• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam dan Sistem Kelas

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 69-74)

FIRMAN Allah, “Dan Allah telah melebihkan pendapatan rezeki setengah kamu di atas setengah yang lain.”( Surah an-Nahli (71))

Firman Allah lagi Kami telah mengangkatkan darjah darjah setengah kamu di atas setengah yang lain.”(Surah al-Zukhruf(32))

Wahai kaum Muslimin tidakkah hakikat perbedaan di antara setengah dengan setengah orang itu telah diterang di dalam al-Quran dan ayat-ayat tadi? Jadi bagaimana kamu mendakwa bahwa Islam tidak mengakui sistem kelas-kelas?

Untuk mengetahui samada Islam mengizinkan sistem kelas kelas atau tidak mengizinkannya eloklah lebih dulu kita mengetahui apakah yang dimaksud dengan sistem kelas-kelas itu?

Seandainya kita meninjau sejarah negara-negara Eropah di zaman-zaman tengah kita akan melihat masyarakat manusia ketika itu terbahagi kepada beberapa kelas iaitu kelas bangsawan, kelas ahli-ahli agama, dan kelas rakyat jelata. Semuanya merupakan kelas-kelas manusia yang begitu jelas berbeda dengan ciri-ciri khusus yang berlainan dan satu kelas dengan satu kelas yang lain hingga dapat dikenali dengan sekilas pandang saja.

Kelas ahli-ahli agama misalnya dapat dikenali dengan pakaian-pakaian mereka yang berbeda dan orang lain dan mereka di zaman itu mempunyai pengaruh yang begitu besar di dalam masyarakat. Kuasa Pope di zaman itu, menurut anggapannya, adalah mengatasi kuasa raja-raja dan emperor-emperor dan dengan demikian kuasa Pope selalu bertentangan dengan kuasa raja-raja dan emperor-emperor dan menurut Pope dialah yang mengurniakan kuasa memerintah kepada raja-raja dan emperor-emperor itu kerana itu raja-raja dan emperor- emperor berusaha untuk membebaskan diri mereka dan kuasa Pope. Gereja-gereja di waktu itu mempunyai harta wakaf yang begitu banyak yang diwakafkan oleh orang ramai yang beriman dan dipungut dan cukai-cukai yang dikenakan ke atas orang ramai, malah gereja di zaman itu kadang kadang mempunyai pasukan-pasukan askar yang lengkap.

Sedangkan golongan bangsawan pula menganggap kebangsawanan itu sebagai satu hak yang diwarisi mereka dan satu jenerasi ke satu jenerasi. Seorang itu dilahir bangsawan dan akan kekal sebagai bangsawan sehingga akhir hayatnya tanpa diperhitungkan samada mulia atau hinanya kerja-kerja yang dilakukan semasa hidupnya dan samada sesuai atau tidaknya tindak-tanduk mereka dengan sifat-sifat kebangsawanan yang didakwakan mereka.

Di zaman feudal kaum bangsawan mempunyai kuasa mutlak di atas rakyat jelata yang hidup di dalam kawasan tanah yang dipunyai mereka. Seluruh kuasa undangan, kuasa pengadilan dan kuasa pentadbiran adalah berada di tangan mereka. Kehendak-kehendak dan hawa nafsu mereka merupakan undang-undang yang dipaksakan ke atas rakyat jelata.

Walaupun dewan-dewan perwakilan pernah dibentuk di zaman itu, namun anggota- anggota dewan itu adalah seluruhnya terdiri dan kaum bangsawan. Kerana itu dengan sendirinya segala undang-undang dan peraturan yang diluluskan oleh dewan itu adalah dituju untuk melindungi kepentingan mereka, untuk memelihara hak-hak istimewa mereka dan untuk mendewa-dewakan hak kebangsawanan mereka sebagai satu hak yang suci.

Orang ramai atau rakyat jelata di zaman itu adalah dianggap sebagai sampah sarap yang tidak mempunyai apa-apa hak dan keutamaan, malah mereka hanya dibebankan dengan segala macam kewajipan saja. Mereka hidup mewarisi kehinaan, kemiskinan dan perhambaan dan satu jenerasi ke satu jenerasi.

Kemudian perubahan-perubahan ekonomi yang penting telah berlaku di Eropah dan akibah perubahan itu melahirkan satu golongan baru, iaitu golongan borjuis yang menentang dan mengambil alih hak-hak istimewa kaum bangsawan. Dengan pimpinan kaum borjuis yang baru ini rakyat jelata telah meletuskan Revolusi Perancis, iaitu satu revolusi yang pada lahirnya telah menghapuskan sistem kelas-kelas dan pada teorinya telah memproklamirkan prinsip- prinsip kebebasan, persaudaraan dan persamaan.

Tetapi di zaman moden golongan kapitalis telah mengambil tempat golongan bangsawan di zaman lampau dan walaupun pengambilan alih itu berlangsung dengan berselindung di balik tabir dan dengan beberapa perubahan yang diperlukan oleh perkembangan ekonomi, namun hakikat asasi tidak berubah, kerana golongan kapitalis tetap merupakan golongan yang memegang tampuk kekayaan, pengaruh dan kekuasaan memerintah masyarakat. Walaupun di dalam sistem kapitalis ini terdapat gejala-gejala kebebasan seperti yang dicerminkan oleh adanya sistem pilihanraya-pilihanraya yang demokratis, namun golongan kapitalis tetap tahu bagaimana hendak menyeludup ke dalam parlimen dan jabatan-jabatan kerajaan untuk menjayakan rancangan-rancangan yang dikehendaki oleh mereka dengan cara-cara yang tidak jujur dan dengan menggunakan berbagai bagai istilah yang mengelirukan.

Malah di dalam negeri Inggeris sendiri iaitu satu negeri yang dianggap sebagai ibu demokrasi masih terdapat Dewan Para Lord (House of Lords) atau Dewan Para Bangsawan. Dan seterusnya di dalam negeri Inggeris sendiri masih dipraktikkan undang-undang feudalis yang menentukan bahwa anak sulung saja yang berhak menerima pesaka, sedangkan anak- anak yang lain baik lelaki atau perempuan dinafikan terus dan hak menerima pesaka. Tujuan asasi dan undang-undang itu ialah untuk mengelakkan pemecahan harta kekayaan keluarga atau dengan lain-lain perkataan untuk memelihara harta kekayaan keluarga supaya tetap dan kukuh guna menjaga prestij keluarga yang turun-temurun seperti yang di nikmati oleh golongan-golongan feudal di zaman-zaman tengah yang lampau.

Inilah yang dikatakan sistem kelas, iaitu satu sistem yang dapat dirumuskan dalam satu hakikat yang berikut, iaitu kelas yang memegang tampuk kekayaan itulah kelas yang memegang tampuk pemenintahan. Mereka secara langsung atau tidak langsung menyusun undang-undang negara untuk melindungi kepentingan-kepentingan mereka dan untuk mengekalkan rakyat jelata di bahwa kekuasaan mereka dan akibahnya rakyat jelata tidak dapat menikmati banyak hak mereka yang halal.

Berdasarkan hakikat-hakikat yang telah kita bentangkan tadi dapatlah kita mengerti dengan mudah bahwa sistem kelas-kelas yang seperti itu tidak terdapat di dalam Islam. Kerana pertama di dalam Islam tidak terdapat peraturan mewarisi darjah kebangsawanan seperti yang dilakukan oleh golongan bangsawan di negeri negeri Eropah. Demikian juga di dalam Islam tidak terdapat peraturan mewarisi singgahsana pemerintahan dan peraturan yang melahirkan golongan anak-anak bangsawan yang disebut sebagai keluarga diraja. Adanya peraturan- peraturan yang seperti itu di dalam negeri-negeri Islam sama seperti adanya orang-orang Islam yang minum arak, berjudi dan makan riba, yang mana dengan wujudnya orang-orang yang sedemikian tiada siapa pun yang boleh mengatakan bahwa Islam pernah menghalalkan arak, judi dan makan nba.

Kedua: Di dalam Islam tidak terdapat peraturan yang bertujuan mengekalkan harta kekayaan pada tangan segolongan manusia yang tertentu yang dapat diwarisi mereka dan satu jenerasi ke satu jenerasi dan tidak akan terkeluar dan tangan mereka. Islam menentang peraturan yang seperti itu dan dalam hubungan ini al-Quran telah menerangkan dengan tegas, “Agar harta kekayaan itu tidak hanya beredar di antara golongan kamu yang kaya saja.”

Di samping itu Islam telah mengadakan undang-undang pemecahan dan pembahagian kekayaan yang berjalan terus menerus agar kekayaan itu dibahagikan semula di antara anggota anggota keluarga menurut kadar-kadar yang baru. Kita maksudkan dengan undang-undang itu ialah undang-undang pesaka yang bertujuan membahagikan peninggalan harta kekayaan kepada sebilangan besar keluarga. Dengan undang-undang ini kekayaan satu jenerasi akan dipecah dan dibahagi di antara anggota-anggota keluarga sebaik saja mereka mati. Peninggalan harta kekayaan tidak akan bertumpuk pada satu tangan kecuali di dalam kes-kes yang jarang, di mana seluruh kekayaan itu akan diwarisi oleh seorang anak lelaki yang tiada bersaudara dan tiada berkerabat yang lain. Kes-kes yang sedemikian tidak boleh dijadikan ukuran dan tidak pula boleh dijadikan alasan untuk mengeritik sistem Islam. Walaupun demikian, namun Islam tidak juga membiarkan kes-kes yang seperti ini berlaku begitu saja, malah Islam menentukan sebahagian yang tertentu dan harta peninggalan itu dibahagjkan kepada orang-orang miskin yang tidak mempunyai sebarang pertalian kerabat dengan si mati itu. Pemberian ini seolah- olah samalah dengan cukai pesaka di zaman moden sekarang ini. Firman Allah, “Dan apabila sewaktu pembahagian harta pesaka ini hadir kerabat-kerabat, anak-anak yatim dan orang- orang miskin, maka berilah mereka sekadar tertentu dan harta itu dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik.”(Surah al-Nisa (8)) Dengan cara yang sedemikian Islam dapat menyelesaikan masaalah penimbunan kekayaan pada satu tangan dan dapat menjadikan pemilik-pemilik kekayaan itu sebagai individu-individu biasa bukan sebagai satu golongan atau kelas. Dan apabila mereka mati harta kekayaan itu akan dibahagikan pula kepada keluarga masing-masing menurut kadar-kadar yang tententu.

Sejarah telah menyaksikan bahwa kekayaan-kekayaan di dalam masyaraka Islam sentiasa berpindah dan satu tangan ke tangan yang lain, tanpa bertumpuk pada tangan segolongan orang-orang yang tertentu saja.

Satu hakikat paling penting yang patut kita tegaskan sekali lagi di sini ialah kuasa perundangan Islam bukan milik satu golongan manusia yang tententu, kerana di dalam pemerintahan Islam tiada seorang pun yang berhak mengatur undang-undang menurut selera dan mizajnya, malah di dalam pemerintahan Islam undang-undang Ilahi yang diturun dan langit harus menjadi undang-undang yang memerintah seluruh rakyat jelata tanpa memilih bulu dan kasih dan tanpa menganiayai seseorang pun. Dan dan sini ternyatalah bahwa di dalam Islam tidak terdapat sama sekali kelas-kelas di dalam masyarakat, kerana wujudnya kelas kelas itu mempunyai hubungan yang rapat dengan hak istimewa memegang teraju membuat undañg-undang dan apabila hak istimewa ini tidak ada dan apabila tiada seorang pun yang berhak membuat undang-undang sendiri untuk melindungi kepentingan kepentingan dirinya dengan mengenepikan kepentingan kepentingan orang lain. Maka tiada erti lagi wujudnya kelas-kelas.

Tujuan dua ayat Quran yang kami sebutkan di permulaan bab ini iaitu:

(1) “Allah telah melebihkan pendapatan rezeki setengah kamu di atas setengah yang lain.’ (2) “Dan kami telah mengangkatkan darjah-darjah setengah kamu di atas setengah yang lain.”

Tujuan kedua-dua ayat ini tidak lebih dan satu penjelasan terhadap apa yang sebenar berlaku di dunia ini samada di negeri-negeri Islam atau di negeri-negeri yang bukan Islam, di mana manusia tetap berbeda-beda samada pada pangkat dan darjah atau pada pendapatan- pendapatan hidup. Misalnya di Russia sendiri orang ramai mendapat gaji dan mempunyai pendapatan yang berbeda-beda. Ketua-ketua tidak sama dengan orang orang bawahan. Pegawai-pegarai tentera tidak sama dengan perajurit-perajurit biasa. Di antara mereka tetap terdapat perbedaan-perbedaan pangkat dan upah. Ini satu hakikat hidup yang tidak dapat dielak dan satu hakikat yang wujud di mana-mana saja.

Di samping itu kedua-dua ayat itu pula tidak menjelaskan bahwa perbedaan itu berlaku dengan satu sebab yang tertentu, misalnya ayat-ayat itu tidak mengatakan bahwa perbedaan itu adalah berlaku akibah dan sistem kapitalisma atau akibah dan sistem komunisma atau akibah dan sistem Islam. Demikian juga ayat-ayat itu tidak mengatakan bahwa perbedaan itu adalah selama-lamanya adil atau zalim menurut ukuran kita di bumi, malah apa yang diperkatakan oleh ayat-ayat itu ialah satu kenyataan atau keadaan hakiki yang berlaku di mana-mana. Dan segala apa yang berlaku di muka bumi ini sudah tentu termasuk di dalam lingkungan iradat Allah.

Walaubagaimanapun kita tidak menafikan bahwa di dalam Islam terdapat kelas hamba seperti yang diterangkan oleh al-Quran, tetapi persoalan kelas hamba itu telah pun bincangkan dengan cukup lebar, di mana kita telah tegaskan bahwa perhambaan itu hanya satu sistem sementara yang dipaksa oleh keadaan-keadaan yang tidak dapat dihindari Islam di waktu itu, atau dengan lain-lain perkataan perhambaan bukanlah salah satu prinsip dalam konsep masyarakat Islam, malah satu keperluan untuk sementara waktu saja. Di samping itu kita telah terangkan pula bagaimana Islam memberi layanan yang istimewa kepada kaum hamba abdi. Kerana itu kita merasa tidak perlu lagi mengulangi di sini segala apa yang kita telah sentuh di bab perhambaan yang lampau, tetapi cukuplah dengan membawa satu kisah terkenal di mana Sayyidina Omar memperlihatkan sikap Islam yang tegas terhadap konsep kelas-kelas itu. Kisah itu begini:

Di suatu masa seorang bangsawan Arab yang telah memeluk Islam sedang mengerjakan amalan fardhu haji. Ia kelihatan begitu angkuh dengan kebangsawanannya, pakaiannya labuh menyapu bumi yang dilaluinya, iaitu satu ciri kebanggaan zaman jahiliah. Ia hanya Islam pada lahirnya saja, sedangkan batinnya belum lagi diresapi jiwa Islam yang sebenar. Ketika berada bersama-sama orang ramai mengerja tawaf tiba-tiba ekor bajunya yang panjang meleret itu telah dipijak tanpa sengaja oleh seorang abdi. Dengan segera ia menahan abdi yang kurang ajar itu dan terus menampar mukanya dengan penuh kemarahan dan keangkuhan. Lantas si abdi itu mengadu kepada Khalifah Omar. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Sayyidina Omar setelah mendengar pangaduan abdi itu? Adakah beliau berkata kepada si abdi, “Itu tidak apa: Kerana awak abdi, sedangkan dia bangsawan yang memiliki banyak hak-hak kehormatan?’ ‘Adakah beliau mengeluarkan satu peraturan baru yang dituju untuk melindungkan baju-baju para angsawan dan dipijak oleh kaum abdi atau mengeluarkan satu undang-undang baru yang mempastikan kaum abdi menerima tamparan-tamparan para bangsawan dengan penuh rela?

Tidak. malah Sayyidina Omar menggesa supaya bangsawan itu dipanggil kehadapannya dan supaya abdi itu menampar balas muka bangsawan itu agat ia benar-benar mengerti bahwa syariat Islam tidak membezakan di antara satu manusia dengan satu manusia yang lain walaupun di antara keduanya terdapat perbedaan kedudukan dan kekayaan oleh sebab-sebab yang tertentu. Keputusan Sayyidina, Omar tidak dapat ditelan oleh bangsawan yang angkuh itu. Ia cuba mengelak dan hukuman tegas yang menyamaratakan antara manusia itu dan apabila ia tidak berjaya mendapat jalan keluar ia terus lari dari Omar dan pada akhirnya keluar dan agama Islam.

Inilah sikap lslam yang tegas yang tidak mengakui sebarang hak istimewa kelas. Soal perbedaan kekayaan atau pendapatan ántara seseorang dengan seseorang yang lain adalah satu soal yang lain yang tidak harus dicampuradukkan dengan masaalah kelas-kelas. Di dalam Islam kekayaan tidak memberi kuasa undang-undang dan pengadilan kepada pemilik- pemiliknya. Seluruh rakyat jelata masyarakat Islam harus diperintah dengan satu undang- undang dan peraturan saja.

Sebelum ini telah kita tegaskan bahwa di dalam Islam tuan tanah tidak diberi sebarang hak untuk menindas dan memperhambakan orang lain, demikian juga kaum kapitalis yang wujud di dalam masyarakat Islam yang sebenar. Kuasa seseorang pemerintah Islam tidaklah diambil dari sokongan golongan-golongan yang bermilik malah diambil dan persetujuan rakyat melalui pemilihan umum, juga dan kesanggupannya menjalankan undang-undang Allah.

Di samping itu semua, kita ingin menyebutkan sekali lagi di sini bahwa di dunia ini tidak terdapat satu masyarakat, di mana seluruh penduduknya mendapat pembahagian harta kekayaan yang sama banyak. Masyarakat yang sedemikian tidak wujud walaupun di negeri komunis yang telah mendabik dada sebagai satu negeri yang telah menghapuskan kelas-kelas, kerana apa yang sebenar berlaku ialah negeri komunis telah mengekalkan kelas pemerintahan dan menghapuskan kelas kelas yang lain.

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 69-74)