• Tidak ada hasil yang ditemukan

Liabiliti Awam

Dalam dokumen SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD (Halaman 42-52)

Kami akan menanggung kerugian anda:-

1. terhadap liabiliti bagi kematian atau kecederaan akibat kemalangan yang disebabkan oleh mana-mana orang selain daripada Kakitangan anda, dan

2. Bagi kerugian atau kerosakan akibat Kemalangan kepada Harta Benda yang tidak dimiliki atau dipegang di bawah amanah oleh Anda atau mana-mana Kakitangan Anda atau dalam jagaan, pegangan atau kawalan anda.

yang disebabkan oleh kecuaian Anda atau kakitangan Anda yang berlaku dalam Had Wilayah berhubung dengan Perniagaan dan berlaku dalam Tempoh Takaful Dengan Syarat liabiliti kami bagi semua pampasan yang perlu dibayar yang timbul daripada mana-mana satu kejadian atau berhubung dengan atau timbul daripada semua kejadian atau siri kejadian atau satu sumber dikaitkan dengan satu sumber atau punca asal hendaklah tidak melebihi Had Indemniti seperti yang dinyatakan pada Seksyen ini dalam Jadual.

Di samping itu, bagi insiden di mana indemniti yang dikhususkan di bawah Seksyen ini berkuat kuasa, Kami akan membayar:-

(a) semua kos dan perbelanjaan munasabah yang diperolehi oleh mana-mana pihak yang membuat tuntutan daripada Anda, dan

(b) semua kos dan perbelanjaan munasabah yang Anda tanggung dengan kebenaran bertulis daripada Kami.

di mana kos dan perbelanjaan tersebut perlu dibayar selain daripada Had Indemniti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual.

Definisi

Untuk tujuan Seksyen ini:-

Kecederaan hendaklah bermakna kecederaan badan dan hendaklah termasuk kecederaan minda,

kesedihan, kejutan dan merangkumi kecederaan yang disebabkan oleh penangkapan salah, pencabulan hak peribadi, penahanan, dipenjarakan secara salah dan diusir keluar secara salah.

Pemastautin hendaklah bermakna rakyat Malaysia dan ekspatriat dengan permit kerja berterusan selama

enam (6) bulan di Malaysia.

Tempat Letak Kereta hendaklah bermakna garaj atau ruang letak kereta yang Anda sediakan. Operasi Internet hendaklah membawa makna yang berikut:

(e) penggunaan sistem mel elektronik Perniagaan Anda oleh Anda dan Kakitangan Anda termasuk kakitangan sambilan dan sementara dan pihak lain dalam organisasi Anda;

(f) akses menerusi rangkaian Perniagaan Anda kepada laman web sedunia atau laman internet awam oleh Anda dan Kakitangan Anda, termasuk kakitangan sambilan dan sementara dan pihak lain dalam organisasi Anda;

(g) akses kepada Intranet Perniagaan Anda (bermakna maklumat dalaman syarikat dan sumber komputer Perniagaan) yang disediakan menerusi laman web sedunia untuk Pelanggan anda dan pihak lain di luar organisasi Anda; dan

(h) Operasi dan penyenggaraan laman web Perniagaan Anda.

Lesen hendaklah bermakna lesen atau permit lain yang diperlukan di bawah undang-undang pelesenan

atau undang-undang atau peraturan lain apabila kenderaan tersebut dipandu di atas jalan raya mengikut maksud Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Pencemar hendaklah bermakna gas cecair pejal atau perengsa haba atau bahan cemar, termasuk tetapi

tidak terhad kepada asap, wap, jelaga, wasap, asid, alkali, bahan kimia dan bahan buangan (termasuk bahan untuk dikitar semula, diperbaiki atau dipulih guna).

Harta Benda hendaklah bermakna harta benda fizikal

Kapal atau Pesawat hendaklah termasuk sebarang kapal atau pesawat atau sesuatu yang dibuat atau bertujuan untuk terapung di atas atau berjalan di atas atau melalui air atau udara atau di atas landasan.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 7

1. Kami atau wakil Kami yang dilantik berhak pada bila-bila masa untuk membayar kepada Anda Had Indemniti seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual atau sebarang jumlah lebih kecil di mana sebarang tuntutan boleh dijelaskan dan selepas pembayaran tersebut dibuat, Kami hendaklah melepaskan pengendalian dan kawalan dan tidak lagi menanggung liabiliti lanjutan berhubung dengan tuntutan sedemikian kecuali bagi kos dan belanja yang boleh diperolehi semula daripada Anda atau yang ditanggung dengan kebenaran bertulis Kami berkaitan dengan pengendalian tuntutan sedemikian sebelum tarikh pembayaran tersebut.

Pengecualian bagi Seksyen 7

Kami tidak bertanggungjawab untuk menanggung rugi Anda terhadap:-

1. Liabiliti berkenaan dengan kecederaan kepada mana-mana orang di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan dengan Anda apabila kecederaan timbul daripada dan berhubung dengan pekerjaan atau perkhidmatan orang tersebut dengan anda atau untuk pampasan atau tuntutan terhadap Anda oleh orang yang cedera atau tanggungannya di bawah Akta Pampasan Pekerja atau pindaan padanya. 2. Liabiliti yang Anda tanggung menerusi perjanjian melainkan liabiliti tersebut akan menjadi liabiliti Anda

tanpa sebarang perjanjian sedemikian.

3. Liabiliti berkenaan dengan atau timbul daripada kerosakan kepada sebarang tanah atau Harta Banda atau bangunan yang disebabkan oleh getaran atau penyingkiran atau ambelasan dan sokongan yang semakin lemah.

4. Sebarang liabiliti bagi:

(a) kecederaan peribadi atau kecederaan atau kerugian kewangan atau kehilangan, kerosakan atau kehilangan penggunaan Harta Benda yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada pengeluaran, penyebaran, pelepasan atau pembebasan Pencemar.

(b) kos membuang, menghilangkan kesan atau membersihkan Pencemar

(c) denda, penalti, ganti rugi punitif atau teladan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada pengeluaran, penyebaran, pelepasan atau pembebasan Pencemar

Walau apa pun yang dinyatakan di atas, Seksyen ini akan melindungi liabiliti yang selainnya dikecualikan di bawah perenggan 4 di atas yang:

(i) disebabkan oleh kejadian yang tidak disengajakan atau tidak dijangka yang berlaku secara sepenuhnya pada masa dan tempat yang khusus; dan

(ii) ditanggung rugi dalam tidak lebih daripada satu Tempoh Takaful. 5. Denda, penalti atau ganti rugi punitif atau teladan.

6. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada mutu kerja yang tidak betul atau kurang baik.

7. Liabiliti berkenaan dengan kerugian atau kerosakan kepada Harta Benda

(a) yang Anda miliki atau di bawah kuasa Anda atau kawalan Anda atau di bawah kawalan pekerja atau Ejen anda; atau

(b) yang merupakan sebahagian daripada mana-mana Harta Benda atau tanah atau bangunan atau struktur di mana anda atau mana-mana pekerja atau ejen anda sedang atau telah bekerja melainkan diperuntukkan dalam Fasal Subkontraktor dalam Seksyen ini di bawah.

8. Liabiliti berkenaan dengan kecederaan, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau berhubung dengan:

(a) pemilikan atau pegangan atau penggunaan untuk dan bagi pihak Anda bagi:

(i) sebarang kenderaan atau mesin yang mempunyai kuasa dorongan sendiri atau disambung kepada kenderaan pacuan sendiri dan digunakan dalam keadaan di mana Akta Pengangkutan Jalan berkuatkuasa;

(ii) sebarang kapal marin dan/atau kenderaan bermotor, lokomotif, kenderaan, lancang, kren pengangkat atau mesin pengangkat lain yang tidak dinyatakan dalam Jadual;

(iii) sebarang kapal marin dan/atau kenderaan bermotor, lokomotif, kenderaan, lancang, kren pengangkat atau mesin pengangkat lain yang tidak dinyatakan dalam Jadual; atau

(iv) sebarang dandang stim atau penjimat atau sebarang Bekas atau peralatan yang bertujuan dikendalikan di bawah tekanan stim.

(b) nasihat pembaikan atau profesional atau nasihat lain (selain daripada rawatan bantuan kecemasan) yang diberikan atau diserahkan atau ditinggalkan oleh Anda; atau

(c) tuntutan yang timbul berhubung dengan mana-mana produk yang dibekalkan selain daripada makanan dan minimum yang dibekalkan kepada mana-mana pelanggan atau pengunjung dan / atau kantin kelab sukan dan sosial yang Anda sediakan untuk digunakan oleh Kakitangan Anda. 9. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada libel dan/atau fitnah di pihak Anda

dan mana-mana Kakitangan .

10. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada kesalahan melanggar kewajipan profesional yang timbul daripada penyediaan atau gagal menyediakan perkhidmatan atau nasihat profesional oleh Anda atau bagi pihak Anda.

Fasal, Waranti dan Pengendorsan bagi Seksyen 7 Fasal Papan Tanda Pengiklanan atau Neon

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda berkenaan dengan kecederaan akibat kemalangan kepada pihak ketiga dan/atau kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda pihak ketiga yang timbul daripada penanggalan, pembaikan, kepecahan, kejatuhan, kerja pendirian, dan pemilikan papan tanda pengiklanan dan/atau neon. Bagaimanapun, Anda menjamin bahawa Anda hendaklah mematuhi semua enakmen berkanun, undang-undang kecil dan peraturan dan hendaklah pada setiap masa menyenggarakan papan tanda pengiklanan dan neon agar dalam keadaan yang baik. Anda hendaklah membetulkan sebarang kecacatan yang ditemui dan anda hendaklah mengambil segala langkah untuk mengelakkan kemalangan.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa Liabiliti Kami di bawah Fasal ini tidak melebihi Had Indemniti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual.

Fasal Penyertaan Automatik Premis dan / atau Lokasi Baru

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan secara automatik untuk merangkumi semua lokasi/premis yang Anda miliki dan / atau kendalikan berhubung dengan Perniagaan Anda dari tarikh pemerolehan, semasa Seksyen ini berkuat kuasa, dengan syarat notis mesti diberikan kepada kami dalam masa tiga (30) puluh hari dari tarikh Anda memperolehi setiap premis/lokasi Perniagaan.

Fasal Risiko Luar

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk memasukkan liabiliti yang berkaitan dengan kemalangan yang timbul daripada pelaksanaan kerja sebenar yang dilakukan oleh Anda atau orang yang berkhidmat untuk Anda dalam urusan Perniagaan dalam Had Wilayah tetapi di luar Premis Perniagaan.

Fasal Liabiliti Tempat Letak Kereta

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda terhadap semua jumlah yang perlu Anda tanggung di bawah undang-udang sebagai pampasan bagi:-

(a) kematian akibat kemalangan, kecederaan atau kerosakan Harta Benda seperti yang ditakrifkan di dalam ini yang disebabkan oleh atau timbul daripada atau penggunaan Tempat Letak Kereta yang Anda miliki dan/ atau kendalikan;

(b) kerosakan akibat kemalangan kepada kenderaan di dalam, yang memasuki atau keluar dari tempat letak kereta atau yang digerakkan atau dipandu di dalam Tempat Letak Kereta oleh Kakitangan Anda dengan syarat pergerakan atau pemanduan kenderaan tersebut adalah tanggungjawab Kakitangan tersebut.

1) Tempat Letak Kereta dan ruang letak kereta yang Anda sediakan di Premis Perniagaan yang ditetapkan dalam Jadual adalah untuk kesenangan dan penggunaan pengunjung dan/atau tetamu. 2) Tempat letak kereta tersebut tidak Anda gunakan untuk sebarang tujuan penjualan kenderaan. 3) Jika sebarang caj dikenakan bagi meletakkan sebarang kenderaan, Anda mengeluarkan tiket

kepada setiap orang yang membayar caj tersebut.

4) Anda tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang disebabkan oleh atau berlaku kerana kereta yang dipandu di dalam Tempat Letak Kereta oleh Kakitangan Anda melainkan Kakitangan tersebut memegang Lesen untuk memandu kenderaan tersebut atau memiliki dan tidak dibatalkan kelayakannya untuk memiliki atau mendapatkan Lesen tersebut.

5) Notis Penafian dengan syarat berikut hendaklah dipaparkan secara kekal di tempat yang mudah dilihat di Tempat Letak Kereta atau notis sama hendaklah dipaparkan pada setiap tiket letak kereta yang Anda keluarkan.

“Kenderaan dibenarkan masuk dengan syarat Anda tidak bertanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakan kepada:-

a) mana-mana kenderaan; dan

b) apa-apa di dalam atau di sekitar mana-mana kenderaan, walau bagaimana kerugian atau kerosakan tersebut berlaku”.

6) Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana kenderaan yang Anda miliki dan/atau sewa, pajak atau yang Anda gunakan berhubung dengan Perniagaan Anda.

7) Indemniti yang diberikan di bawah Fasal ini hendaklah tidak dilanjutkan untuk merangkumi kecederaan yang timbul daripada atau disebabkan Anda semasa menggerakkan atau memandu kenderaan yang dimiliki oleh pengunjung dan / atau tetamu di dalam atau di luar Premis Perniagaan Anda.

Fasal Liabiliti Silang

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa kepada pihak yang dilindungi yang dinamakan dalam Jadual seolah-olah ia merupakan sijil perlindungan Takaful berbeza yang dikeluarkan kepada setiap pihak, dengan syarat bahawa Kami tidak menanggung kerugian Anda di bawah Pengendorsan ini berkenaan dengan liabiliti bagi kecederaan atau penyakit yang dialami oleh Kakitangan. Jumlah liabiliti kami berkenaan dengan pihak yang dilindungi bagaimanapun tidak harus melebihi Had Indemniti yang dinyatakan dalam Jadual bagi jumlah keseluruhan mana-mana satu kemalangan atau siri kemalangan yang timbul daripada mana-mana satu kejadian.

Fasal Siber (Pengecualian Liabiliti Internet)

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini tidak berkenaan bagi sebarang kerugian (kecederaan badan, kerosakan harta benda atau sebarang kehilangan) yang timbul, secara langsung atau tidak langsung, atau dalam apa jua cara membabitkan Operasi Internet Anda.

Pengecualian ini tidak berkenaan bagi kecederaan badan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada apa-apa bahan yang sudah dicetak oleh pengeluar untuk menyokong produknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada amaran dan arahan penggunaan dan keselamatan produk, yang juga dihasilkan semula di kemudahannya.

Dengan ini diperakui dan dipersetujui selanjutnya bahawa liputan di bawah Seksyen in tidak termasuk kecederaan atau kerosakan harta benda yang timbul daripada sebarang nasihat atau maklumat yang terkandung di laman yang digunakan untuk tujuan menarik pelanggan.

Fasal Kerosakan Kemudahan Kebersihan

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda terhadap semua jumlah yang perlu Anda bayar di bawah undang-undang disebabkan kematian akibat kemalangan, kecederaan badan, penyakit atau kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda yang ditakrifkan di dalam ini yang disebabkan oleh longkang, pembetungan atau kemudahan kebersihan yang rosak.

Liabiliti kami di bawah Seksyen ini bagi semua ganti rugi berkaitan dengan kematian, kecederaan atau penyakit yang dialami dalam mana-mana satu Tempoh Takaful hendaklah tidak melebihi Had Indemniti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual.

Fasal Penangkapan Salah, Penahanan, Pendakwaan Berniat Jahat atau Pengusiran

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung liabiliti Anda di bawah undang-undang bagi kecederaan kepada mana-mana orang selain daripada Kakitangan atau Kerosakan kepada Harta Benda yang timbul daripada atau berhubung dengan penangkapan, penahanan atau pemenjaraan secara salah, pendakwaan berniat jahat atau pengusiran oleh pengawal keselamatan atau oleh Kakitangan Anda.

Fasal Pengendorsan Kebakaran dan Letupan (Tidak Termasuk Letupan Dandang Stim)

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda bagi kemalangan yang menyebabkan kerosakan kepada Harta Benda pihak ketiga yang berlaku kerana kebakaran atau letupan (selain daripada letupan dandang stim atau bekas atau peralatan lain di bawah tekanan stim).

Fasal Kemudahan Bantuan Kecemasan

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa kami akan melanjutkan perlindungan untuk meliputi liabiliti undang-undang yang timbul daripada penyediaan kemudahan bantuan kecemasan oleh Anda tetapi tidak termasuk sebarang kecuaian, kegagalan bertindak atau pengabaian oleh anggota profesion perubatan berdaftar atau mana-mana kakitangan atau pekerja sukarelawan hospital atau organisasi ambulans.

Fasal Keracunan Makanan dan Minuman

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung kerugian Anda bagi kematian akibat kemalangan, kecederaan atau penyakit atau kerugian atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda disebabkan oleh makanan dan minuman yang Anda jual atau bekalkan di Premis Perniagaan Anda atau kerana sesuatu yang terkandung dalam makanan dan minuman tersebut. Namun begitu, Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berkaitan dengan kematian, kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh atau timbul daripada sebarang kecacatan reka bentuk atau kesilapan formula atau spesifikasi bagi apa-apa makanan dan minuman yang Anda proses atau keluarkan atau sebarang kesilapan dan kecacatan di mana Anda, pekerja atau ejen Anda mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyakinya pada masa makanan dan minuman tersebut lepas daripada kawalan dan pegangan fizikal sebenar Anda dan Kakitangan Anda.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa liabiliti kami di bawah fasal ini bagi mana-mana satu kejadian atau siri kejadian tidak melebihi Had Indemniti yang dinyatakan di bawah Seksyen ini dalam Jadual dan secara agregat bagi mana-mana satu Tempoh Takaful.

Fasal Barangan Tetamu

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan melindungi liabiliti Anda di bawah undang-undang bagi kerugian atau kerosakan kepada barangan peribadi Tetamu yang berlaku di Premis Perniagaan Anda. Had Indemniti di bawah Fasal ini hendaklah terhad kepada RM1,000 bagi setiap satu tuntutan.

Fasal Indemniti kepada Pengarah dan Eksekutif Peserta

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa jika sebarang tuntutan dibuat terhadap mana-mana Pengarah dan/atau Eksekutif Anda di mana tuntutan seperti itu, sekiranya dibuat terhadap Anda, melayakkan Anda ditanggung rugi di bawah Sijil ini, berasaskan syarat dan tertakluk kepada had Seksyen ini, Kami akan menanggung kerugian Pengarah dan/atau Eksekutif Anda bagi tuntutan tersebut.

Dengan syarat bahawa:-

(a) Pengarah dan/atau Eksekutif tersebut tidak layak menanggung kerugian di bawah sebarang polisi insurans atau sijil Takaful lain.

(b) Pengendorsan ini tidak berkuat kuasa ke atas atau termasuk liabiliti bagi kecederaan kepada mana-mana pihak di bawah kontrak perkhidmatan atau perantis dengan Pengarah dan/atau Eksekutif di mana kecederaan timbul daripada dan dalam urusan pekerjaan atau perkhidmatan orang tersebut dengan Pengarah dan/atau Eksekutif;

(c) Pengarah dan/atau Eksekutif hendaklah, seolah-olah mereka Peserta, mematuhi dan terikat kepada terma, pengecualian, had dan syarat Seksyen ini setakat yang berkuat kuasa; dan

(d) Pengendorsan ini tidak digunakan untuk meningkatkan liabiliti Kami melebihi jumlah yang menjadi liabiliti Kami jika Seksyen ini tidak dilanjutkan.

Fasal Bidang Kuasa

Indemniti yang diberikan di dalam ini tidak berkuat kuasa bagi:-

(a) Pampasan bagi ganti rugi berkenaan dengan keputusan yang tidak dibuat oleh atau diperolehi daripada mahkamah dengan bidang kuasa sewajarnya di Malaysia; dan

(b) kos dan perbelanjaan litigasi yang diperolehi semula daripada mana-mana pihak yang membuat tuntutan daripada anda, yang tidak ditanggung di dan diperolehi semula di Malaysia

Fasal Memuat dan Memunggah

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Kami akan menanggung kerugian Anda terhadap liabiliti undang-undang berkenaan dengan kecederaan akibat kemalangan dan / atau kerosakan akibat kemalangan kepada Harta Benda:-

(a) yang timbul daripada dan disebabkan oleh tindakan memuat ke dalam dan memunggah dari sebuah kenderaan jalan raya pacuan mekanikal atau semasa membawa bebanan kepada atau mengambil bebanan daripada kenderaan tersebut.

(b) kesilapan semasa memuat barang oleh Anda atau mana-mana pihak lain yang berkhidmat untuk Anda ke dalam kenderaan jalan raya pacuan mekanikal yang Anda miliki atau sewa.

Fasal Pengubahsuaian dan Pembaikan Kecil

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa pekerja dibenarkan berada di dalam atau di sekitar Premis Perniagaan anda untuk melakukan kerja pengubahsuaian dan pembaikan kecil tanpa menjejaskan syarat Seksyen ini.

Fasal Liabiliti Luar Jangka Kenderaan

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk meliputi liabiliti anda di bawah undang-undang yang timbul daripada penggunaan semua kenderaan pacuan mekanikal yang tidak dilesenkan untuk kegunaan jalan raya tetapi digunakan sebagai perkakas keperluan dalam urusan biasa Perniagaan Anda

Dengan syarat bahawa Kami tidak menanggung kerugian Anda berkenaan dengan:-

a) sebarang liabiliti yang dilindungi oleh polisi insurans kenderaan atau sijil Takaful kenderaan yang lebih khusus.

b) sebarang liabiliti di mana insurans atau Takaful perlu dibayar di bawah sebarang undang-undang yang mentadbir penggunaan kenderaan bermotor.

Fasal Kenderaan Tidak Dimiliki

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung rugi Kakitangan sah Anda terhadap liabiliti undang-undang:-

1) yang timbul daripada penggunaan mana-mana kenderaan yang bukan milik Anda tetapi digunakan untuk Perniagaan Anda.

2) yang timbul daripada mana-mana kenderaan disewa atau dipajak oleh mana-mana Kakitangan Anda untuk Perniagaan Anda.

Dengan syarat dalam segala hal bahawa Kami tidak bertanggungjawab terhadap:- a) sebarang kerugian atau kerosakan kepada mana-mana kenderaan;

b) kecederaan atau kerosakan Harta Benda yang pada masa berlaku kerugian atau kerosakan tersebut, terdapat insurans lain atau sijil Takaful yang lebih khusus berkuat kuasa yang melindungi liabiliti tersebut, dan

c) bagi sebarang liabiliti berkaitan, di mana Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan syarat bahawa sijil insurans kenderaan /Takaful kenderaan perlu diambil.

Fasal Kegiatan Lain

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk menanggung kerugian kegiatan lain Anda dan Perniagaan Anda.

1) ‘Perniagaan Anda’ hendaklah termasuk penyediaan dan pengurusan kantin, pertubuhan sosial, sukan dan kebajikan, alat bantuan kecemasan, kebakaran dan perkhidmatan ambulans demi manfaat Kakitangan Anda.

2) “Anda” hendaklah termasuk mana-mana pegawai atau ahli pertubuhan sosial, sukan atau kebajikan, perkhidmatan bantuan kecemasan, bomba dan ambulans sebagai peserta yang melakukan tugasnya dengan syarat pegawai atau ahli tersebut mematuhi, memenuhi atau tertakluk kepada terma, syarat dan pengecualian Seksyen ini setakat ia berkuat kuasa.

Fasal Loji dan Mesin

Dengan ini diperakui dan dipersetujui bahawa Seksyen ini dilanjutkan untuk melindungi semua Loji dan

Dalam dokumen SIJIL FLEXI BUSINESS SHIELD (Halaman 42-52)

Dokumen terkait