• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam Dan Kebebasan Berfikir

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 133-138)

DALAM satu perbincangan, saya dituduh: — Anda bukan seorang yang liberal! — Mengapa?

— Adakah anda percayakan kewujudan Tuhan? —Ya.

— Adakah anda bersembahyang dan berpuasa keranaNya? — Ya.

— Jika begitu anda bukanlah seorang yang liberal. — Sekali lagi anda menuduh begitu, mengapa?

— Kerana anda percayakan khurafat yang tidak wujud.

— Bagaimana kepercayaan anda pula? Siapakah yang menjadikan alam dan hidup ini? — Necet.

— Necer itu siapa?

— Satu kuasa rahsia yang tidak terbatas, tetapi ia mempunyai gejala yang boleh ditanggap oleb pancaindera kita.

— Jadi anda melarang saya beriman kepada satu kuasa ghaib kerana anda mahukan saya percaya kepada satu kuasa ghaib yang lain pula. Jika persoalan ini hanya berkisar di sekitar menukarkan satu kuasa ghaib dengan satu-satu kuasa ghaib yang lain, maka tentulah tidak wajar bagi anda melarang saya beriman kepada Allah Tuhan yang sentiasa memberikan rasa kedamaian dan ketenteraman kepada saya, dengan tujuan untuk menyuruh saya beriman kepada tuhan necer yang dipercayai anda, iaitu tuhan yang tidak pernah mendamaikan hati saya dan tak pernah mendengar doa saya.

lnilah intisari persoalan kebebasan berfikir pada orang-orang progresif. Bagi mereka kebebasan berfikir bererti tidak percaya kepada Tuhan. Bagi Islam pula, sebagaimana ia tidak mengizinkan kepercayaan yang mengingkari Tuhan, maka begitu juga ia tidak mengizinkan kebebasan berfikir untuk mengingkari Tuhan.

Kita ingin menanyakan mereka yang bijak berkata-kata seperti burung nuri itu. Apakah perlunya kita kepada isma atau kepada kepercayaan yang mengingkari wujud Tuhan?

Jika aliran kepercayaan yang mengingkari kewujudan Tuhan itu merupakan satu aliran kepercayaan yang tidak dapat dihindari di negeri-negeri Eropah kerana sebab yang wujud di sana, tidaklah pula pasti bahwa aliran kepercayaan itu harus tercetus subur di negeri-negeri yang lain pula, kerana gambaran yang diberikan oleh gereja Eropah terhadap kepercayaan Kristian adalah cukup jelik sekali, dan di samping itu gereja juga bertindak menindas kegiatan- kegiatan ilmiah, membakar dan menyiksa ahli-ahli sains, memaksakan kepercayaan yang karut dan dusta ke atas orangramai dengan nama percayaan yang diturun oleh Tuhan. Inilah faktor- faktor yang melahirkan golongan free thinker yang tidak beriman kepada Tuhan dan mewujudkan garis pemisah kepada mereka di antara kepercayaan kepada Tuhan yang merupakan keinginan semulajadi manusia dengan kepercayaan kepada hakikat-hakikat sains yang berdasarkan teori dan ujian-ujian.

Aliran bertuhankan necer merupakan satu jalan keluar kepada kaum intelek Eropah untuk menyelamatkan diri mereka dan keadaan-keadaan yang menyulitkan. Mereka seolah- olah berkata kepada gereja, “Ambillah balik tuhan awak yang dengan namanya awak memperhambakan kami, awak mengenakan kami dengan cukai-cukai yang berat, awak melakukan pemerintahan yang kejam dan awak memaksa kami menganuti kepercayaan kepercayaan karut yang menghendaki kami hidup sebagai padri padri yang zahid, kami tidak sudi lagi menerima tuhan awak, kami akan beriman kepada tuhan baru yang mempunyai sifat- sifat yang sama dengan tuhan awak, tetapi ia tidak mempunyai gereja yang memperhambakan manusia, dan tidak pula mengenakan mereka sebarang kewajipan moral, akidah dan cukai, malah mereka bebas lepas dan segala ikatan.”

Tetapi bagi kita umat Islam kita tidak perlu kepada atheisma kerana dalam sistem kepercayaan kita tidak terdapat masaalah-masaalah ketuhanan yang membengongkan akal fikiran. Tuhan yang kami imani ialah Tuhan Yang Tunggal. Dialah satu-satunya Tuhan yang menjadikan seluruh alam ini. Dialah satu-satunya Tuhan yang menjadi sumber rujukan dan pergantungan seluruh makhluk dan sumber perintah-perintah yang harus ditaati. Satu sistem kepercayaan yang cukup mudah, jelas dan tidak mengelirukan siapa saja hinggakan kaum neceralis dan atheis juga sukar untuk mengingkarinya.

Di dalam Islam juga tidak terdapat sistem padri-padri atau alili-ahli agama seperti di Eropah. Agama di dalam Islam adalah milik semua orang. Setiap orang Islim berhak menimba faedah-faedah dan ajaran Islam mengikut kemampuan intelektual, kerohanian dan kecenderungannya masing-masing. Setiap orang dianggap Muslim belaka dengan masing- masing darjah amalannya. Dan orang yang paling baik di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa samada ia seorang jurutera atau seorang guru atau seorang buruh atau seorang tukang. Dalam Islam agama bukanlah salah satu profesyen. Seluruh ibadat dilakukan tanpa perantaraan padri-padri atau ahli-ahli agama. Hanya dalam jurusan perundangan dan syari’at saja perlu adanya golongan profesyional yang pakar untuk mempelajari perundangan itu dengan teliti sebagai perlembagaan yang menjadi asas pemerintahan Negara, tetapi taraf mereka tidak lebih dan taraf ahli-ahli undang-undang di negeri-negri yang lain. Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak istimewa ke atas orang ramai, malah mereka tidak lebih dan penasihat-penasihat dan ahli-ahli undang-undang negara.

Segolongan ulama-ulama Azhar telah menggelarkan diri mereka sebagai “Ulama-ulama Besar.” Mereka bebas berbuat demikian, tetapi mereka tidak mempnyyai apa-apa kuasa ke atas orang ramai melainkan dalam batas yang diganiskan oleh undang-undang. Walaupun Universiti Azhar merupakan sebuah yayasan tinggi pengajian ilmiah dan agama, namun ia tidak mempunyai kuasa untuk membakar atau menyiksakan para cerdik pandai yang lain. Apa yang dapat dibuat oleh Azhar tidak lebih dan mengkritik dan mengecam setiap yang mengemukakan faham faham yang salah mengenai Islam. Di samping itu cerdik pandai yang lain pula mempunyai kebebasan untuk mengkritik dan mengecam pendapat-pendapat ulama- ulama Azhar mengenai Islam, kerana agama di dalam Islam bukanlah milik seseorang atau satu lembaga tertentu. Malah Ia menjadi milik kepada siapa saja yang mempunyai kemampuan untuk memahami dan melaksanakannya.

Seandainya pemerintahan Islam dilaksanakan dalam sebuah negara, maka tidaklah bererti semua jabatan kerajaan akan dipenuhi dengan ulama-ulama. Tidak ada apa-apa perubahan dalam susunan pentadbiran kerajaan kecuali undang pemerintahannya mestilah didasarkan di atas hukum-hukum Islam. Urusan-urusan kejuruteraan tetap diselenggarakan oleh para jurutera, urusan perubatan tetap diserahkan kepada para doktor. Demikian juga urusan ekonomi tetap ditadbirkan oleh ahli-ahli ekonomi tetapi dengan syarat pentadbiran

ekonomi itu berdasarkan ajaran-ajaran Islam. Demikianlah dalam bidang bidang pentadbiran yang lain.

Sistem kepercayaan dan pemerintahan Islam sama sekali tidak menghalangi kemajuan sains dan pelaksanaan teori-teorinya. Sejarah dapat membuktikan bahwa di dalam masyarakat yang dikuasai Islam tidak pernah didengar ada ahli-ahli sains yang dibakar atau disiksa kerana mengemukakan pendapat ilmiah yang baru. Sains yang sebenar tidak bertentangan dengan kepercayaan Islam yang menentukan bahwa hanya Allah Yang Tunggal jua yang menjadikan seluruh alam ini, dan tidak pula bertentangan dengan saranan Islam yang mengajak manusia berfikir pada kejadian langit dan bumi untuk mendapat keyakinan terhadap kewujudan Allah. Di dalam kalangan ahli-ahli sains Barat juga tidak sedikit terdapat orang-orang yang mengakui kewujudan Allah melalui ilmiah mereka yang betul.

Pendek kata, di dalam Islam tidak terdapat halangan halangan yang memaksa manusia memilih jalan atheis, kecuali mereka yang ingin menjadi kaum pak turut yang buta kepàda tuan-tuan besar penjajah.

Kaum free thinker menghendaki agar mereka diberi kebebasan menyerang dan ibadat- ibadat agama, mereka ingin diberi kebebasan menghinakan ajaran-ajaran agama dan mengajak orang ramai untuk membuang agama tanpa dipandang salah oleh undang negara.

Tetapi apakah perlunya kebebasan yang seperti itu di dalam masyarakat Islam, kerana kebebasan seperti itu bukanlah merupakan satu matalamat yang tersendiri seperti yang difikirkan oleh orang-orang Islam yang dungu, malah di Eropah kebebasan itu digunakan sebagai sarana untuk mencapai satu tujuan yang lain, iaitu membebaskan fikiran orang ramai Eropah dan belenggu kepercayaan-kepercayaan yang karut dan dan kezaliman dan penindasan gereja.

Apakah tujuan yang mahu dicapai oleh kaum free thinker yang hidup dalam naungan masyarakat Islam?

Mereka mahu mengembangkan keruntuhan akhlak dan kebebasan sex yang liar. Inilah tujuan mereka yang sebenar.

Mereka menggunakan “Kebebasan berfikir” itu sebagai tabir untuk melindungi diri mereka yang telah menjadi abdi keinginan sex, sedangkan Islam berjuang untuk membebaskan manusia dari segala perhambaan termasuk perhambaan keinginan sex.

Selanjutnya kaum free thinker menuduh sistem pemerintahan Islam sebagai satu pemerintahan diktator, kerana negara diberi kuasa yang begitu luas. Dan yang lebih buruk lagi negara memiliki kuasa mutlak itu atas nama agama, satu nama suci yang menggerunkan rakyat jelata. Dengan kuasa-kuasa yang sedemikian hebat pemerintah-pemerintah Islam dengan mudah menjadi diktator-diktator yang menindas kebebasan rakyat dan membuat mana-mana orang yang menentang pemerintahan mereka terdedah kepada tuduhan menentang agama dan Allah.

Dari manakah mereka ambil pendapat-pendapat yang karut itu, sedangkan al-Quran sendiri begitu jelas dan tegas menandaskan bahwa di antara sifat-sifat yang harus ada pada pemerintah-pemerintah Islam ialah bermesyuarat dan adil. Firman Allah, “Semua urusan di antara mereka diputuskan dengan mesyuarat.”(Surah al-Syu’ara(38)) FirmaNya lagi, “Jika kamu menjalankan pengadilan di antara orang ramai maka jalankanlah pengadilan itu dengan saksama.”(Surah an-Nisa(58))

Khalifah Abu Bakar pernah menandaskan kepada orangramai katanya, “Kamu tidak wajib taat kepadaku seandainya pemerintahanku bertentangan dengan ajaran Allah dan RasulNya.”

Khalifah Omar juga menyatakan sikap yang sama, katanya, Jika kamu dapati pemerintahanku menyeleweng maka hendaklah kamu tampil membetulkannya, tiba-tiba seorang awam Islam bangkit berkata, “Demi Allah jika kami dapati saudara menyeleweng, kami akan betulkan saudara dengan mata pedang.”

Memang benar adanya pemenintahan yang zalim yang menggunakan nama agama dan sehingga kini pemerintahan yang seperti itu masih wujud di setengah negeri. Tetapi bukan agama saja yang digunakan untuk melindungi pemerintahan yang zalim di dunia ini. Hitler tidak menggunakan agama dalam melaksanakan pemerintahan Nazinya yang zalim. Stalin juga tidak menggunakan agama sebagai pelindung pemerintahan yang zalim, tetapi akhbar- akhbar Russia telah mengakui selepas matinya bahwa Stalin telah menjalankan pemerintahan diktator yang zalim, ia memerintah Russia dengan undang-undang polis yang kejam.

Begitu juga Jeneral Franco, Malan di Afrika Selatan, Chiang Kai Shik di negeri Cina Kebangsaan, Mao Tze-tung di negeri Komunis Cina, semuanya masing-masing menjalankan pemerintahan diktator dengan menggunakan slogan-slogan lain yang bukan agama.

Abad dua puluh yang dianggap sebagai abad yang bebas dan kuasa-kuasa agama telah menyaksi berbagai-bagai pemerintahan diktator yang menggunakan berbagai-bagai slogan yang menarik yang tidak kurang keramatnya dan keramat agama.

Tetapi maksud kami di sini bukanlah hendak mempertahankan pemerintahan diktator, kerana tiada seorang yang berfikiran bebas dan berhati norani bersetuju dengan pemenintahan diktator, tetapi tujuan kami yang sebenar ialah untuk menyatakan hakikat bahwa setiap slogan yang indah dan setiap konsep yang molok pernah digunakan sebagai pelindung untuk mencapai cita-cita peribadi yang tamak. Berbagai-bagai kekejaman telah dilakukan atas nama kemerdekaan di zaman Revolusi Perancis? Ini tentulah tidak boleh dijadikan alasan bahwa itu tidak baik dan pasti dihapuskan. Berapa ramai orang-orang yang disumbat di dalam penjara atas nama undang-undang perlembagaan? Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menghapuskan perlembagaan.

Begitu juga pemerintahan kejam yang berselindung di sebalik agama tidak boleh dijadikan alasan untuk menentang agama kecuali seluruh sistem dan ajaran-ajaran agama itu sendiri menggalakkan kezaliman dan kekejaman. Kejelikan-kejelikan yang seumpama ini tentulah tidak terdapat dalam sistem Islam, kerana Islam memperjuangkan konsep keadilan yang mutlak bukan saja di antara orang-orang Islam, malah di antara orang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam walaupun yang menjadi musuh yang memerangi mereka. Contoh-contoh keadilan Islam dapat dilihat di dalam sejarah dan pernah diakui oleh musuh- musuhnya sendiri.

Sebaik-baik jalan untuk menghapuskan pemerintahan yang zalim ialah mendidik rakyat jelata beriman kepada Allah dan menyintai kemerdekaan dan kebebasan yang diperjuang dan dipertahankan oleh agama hingga mereka sanggup menentang apabila pemerintahan berlaku zalim. Dalam hubungan ini saya tidak fikir ada satu sistem lain yang sama dengan sistem Islam, kerana Islam telah mewajibkan rakyat jelata membetulkan pemerintah apabila ia berlaku zalim. Sabda Rasulullah, “Siapa di antarã kamu yang melihat kejahatan, maka hendaklah ia ubahkannya.”(Hadith Bukhari dan Muslim) Sabdanya lagi, “Sebesar-besar jihad di sisi Allah ialah keadilan di depan raja yang zalim.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Berdasarkan prinsip-prinsip inilah rakyat jelata di zaman pemerintahan Khalifah Othman bangkit memberontak menentangnya, kerana mereka menganggap beliau telah menyeleweng dan jalan yang benar, walaupun pemberontak-pemberontak itu telah melakukan penyelewengan-penyelewengan yang lebih besar.

Mengakhiri perbincangan ini kami ingin mengatakan kepada kaum progresif bahwa jalan untuk menghapuskan kezaliman bukanlah dengan menghapuskan agama, malah dengan mendidik orangramai agar mempunyai semangat revolusioner yang bencikan kezaliman dan sanggup menentang pemerintah-pemerintah yang zalim. Inilah semangat agama Islam.

Dalam dokumen Salah Faham Terhadap Islam Muhammad Qutb 2 (Halaman 133-138)