• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam Dan Tamaddun

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 117-120)

ADAKAH anda mahu mengembalikan kami ke zaman seribu tahun yang lampau atau ke zaman manusia Arab Badwi yang hidup di dalam khemah-khemah? Islam rnemanglah sesuai dengan manusia-manusia Arab Badwi yang berkaki ayam dan liar di zaman itu. Ajaran-ajaran Islam yang simpel dan bersahaja itu cukup cocok dengan keadaan hidup mereka. Tetapi buat sekarang adakah Islam sesuai dengan zaman tamaddun dan kemajuan sains dan teknoloji, zarnan roket dan bom-bom hedrogen, zarnan bangunan-bangunan pencakar langit dan wayang garnbar tiga dimensi?

Islam satu agarna yang statis yang tidak dapat berganding dengan perkembangan tamaddun yang moden dan pasti dibuang jika kita ingin maju seperti bangsa-bangsa yang lain.

Pandangan yang sedemikian mengeliru dan meragukan itu telah membuat saya terkenang kembali kepada seorang intelek Inggeris yang bertemu dengan saya sejak dua tahun yang lampau.(Cetakan pertama buku ini lahir dalam tahun 1953) Dia telah dikirirn ke Mesir sebagai pakar Bangsa-bangsa Bersatu untuk menolong kerajaan Mesir melaksanakan rancangan mempertingkatkan taraf hidup kaum tani Mesir atau lebih tepat untuk meyakinkan orang- orang Mesir bahwa negara-negara kapitalis Barat menyintai mereka dengan penuh ikhlas dan jujur dan sebarang rancangan yang dibawa mereka ke Mesir bukanlah bertujuan untuk menegakkan penjajahan ekonomi di negeri ini.

Oleh kerana pakar Inggeris itu tidak mengetahui bahasa Arab, maka saya telah ditugas oleh pemerintah untuk bertindak selaku jurubahasa di antaranya dengan kaum tani Mesir.

Saya bersikap terus terang dengan beliau sejak mula pertemuan lagi. Saya katakan kepadanya bahwa kami umat Mesir bencikan Inggeris dan kami akan terus membencikan mereka selama tentera Inggeris masih menduduki mana-mana bumi Timur, kami umat Mesir bencikan Inggeris, Amerika dan negara-negara Sekutu kerana sikap lnggeris terhadap Mesir, terhadap Palastine dan terhadap negeri-negeri yang telah dikotori oleh tapak kaki penjajahan Inggeris.

Pakar itu menoleh kepada saya sejurus jenang kemudian bertanya, “Adakah anda seorang komunis?” Jawab saya, “Bukan, saya seorang Islam dan saya anggap Islam lebih baik dan tamaddun kapitalisma Barat, malah lebih baik dan komunisma. Islam adalah sebaik-baik sistem yang pernah diketahui manusia kerana sistem Islam meliputi seluruh bidang hidup dan kerana Islam meladini seluruh masaalah-masaalah hidup manusia dengan adil dan imbang.”

Kami berdebat hampir tiga jam dan pada akhirnya pakar Inggeris berkata, “Mungkin apa yang anda katakan mengenai Islam itu benar, tetapi buat saya, saya tidak mahu diharamkan dari menikmati hasil-hasil kejayaan tamaddun moden, saya suka naik kapal terbang dan suka mendengar musik-musik indah dan peti radio.”

Saya menyampuk hairan, “Siapa yang telah melarang awak berbuat demikian?” Dia membalas segera, “Bukankah memeluk Islam itu bererti saya terpaksa balik ke zaman manusia Badwi yang hidup di dalam khemah-khemah?”

Ini adalah satu anggapan bodoh yang tidak akan dikatakan oleh siapa saja yang pernah mempelajari sejarah Islam. Kerana selama ini Islam tidak pernah menjadi batu penghalang kemajuan dan tamaddun.

Islam telah diturun dalam kalangan umat Arab, di mana separuh dan mereka terdiri dan orang-orang Arab penghüni padang pasir yang mengelana, berbudi bahasa yang kasar dan berhati kejam hingga al-Quran pernah mengatakan tentang mereka, “Arab-arab Badwi itu ialah

manusia-manusia yang amat kufur dan hipokrit dan lebih wajar tidak mengetahui hukum hukum yang telah diturunkan Allah kepada RasulNya,” tetapi kejayaan Rasulullah yang paling besar ialah beliau telah dapat mengubahkan umat yang jakun dan liar itu menjadi manusia manusia baik, bukan saja mereka dapat menerima ajaran-ajaran Allah dan mempertingkatkan diri mereka dan status kehaiwanan kepada status kemanusiaan yang luhur, malah mereka juga telah menampilkan diri mereka sebagai jaguh-jaguh pengembang ajaran Allah dalam kalangan umat-umat yang lain. Ini adalah satu satunya bukti bahwa agama Islam mempunyai kudrat yang anih untuk menamadunkan umat manusia dan mengasuhkan jiwa mereka.

Islam tidak merasa cukup dengan perkhidmatan agungn membangun jiwa manusia, iaitu satu perkhidmatan hakiki yang perlu dirakamkan di dalam sejarah, kerana pembangunan jiwa merupakan tujuan akhir dan setiap kemajuan dan tamaddun, malah di samping membangin fikiran dan meluhurkan perasaan manusia, Islam membela pula segala manifestasi tamaddun yang menarik minat manusia dan dianggap sebagai intisari hidup mereka. Seterusnya Islam melindungi unsur-unsur tamaddun seluruh negeri yang ditakluknya seperti tamaddun-tamaddun Mesir, Farsi dan negeri-negeri bekas jajahan Rome selama unsur unsur tamaddun itu tidak bercanggah dengan konsep kepercayaannya kepada Allah Yang Tunggal dan selama unsur-unsur itu tidak menyelewengkan manusia dan tugas ibadat mereka kepada Allah.

Islam juga telah melindungi dan menyuburkan hasil-hasil kemajuan ilmiah yang dirintiskan oleh umat Greek dalam bidang perubatan, astronomi, matematika, fizika, kimia dan falsafah, malah Islam juga turut memberi sumbangan kemajuan-kemajuan ilmiah yang baru yang membuktikan bagaimana serius dan mendalamnya minat umat Islam di dalam penyiasatan ilmiah.

Intisari kemajuan ilmiah yang dicapai oleh umat Islam di Andajus itulah yang merupakan tapak bagi kebangkitan dan kemajuan umat Eropah dalam bidang-bidang sains dan rekaan rekaan.

Dengan bukti-bukti sedemikjan bilakah pula Islam dikatakan menentang dan menghalangi kemajuan yang berguna kepada umat manusia?

Sikap Islam terhadap kemajuan Barat yang terdapat pada hari ini adalah sama saja dengan sikapnya terhadap kemajuan dan tamaddun-tamaddun yang lama. Ia bersedia menenima apa saja unsur kemajuan yang mendatangkan kebaikan dan sebaliknya menolak apa saja unsur-unsur yang membawa kejelikan dan kejahatan. Islam tidak pernah menyeru umatnya ke arah pemen cilan ilmiah atau kebendaan. Islam tidak memusuhi tamaddun tamaddun yang lain atas sebab-sebab peribadi dan perkauman kerana Islam percaya kepada konsep kesatuan umat manusia dan perhubungan silaturrahim dengan berbagai-bagai bangsa yang menganut berbagai faham. Kerana itu tidaklah wajar di bimbangi bahwa Islam akan menghalangi umat manusia dan mempergunakan hasil-hasil tamaddun yang moden seperti yang difaham oleh setengah-setengah intelek yang dangkal. Segala peralatan dan jentera.jentera tidaklah disyaratkan mesti ditulis dengan kata-kata “Bismillaah hirrahmaa nir rahiim” supaya dapat diterima oleh orang-orang Islam untuk digunakannya di rumah rumah, di kilang-kilang, di ladang-ladang dan di lain-lain bidang hidup mereka. Malah bagi mereka cukuplah menggunakan peralatan dan jentera itu dengan mengucapkan nama Allah dan untuk maksud yang diredhai Allah.

Di samping itu peralatan dan jentera-jentera itu sendiri tidak mempunyai agama dan tanahair, tetapi cara dan tujuan penggunaannya saja yang mempengaruhi hidup manusia, misalnya meriam tidak lain dan tidak bukan melainkan merupakan satu hasil dan rekaan manusia yang tidak mempunyai tanahair dan agama, tetapi anda tidak mungkin menjadi

seorang Islam yang sebenar apabila anda menggunakan senjata-senjata itu untuk mencerobohi orang lain, kerana syarat penggunaan senjata di dalam Islam mestilah ditujukan untuk menentang pencabulan dan untuk menegakkan agama Allah di muka bumi. Wayang gambar juga tidak lebih dan satu hasil rekaan moden manusia dan untuk menjadi seorang Mulim yang baik anda harus gunakan wayang gambar untuk mempamirkan perasaan-perasaan yang luhur dan murni, juga menggambarkan perjuangan-perjuangan untuk kebajikan. Sebaliknya anda tidak mungkin menjadi seorang Muslim yang baik seandainya anda gunakan wayang gambar untuk menayangkan cerita-cerita bogel dan lucah atau menunjul-nunjulkan cenita cerita manusia runtuh tidak bermoral, manusia yang bergelumang dalam segala macam kejahatan — akhlak, fikiran dan kepercayaan.

Kejelikan filem-filem lucah yang laris sekarang ini bukan saja kerana filem-filem itu merangsangkan nafsu syahwat yang rendah, malah kerana ia menunjul-nunjulkan aspek hidup manusia yang enteng dan hina, seolah-olah matalamat hidup hanya terbatas pada tujuan- tujuan yang remeh dan murah, iaitu tujuan-tujuan yang bukan merupakan makanan rohani yang sihat kepada manusia.

Ajaran Islam tidak pernah menentang rekaan-rekaan sains yang dihasilkan oleh manusia di mana-mana saja di dunia ini, malah setiap usaha percubaan sains yang sihat merupakan satu makanan jiwa yang harus dikecapi oleh orang-orang Islam. Rasulullah telah bersabda, ‘Menuntut ilmu itu satu tugas yang wajib. Dan apabila disebut “ilmu’ maka maksudnya seluruh jenis ilmu pengetahuan. Rasulullah telah menggalakkan umatnya mempelajari segala macam ilmu pengetahuan di mana-mana saja.

Kesimpulannya, Islam tidak menentang perkembangan kemajuan dan tamaddun selama ia mendatangkan kebajikan kepada manusia. Tetapi seandainya tamaddun itu diertikan dengan arak, judi, pelacuran moral, penjajahan dan perabdian manusia yang berselindung di sebalik berbagai-bagai nama dan istilah, maka tentulah Islam akan tampil menentang tamaddun yang palsu itu dan akan berjuang sepenuh upaya demi melindungi umat manusia dan kemusnahan.

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 117-120)