Saudi, dasar rasmi ada menyebut untuk

menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pengurusan kawasan perlindungan. Tindakan secara beransur-ansur sedang diambil ke arah pengurusan bersama

(co-management) di beberapa kawasan perlindungan. Sehingga kini, tiada kawasan

perlindungan yang berasaskan komuniti diiktiraf oleh undang-undang di Arab Saudi. Sebenarnya, sejak 1960, terdapat lebih 3000 hima dan di setiap perkampungan ada

240 Assaad Serhal, Hima as a Local Response to Carrying Capacity; Laura Haddad & Nour Qabba'ah, Pursuing Supranational Solutions to the Challenges of Carrying Capacity (‘Amman: National Press, 2010), 48.

241 Seksyen 47, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

242 Ashish Kotari, “The 4C Factors: Community Conservation and Climate Change”, Biodiversity 9, 3-4 (2008),19-23.

243

Borrini-Feyerabend, G., Kothari, A. and Oviedo, G. Indigenous and Local Communities and Protected Areas: Towards Equity and Enhanced Conservation (IUCN, Gland, Switzerland and Cambridge, UK, 2004), 84-87.

244 International Union for Conservation of Nature (IUCN), “Hima as a model for natural resource management in West Asia and North Africa”, laman sesawang IUCN, dicapai pada 9 November 2011.

http://www.iucn.org/about/union/secretariat/offices/rowa/?5853/Hima-as-a-model-for-natural-resource-management-in-WANA; Lihat juga

http://www.iucn.org/about/union/secretariat/offices/rowa/iucnwame_resources/iucnwame_documents/al_ hima__possibilities_are_endless_/;

http://www.iucn.org/about/union/secretariat/offices/rowa/?16032/The-Amman-Declaration-on-Innovating-Hima-Is-Signed.

113

sekurang-kurangnya satu hima. Namun, jumlah ini berkurangan apabila berlaku perubahan besar terhadap sosio-ekonomi arab Saudi seperti tanah pedalaman menjadi hak milik negara, peningkatan populasi yang mendadak serta mekanisme pertanian yang berubah. Sejak itu, hima makin diabaikan dan hanya beberapa dozen saja yang tinggal

dan masih aktif diuruskan. Namun, menurutnya lagi246 apabila pengurusan hima ini

disandarkan kepada komuniti dalam membuat sesuatu keputusan atau resolusi terhadap

sesuatu pertikaian, timbul pula masalah iaitu apabila setiap individu

dipertanggungjawabkan untuk mengurus hima tetapi tiada seorang individu pula yang secara sukarela menjalankan tanggungjawab kerana tiada undang-undang atau peraturan yang menguatkuasakannya.

“An important job had to be done and everybody was sure that somebody would do it. Anybody could have done it but nobody did it. Somebody got angry about that because it was everybody’s job. Everybody thought that anybody could do it but nobody realized that everybody wouldn’t do it. It ended up that everybody blamed somebody when nobody did what anybody could have done”

When everybody has equal access to natural resources & the rights to use them are not linked to accountability for maintaining them in good condition – nobody has an incentive to conserve them for future generations.

Aishah Abdallah turut menyatakan bahawa jangka hayat hima akan berakhir sekiranya tindakan berikut tidak diambil: 1) Sokongan politik dari pihak yang mentadbir; 2) Sokongan undang-undang yang membolehkan komuniti tempatan dan agensi konservasi bekerjasama memulihara hima yang berdaya maju; 3) Hima perlu juga disesuaikan dengan pola perubahan sosio-ekonomi tempatan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan; 4) Objektif hima yang mengambilkira kepentingan puak/kabilah perlu ditukar kepada objektif yang mengambilkira kepentingan geografi. Beliau turut menggariskan keperluan tradisi hima: 1) Peruntukan undang-undang untuk memastikan bahawa hima tradisional tidak membawa kepada ketaksaksamaan atau konflik puak; 2)

246 Aishah Abdallah, “A Process for Proclamation of Traditional Himas”; Laura Haddad & Nour Qabba'ah, Pursuing Supranational Solutions to the Challenges of Carrying Capacity, 66-70.

114

Perwakilan orang tempatan dalam semua aspek seperti kuasa, etnik, keturunan, jantina dan umur. 3) Proses yang telus untuk menyelesaikan konflik kepentingan, perselisihan pendapat, & pertikaian; 4) Latihan dalam prinsip-prinsip perancangan pemuliharaan & pengurusan bagi pengurus hima; 5) Tadbir urus yang berkesan, pelan pengurusan, & penguatkuasaan undang-undang yang akan membolehkan hima untuk memenuhi kriteria IUCN untuk kawasan-kawasan yang dilindungi dan 6) Perantaraan rundingan

antara masyarakat setempat & pihak berkuasa yang berkaitan.247

Aishah Abdallah mendapati bahawa terdapat dua jenis pengurusan hima yang melibatkan penglibatan masyarakat. Pertama; Kawasan Perlindungan Komuniti

(Community Protected Area). Pengurusan jenis pertama ini adalah secara sukarela di

kalangan penduduk tempatan bagi melindungi kawasan-kawasan ekosistem semulajadi yang mengandungi sumber asli dan biodiversiti menerusi undang-undang adat (Islam). Kedua; Kawasan Perlindungan Bersama (Co-Managed Protected Area). Pengurusan ini melibatkan kombinasi kerajaan dalam mewartakan kawasan perlindungan manakala tanggungjawab membuat keputusan dalam hal ehwal tertentu diuruskan secara bersama antara agensi kerajaan dan komuniti tempatan. Kajian kes yang dijalankannya di Waza

Biosphere Reserve mendapati pengurusan hima yang dilaksanakan menggunakan model

pengurusan kedua iaitu Co-Managed Protected Area. Ianya dilihat lebih efektif dalam meminimumkan konflik pengurusan (keadilan agihan sumber dan integriti) dan

penguatkuasaan. Dalam penulisan Llewellyn,248 beliau berpendapat bahawa bagi

mengurangkan konflik pengurusan berasaskan komuniti ini, objektif hima ini perlu diubah iaitu hima yang berobjektifkan suku dan puak ini ditransformasikan menjadi

hima yang berobjektifkan geografi demi kebajikan umum.249

247 Aishah Abdallah, “A Process for Proclamation of Traditional Himas”; Laura Haddad & Nour Qabba'ah, Pursuing Supranational Solutions to the Challenges of Carrying Capacity, 66-70. 248 Llewellyn, (2003), op.cit.

249 Aishah Abdallah, “A Process for Proclamation of Traditional Himas”; Laura Haddad & Nour Qabba'ah, Pursuing Supranational Solutions to the Challenges of Carrying Capacity, 66-70.

115

Pendekatan hima ini perlu untuk diorientasikan semula menerusi sistem pengurusan moden dengan mengaplikasi prinsip-prinsip hima yang didiskusikan dalam fiqh dan mengenalpasti pelaksanaan tradisionalnya yang sebenar. Perkara ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama komuniti setempat. Namun, biasanya pihak berautoriti yang menguruskan kawasan lindungan kini dikawal oleh ibu pejabat di ibu negara. Justeru, beliau mencadangkan negara-negara Islam perlu melaksanakan sistem hima ini secara komprehensif dengan membangunkan penyusunan semula sistem bagi memastikan komuniti setempat dapat mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan perlindungan.

Jadual 2.6

Perbandingan Hima & CBNR250

IUCN CBNR HIMA

Legitimasi Legitimasi dan Amanah Awam Legitimasi dan Pembangunan kapasiti Prinsip

Subsidiari

Penglibatan Awam dan Mobilisasi Pewarisan dan Pemerkasaan Kepimpinan yang Fleksibel dan Pengurusan Bersama

Membuat Keputusan secara

Bersama

Konsultasi dan Penglibatan Komuniti (Syura) Pewarisan kepada Institusi Tempatan Rasmi Prinsip Daruriyyah al-Khamsah

Berorientasikan Konsensus (ijma’)

Keadilan Sumber dan Ekuiti Siyasah Syariyyah dan Maslahah Tanggungjawab Modal Sosial, Hubungan Kerjasama Khilafah dan Amanah

Ketelusan Komunikasi dan Penyebaran Informasi

Prinsip Penyataan Mesej yang jelas

Hak Asasi - Prinsip Holistik (Syumul)

Larangan Pembaziran (israf) Penyelidikan dan Pembangunan

Informasi

‘ilmu (Exercise of Intelect) Hifz al-‘aql

Pra-syarat yang optimum Fardhu Kifayah/ Sukarela

Resolusi Konflik dan Kerjasama Ijtihad, Islah, Takaful, Syura. Sumber: Adaptasi dari Walid Saleh dan Mukhtar Hashemi (2011)

Walid Saleh & Mukhtar Hashemi251 telah merusmuskan dan membuat cadangan sistem

hima berpaksikan tujuh prinsip utama berasaskan fiqh al-bi’ah dalam konteks

pembangunan mampan dan pengurusan berasaskan komuniti. Pertama: Prinsip keseimbangan yang mencakupi elemen berikut: a) Kedudukan sumber asli dan b) Allah

250

Walid Saleh dan Mukhtar Hashemi, Principle of Hima Governance: A Community-Based Resources Management (CBRM) System (United Kingdom: Newcastle Institute for Research on Sustainability, 2011), 1-5.

116

SWT sebagai pengawal keseimbangan. Apa-apa kerosakan kepada alam sekitar dianggap sebagai melanggar kehendak Allah SWT. Kedua: Keseimbangan ekosistem: Segala ciptaan adalah berpasangan, seimbang (tawazun) dengan kadar tertentu. Ketiga: Tiada Kemudaratan (al-darar) iaitu tiada fasad (kemusnahan, rasuah atau kerosakan) kepada alam sekitar. Prinsip keempat adalah prinsip institusional yang menekankan aspek ‘turun padang’ kepada masyarakat tempatan dengan mengiktiraf institusi tidak formal dan sistem pengetahuan tradisional tempatan. Kelima; prinsip tindakan kolektif yang berpotensi menjadi asas bagi sektor kerajaan negeri dan badan sukarela dalam berperanan memenuhi keperluan semua orang dalam masyarakat agar mempunyai barangan dan perkhidmatan asas yang mencukupi. Ini adalah tugas kolektif (socially

obligatory) yang perlu dipenuhi oleh sektor kerajaan negeri dan badan sukarela. Malah,

pengagihan semula peranan perlu dipertingkatkan dalam menjalankan tugas-tugas sosial

dan wajib (fard al-‘ayn).252

Prinsip keenam adalah prinsip kemampanan kewangan yang berdasarkan: 1) Penyelenggaraan kebajikan sosial kepada anggota masyarakat yang terdedah kepada risiko hima seperti menubuhkan Kumpulan Wang Zakat bagi pengurangan beban cukai; 2) Kecekapan Ekonomi: contohnya cukai tambahan ke atas barangan dan perkhidmatan untuk mendapatkan kembali kos dan meningkatkan akauntabiliti masyarakat; 3) Ganjaran ke atas pencapaian sasaran kecekapan dan penalti bagi ketidakpatuhan. Prinsip yang terakhir adalah prinsip resolusi konflik yang mengambilkira hak-hak antara satu sama lain dari segi kewarganegaraan iaitu etnik, budaya dan gender (Al-Quran, 49:13), mewujudkan perdamaian (sulh), proses konsultansi dan rundingan timbal-balik (syura) dan penyelesaian konflik berasaskan

islah yang boleh mempunyai beberapa makna iaitu i) transformasi (al-Quran, 11: 88), ii)

memperbaiki keadaan (Al-Quran, 2:220) dan; iii) berdamai (Al-Quran, 4:14). 253

252 ‘Abd al-Malik al-Sa‘di (Mantan Mufti Iraq, Profesor Dr. Pensyarah Fakulti Syariah, World Islamic Science and Education (WISE) University, Jordan), dalam temu bual dengan penulis, 5 Mei 2012. 253 Walid Saleh dan Mukhtar Hashemi, Principle of Hima Governance, 1-5.

117

2.7 HIMA HIBRID: PARADIGMA BARU SISTEM KAWASAN