• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kemalangan Peribadi Kumpulan

Dalam dokumen SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD (Halaman 59-65)

Kami bersetuju bahawa jika mana-mana Orang Dilindungi meninggal dunia atau mengalami kecederaan badan yang disebabkan oleh Kemalangan, dan kematian atau kecederaan badan tersebut berlaku dalam Tempoh Takaful, Kami akan membayar kepada Anda Jumlah Dilindungi atau peratus Jumlah Dilindungi seperti yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat, menurut skala manfaat yang diperuntukkan kepada Orang Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual dan penerimaan daripada Anda dalam segala hal hendaklah mewakili pelepasan efektif untuk kami.

Definisi

Untuk tujuan Seksyen ini:-

“Kemalangan, Akibat Kemalangan” bermakna sesuatu kejadian tidak diduga dan tidak dijangka yang

berlaku secara luaran, malang, dan ketara, yang secara berasingan daripada sebarang sebab lain, menjadi satu-satunya punca langsung kematian atau kecederaan badan (di mana kecederaan badan adalah tidak termasuk penyakit atau kesakitan atau sebarang keadaan yang berlaku secara semula jadi atau proses degeneratif atau berpunca daripada sebarang kejadian beransur).

“Perbelanjaan perubatan” hendaklah bermakna kos pembedahan perubatan atau sebarang rawatan atau

peralatan pemulihan yang disediakan atau diberi menerusi preskripsi oleh anggota profesion perubatan berdaftar dan semua yuran hospital, rumah penjagaan termasuk caj ambulans, yang ditanggung oleh Orang Dilindungi disebabkan kecederaan badan yang dialami.

“Pengamal Perubatan Berdaftar” hendaklah bermakna orang yang layak untuk mengamalkan perubatan

barat dan yang berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan di Malaysia untuk mengamalkan perubatan mengikut skop yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tersebut dan berasaskan latihannya, tetapi tidak termasuk anda, pasangan anda dan saudara mara terdekat anda.

“Pekerjaan / Profesion” hendaklah bermakna pekerjaan sepenuh masa atau sambilan Orang Dilindungi

dan apa-apa kerja untuk imbuhan atau keuntungan yang mampu dilakukan Orang Dilindungi berasaskan ilmu pengetahuan dan/atau latihannya.

“Orang Dilindungi” bermakna Kakitangan Anda dengan had usia ditetapkan yang dinyatakan dalam Syarat

4 Seksyen ini yang telah diperakui untuk perlindungan di bawah Seksyen ini dan seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

A Kematian yang berlaku dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh Kemalangan

B Kehilangan Upaya Penuh Kekal yang berlaku dalam masa dua belas bulan (12) kalendar dari tarikh Kemalangan. Peratus manfaat ditunjukkan dalam Skala Peratus Jumlah Dilindungi di bawah Jadual Manfaat.

C1 Kehilangan Upaya Penuh Sementara yang menghalang seseorang buat sementara waktu daripada terlibat dalam atau memberi perhatian kepada Profesion atau Pekerjaan Orang Dilindungi. Pampasan bagi kehilangan upaya sedemikian adalah pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual. C2 Kehilangan Upaya Sebahagian Sementara yang menghalang seseorang buat sementara waktu

daripada terlibat dalam atau memberi perhatian kepada Profesion atau Pekerjaan Orang Dilindungi. Pampasan bagi kehilangan upaya tersebut adalah pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual. D Rawatan Perubatan dan Pembedahan bagi kecederaan badan bagi mana-mana satu Kejadian.

Jadual Manfaat

Peratus Jumlah

Dilindungi

1. Kematian akibat Kemalangan 100%

2. Kehilangan Upaya Penuh Kekal (Manfaat B) a) Kehilangan dua atau lebih anggota badan b) Kehilangan satu anggota badan

c) Kehilangan pendengaran kedua-dua belah telinga d) Kehilangan pendengaran sebelah telinga

e) Kehilangan upaya bertutur

f) Kehilangan satu jari selain daripada ibu jari, jari telunjuk atau jari hantu

g) Kehilangan jari hantu h) Kehilangan jari telunjuk i) Kehilangan ibu jari

j) Kehilangan dua jari pada sebelah tangan, tidak termasuk ibu jari

100% 50% 75% 25% 50% 7% 10% 10% 15%

k) Kehilangan dua jari pada sebelah tangan, termasuk ibu jari l) Kehilangan tiga jari pada sebelah tangan, tidak termasuk ibu jari m) Kehilangan tiga jari pada sebelah tangan, termasuk ibu jari n) Kehilangan empat jari pada sebelah tangan, tidak termasuk ibu

jari

o) Kehilangan empat jari pada sebelah tangan, termasuk ibu jari p) Kehilangan lima jari dari sebelah tangan

q) Kehilangan satu jari kaki, selain ibu jari r) Kehilangan ibu jari kaki

s) Kehilangan dua jari pada sebelah kaki, tidak termasuk ibu jari t) Kehilangan dua jari pada sebelah kaki, termasuk ibu jari u) Kehilangan tiga jari kaki, tidak termasuk ibu jari

v) Kehilangan tiga jari kaki, termasuk ibu jari w) Kehilangan empat jari kaki, tidak termasuk ibu jari x) Kehilangan empat jari kaki, termasuk ibu jari y) Kehilangan lima jari pada sebelah kaki

20% 25% 27% 32% 35% 40% 50% 3% 10% 5% 13% 8% 15% 10% 20% 25%

PERUNTUKAN bagi Jadual Manfaat

1. Pampasan berkenaan dengan di atas hendaklah dibayar hanya apabila seluruh kecederaan yang dialami dibuktikan kepada Kami secara memuaskan.

2. Jika jenis kecederaan tidak dinyatakan dalam Jadual Manfaat, kami berhak untuk mengguna pakai sebahagian daripada kehilangan upaya, yang pada pendapat kami adalah selaras dengan skala di atas. 3. Kematian & Kehilangan Upaya

(a) Kehilangan Penuh Kekal penggunaan anggota badan hendaklah dianggap sebagai kehilangan anggota badan

(b) Kehilangan upaya bertutur hendaklah bermakna hilang upaya penuh dan kekal untuk berkomunikasi secara lisan.

(c) Kehilangan satu anggota badan bermakna:

(i) kehilangan penuh dan tidak boleh dipulihkan seluruh penglihatan pada sebelah mata; atau (ii) kehilangan penggunaan penuh dan tidak boleh dipulihkan menerusi pemotongan satu anggota

badan pada atau di atas paras pergelangan tangan atau buku lali. (d) Kehilangan dua anggota badan bermakna:

(i) kehilangan penuh dan tidak boleh pulih seluruh penglihatan pada kedua-dua belah mata; atau (ii) kehilangan penuh dan kekal penggunaan atau menerusi pemotongan dua atau lebih anggota

badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau

(iii) kehilangan penglihatan penuh dan tidak boleh dipulihkan pada sebelah mata dan kehilangan penggunaan menerusi pemotongan satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.

(e) Kehilangan jari/ibu jari bermakna kehilangan penuh dan tidak boleh dipulihkan penggunaan atau putus mana-mana jari / ibu jari pada mana-mana tangan pada atau di atas sendi metakarpofalanks; dan

(f) Kehilangan ibu jari bermakna kehilangan penggunaan penuh dan tidak boleh dipulihkan mana-mana ibu jari pada salah satu kaki pada atau di atas sendi metakarpofalanks

4. Kehilangan Upaya Penuh dan Sementara

(a) Pampasan di bawah manfaat (C1) dan (C2) hanya boleh dibayar jika Kecederaan Badan tersebut adalah dalam masa dua puluh (20) hari selepas tarikh kemalangan, secara keseluruhan dan berterusan menghalang dan mencegah Orang Dilindungi daripada menjalankan Pekerjaannya. (b) Kehilangan Upaya Penuh Sementara hendaklah bermakna Orang Dilindungi hilang upaya

(c) Kehilangan Upaya Sebahagian Sementara hendaklah bermakna Orang Dilindungi mampu melakukan sebahagian daripada Profesion atau Pekerjaannya

(d) Pampasan di bawah manfaat (C1) dan (C2) sama ada secara berasingan atau bersama tidak akan dibayar kepada mana-mana Orang Dilindungi untuk tempoh lebih lama daripada seratus empat (104) Minggu bagi mana-mana satu kecederaan yang dikira dari Tarikh Orang Dilindungi mula-mula diperiksa oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.

5. Rawatan Perubatan & Pembedahan

Pampasan di bawah manfaat (D) hendaklah dibayar hanya jika rawatan perubatan atau pembedahan tersebut diberikan kepada Orang Dilindungi oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dalam masa dua tahun selepas tarikh kemalangan dan dengan syarat perbelanjaan pertama ditanggung dalam masa dua puluh enam (26) Minggu selepas tarikh kemalangan.

6. Jumlah semua peratus yang perlu dibayar bagi mana-mana satu kemalangan kepada mana-mana Orang Dilindungi hendaklah tidak melebih 100%. Sekiranya jumlah 100% manfaat telah dibayar, semua liputan Takaful di dalam ini hendaklah serta-merta tidak lagi berkuat kuasa bagi Orang Dilindungi tersebut.

Semua kehilangan lain kurang daripada 100%, yang telah dibayar hendaklah mengurangkan perlindungan di bawah Manfaat (A) dan (B) dengan jumlah yang sama dari tarikh Kemalangan sehinggalah tamat perlindungan ini.

7. Jumlah Had Indemniti

Melainkan dinyatakan sebaliknya dan diendors padanya, pampasan yang perlu dibayar bagi Kematian atau Kehilangan Upaya yang berlaku semasa beberapa Orang Dilindungi yang Anda ketahui menaiki kenderaan yang sama, hendaklah terhad kepada jumlah maksimum RM5,000,000. Sekiranya tuntutan keseluruhan melebihi jumlah tersebut, Kami akan menjelaskan tuntutan Orang Dilindungi tersebut secara bersekadar.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 11

1. Semua maklumat dan bukti yang Kami perlukan hendaklah diberikan atas perbelanjaan Anda dan hendaklah dalam bentuk dan jenis yang akan Kami tetapkan. Orang Dilindungi hendaklah menjalani Pemeriksaan Perubatan sekerap yang diperlukan, seperti yang Kami kehendaki, atas perbelanjaan Anda sendiri bagi sebarang kecederaan badan yang didakwa. Sekiranya Orang Dilindungi meninggal dunia, Kami berhak untuk menjalankan pemeriksaan post mortem atas perbelanjaan Kami sendiri. Orang Dilindungi hendaklah sejurus selepas mengalami apa-apa kecederaan, mendapatkan dan mengikut nasihat Pengamal Perubatan Berdaftar dan Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan yang timbul disebabkan kegagalan Orang Dilindungi untuk mendapatkan atau mematuhi nasihat dan menggunakan peralatan atau rawatan yang diberikan.

2. Anda hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami tentang sebarang perubahan alamat atau Perniagaan atau Pekerjaan atau Profesion Anda atau Pekerjaan Orang Dilindungi atau jika Anda mengambil sebarang perlindungan Insurans / Takaful Kemalangan bagi Orang Dilindungi yang diliputi oleh Seksyen ini dan dengan memberikan Sumbangan bagi pembaharuan Sijil ini, hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami tentang sebarang penyakit, kesakitan, kecacatan fizikal atau kelemahan penting yang dialami oleh Orang Dilindungi yang Anda sedari atau disedari Orang Dilindungi sejak pembayaran Sumbangan yang sebelumnya.

3. Sepanjang tempoh perkhidmatan Orang Dilindungi bekerja untuk Anda, Anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk mencegah kemalangan dan mematuhi semua kewajipan berkanun berkaitan dengan pekerjaan tersebut.

4. Dengan ini dipersetujui bahawa Orang Dilindungi adalah berusia antara 16 dan 65 tahun (melainkan dinyatakan khusus secara bertulis oleh Kami) pada tarikh penyertaan dalam perlindungan Takaful ini dan mereka bebas daripada kecacatan fizikal. Ini juga berkuatkuasa pada tarikh setiap pembaharuan Takaful.

5. Dalam kes kecederaan badan yang berkaitan Seksyen ini, Orang Dilindungi hendaklah mendapatkan dan bertindak atas nasihat perubatan atau pembedahan dengan secepat mungkin.

(a) dengan ini dipersetujui bahawa bilangan Kakitangan (dinyatakan sebagai Orang Dilindungi dalam Jadual) dan Keterangan Perniagaan atau Pekerjaan dalam Jadual, termasuk perniagaan dan pekerjaan semua kakitangan yang bekerja untuk Anda (kecuali seperti yang dinyatakan selainnya atau dipersetujui oleh Kami) dan bilangan Kakitangan yang diambil dalam setiap perniagaan atau pekerjaan khusus pada tarikh permulaan Seksyen ini dan Anda hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami tentang apa-apa perubahan maklumat ini tanpa sebarang kelewatan yang tidak sepatutnya.

(b) Pelarasan Upah dan Gaji Anggaran

Sumbangan pertama dan semua Sumbangan pembaharuan yang mungkin diterima akan dikawal oleh jumlah upah dan gaji dan pendapatan lain yang Anda bayar kepada Kakitangan dalam setiap Tempoh Takaful. Nama setiap Kakitangan bersama dengan jumlah upah, gaji dan pendapatan lain hendaklah dicatatkan dengan sewajarnya dan Anda hendaklah, jika perlu, membenarkan Kami untuk menyemak rekod tersebut dan memberi Kami jumlah sebenar upah, gaji atau pendapatan sedemikian yang dibayar dalam mana-mana Tempoh Takaful. Jika jumlah yang dibayar berbeza daripada jumlah Sumbangan yang dibayar, perbezaan Sumbangan hendaklah dijelaskan dengan bayaran tambahan yang bersekadar kepada Kami atau menerusi bayaran balik daripada Kami, yang mana berkenaan.

Pengecualian bagi Seksyen 11

Kami tidak bertanggungjawab terhadap:-

1. Kematian atau Kehilangan Upaya atau sebarang kerugian lain yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh:-

(a) Tidak siuman, bunuh diri atau sebarang percubaan melakukannya, kecederaan yang disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya;

(b) Kecacatan atau ketidakupayaan fizikal dan mental yang sedia wujud; (c) Penyakit kelamin, jangkitan atau parasit.

(d) Mabuk disebabkan alkohol atau ubat melainkan diberikan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar; (e) Melahirkan anak, keguguran, kehamilan atau sebarang kerumitan daripadanya;

(f) Pembunuhan atau serangan yang dibangkitkan

2. Kematian atau Kehilangan Upaya atau sebarang kerugian lain yang dialami oleh Orang Dilindungi: (a) semasa menaiki pesawat sebagai anak kapal, kecuali sebagai penumpang yang membayar

tambang dalam pesawat yang dilesenkan untuk perkhidmatan penumpang;

(b) semasa berusaha atau cuba melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang; atau sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam kegiatan haram;

(c) semasa berkhidmat untuk tentera laut, darat, udara, pasukan polis, jabatan perkhidmatan bomba atau sebarang operasi angkatan tentera atau apa-apa pekerjaan tentera.

3. Kematian atau Kehilangan Upaya atau sebarang kerugian turutan lain yang disebabkan oleh Orang Dilindungi terlibat dalam kegiatan payung terjun, luncur udara, terjun base, lompat bungee, meneroka gua, memburu, mendaki gunung, hoki ais, bermain polo, lumba berhalangan, sukan air, luncur air, kegiatan bawah air membabitkan penggunaan alat pernafasan atau perlumbaan dalam apa jua bentuk (selain daripada menggunakan kaki), seni mempertahankan diri, tinju, gusti dan menyertai sebarang acara sukan secara profesional.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 11

Fasal Penambahan dan Pengurangan Automatik (Perakuan Bulanan)

Dengan ini dipersetujui dan difahamkan bahawa:

1. Mana-mana Orang yang Anda ambil selepas tarikh permulaan Seksyen ini hendaklah dilindungi secara automatik dari hari pertama pekerjaan, bagi Manfaat yang diliputi untuk Kematian, Kehilangan Upaya atau sebarang kerugian lain atau sebarang manfaat lain yang ditakrifkan menurut Skala yang Anda ikuti dan Kami persetujui pada tarikh permulaan Seksyen ini;

2. Anda hendaklah memberikan notis bertulis kepada Kami dalam masa Minggu pertama bulan berikutnya tentang sebarang penambahan atau pengurangan Orang Dilindungi dalam Jadual dalam sesuatu bulan dan membayar Sumbangan tambahan yang mungkin diperlukan oleh Kami atau menerima pemulangan wang daripada Kami, yang mana berkenaan.

Fasal Manfaat Koma

Sekiranya kecederaan akibat Kemalangan yang dialami oleh Orang Dilindungi menyebabkan Orang Dilindungi tidak sedar diri secara berterusan, Kami akan membayar sehingga RM400 bagi setiap minggu penuh beliau tidak sedar diri secara berterusan.

Manfaat di bawah Fasal ini hendaklah dibayar:

a) apabila Orang Dilindungi adalah di bawah jagaan dan perhatian tetap Doktor;

b) dari hari kelapan (8) Orang Dilindungi mengalami keadaan tidak sedar diri berterusan, sehingga tempoh tidak melebihi lima puluh dua (52) minggu, yang disebabkan oleh kecederaan badan yang berlaku akibat mana-mana satu Kemalangan.

Fasal Kehilangan

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika jasad Orang Dilindungi tidak ditemui dalam masa 365 hari selepas tarikh kehilangan, pendaratan paksa, terkandas, tenggelam atau kemusnahan pengangkutan umum yang membawa Orang Dilindungi sebagai penumpang yang membayar tambang, Orang Dilindungi hendaklah dianggap meninggal dunia disebabkan kecederaan akibat Kemalangan pada tarikh kejadian yang disebut di atas. Dengan syarat bahawa jika Orang Dilindungi seterusnya didapati masih hidup, jumlah manfaat yang dibayar hendaklah dipulangkan serta-merta kepada Kami.

Fasal Pertikaian Jumlah

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa bagi sebarang perbezaan pendapat yang timbul tentang jumlah pampasan bagi Manfaat Kehilangan Upaya Kekal atau Manfaat Mingguan (jika dilindungi), keputusan yang dibuat oleh panel doktor Kami hendaklah diguna pakai dan dianggap muktamad.

Fasal Lemas, Sedutan Gas dan Keracunan Makanan

Dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk meliputi kematian atau kecederaan badan yang dialami akibat lemas, tersedut gas dan keracunan makanan.

Fasal Pendedahan

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika disebabkan Kemalangan, Orang Dilindungi terdedah kepada keadaan cuaca yang teruk dan malang atau berpanjangan dan disebabkan oleh pendedahan tersebut, meninggal dunia atau mengalami kecederaan badan, kematian atau kecederaan tersebut hendaklah dilindungi di dalam ini.

Fasal Banjir, Ribut Angin dan Gempa Bumi

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini hendaklah dilanjutkan untuk meliputi Kematian atau kecederaan badan yang ditakrifkan di dalam ini akibat banjir, hurikan, siklon, ribut angin, gempa bumi, ledakan gunung berapi dan gegaran alam lain.

Fasal Belanja Pengebumian

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa kami akan membayar sehingga RM2,000 bagi belanja pengebumian sekiranya Orang Dilindungi Meninggal Dunia Akibat Kemalangan.

Fasal Gigitan Serangga atau Ular dan Serangan Binatang Berbahaya

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk melindungi perbelanjaan munasabah yang ditanggung untuk merawat luka kerana gigitan serangga atau ular atau gigitan / serangan binatang yang berbahaya (tidak termasuk penyakit yang timbul daripadanya).

Fasal Rampasan

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa istilah “kecederaan badan” hendaklah dianggap termasuk kecederaan yang disebabkan oleh rampasan atau sebarang percubaan melakukannya dan pendedahan yang berlaku kerananya.

Perlindungan yang dirujuk di atas hendaklah diteruskan selagi Orang Dilindungi berada di bawah kawalan orang yang melakukan rampasan dan semasa perjalanan ke destinasi mastautin dan/atau asalnya untuk tempoh tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh rampasan.

Untuk tujuan Fasal ini, Rampasan hendaklah bermakna rampasan yang menyalahi undang-undang atau pengambilalihan / kawalan yang menyalahi undang-undang ke atas pesawat atau pengangkutan anak kapal.

Fasal Penghantaran Pulang Jenazah

Apabila kematian akibat kemalangan berlaku di luar Malaysia, Kami akan membayar sehingga RM5,000 bagi mana-mana satu kemalangan untuk kos sewajarnya untuk mengangkut jenazah atau abu Orang Dilindungi kembali ke Malaysia

Fasal Perbelanjaan Latihan Semula

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa, Kami akan membayar untuk perbelanjaan sewajarnya yang ditanggung untuk melatih semua Orang Dilindungi untuk pekerjaan alternatif sekiranya tuntutan dibayar bagi Kehilangan Upaya Penuh Kekal sehingga maksimum RM4,000 dalam Tempoh Takaful.

Manfaat akan dibayar tertakluk kepada syarat berikut:

i) Manfaat Kehilangan Upaya Penuh Kekal mesti dibayar sebelum Orang Dilindungi layak menerima manfaat ini;

ii) Manfaat ini hanya berkenaan bagi Orang Dilindungi yang berusia di bawah 60 tahun pada tarikh kemalangan yang menimbulkan Kecederaan Badan.

Fasal Kos Kaunseling Profesional

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika Orang Dilindungi selepas menderita akibat kemalangan, mengalami tekanan emosi yang memerlukan kaunseling profesional selepas menderita akibat kemalangan yang layak menerima bayaran di bawah Kejadian Dilindungi, Kami akan membayar kos bagi kaunseling tersebut sehingga RM500 secara keseluruhan bagi mana-mana satu tuntutan.

Manfaat perlu dibayar hanya jika kaunseling profesional disyorkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan atas persetujuan Kami.

Fasal Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam

Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Seksyen in hendaklah dilanjutkan untuk meliputi kerosakan akibat mogok, rusuhan dan kekacauan umum yang, untuk tujuan Fasal ini, hendaklah bermakna kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda Dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh:-

1. tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama yang lain dalam sebarang gangguan ketenteraman awam (sama ada atau berhubung dengan mogok atau sekatan masuk atau tidak) atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang atau cuba mengekang sebarang gangguan sedemikian atau usaha mengurangkan kesan gangguan tersebut; 2. tindakan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat masuk yang dilakukan untuk

melanjutkan mogok atau menentang sekatan masuk atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau cuba mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan tersebut.

Dengan syarat bahawa indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, iaitu:-

(a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara;

(b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau

(c) Sebarang tindakan keganasan

Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Dalam dokumen SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD (Halaman 59-65)

Dokumen terkait