• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam Dan Wanita

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 78-112)

NEGARA-NEGARA Timur hari ini sibuk dengan persoalan hak-hak wanita dan persoalan menuntuk hak-hak persamaan sepenuh dengan lelaki. Di tengah-tengah kesibukan yang seakan-akan diserang wabak demam itu, juara-juara pejuang hak hak wanita telah menggunakan nama Islam ketika mengemukakan dakwaan-dakwaan mereka. Setengahnya dengan ekstrim mendakwa bahwa Islam telah menetapkan hak-hak yang sama di antara dua jenis itu di dalam segala perkara dan setengahnya pula dengan penuh kejahilan menuduh bahwa Islam adalah musuh wanita, Islam menjatuhkan taraf dan kehormatan wanita, Islam menghancurkan perasaan wanita yang ingin berbangga dengan keperibadiannya, malah Islam meletakkan wanita pada status yang hampir sama dengan binatang, Islam menganggap wanita sebagai semata-mata alat untuk lelaki memenuhi nafsu berahinya dan sebagai alat untuk melahirkan keturunan tidak lebih dari itu. Pendeknya taraf wanita tidak lebih dan taraf hamba kepada lelaki, di mana lelaki menguasai dan mengatasi wanita di dalam segala hal.

Kedua-dua golongan itu masing-masing tidak memahami hakikat Islam atau boleh jadi juga mereka memahami hakikat Islam tetapi mereka dengan sengaja mencampuradukkan di antara kebenaran dengan kebatilan dengan maksud menimbulkan keadaan fitnah dan kekecohan di dalam masyarakat atau dengan maksud untuk memancing di air yang keruh.

Sebelum kita memperkatakan tentang hakikat kedudukan wanita di dalam Islam, eloklah lebih dulu kita membuat tinjauan sepintas lalu terhadap sejarah gerakan pembebasan wanita di negeri-negeri Barat yang menjadi sumber kekecohan dan tauladan yang diikuti oleh negara-negara Timur.

Di zaman lampau wanita-wanita di negeri-negeri Eropah dan dunia seluruhnya dipandang selaku makhluk-makhluk yang tidak mempunyai sebarang hak dan nilai. Ahli-ahli ilmu dan ahli-ahli falsafah di zaman itu sibuk berbincang di antara sesama mereka samada wanita itu mempunyai roh atau tidak mempunyai roh, dan seandainya wanita itu mempunyai roh, maka adakah roh itu merupakan roh kemanusiaan atau roh kebinatangan dan seandai nya wanita itu dianggap mempunyai roh kemanusiaan, maka adakah kedudukan sosial dan kemanusiaannya itu sama dengan kedudukan seorang hamba kepada lelaki atau sedikit lebih tinggi dan itu?

Keadaan itu tidak berubah walaupun di zaman-zaman gemilang mereka yang pendek, di mana perempuan menikmati kedudukan sosial yang tinggi di dalam masyarakat Greek dan Empayar Roman. Kerana kedudukan istimewa yang dicapai mereka di masa-masa itu bukanlah satu kedudukan yang dapat dinikmati oleh semua perempuan, malah oleh segelintir perempuan yang ternama saja atas sifat peribadi masing-masing. Lebih tepat kedudukan sosial yang tinggi itu hanya dapat dirasai oleh wanita wanita ibu kota saja yang bertugas selaku hiasan majlis-majlis keraian dan selaku alat-alat kemewahan di majlis-majlis hartawan hartawan dan pembesar-pembesar yang begitu berhasrat untuk berbangga-bangga dan berpoya-poya.

Di samping itu kehormatan yang diberikan kepada wanita wanita di masa-masa itu bukanlah merupakan satu penghormatan yang hakiki sebagai makhluk manusia yang berhak menerima kehormatan tanpa melihat kepada kenikmatan nafsu yang di berikannya kepada lelaki.

Kedudukan wanita juga tidak berubah di zaman-zaman perhambaan dan feudal di negeri-negeri Eropah. Wanita-wanita yang hidup dalam kejahilan di waktu itu dimanja- manjakan sebagai alat mewah dan memuaskan nafsu syahwat dan kemudian mereka dibiarkan

hidup seperti haiwan yang makan minum, mengandung, melahirkan anak dan bekerja siang dan malam.

Dan apabila berlakunya Revolusi Industri di Eropah, satu malapetaka besar yang belum pernah dialami kaum wanita di sepanjang sejarah mereka tiba-tiba telah menimpa mereka.

Orang-orang Eropah di segala zamannya memperlihatkan sikap yang keras dan bakhil terhadap kaum wanita. Mereka tidak mengerti dengan sikap-sikap murah hati dan sukarelawan yang tidak mengharapkan sebarang faedah-faedah yang dekat atau jauh. Mereka menanggung sarahidup kaum perempuan semata-mata kerana dipaksakan oleh kedudukan ekonomi yang wujud di zaman perhambaan dan feudal dalam masyarakat pertanian, di mana wanita bekerja di rumah di dalam perusahaan-perusahaan kecil seperti yang lumrah dilakukan dalam masyarakat pertanian. Dan dengan pekerjaan-pekerjaan yang sedemikian bererti kaum wanita membayar sara hidup mereka yang ditanggung oleh kaum lelaki itu.

Tetapi dengan meletusnya Revolusi Industri, maka seluruh kedudukan sosial telah mengalami perubahan-perubahan yang radikal samada di kawasan luar bandar atau di kawasan bandar. Revolusi itu telah menghancurkan strakcer dan pertalian keluarga, di mana kaum wanita dan kanak-kanak ditolak bekerja di dalam kilang-kilang. Di samping itu Revolusi Industri juga telah mendorong pekerja-pekerja dan kawasan luar bandar yang hidup dengan tradisi gotong-royong itu berhijrah ke bandar di mana orang tidak kenal-mengenal dan bantu- membantu satu sama lain, di mana setiap orang bebas dengan kerja dan pendapatan masing masing, di mana orang-orang dapat memuaskan keinginan sexnya dengan mudah melalui saluran zina. Hal ini dengan sendirinya mengurangkan keinginan mereka untuk mendirikan rumahtangga dan menyarakan keluarga atau sekurang-kurangnya mendorong mereka menundakan masa perkahwinan mereka untuk beberapa waktu yang lama. Dari sinilah pendokong materialisma dan komuninisma yang mentafsirkan sejarah dengan berdasarkan faktor ekonomi menandaskan bahwa faktor ekonomi itulah yang menciptakan kedudukan sosial dan menentukan bentuk-bentuk perhubungan di antara manusia. Tetapi sebenarnya tiada siapa yang membantah terhadap pengaruh faktor ekonomi dalam kehidupan manusia, malah apa yang dibantah dengan keras ialah apabila faktor ekonomi itu dianggap sebagai satu- satunya faktor yang menguasai hidup manusia dan apabila dikatakan ekonomi itu mempunyai daya jabriah terhadap alirah fikiran dan perasaan-perasaan manusia. Daya jabriah ekonomi yang seperti itu hanya dapat dilihat dalam kehidupan umat Eropah, di mana tidak terdapatnya kepercayaan-kepercayaan yang luhur yang meninggikan perasaan, membersihkan jiwa, dan menetapkan hubungan hubungan ekonomi atas prinsip kemanusiaan. Seandainya kepercayaan kepercayaan yang sedemikian muncul di Eropah seperti munculnya di dunia-dunia Islam tentulah kepercayaan-kepercayaan itu dapat melunakkan tekanan ekonomi yang kejam dan menyelamatkan manusia dan belenggu belenggunya.

Tetapi tujuan kami dalam artikal ini bukanlah untuk menyemak seluruh sejarah Eropah, malah tujuan kami di sini ialah semata-mata untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan kaum wanita saja.

Tadi telah kami sebutkan, bahwa Revolusi Industri telah memaksa kaum wanita dan kanak-kanak turut bekerja dan akibahnya meleburkan strakcer dan pertalian keluarga. Dalam hubungan ini kaum wanitalah yang terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Mereka terpaksa bekerja lebih keras dan dulu di samping hilangnya kehormatan mereka, tetapi walaupun demi kian, namun mereka tidak juga mendapat kepuasan baik dan segi material atau dan segi kejiwaan. Kaum lelaki bukan saja mengelak dan membayar sara hidup kaum wanita, malah memaksa mereka bekerja untuk menyarakan diri sendiri walaupun dia seorang isteri atau seorang ibu. Di samping itu kaum wanita yang bekerja di kilang itu telah ditindas dan

diperah dengan seburuk-buruknya. Mereka dipaksa bekerja lebih masa, sedangkan upah yang diterima mereka lebih rendah dan upah lelaki yang melakukan kerja yang sama di kilang itu. Kita tidak payah bertanya mengapa Eropah bersikap begitu kejam terhadap perempuan, kerana Eropah memang begitulah sifatnya iaitu selalunya tidak bertimbangrasa, tidak mengenang budi dan tidak menghormati manusia sebagai manusia dan tidak ingin melakukan kebajikan secara sukarela jikaia masih berpeluang melakukan kejahatan-kejahatan dengan aman.

Itulah sifat dan tabiat Eropah di sepanjang sejarah, baik di zaman silam atau di zaman sekarang dan akan datang kecuali ia mendapat hidayah dan Allah.

Seandainya kanak-kanak dan perempuan-perempuan itu merupakan golongan- golongan yang lemah, maka apakah sesuatu yang dapat menghalangi mereka dan ditindas dan diperah dengan sekejam-kejamnya? Tentulah hati nurani yang sedar saja dapat menghalangi mereka dan penindasan, tetapi malangnya Eropah tidak pernah mempunyai hati norani.

Walaupun demikian, namun di sana terdapat juga manusia manusia Eropah yang berhati perut dan berperikemanusiaan. Mereka tampil dengan gigih memperjuangkan nasib kanak-kanak yang lemah. Mereka selaku pemimpin-pemimpin reformasi sosial telah mengecam tindakan-tindakan majikan yang menggunakan kanak-kanak yang lemah itu sebagai boroh-boroh kasar yang melakukan kerja-kerja berat yang di luar kemampuan mereka dengan upah yang rendah. Hasil dan perjuangan mereka yang bersungguh-sungguh lahirlah undang-undang yang mengharamkan pengambilan boroh kanak-kanak, juga undang-undang menaikkan bayaran upah dan mengurangkan jam-jam kerja.

Seandainya nasib kanak-kanak telah mendapat pembelaan, tetapi nasib kaum wanita tidak mendapat sebarang pembelaan, mereka terus ditindas. Eropah tidak berbuat apa-apa terhadap mereka kerana hati norani Eropah belum maju sampai ke peringkat itu. Akibatnya kaum wanita terus terpaksa bekerja menyarakan diri mereka sendiri dan menenima upah yang lebih rendah dan upah yang diterima kaum lelaki walaupun hasil dan jenis kerja itu sama saja.

Kemudian meletus Peperangan Dunia Yang Pertama, di mana berjuta-juta pemuda Eropah dan Amenika terbunuh. Kaum wanita di sana menghadapi akibah-akibah yang paling pahit. Berjuta-juta dan mereka kehilangan lelaki yang dapat menanggung sara hidup mereka kerana terbunuh di medan peperangan, atau mendapat kecederaan yang melumpuhkan mereka atau mengidap kerusakan saraf akibah ketakutan dan gas-gas racun, atau kerana mereka baru saja dibebaskan dan penjara, di mana mereka ditahan selama empat tahun dan kini mereka ingin berihat dan memulihkan tenaga saraf mereka. Lelaki yang seperti tadi telah kehilangan selera untuk mendirikan rumahtangga dan menanggung sara hidup keluarga yang biasanya meminta pengorbanan wang dan tenaga.

Di satu segi yang lain pula peperangan besar itu telah mengakibahkan kekurangan tenaga boroh lelaki yang tidak mencukupi untuk menjalankan semula kilang-kilang guna membina apa yang telah diruntuh dan dimusnahkan oleh peperangan. Untuk menghadapi keadaan ini kaum wanita mahu tidak mahu terpaksa bekerja di kilang-kilang untuk melindungkan mereka juga orang-orang tua dan kanak-kanak bawah tanggungan mereka dan kebuluran.

Di samping itu kaum wanita yang menceburkan diri bekerja di kilang-kilang itu terpaksa pula mengenepikan persoalan-persoalan akhlak dan sifat-sifat kewanitaan yang kini mengancam usaha mencari rezeki mereka. Tuanpunya-tuanpunya kilang-kilang perusahaan dan pegawainya bukanlah semata-mata memerlukan tenaga boroh, malah mereka mendapat kesempatan memuaskan nafsu mereka dengan boroh-boroh wanita itu. Dan selama adanya wanita-wanita yang bersedia menyerah tubuhnya untuk mendapatkan pekerjaan-pekerjaan, maka peluang-peluang kerja hanya diberikan kepada wanita-wanita yang seperti itu saja.

Kaum wanita ketika itu bukan hanya menghadapi masaalah kebuluran saja, malah menghadapi masaalah sex juga, kerana sex merupakan satu keinginan semulajadi manusia yang pasti dipenuhi, tetapi oleh kerana jumlah kaum lelaki di waktu itu merosot akibah terkorban di dalam peperangan, maka tidak semua kaum wanita dapat memuaskan keinginan sex mereka melalui pernikahan. Di samping itu ajaran dan peraturan agama yang menguasai masyarakat Eropah dewasa itu tidak dapat menerima prinsip poligami yang dibenarkan oleh Islam sebagai jalan keluar untuk mengatasi keadaan dharurat itu. Akibahnya kaum wanita mahu tidak mahu terpaksa menyerahkan badan mereka untuk mendapat makanan dan kepuasan sex di samping mendapat kewangan yang diperlu untuk memenuhi keinginan mereka kepada pakaian-pakaian yang indah, alat-alat solek dan segala sesuatu yang menjadi idaman wanita.

Demikianlah nasib kaum wanita, mereka terpaksa meneruskan cara hidup yang tidak dapat dihindari mereka, mereka terpaksa bekerja di kilang-kilang dan di firma-firma, mereka terpaksa menyerah badan mereka kepada nafsu kaum lelaki dan terpaksa berusaha memenuhi keinginan mereka dengan apa saja cara yang dapat dilakukannya. Tetapi walau bagimanapun, namun masaalah kaum wanita semakin bertambah buruk. Kilang kilang masih terus mengambil kesempatan menindas mereka yang laparkan pekerjaan itu dengan memberi layanan-layanan tidak adil yang tidak diterima akal dan hati norani. Mereka terus diberi upah yang lebih kecil dan upah yang diterima kaum lelaki dalam pekerjaan yang sama dan di tempat yang sama.

Oleh kerana itu satu pemberontakan besar harus dicetus oleh kaum wanita. Ini tidak dapat dielakkan lagi, iaitu satu pemberontakan untuk melenyapkan kezaliman atau keadaan tidak adil yang berlangsung jenerasi demi jenerasi itu. Selama ini kaum wanita tidak mempunyai apa-apa walaupun mereka telah mengorbankan kehormatan dan keperempuanan mereka dan walaupun mereka telah mengorbankan kecenderungan semulajadi mereka yang ingin mempunyai Keluarga dan anak-pinak yang dapat menegakkan keperibadian merëka dan memungkinkan mereka hidup bersama dengan penuh bahagia. Dengan pengorbanan- pengorbanan yang sedemikian besar kaum wanita sepatutnya dapat menerima sekurang- kurangnya upah yang sama dengan kaum lelaki sebagai satu-satunya hak yang halal dan lojis bagi mereka.

Tetapi kaum lelaki Eropah tidak mahu mengalah dengan semudah itu. Mereka tetap mempertahankan tabiat selfish mereka, akibahnya terjadilah pertarungan yang hebat, di mana kaum wanita menggunakan segala senjata yang tercapai oleh mereka, mereka melancarkan pemogokan demi pemogokan, demonstrasi demi demonstrasi, mereka menggunakan pentas- pentas pidato di khalayak yang ramai dan ruangan-ruangan akhbar untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Kemudian mereka sedar bahawa satu-satunya jalan untuk melenyapkan sumber keadaan tidak adil itu ialah mereka harus diberi hak turut serta dalam menyusun undang-undang negara. Bertolak dan kesedaran itu mereka mula-mula berjuang menuntut hak mengundi kemudian menuntut hak menjadi wakil rakyat di parlimen.

Setelah kaum wanita melalui peringkat-peringkat persekola hari yang sama dengan kaum lelaki dan mempunyai kelayakan yang sama untuk menjalankan pekerjaan yang sama, mereka dengan lojis pula menuntut agar mereka dibenar menjadi pegawai-pegawai kerajaan sama seperti kaum lelaki. Mereka tidak mahu dibeza-bezakan selama mereka dilatihkan dengan pelajaran dan pengajian yang sama.

Demikianlah kisah perjuangan kaum wanita untuk mencapai hak mereka di negeri- negeri Eropah. Satu kisah yang bersambung-sambung seperti mata-mata rantai, setiap langkah yang telah diperjuangkan itu membawa pula kepada satu langkah perjuangan yang baru

samada perjuangan itu mendapat restu kaum lelaki atau tidak atau samada mereka sendiri suka atau tidak. Mereka terpaksa bertindak terus kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa dalam masyarakat yang runtuh dan terlepas liar itu. ( Di sini sekali lagi pendokong komunis mendakwa bahwa faktor ekonomi itulah satu-satunya faktor yang menentukan nasib kaum wanita di Eropah. Dalam hubungan ini sekali lagi kita tegaskan bahwa kita tidak memandang enteng kepada faktor ekonomi dalam kehidupan manusia, tetapi kita berpendapat bahwa apa yang telah berlaku di Eropah itu tidak semestinya berlaku demikian seandainya Eropah mempunyai ajaran dan peraturan agama yang seperti Islam, di mana kaum lelaki diwajibkan menanggung nafkah kaum wanita dalam segala keadaan dan di mana kaum wanita harus menerima upah yang sama dengan kaum lelaki apabila mereka bekerja, dan di mana peraturan poligami dibenarkan apabila berlakunya keadaan-keadaan dharurat. Inilah satu-satu jalan keluar yang bersih untuk menga masaalah sex secara berlakunya peperangan besar. Dan dengan jalan keluar yang sedemikian kaum wanita tidak perlu lagi melacurkan diri mereka atau mencari kepuasan sex secara gelap.)

Tetapi walaupun demikian gigih perjuangan mereka, namun tentulah anda terkejut apabila anda mengetahui bahwa negeri Inggeris yang dianggap ibu demokrasi itu hingga ke saat ini masih menggaji kaum wanita dengan gaji yang lebih rendah dan gaji yang diterima kaum lelaki di dalam jawatan-jawatan kerajaan, walaupun di dalam parlimen Inggeris terdapat yang berhormat wakil-wakil rakyat wanita.

Marilah kita kembali meninjau kedudukan kaum wanita di dalam Islam untuk melihat samada di sana wujudnya suasana-suasana jeografi, ekonomi, kepercayaan dan undang- undang yang menyebabkan kaum wanita Islam terpaksa berjuang merebutkan hak mereka seperti yang telah dilakukan oleh saudara-saudara mereka wanita-wanita Barat, atau kekecohan yang ditimbulkan oleh pejuang-pejuang hak wanita di dalam masyarakat- masyarakat Islam itu adalah semata-mata didorong oleh keinginan meniru atau keinginan menjadi pak turut Barat tanpa disedari. Keinginan keinginan inilah yang mengabui mata kita dan memandang hakikat yang sebenar dan membuat kita melihat sesuatu dengan kacamata orang lain, malah keinginan inilah yang melahirkan suasana-suasana kecoh di dalam konggres- konggres wanita Islam.

Menurut prinsip asasi Islam, kaum wanita adalah dipandang sebagai makhluk manusia yang mempunyai roh kemanusiaan yang sama dengan kaum lelaki firman Allah, “Wahai sekalian manusia bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan satu jiwa (Adam) dan darinya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan dan kedua-duanya Allah membiakkan kaum lelaki dan kaum perempuan yang ramai.”(Surah al-Nisa(1)) Dan sini ternyatalah bahwa lelaki dan perempuan itu merupakan satu kejadian yang sama asal keturunan dan sama pula destinasinya dan persamaan itu melahirkan pula persamaan hak-hak seperti hak-hak nyawa, hak-hak kehormatan dan hak-hak hartabenda. Kaum wanita di dalam Islam diberi kehormatan yang sewajarnya. Kehormatan mereka tidak boleh disinggung dan tidak boleh diumpat. Mereka juga tidak boleh diintip atau digelidahi rumahnya.

Pendeknya Islam memberi hak yang sama baik kepada kaum lelaki atau kaum wanita tanpa sebarang perbedaan. Seluruh larangan dan perintah Allah adalah meliputi seluruh lelaki dan seluruh wanita firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum mengejek-ngejek kaum yang lain kerana boleh jadi kaum yang diejek-ejekkan itu lebih baik dan mereka. Dan janganlah pula, wanita-wanita mengejek-ngejek wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang diejek itu lebih baik dan mereka, dan janganlah kamu mencela dirimu satu sama lain dan janganlah kamu panggil dengan gelaran-gelaran yang buruk.” (Surah al-Hujurat(11))

“Janganlah kamu intip-mengintip dan mengumpati satu sama lain. (Surah al-Hujurat (12)) Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu masuki rumah-rumah yang lain dan rumah kamu sehingga kamu Iebih dulu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.”(Surah an-Nur(27)) “Setiap orang Islam diharam mencerobohi darah, kehormatan dan hartabenda orang Islam yang lain.”(Hadith Bukhari dan Muslim)

Hinggakan balasan di akhirat juga sama di antara kaum lelaki dan kaum perempuan. Firman Allah, “Maka Tuhan mereka telah memperkenankan permohonan itu dengan berfirman sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal di antara kamu baik kaum lelaki atau kaum wanita.”(Surah ali-lmran(195))

Kaum lelaki dan kaum wanita diberi hak-hak yang sama untuk merealisasikan keperluan-keperluan kebendaan mereka dan kebebasan menguruskannya seperti hak memilik dan hak mengurus harta milik dengan bebas. Mereka sama-sama berhak untuk menggadai, memberi sewa, mewakaf, menjual, membeli dan mendapatkan faedah dan harta milik mereka, mendapat pesaka dan sebagainya, firman Allah, “Bagi orang lelaki ada hak bahagian dan harta peninggalan ibubapa dan kerabatnya dan bagi orang perempuan juga ada hak bahagian dan harta peninggalan ibubapa dan kerabatnya.”(Surah al-Nisa(7)) “Bagi orang lelaki ada bahagian dan hasil usaha mereka dan bagi orang perempuan juga ada hak bahagian dan hasil usaha mereka.”(Surah al-Nisa(32))

Kita pasti berhenti di sini sejenak untuk memperhatikan dua perkara yang penting mengenai hak kaum wanita, iaitu hak memilik, hak mengurus harta milik dan hak mengambil faedah dan harta milik, kerana undang-undang di negeri-negeri Eropah yang bertamaddun itu hingga sampai kepada masa-masa baru ini masih menafikan hak-hak itu kepada kaum wanita. Mereka hanya dapat menggunakan hak-hak mereka secara tidak langsung saja iaitu melalui lelaki samada suami atau bapa atau penjaga. Ini bererti bahwa kaum wanita Eropah tidak mendapat hak-hak yang diberikan oleh Islam itu selama lebih dan dua belas abad selepas lahirnya Islam di dunia.

Dan apabila kaum wanita pada. akhirnya mendapat hak-hak itu, maka mereka mendapatnya bukanlah dengan cara yang mudah, malah mereka terpaksa berjuang dengan mengorbankan akhlak dan kehormatan mereka, mereka terpaksa menitiskan peluh, darah dan airmata untuk mendapat sebahagian dan hak-hak yang dikurniakan Islam kepada kaum wanita secara sukarela, bukan kerana tunduk kepada tekanan ekonomi, bukan kerana mengaiah

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 78-112)