• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam Dengan Masyarakat Bukan Islam

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 145-149)

SIKAP masyarakat-masyarakat yang bukan Islam terhadap pemerintahan Islam merupakan satu masaalah yang selalu dikatakan rumit dan sukar. Ramai orang yang merasa ragu-ragu untuk memperkatak kerana bimbang berlaku pertelagahan di antara orang-orang Islam dan orang-orang yang bukan Islam.

Secara terus terang saya ingin bertanya orang-orang Kristian yang hidup di negeri- negeri Islam di Timur Tengah apakah yang mereka takut dan pemerintahan Islam itu? Adakah mereka takut kepada nas-nas suci perundangan Islam atau kepada cara pelaksanaannya?

Nas-nas perundangan suci Islam dengan tegas berkata, “Allah tidak menegah kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak pula menghalaukan kamu dan negeri-negeri kamu. Sesungguhnya Allah itu kasihkan orang-orang yang bersikap saksama.”(Surah al-Mumtahanah (8))

Selanjutnya nas itu menjelaskan lagi, “Makanan sembelihan ahli kitab itu halal kepada kamu dan makanan kamu halal pula çepada mereka (dan dihalalkan mengahwini) wanita- wanita baik dari wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita baik dan wanita ahlil kitab.”(Surah Al-MAidah : 5)

Prinsip umum perundangan Islam ialah, “Orang-orang yang bukan Islam mempunyai bak yang sama dengan hak-hak kita dan meinpunyal kewajipan yang sama seperti kita.”

Nas-nas perundangan Islam begitu tegas menyuruh orang Islam berlaku baik dan adil terhadap orang-orang yang bukan Islam, dan menetapkan persamaan hak-hak dan kewajipan- kewajipan yang bukan bersangkutan dengan ibadat dan fardhu di antara mereka dengan orang-orang Islam, iaitu.hak-hak dan kewajipan-kewajipan yang berkaitan dengan peraturan masyarakat dan hak-hak kewarganegaraan.

Di samping itu nas-nas perundangan Islam menganjurkan orang-orang Islam mengukuhkan bubungan mereka dengan ahlil kitab melalui kegiatan saling berkunjung dan makan minum bersama-sama dan kemuncaknya melalui perkahwinan campuran.

Mengenai cara-cara pelaksanaan undang-ündang Islam eloklah kita peturunkan di sini pengakuan seoraug ahli sejarah Barat yang beragama Kristian yang tidak pernah dituduh sebagai memihak kepada Islam. Sir T. W. Arnold telah berkata dalani bukunya, “The Preaching of Islam” halaman 48 yang dialih bahasa oleh Hassan Ibrahim Hassan, Abdul Majid Abidin dan Ismail al-Nahrawi.

“Dan hubungan mesra yang terjalin di antara orang-orang Kristian dan orang-orang Islam dan bangsa Arab dapatlah kita membuat keputusan bahwa kekuatan tidak menjadi faktor yang memaling manusia memeluk Islam. Muhammad sendiri telah mengadakan satu pakatan dengan setengah.seteflgah suku Kristian dan berjanji bertanggungjawab untuk melindungi mereka, beliau juga telah memberi kepada mereka kebebasan untuk mengerjakan syiar-syiar agama mereka dan seterusnya beliau telah memberi kepada pegawai-pegawai gereja kebebasan untuk menikmati hak-hak dan kuasa-kuasa tradisional mereka yang lama dalam suasana aman dan tenteram.”

Sir T.W. Arnold telah berkata lagi di halaman 51:

“Dan contoh-contoh yang telah kami kemukakan tadi mengenai sikap toleransi yang ditunjukkan oleh orang-orang Islam yang menang itu terhadap orang-orang Arab yang beragama Kristian di abad pertama Hijrah dan terus berlanjutan pada jenerasi-jenerasi yang bersilih ganti selepasnya, dapatlah kita membuat kesimpulan yang tepat bahwa suku-suku

Kristian itu telah memeluk agama Islam dengan pilihan bebas dan kerelaan hati mereka sendiri. Di samping itu kedudukan orang-orang Arab Kristian yang hidup di zaman sekarang di tengah-tengah masyarakat Islam merupakan satu bukti yang jelas terhadap sikap, toleransi itu. Beliau berkata lagi di halaman 53:

“Apabila tentera Islam sampai di Wadi Alurdun dan tentera Abu Ubaidah berkhemah di Fihl (Pella), penduduk-penduduk Kristian di negeri ini telah menulis kepada tentera-tentera Islam, kata mereka, “Wahai para Muslimin kamu Iebih disukai kepada kami dan orang-orang. Rome walaupun mereka seagama dengan kami, kamu lebih setia terhadap kami dan lebih bertimbangrasa kepada kami, kamu tidak melakukan kezaliman terhadap kami, dan pemerintahan kamu terhadap kami lebih baik dan pemerintahan mereka, kerana mereka telah merampas barang-baraiig kepunyaan kami dan menggelidahkan rumah-rumah kami.”

Di halaman 54 pula beliau menyambung lagi:

“Demikianlah keadaan perasaan di Syria dalam masa peperangan yang berlaku di antara 633- 639, dalam mana tentera-tentera Arab beransur-ansur mengusir tentera Rome dan wilayah itu. Apabila Damsyik mempelopori mengadakan perjanjian damai dengan tentera Arab pada tahun 637 dan telah mendapat keamanan dan rompakan dan perampasan serta lain-lain jaminan yang baik, maka bandar-bandar lain di Syria tidak berlingah-lingah lagi menurut jejak langkah Damsyik. Bandar-bandar Hams, Mambij dan beberapa bandar yang lain telah mematerikan perjanjian-perjanjian sebagai bandar-bandar naungan Arab, malah Batrik Baitulmuqaddis telah menyerahkan bandar itu dengan syarat-syarat yang sama. Kebimbangan berlakunya paksaan agama dan Sri Maharaja Rome yang tidak menaati agamanya supaya mengikut mazhab baginda itu telah membuat janji-janji tentera Islam yang berikrar memberi kebebasan beragama lebih tertarik lagi kepada mereka dan hubungan dengan Empayar Rome atau dengan kerajaan Kristian, dan sebaik saja ketakutan-ketakutan pertama akibah dan pendaratan tentera tentera Arab yang menyerang itu hilang, maka timbullah perasaan ghairah yang kuat menyokong penakluk-penakluk Arab itu.”

Demikianlah pengakuan seorang ahli sejarah Kristian mengenai toleransi Islam. Oleh itu apakah yang ditakuti oleh orang-orang Kristian dan pemerintahan Islam?

Mungkin mereka takut kepada fanatik orang-orang Islam terhadap mereka, jika ini benar, maka nampaknya mereka masih belum mengerti erti fanatik yang sebenar. Untuk itu biarlah kami membeni beberapa contoh fanatik yang berlaku di dalam sejarah.

Contoh pertama ialah mahkamah-mahkamah Inquisation yang diadakan di Sepanyol. Mahkamah ini diwujudkan dengan tujuan pokoknya ialah untuk menghapuskan umat Islam di Sepanyol..Ia telah menggunakan berbagai-bagai cara penyiksaan yang paling kejam di dalam sejarah seperti membakar hidup-hidup, mencabut kuku, mencungkil mata dan memotong anggota-anggota untuk memaksa orang-orang itu meninggalkan agama mereka dan mengikut mazhab Kristian yang tertentu.’

Adakah orang-orang Kristian di negeri-negeri Timun Tengah pernah mengalami penyiksaan-penyiksaan yang seumpama itu sepanjang mereka tinggal di sini?

Contoh kedua ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang-orang Islam di setiap negeri Eropah atau di negèri-negeri yang terletak di bawah kekuasaan Eropah, pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan di Yugoslavia, Albania, Russia dan di negeri-negeri Afrika Utara, Somalia, Kenya, Zanzibar, India dan lain-lain negeri. Pembunuhan-pembunuhan itu kadang-kadang dilakukan atas nama pembersihan barisãn dan kadang-kadang atas nama menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Satu lagi contoh yang amat penting ialah penindasan terhadap orang-orang Islam di negeri Habsyah, sebuah negara yang mempunyai hubuñgan-hubungan sejarah, jeografi, kebudayaan dan agama dengan negeri Mesir. Gereja Habsyah adalah tunduk kepada gereja Mesir dan penduduknya bercampur di antara pemeluk-pemeluk Islam dan pemeluk-pemeluk Kristian. Jumlah mereka dianggar kira-kira di antara 35%- 65% dan jumlah keseluruhan rakyat Habsyah.

Namun demikian tiada sebuah sekolah pun di Habsyah yang memberi pelajaran agama Islam kepada pelajar-pelajarnya yang beragama Islam dan tiada sebuah sekolah pun yang mengajar bahasa Arab. Sekolah-sekolah swasta yang didiriikan oleh orang orang Islam dengan perbelanjaan sendiri telah dikenakan cukai cukai yang tinggi dan peraturan yang ketat yang selalu menyusahkan orang-orang Islam. sehingga sekolah-sekolah itu pada akhirnya terpaksa ditutup. Tindakan dan peraturan itu telah menyebabkan orang-orang Islam berputus asa untuk melakukan percubaan percubaan yang baru. Akibahnya anak-anak Islam di sana mendapat kesempatan belajar di kelas-kelas agama secara kono saja.

Tidak lama sebelum ini, iaitu sebelum Itali menyerang negeri Habsyah, mana-mana orang Islam yang berhutang pada orang Habsyah yang beragama Kristian dan tidak mampu membayar hutangnya akan dihukum menjadi abdi kepada penghutang Habsyi Kristian itu, kemudian abdi-abdi itu dijual beli dan disiksa di bawah pengetahuan kerajaan.

Di samping itu tiada seorang Islam pun di dalam kabinet kerajaan Habsyah atau di dalam jawatan-jawatan penting, yang mewakili satu pertiga penduduk yang beragama Islam itu.

Adakah orang-Orang Kristian yang tinggal di dalam negeri negeri Islam pernah mengalami penindasan dan diskrirninasi seperti itu di sepanjang sejarah mereka?

Itulah yang dikatakan sikap fanatik yang sebenar. Di Mesir, orang-orang Kristian tidak diharamkan mencari dan memiliki harta kekayaan dan banyak di antara mereka yang kaya- raya. Mereka diberi hak untuk belajar, memegang jawátan kerajaan, hak kenaikan dalam jawatan tanpa diskriminasi kerana agama mereka.

Pengerjaan amal ibadat mereka tidak pernah diganggu melainkan di dalam insidin yang amat jarang berlaku yang sengaja dthalangkan oleh penjajah Inggeris untuk memecah-belahkan rakyat Mesir, demi memperkuatkan kedudukan penjajahannya.

Ada pula orang menuduh bahwa Islam melakukan diskriminasi dalam pengenaan jiziah terhadap orang-orang yang bukan Islam. Tuduhan ini kami ingin’ jawab dengan kenyataan Sir Arnold sendiri. Beliau berkata di halaman 58: (The Preaching of Islam)

“Seperti telah diterangkan tadi jizyah itu hanya dikenakan ke atas setiap orang lelaki yang berkuasa sebagai’ bayaran perkhidmatan tentera yang memang akan diwajibkan ke atas mereka jika mereka beragama Islam. Satu hal yang jelas bahwa mana mana kelompok orang- orang Kristian adalah dibebaskan dan bayaran jiziah apabila mereka masuk ke dalam perkhidmatan tentera Islam. Beginilah peraturan yang dilakukan terhadap suku Jurajimah iaitu satu suku yang beragama Kristian yang tinggal berhampiran Antioch. Mereka hidup aman damai dengan orang-orang Islam dan membuat perjanjian untuk berdiri di samping mereka dan berjuang bersama mereka di dalam mana mana pertempuran, dengan syarat mereka tidak dikenakan jiziah, juga diberikan habuan yang wajar dan harta rampasan perang.”

“Sebaliknya peladang-peladang telah dibebaskan dan perkhidmatan tentera walaupun mereka beragama Islam, tetapi mereka dikenakan jizyah sebagai bayaran kebebasan itu sama seperti jizyah yang dikenakan di atas penduduk-penduduk yang beragama Kristian.”

Dan kenyataan-kenyataan ini jelaslah bahwa persoalan jiziah bukanlah persoalan diskriminasi terhadap orang-orang yang bukan Islam, malah yang menjadi persoalan di sini ialah perkhidmatan tentera. Sesiapa yang nienunaikan perkhidmatan ini ia dibebaskan dan bayaran jiziah dan sesiapa yang tidak menunaikannya, Ia harus membayar jiziah tanpa diperhitungkan agama yang dianutinya.

Mengenai firman Allah yang berbunyi. “Perangilah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak menganuti agama yang benar, iaitu orang orang yang dikurniakan kitab suci (Yahudi dan Kristian), hingga mereka membayar jiziah dengan patuh dan tunduk.”( Surah al-Taubat(29))

Firman itu khusus ditujukan kepada orang-orang yang bukan Islam yang telah melancarkan peperangan terhadap negeri-negeri Islam dan bukannya ditujukan kepada onang- orang yang bukan Islam yang tinggal di dalam negeni-negeri Islam.

Untuk mengakhiri perbincangan ini saya ingin mengingatkan bahwa orang-orang komunis sedang melakukan fitnah-fitnah yang jahat. Mereka memberi janji-janji yang molok kepada setiap golongan. Mereka berkata kepada kaum boroh, “Jika kamu berjuang bersama kami, maka semua kilang-kilang akan kami serahkan kepada kamu.” Kepada kaum peladang mereka berkata, “ kamu berjuang bersama kami, kami akan memberi tanah-tanah yang cukup kepada kamu.” Seterusnya bila mereka mereka berdepan dengan golongan siswazah dan lepasan-lepasan sekolah yang menganggur mereka berjanji untuk mengadakan pekerjaan- pekerjaan yang sesuai dengan ijazah-ijazah mereka. Apabila mereka bercakap dengan muda- mudi yang kebuluran sex mereka berjanji untuk membentuk sebuah masyarakat yang bebas lepas, di mana mereka boleh mencari keseronokan dengan bebas tanpa campurtangan undang- undang dan adat resam.

Kepada masyarakat Kristian yang hidup dalam negeri-negeri Islam mereka berseru, “Berjuanglah bersama kami, kami berjanji akan menghancurkan agama Islam yang membeda- bedakan manusia atas dasarjcepercayaan.”

Apa yang dikatakan mereka adalah pembohongan-pembohongan semata-mata. Islam tidak membeda-bedakan manusia dengan berdasarkan kepercayaan, kerana Islam telah memberikan segala hak-hak asasi kepada manusia tanpa sebarang perbedaan, malah Islam berusaha menyatupadukan mereka di atas prinsip-prinsip kemanusiaan dan serentak dengan itu juga menjamin kebebasan penuh kepada mereka untuk memilih mana-mana agama yang disukai mereka di bawah lindungan dan naungannya.

Di samping itu masyarakat-masyarakat Kristian di negeri-negeri Timur Tengah tentulah lebih ingin memelihara pertalian-pertalian mereka yang bersejarah dengan orang-orang Islam dan melindungi kepentingan bersama mereka dan mendengar propaganda-propaganda Kristian yang jahat.

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 145-149)