• Tidak ada hasil yang ditemukan

“Semua Risiko” Peralatan Mudah Alih

Dalam dokumen SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD (Halaman 33-42)

Kami akan menanggung kerugian Anda kerana kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi dan aksesori dan alat gantinya yang terkandung dalam Jadual, yang disebabkan oleh:-

(a) perlanggaran atau terbalik akibat kemalangan

(b) perlanggaran atau terbalik akibat kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau disebabkan oleh kehausan dan kelusuhan

(c) kebakaran, letupan luar, pencucuhan sendiri atau kilat, atau (d) Pecah masuk, pecah rumah atau kecurian

selagi Harta Benda Dilindungi berada di dalam Had Wilayah dan berlaku dalam Tempoh Takaful, maka atas Pilihan Kami, Kami akan membayar Anda dalam bentuk tunai bagi kerugian atau kerosakan tersebut atau membaiki, memulihkan atau menggantikan Harta Benda Dilindungi atau mana-mana bahagiannya atau aksesori atau alat gantinya tetapi liabiliti Kami tidak harus melebihi nilai alat ganti yang hilang atau rosak dan kos munasabah untuk memulihkan atau membaiki alat ganti tersebut.

Jika peralatan tidak berfungsi disebabkan oleh kerugian atau kerosakan yang dilindungi di bawah Seksyen ini, Kami akan menanggung kos yang ditanggung dengan sewajarnya (tidak melebihi RM500) untuk perlindungan and pemindahan ke bengkel pembaikan terdekat dan untuk penghantarannya di dalam negara di mana kerugian atau kerosakan dialami.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa:

1. Jumlah maksimum yang Kami bayar pada mana-mana satu tempoh Takaful tidak melebihi Jumlah Dilindungi yang ditetapkan bagi setiap item Harta Benda Dilindungi yang dinyatakan dalam Seksyen ini dalam Jadual.

2. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul semasa Harta Benda Dilindungi sedang:

(a) dipandu oleh orang selain daripada Pemandu / Pengendali sah, atau (b) digunakan selain daripada mengikut Had Kegunaan

Definisi

Untuk tujuan Seksyen ini:-

Pemandu /Pengendali Sah ditakrifkan sebagai

(a) Anda; atau

(b) mana-mana orang yang memandu atas arahan Anda dengan atau dengan kebenaran Anda.

Dengan syarat bahawa orang yang memandu dibenarkan di bawah lesen atau undang-undang atau peraturan untuk memantau atau mengendalikan Harta Benda Dilindungi atau telah dibenarkan atau tidak dibatalkan kelayakan menerusi arahan undang-undang atau menerusi sebarang enakmen atau peraturan, daripada memandu atau mengendalikan Harta Benda Dilindungi.

Had Penggunaan ditakrifkan sebagai:

Digunakan berhubung dengan Perniagaan seperti yang dinyatakan dalam Jadual tetapi mengecualikan penggunaan:

(a) untuk perlumbaan, mengawalo perlumbaan, ujian kebolehpercayaan, demonstrasi atau ujian kelajuan,

(b) untuk membawa penumpang; atau

(c) semasa menarik treler atau menunda sebarang kenderaan untuk ganjaran. Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 5

1. Anda hendaklah mengambil segala langkah sewajarnya untuk melindungi Harta Benda Dilindungi daripada sebarang kerugian atau kerosakan dan untuk mengekalkan Harta Benda yang dilindungi dalam keadaan yang cekap dan Kami hendaklah pada setiap masa diberi kebebasan penuh untuk memeriksa Harta Benda atau mana-mana bahagianya atau mana-mana pemandu atau Kakitangan Anda. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Seksyen ini, Harta Benda Dilindungi hendaklah tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa langkah berjaga-jaga diambil

untuk mencegah kerugian atau kerosakan lanjut dan jika Harta Benda dipandu sebelum pembaikan yang perlu dibuat dilaksanakan, sebarang lanjutan kepada kerosakan atau sebarang kerosakan lebih teruk terhadap Harta Benda Dilindungi hendaklah dikecualikan daripada skop indemniti yang diberikan di bawah Seksyen ini.

2. Jika Harta Benda yang dilindungi oleh Sijil ini pada-bila masa dalam tempoh kerugian, mempunyai nilai lebih tinggi daripada jumlah dilindungi, maka Anda hendaklah dianggap sebagai Pengendali Takaful sendiri bagi perbezaan tersebut dan hendaklah menanggung bahagian sekadar dengan sewajarnya. Setiap item, jika lebih daripada satu dalam Seksyen Sijil ini, adalah tertakluk secara berasingan kepada Syarat ini.

3. Sejurus selepas berlaku kerugian atau kerosakan, Jumlah Dilindungi hendaklah dikurangkan setakat jumlah kerugian atau kerosakan dan Jumlah Dilindungi yang dikurangkan tersebut hendaklah merupakan had liabiliti Kami berkenaan dengan kerugian atau kerosakan lanjut yang berlaku dalam Tempoh Takaful semasa melainkan kami membenarkan bayaran Sumbangan tambahan untuk menetapkan semula Jumlah Penuh Diinsuranskan

4. Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi atau aksesorinya atau alat ganti yang memerlukan bekalan sesuatu alat yang tidak boleh diperolehi daripada stok yang ada di negara di mana Harta Benda Dilindungi disimpan untuk pembaikan atau sekiranya Kami melaksanakan pilihan Kami untuk membayar tunai bagi jumlah kerugian atau kerosakan, liabiliti Kami berkenaan alat ganti tersebut hendaklah terhad kepada:

(a) Harga yang disebutkan dalam katalog terbaru atau senarai harga yang dikeluarkan oleh Pengilang atau Ejennya bagi negara di mana Harta Benda Dilindungi disimpan untuk pembaikan dan kos sewajarnya untuk membaiki alat tersebut; atau

(b) Jika tiada katalog wujud, harga yang dikeluarkan oleh Kilang Pengeluar serta kos munasabah bagi pengangkutan selain daripada pengangkutan udara di mana Harta Benda Dilindungi disimpan untuk pembaikan dan jumlah duti import relatif serta kos sewajarnya untuk memasang alat tersebut.

Pengecualian bagi Seksyen 5

Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar bagi:- 1. Kerosakan, kemusnahan atau kerosakan;

(a) di luar Had Wilayah;

(b) semasa Harta Benda Dilindungi digunakan di jalan raya yang ditakrifkan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Persekutuan Malaysia);

(c) semasa Harta Benda Dilindungi sedang dalam transit (termasuk proses memuat dan memunggah berkaitan dengan transit tersebut) melalui jalan raya, jalan kereta api, jalan air pedalaman, lif atau tangga bergerak.

2. Susut nilai, kehausan dan kelusuhan, kerosakan mekanikal atau elektrik, kegagalan atau kerosakan termasuk kelewatan atau kehilangan pasaran.

3. Kerugian atau kerosakan muatan berlebihan atau ketegangan

4. Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh tindakan sengaja atau tidak jujur Kakitangan atau tindakan yang dilakukan secara bersubahat dengan anda.

5. Kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa Harta Benda Dilindungi dipandu oleh Pemandu / Pengendali sah di bawah pengaruh arak memabukkan atau dadah.

6. Kerugian menerusi kecurian, aksesori, alat dan alat ganti melainkan Harta Benda Dilindungi dicuri pada masa yang sama

7. Kerugian atau kerosakan kepada:

a. tayar melainkan Harta Benda dilindungi juga rosak pada masa yang sama; dan

b. Kanopi melainkan disebabkan oleh, atau berlaku kerana Harta Benda dilindungi terbalik. 8. Kemalangan, kerugian atau kerosakan yang secara langsung atau tidak langsung, jauh atau dekat

diakibatkan oleh, berlaku kerana, berpunca atau timbul daripada, atau berhubung dengan banjir, taufan, hurikan, ledakan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau gelinciran tanah, ambelasan atau muka bumi / tanah jerlus tidak kira bagaimana ia berlaku dan gegaran alam lain.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 5 Fasal Jenayah Pecah Amanah

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan tindakan jenayah pecah amanah oleh mana-mana pihak mengikut definisi kesalahan jenayah pecah amanah seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda

Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal.

Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:-

A. Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan

B. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam

Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:-

1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut; 2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:-

(a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara;

(b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau

(c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Fasal Kecurian menerusi Helah (Penipuan)

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana tindakan penipuan oleh mana-mana orang mengikut maksud definisi jenayah penipuan yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan.

Jaminan Penyenggaraan

Jaminan diberikan bahawa selagi Seksyen ini berkuat kuasa:-

jadual penyenggaraan dan baik pulih yang disyorkan oleh pengeluar/pembekal.

(b) Anda hendaklah menjalankan pemeriksaan ke atas Harta Benda Dilindungi seperti kren, lif penumpang, dandang dan bekas tekanan diperiksa atas perbelanjaan anda sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun oleh jurutera yang berkelayakan. Sebarang cadangan berkaitan dengan baik pulih, pembaikan atau penyenggaraan yang dibuat semasa atau selepas pemeriksaan hendaklah Anda jalankan secepat yang mungkin.

Penentuan Tarikh II

Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:

A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:

1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;

2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau

3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.

B) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.

C) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas.

D) Dengan ini difahami selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.

Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.

Seksyen 6. Wang

Kami bersetuju bahawa jika Harta Benda Dilindungi dalam Seksyen ini, seperti Wang, hilang, musnah atau rosak:

(a) atas apa jua sebab semasa dalam transit dan dipegang oleh perutusan dan/atau kakitangan Anda (dengan syarat wang dalam transit mesti dihantar ke Premis Perniagaan atau bank Anda pada hari sama wang tersebut diterima dan bagi upah, gaji dan wang lain yang tidak dibayar pada hari yang sama apabila diterima, Wang tersebut mesti disimpan dalam Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal yang berkunci, atau

(b) daripada Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal yang berkunci

di dalam Had Wilayah dan berlaku dalam Tempoh Takaful, maka Kami akan menanggung kerugian Anda berkaitan dengan kerugian, kemusnahan atau kerosakan tersebut Dengan Syarat liabiliti Kami bagi mana-mana satu kejadian tidak harus melebihi Jumlah Dilindungi yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual.

Di samping itu, Kami bersetuju bahawa jika mana-mana Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal yang dimiliki oleh anda hilang, musnah atau rosak akibat Pecah Masuk atau Pecah Rumah atau sebarang usaha melakukannya, DAN DENGAN SYARAT, kerosakan tersebut tidak dilindungi selain ini, kami akan membayar ganti rugi kepada Anda sehingga had yang tidak melebihi sepuluh (10%) daripada Jumlah Dilindungi atau RM10,000, yang mana lebih rendah.

Definisi

Untuk tujuan Seksyen ini:-

Pecah Masuk atau Pecah Rumah hendaklah bermakna kecurian atau sebarang usaha melakukannya

apabila berlaku pecah masuk dan keluar menggunakan kekerasan atau keganasan ke dalam atau keluar dari Premis Perniagaan oleh orang atau orang-orang yang melakukan kecurian tersebut. Masuk atau keluar daripada Premis Perniagaan berikutan serangan atau keganasan kepada mana-mana orang atau ancaman melakukannya hendaklah dianggap Pecah Masuk atau Pecah Rumah.

Wang hendaklah bermakna tunai, nota bank, mata wang kertas, cek, cek kembara, wang pos dan kiriman

wang, Bil Pertukaran dan setem pos dan hasil semasa milik Anda atau yang menjadi tanggungjawab Anda di bawah undang-undang.

Waktu Perniagaan hendaklah bermakna waktu biasa di mana Anda menjalankan urus niaga atau dibuka

untuk Perniagaan di Premis Perniagaan.

Rompakan dan Penahanan hendaklah bermakna kecurian yang berserta dengan keganasan atau ancaman

keganasan oleh seseorang selain daripada Kakitangan Anda yang dilakukan semasa berada di Premis Perniagaan Anda.

Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal hendaklah bermakna bekas atau struktur yang telah direka bentuk

secara khusus untuk menyimpan Wang atau barang berharga dan direka bentuk untuk melindungi kandungan daripada kebakaran dan mencegah pembukaan tidak sah menggunakan alat pegangan tangan atau alat kendalian kuasa.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 6.

1. Anda hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk mencegah kerugian, kemusnahan atau kerosakan.

2. Anda hendaklah memastikan bahawa:-

(a) semua kunci, selak, sistem penggera penceroboh dan alat pelindung lain hendaklah beroperasi sepenuhnya pada masa Premis Perniagaan tidak dihuni atau ditutup untuk perniagaan.

(b) semua kunci kepada Peti Simpanan Selamat dan Bilik Kebal di mana Wang disimpan hendaklah dikeluarkan daripada Premis Perniagaan anda oleh Anda atau orang yang Anda beri kuasa dan disimpan dalam penjagaan Anda atau di bawah jagaan orang yang diberi kuasa sehinggalah Premis Perniagaan Anda dibuka semula untuk Perniagaan.

Pengecualian bagi Seksyen 6

Kami tidak bertanggungjawab untuk menanggung rugi bagi:- 1. Kehilangan, kemusnahan atau kerosakan.

(a) yang berlaku di luar Had Wilayah;

(b) yang berlaku di Premis Perniagaan yang ditutup pada waktu itu melainkan Wang disimpan dalam Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal;

(c) disebabkan oleh atau berlaku menerusi kecurian oleh kakitangan kecuali semasa berkhidmat sebagai perutusan dan hanya jika kecurian tersebut disedari dalam masa tiga (3) hari kerja selepas berlaku kejadian.

2. Kekurangan disebabkan kesilapan atau ketinggalan

3. Kekurangan disebabkan kesilapan atau ketinggalan perkeranian atau perakaunan dan tidak dikaitkan dengan kejadian khusus yang dilindungi di bawah Seksyen ini.

4. Sebarang kerugian yang disebabkan oleh susut nilai, turun naik mata wang, cek tendang atau penggunaan Wang palsu.

5. Sebarang kehilangan Wang yang diamanahkan kepada orang selain daripada Anda atau kakitangan Anda atau kepada penghantar profesional daripada syarikat keselamatan yang mana perjanjian telah dibuat antara syarikat keselamatan tersebut dan Anda.

6. Kehilangan daripada peti simpanan selamat atau bilik kebal berikutan penggunaan kunci peti simpanan selamat atau bilik kebal atau sebarang kunci pendua yang dimiliki oleh Anda melainkan ia diperolehi menerusi ancaman atau keganasan kepada seseorang.

7. Sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi atau berlaku kerana subahat atau penggelapan wang yang melibatkan penipuan atau melesapkan wang yang melibatkan penipuan oleh Anda atau Kakitangan anda atau mana-mana orang dalam Perkhidmatan anda.

8. Sebarang kehilangan daripada kenderaan yang tidak berkunci atau tidak dijaga.

9. Sebarang kehilangan Wang yang terkandung dalam mesin perjudian dan/atau hiburan yang menggunakan syiling atau dikendalikan sepertinya.

10. Kehilangan Wang semasa dalam transit melalui pos.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 6 Fasal Rompakan Bersenjata dan Penahanan

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa perlindungan yang diberikan oleh Seksyen ini hendaklah dilanjutkan untuk meliputi sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada Rompakan atau Kecurian.

Fasal Penetapan Semula Automatik Jumlah Dilindungi

Sebagai pertimbangan kepada persetujuan Anda untuk membayar Sumbangan tambahan pada kadar dipersetujui bagi jumlah kerugian yang dikira atas dasar pro rata dari tarikh kerugian sehinggalah tamat Tempoh Takaful semasa, adalah dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian, perlindungan Takaful di bawah ini hendaklah dikekalkan pada Jumlah Dilindungi penuh seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual.

Fasal Penambahan Automatik Lokasi Baru

Perlindungan yang diberikan di bawah ini dilanjutkan secara automatik untuk merangkumi semua lokasi yang mengandungi Harta Benda Anda yang Dilindungi dari tarikh pemerolehan semasa Seksyen ini berkuat kuasa dengan syarat notis mesti diberikan kepada Kami dalam masa tiga (30) puluh hari dari tarikh Anda memperolehi setiap premis.

Pengendorsan Tunai dalam Laci / Kabinet / Mesin Daftar Tunai Berkunci

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung kerugian Anda kerana kehilangan Wang dalam laci / kabinet / mesin tunai berkunci.

Dengan ini diperakui dan dipersetujui selanjutnya bahawa rekod lengkap jumlah Wang dalam mana-mana laci / kabinet / mesin daftar tunai berkunci hendaklah disimpan secara selamat di tempat lain selain daripada laci tersebut dan liabiliti Kami terhad kepada jumlah Wang yang ditunjukkan dalam rekod sebagai terkandung dalam laci pada masa kehilangan tetapi dalam mana-mana satu Tempoh Takaful, hendaklah dalam segala hal tidak melebihi jumlah RM2,000.

Untuk tujuan Fasal ini, definisi Peti Simpanan Selamat atau Bilik Kebal dianggap termasuk laci / kabinet /mesin daftar tunai berkunci.

Fasal Kecurian menerusi Helah (Penipuan)

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana tindakan penipuan oleh mana-mana orang mengikut maksud definisi jenayah penipuan yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan.

Fasal Barangan Kakitangan

Indemniti yang diberikan di bawah Seksyen ini dilanjutkan untuk melindungi pakaian dan/atau barangan peribadi Kakitangan yang timbul daripada insiden yang dilindungi di bawah Seksyen ini. Jumlah indemniti di bawah Fasal ini hendaklah terhad kepada RM2,000 bagi mana-mana satu kejadian.

Fasal Manfaat Kemalangan Peribadi

Dalam dokumen SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD (Halaman 33-42)

Dokumen terkait