Kami bersetuju bahawa jika Harta Benda Dilindungi atau mana-mana bahagian harta benda tersebut musnah atau rosak akibat kebakaran, kecurian atau sebarang kemalangan atau bencana lain semasa Harta Benda tersebut berada dalam Had Wilayah dan dalam Tempoh Takaful, maka Kami akan membayar atau menggantikan untuk anda nilai sebenar Harta Benda Dilindungi pada masa berlakunya kemusnahan atau jumlah sebenar kerosakan tersebut, tertakluk kepada Asas Penjelasan yang dinyatakan dalam Syarat 2 Seksyen ini.
Jumlah maksimum yang dibayar oleh Kami dalam mana-mana satu Tempoh Takaful hendaklah tidak melebihi jumlah yang dinyatakan bagi setiap Item Dilindungi dalam Jadual tersebut bagi Seksyen ini.
Definisi
Untuk tujuan Seksyen ini:-
Operasi Internet hendaklah membawa makna yang berikut:
(a) penggunaan sistem mel elektronik Perniagaan Anda oleh Anda dan Kakitangan Anda termasuk kakitangan sambilan dan sementara dan pihak lain dalam organisasi Anda;
(b) akses menerusi rangkaian Perniagaan Anda kepada laman web sedunia atau laman internet awam oleh Anda dan Kakitangan Anda, termasuk kakitangan sambilan dan sementara dan pihak lain dalam organisasi Anda;
(c) akses kepada Intranet Perniagaan Anda (bermakna maklumat dalaman syarikat dan sumber komputer Perniagaan) yang disediakan menerusi laman web sedunia untuk Pelanggan anda dan pihak lain di luar organisasi Anda; dan
(d) Operasi dan penyenggaraan laman web Perniagaan anda.
Nilai Pasaran hendaklah membawa makna yang berikut:-
(d) Nilai pada masa kerosakan atau kerugian ditolak peruntukan yang sewajarnya bagi kelusuhan dan kehausan dan / atau susut nilai.
(e) Nilai yang ditentukan menerusi penilaian yang Kami perolehi daripada pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah, broker yang sah, pengedar yang sah atau kontraktor pembinaan bagi kos penggantian atau pemasangan semula, tertakluk kepada penggunaan kadar susut nilai sewajarnya ke atas harta benda yang dinilai pada masa berlakunya kerosakan atau kerugian tersebut.
(f) Sekiranya pada masa kerosakan atau kerugian, tiada pengeluar, ejen tunggal sah atau ejen, broker sah, pengedar sah atau kontraktor pembinaan bagi harta benda yang dinilai, penilaian akan diperolehi daripada Jurutaksir Berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau Jurunilai Berdaftar di bawah Akta Jurunilai, Jurutaksir dan Ejen Hartanah 1981 yang dilantik bersama oleh kedua-dua pihak dan penilaian tersebut hendaklah diterima sebagai bukti muktamad bagi nilai pasaran harta yang dilindungi dalam sebarang prosiding undang-undang terhadap Kami.
Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 4 1. Syarat Purata
Sekiranya Harta Benda Dilindungi, pada masa kerugian atau kerosakan, secara kolektif mempunyai nilai lebih tinggi daripada Jumlah Dilindungi di dalam ini, maka Anda hendaklah dianggap sebagai Penanggung Insurans atau Pengendali Takaful sendiri bagi perbezaannya dan hendaklah menanggung bahagian bersekadar kerugian atau kerosakan dengan sewajarnya. Setiap satu item yang dinyatakan dalam Seksyen ini dalam Jadual tertakluk secara berasingan tetapi dengan cara yang sama di bawah Syarat ini.
2. Asas Penjelasan
(a) Apabila kerosakan kepada item dilindungi boleh diperbaiki, Kami akan membayar semua perbelanjaan yang diperlukan untuk memulihkan item yang rosak kepada keadaannya sebelum berlaku kerosakan serta kos menanggalkan atau memasang semula untuk tujuan menjalankan kerja pembaikan dan juga pengangkutan biasa pergi dan balik dari bengkel pembaikan. Jika mana-mana alat ganti didapati tidak boleh dibeli, liabiliti Kami hendaklah terhad kepada harga terakhir pengeluar atau pembekal dan sebarang nilai sisa yang akan diambil kira. Kami tidak akan membayar bagi caj tambahan yang ditanggung untuk kerja lebih masa, kerja malam, kerja pada cuti awam, pengangkutan ekspres dan sebagainya.
Indemniti yang dibayar adalah bersamaan jumlah yang ditentukan ditolak nilai sebarang nilai sisa dan tertakluk kepada penggunaan Syarat Purata yang dinyatakan dalam Syarat 1 Seksyen ini dan pemotongan Lebihan.
(b) Apabila item yang dilindungi musnah sepenuhnya, Kami akan membayar nilai sebenar item sejurus sebelum berlaku kerugian termasuk pengangkutan biasa melalui laut atau darat, kos pemasangan dan duti kastam (jika ada), dan nilai sebenar tersebut akan dikira dengan menolak susut nilai yang sebenar daripada nilai gantian item. Kami juga akan membayar perbelanjaan sewajarnya bagi penyingkiran harta benda yang musnah.
Indeminiti yang dibayar adalah bersamaan jumlah yang ditentukan tolak sebarang nilai sisa dan tertakluk kepada penggunaan Syarat Purata yang dinyatakan dalam Syarat 1 Seksyen ini dan pemotongan Lebihan.
Pengecualian bagi Seksyen 4
Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar bagi:- 1. Kehilangan, kemusnahan atau kerosakan
(a) menerusi tindakan sengaja atau tidak jujur Kakitangan Anda atau dengan bersubahat dengan Anda. (b) sebarang Harta Benda Dilindungi yang disebabkan oleh atau berlaku menerusi
(i) Kehausan dan kelusuhan, susut nilai, kemerosotan disebabkan keadaan atmosfera atau selainnya, kulapuk, gegat, haiwan perosak atau sebarang proses membersih, mengering, membaiki atau mengubahsuai.
(ii) Letupan atau keruntuhan sendiri akibat daripada tekanan stim dalaman atau tekanan cecair lain, kerosakan mekanikal atau elektrik, kegagalan atau pecah atau gangguan. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kerosakan kepada mana-mana item yang diakibatkan secara langsung oleh hentakan atau perlanggaran dengan sesuatu di luar item yang mungkin timbul disebabkan oleh kerosakan mekanikal atau elektrik, kegagalan atau kepecahan akan dilindungi;
(iii) Goresan, kemik pada mana-mana barang atau kepecahan lensa atau kaca atau tembikar, barangan tanah liat, marmar, barangan lain yang mudah pecah melainkan disebabkan oleh pecah masuk, kecurian atau kebakaran; dan
(c) kepada surat ikatan, bon, bil pertukaran, nota janji, tunai, mata wang, cek, wang pos dan kiriman wang, draf bank, setem dagangan, setem pos atau sebarang bentuk setem, sebarang bentuk sekuriti, sebarang bentuk dokumen, buku akaun, manuskrip, pingat, syiling, barangan kemas, batu permata, logam berharga, bulion, buku, barangan aneh, buku nadir, hasil seni.
2. Sebarang kekurangan yang ditemui menerusi atau semasa proses inventori melainkan kekurangan tersebut dapat ditunjukkan dengan sewajarnya telah berlaku menerusi kecurian atau percubaan melakukannya.
Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 4 Fasal Jenayah Pecah Amanah
Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan tindakan jenayah pecah amanah oleh mana-mana pihak mengikut definisi kesalahan jenayah pecah amanah seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.
Fasal Siber (Pengecualian Liabiliti Internet)
Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian (kecederaan badan, kerosakan harta benda atau sebarang kehilangan) yang timbul, secara langsung atau tidak langsung, atau dalam apa jua cara membabitkan Operasi Internet Anda.
Pengecualian ini tidak berkenaan bagi kecederaan badan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada apa-apa bahan yang sudah dicetak oleh pengeluar untuk menyokong produknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada amaran dan arahan penggunaan dan keselamatan produk, yang juga dihasilkan semula di kemudahannya.
Dengan ini diperakui dan dipersetujui selanjutnya bahawa liputan di bawah Seksyen in tidak termasuk kecederaan badan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada sebarang nasihat atau maklumat yang terkandung di laman yang digunakan untuk tujuan menarik pelanggan.
Fasal Nilai Pasaran
Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi di dalam ini, had indemniti Kami adalah nilai Jumlah Dilindungi atau Nilai Pasaran Harta Benda Dilindungi, yang mana lebih rendah, tertakluk kepada pengurangan sebarang lebihan dan jumlah yang perlu anda tanggung di bawah Seksyen ini seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda
Kerosakan harta benda dilindungi di bawah Seksyen ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda. Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal.
Seterusnya, perkara berikut dikecualikan daripada Seksyen ini:-
C) Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta benda, adalah dilindungi; dan
D) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.
Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:-
1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut; 2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk
melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.
Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:-
(a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara;
(b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau
(c) Sebarang tindakan keganasan
Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.
Fasal Kecurian menerusi Helah (Penipuan)
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana tindakan penipuan oleh mana-mana orang mengikut maksud definisi jenayah penipuan yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan.
Jaminan Penyenggaraan
Jaminan diberikan bahawa selagi Seksyen ini berkuat kuasa:-
(a) Anda hendaklah menyenggarakan Harta Benda Dilindungi dalam keadaan yang baik menurut jadual penyenggaraan dan baik pulih yang disyorkan oleh pengeluar/pembekal.
(b) Anda hendaklah menjalankan pemeriksaan ke atas Harta Benda Dilindungi seperti kren, lif penumpang, dandang dan bekas tekanan diperiksa atas perbelanjaan anda sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun oleh jurutera yang berkelayakan. Sebarang cadangan berkaitan dengan baik pulih, pembaikan atau penyenggaraan yang dibuat semasa atau selepas pemeriksaan hendaklah Anda jalankan secepat yang mungkin.
Penentuan Tarikh II
Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dipinda sebagaimana berikut:
A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal, kecederaan (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer, sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan di atas untuk:
1. menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;
2. merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau memproses dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau
3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.
B) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana bahagian sebarang peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian (A) di atas.
C) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal (termasuk kecederaan badan) perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, kegagalan, kerosakan atau kekurangan sebenar atau yang mungkin berlaku yang dinyatakan dalam perkara (A) di atas. D) Dengan ini difaham selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian
turutan akibat daripada sebarang kegagalan berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam bahagian (A) di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.
Kerugian atau kerosakan sedemikian, kecederaan (termasuk kecederaan badan), perbelanjaan yang ditanggung atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian (A), (B), (C) atau (D) di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain yang menyumbang kepadanya secara serentak atau dalam sebarang turutan lain.