• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jaminan Kesetiaan

Dalam dokumen SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD (Halaman 54-57)

Kami akan menanggung kerugian Anda (Majikan) bagi sebarang kerugian kewangan langsung tidak melebihi Jumlah Jaminan / Jumlah Keseluruhan yang Anda alami disebabkan sebarang perbuatan menipu atau tidak jujur yang dilakukan oleh mana-mana Kakitangan Anda:

(a) dalam Tempoh Takaful;

(b) semasa Kakitangan tersebut berkhidmat secara terus-menerus tanpa berhenti; dan

(c) berhubung dengan pekerjaannya dan disedari dalam Tempoh Takaful atau dalam tempoh dua belas bulan (12) selepas itu atau dalam tempoh (12) bulan selepas tamat tempoh pekerjaan, yang mana berlaku terlebih dahulu.

Definisi

“Jumlah Jaminan / Jumlah Agregat” hendaklah bermakna jumlah yang disediakan dalam Seksyen 9

Jadual.

“Kakitangan” untuk tujuan indemniti yang disediakan di bawah Seksyen ini sahaja, seorang kakitangan

ditakrifkan selanjutnya sebagai mana-mana orang yang biasanya pemastautin di dalam Had Wilayah Seksyen ini, yang mana Anda berhak pada setiap masa untuk mentadbir dan mengawal dan mengarahkan pelaksanaan kerjanya dalam Perniagaan Anda dan yang dihuraikan dalam Seksyen ini dalam Jadual berasaskan nama, kategori atau jawatan kakitangan tetapi dengan ini difahamkan dan dipersetujui secara khusus bahawa orang tersebut diberi imbuhan menerusi komisen yang dikecualikan secara khusus daripada perlindungan yang disediakan oleh Seksyen ini.

“Perbuatan Menipu atau Tidak Jujur” hendaklah bermakna sebarang perbuatan menipu atau tidak jujur

yang dilakukan oleh Kakitangan dengan niat secara jelas untuk mendapatkan keuntungan kewangan dengan cara yang salah untuk dirinya atau untuk orang atau organisasi lain yang dikehendaki oleh Kakitangan untuk menerima keuntungan tersebut.

“Satu Tuntutan” hendaklah bermakna semua tuntutan atau siri tuntutan yang disebabkan oleh atau

dikaitkan dengan satu sumber atau sebab asal.

Syarat yang dikenakan ke atas Sekysen 9

1. Jika Seksyen ini terus berkuat kuasa untuk lebih daripada satu Tempoh Takaful atau jika mana-mana liabiliti wujud di pihak Kami di bawah Seksyen ini atau di bawah mana-mana Seksyen lain berkaitan dengan penipuan atau ketidakjujuran Kakitangan, liabiliti Kami di dalam ini hendaklah tidak dikumpulkan atau ditambah dengannya. Jumlah liabiliti Kami bagi mana-mana satu Tempoh Takaful dan untuk sebarang penipuan atau ketidakjujuran yang dilakukan oleh Kakitangan hendaklah tidak melebihi Jumlah Jaminan / Jumlah Keseluruhan di bawah mana-mana Seksyen tersebut di atas, yang mana lebih besar.

2. Anda hendaklah:-

(a) pada setiap masa mematuhi sistem pemeriksaan yang diperakui dalam borang cadangan dan sebarang perubahan kepada Sistem Pemeriksaan yang telah dinasihatkan kepada dan diterima oleh Kami;

(b) memaklumkan Kami serta-merta tentang sebarang perubahan ketara dalam jenis Perniagaan anda; (c) tidak terus mengamanahkan sebarang wang atau barangan kepada Kakitangan selepas

mengetahui fakta penting yang menimbulkan keraguan tentang kejujuran Kakitangan;

(d) menjalankan penyiasatan dalaman penuh terhadap Kakitangan yang melakukan penipuan atau tidak jujur dan memberi Kami salinan semua transkrip, dokumen dan rakaman penyiasatan dalaman tersebut;

(e) mengambil tindakan tatatertib jenayah yang berkenaan terhadap Kakitangan yang melakukan Perbuatan Menipu dan Tidak Jujur tersebut; dan

(f) sama ada liabiliti Kami di dalam ini telah ditentukan atau tidak, memberikan segala bantuan yang sewajarnya untuk membolehkan Kami mendapatkan menerusi tindakan undang-undang atau selainnya bayaran ganti bagi sebarang kerugian oleh Kakitangan atau menerusi harta pusaka Kakitangan atau mendapatkan ganti rugi daripada sebarang sumber lain;

Nilai berikut hendaklah ditolak daripada jumlah yang perlu dibayar sebagai Indemniti di bawah Seksyen ini:-

(i) sebarang wang daripada Kakitangan dalam pegangan Anda;

(ii) sebarang wang, yang jika bukan disebabkan ketidakjujuran Kakitangan, akan perlu Anda bayar kepada Kakitangan tersebut.

Kami dan Anda hendaklah berkongsi sebarang wang lain yang diperolehi kembali bagi sebarang kerugian yang ditanggung mengikut kadar yang ditanggung oleh setiap pihak berbanding jumlah keseluruhan kerugian.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 9.

Kami tidak bertanggungjawab untuk membuat sebarang bayaran di bawah ini:- a) jika jenis perniagaan Anda telah berubah dengan ketara

b) jika langkah berjaga-jaga dan pemeriksaan bagi menjamin ketepatan akaun yang disebutkan dalam Borang Cadangan atau sebarang maklumat atau surat-menyurat yang berkaitan dengannya tidak dipatuhi sebahagian besarnya.

c) bagi kehilangan kepentingan atau sebarang bentuk kerugian turutan

d) bagi kesilapan dalam catatan buku atau kerugian yang ditemui semasa pengiraan stok melainkan Anda mengenal pasti pelakunya;

e) untuk pengintipan, peras ugut, ugutan, libel dan risiko seumpamanya.

Fasal Yuran Akauntan / Juruaudit

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa sebarang butiran atau maklumat yang terkandung di alam buku akaun atau buku perniagaan atau dokumen lain yang mungkin Kami perlukan untuk tujuan menyiasat atau mengesahkan sebarang tuntutan di dalam ini boleh dihasilkan dan disahkan oleh juruaudit (luar) atau akauntan Kami dan pengesahan mereka hendaklah merupakan bukti prima facie tentang butiran dan maklumat yang berkaitan dengan pengesahan tersebut. Jumlah yang boleh Anda perolehi semula di bawah Seksyen ini terhad kepada caj yang sewajarnya yang perlu dibayar bagi mereka untuk menghasilkan dan mengesahkan butiran atau maklumat tersebut.

Fasal Penambahan / Pengurangan Automatik

Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa:-

a) sesiapa yang Anda ambil selepas tarikh bermulanya perlindungan Takaful hendaklah dilindungi secara automatik dari hari pertama pekerjaan, dan

b) Anda hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami dalam masa seminggu dari bulan berikutnya tentang sebarang penambahan atau pengurangan Kakitangan dan berjanji untuk membayar Kami Sumbangan Tambahan atau menerima pemulangan wang daripada Kami, yang mana berkenaan.

Penentuan Tarikh II

Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:

A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;

2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

C) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

D) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Dalam dokumen SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD (Halaman 54-57)

Dokumen terkait