• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bentuk Kurikulum KSPK & KSSR

ULASAN KAJIAN LEPAS

2.2 Kajian Kaedah Penguasaan Membaca di Luar Negara

Kajian Brad Mellen (2002), Leung Kar (2003), Tang Shuk Yee (2003), Kendra (2004), Dorothy Lee Gottshall (2007), Brittany Lee Phips (2011), Laurie Fambro (2011) dan Yahya et.al (2012) akan pengkaji analisis untuk melihat perkembangan kajian penguasaan membaca Kaedah Bacaan Fonik yang terkini di luar negara.

Brad Mellen (2002) melalui kajian tesis sarjana beliau yang bertajuk Teaching Reading in China:Phonics versus Whole Word telah menganalisis perbandingan penguasaan kemahiran bahasa berdasarkan KBF yang telah dimanfaatkan oleh 250 buah sekolah di

Negara China berbanding KBH yang digunakan dalam kurikulum pendidikan di sekolah pada masa kini . Kajian ini dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran di Negara China yang mencadangkan agar umur murid-murid menguasai bahasa Inggeris direalisasikan pada tahap yang lebih awal. Kajian yang dilaksanakan juga bersifat kuantitatif dan kualitatif.

Saranan oleh Kerajaan China ini adalah satu cabaran yang besar kepada guru-guru sekolah rendah untuk melaksanakannya. Kajian yang dilaksanakan menggunakan pemboleh ubah L1 untuk penguasaan membaca bahasa Inggeris dan pemboleh ubah L2 untuk penguasaan membaca bahasa China. Tiga buah bandar telah dipilih untuk merealisasikan kajian ini. Kedua-dua kajian akan dianalisis bagi membuat perbandingan.

Di samping itu, faktor-faktor sosio-ekonomi juga dianalisis bagi melihat hubungannya dengan tahap bacaan murid-murid. Program bacaan yang dicadangkan dalam kajian ini ialah program fonik LEM yang akan dinilai dan dianalisis melalui ujian pelajar, temuramah guru-guru yang mengajar, pemerhatian di dalam kelas dan soal selidik pelajar.LEM merupakan singkatan kepada Cahaya Kementerian Pendidikan Canberra,Australia. Syarikat ini menyediakan pelbagai keperluan utuk pengajaran dan pembelajaran bagi program Kaedah Bacaan Fonik di sekolah rendah. Program Kaedah Bacaan Fonik di sekolah-sekolah rendah Negara China telah dimanfaatkana kira-kira tiga tahun sebelum kajian ini dilaksanakan.Kini, program KBF telah digunakan oleh 250 buah sekolah rendah yang dimanfaatkan berdasarkan kurikulum KBF.

Hasil kajian berdasarkan soalan-soalan penyelidikan yang dianalisis dalam kertas ini menunjukkan bahawa bacaan awal KBFyang diterapkan dalam diri kanak-kanak menunjukkan kesan positif. Dalam ujian membaca setelah penguasaan membaca secara KBF dilaksanakan menunjukkan ujian min keseluruhan perkataan markah pelajar Bahasa Inggeris tahun pertama telah terbukti lebih tinggi. Soalan-soalan penyelidikan yang disemak dalam kertas ini seolah-olah menunjukkan bahawa bacaan awal secara KBF menunjukkan kesan-kesan positif ke atas penguasaan membaca pelajar.

Keseluruhannya, ujian min membaca bahasa Inggeris pelajar-pelajar pada tahun pertama telah terbukti lebih tinggi. Kajian yang dilaksanakan ini telah membuka lembaran baru dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris berasaskan KBF di Negara China. Tujuannya agar kanak-kanak sekolah di Negara China dapat menguasai penguasaan membaca bahasa Inggeris pada tahap yang lebih awal lagi.

Tang Shuk Yee (2003) melalui kajian tesis sarjana beliau yang bertajuk The Phonic Aproach and Reading English juga menyarankan pendekatan KBF dalam penguasaan membaca bahasa Inggeris. Kajian beliau telah mengkaji hubungan fonologi dengan penguasaan membaca. Tang Shuk Yee (2003) juga yakin dan percaya bahawa penguasaan membaca ini dapat meningkatkan pemahaman subjek-subjek yang lain.

Namun begitu, berdasarkan kajian awal, beliau mendapati bahawa KBH yang diamalkan dalam sistem pendidikan telah menimbulkan banyak masalah kepada murid-murid. Ini kerana KBH berdasarkan abjaddidapati lebih sukar untuk difahami walaupun dipraktikkan dalam penguasaan membaca dalam bahasa ibunda.Jelas menunjukkan

bahawa penguasaan membaca berdasarkan bunyi-bunyi bahasa lebih mudah dipraktikkan berbanding penguasaan membaca berasaskan abjad iaitu rima kata.

Keputusan ini menyokong hipotesis kajian yang menyatakan bahawa penguasaan membaca berdasarkan KBF adalah faktor peramal yang baik dalam kemahiran penguasaan membaca.

Dalam kajian yang dijalankan juga beliau telah melaksanakan ujian kesedaran membaca untuk melihat hubungan di antara penguasaan membaca berdasarkan perkataan dan kemahiran fonologi. Hasil kajian menunjukkan tidak semua pembolehubah memberi perbezaan yang ketara dalam penguasaan membaca perkataan secara abjad.Hasil analisis menunjukkan bahawa ramalan sebenar penguasaan membaca perkataan melibatkan visual rima, pengesanan konsonan akhir dan segmen perkataan berdasarkan rima mempengaruhi penguasaan membaca perkataan berdasarkan KBH.

Dapatan ini menunjukkan penguasaan membaca perkataan secara KBH memerlukan kemahiran fonologi yang lebih rumit seperti kemahiran analisis fonem. Dapatan ini juga membuktikan masalah penguasaan membaca bahasa Cina dan Inggeris secara KBH yang dialami oleh kanak-kanakpada peringkat awal.Penemuan daripada kajian ini adalah sejajar dengan hujah bahawa kesedaran fonem dan khususnya keupayaan segmen adalah faktor peramal yang lebih baik daripada penguasaan membaca berasaskan rima kata. Penulis merumuskan bahawa penguasaan kemahiran membaca subjek Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan dengan segmen peningkatan kemahiran membaca yang diperoleh melalui latihan dalam kajian ini.

Seterusnya, kajian ini mencadangkan agar penguasaan membaca berasaskan KBF dipraktikkan dalam penguasaan membaca bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Hal ini menghairankan, kerana banyak kajian lepas telah didokumenkan menjelaskan bahawa penutur bahasa ibunda Cina sering menggunakan strategi yang berbeza apabila membaca Bahasa Inggeris berbanding penutur asli bahasa Inggeris.

Kendra (2004) melalui kajian tesis sarjana beliau yang bertajuk The Teaching of Phonics and its effectiveness in dealing with Reading Disability in Hong Kong: A case study of a group of Form One Students telah menganalisis keberkesanan KBF dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid tingkatan satu. Penerapan KBF yang digunakan juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid-murid. Hasil analisis telah menunjukkan hasil peningkatan peratusan kelulusan dari 78% kepada 91%.

Keputusan ujian membaca yang dilaksanakan dalam kajian ini mempunyai perkaitan yang erat dengan data kualitatif yang diambil dari ujian membaca murid dalam kajian yang sama.

Dorothy Lee Gottshall (2007) dalam tesis kedoktorannya yang bertajuk Gottshall Early Reading Intervention A Phonics Based Approach to Enhance The Achievement of Low Performing, Rural, First Grade Boysjuga telah cuba menangani permasalahan membaca pada peringkat awal kanak-kanak dengan memanfaatkan KBF dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. KBF yang digunakan ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam aspek pembacaan. Seterusnya dapat melahirkan murid-murid yang berkualiti dan berjaya dalam hidup. Usaha yang dilaksanakan ini adalah alternatif untuk

menangani permasalahan yang berpunca daripada kelemahan penguasaan membaca. Ini kerana , berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran mendapati bahawa masih terdapat 60% murid-murid lelaki yang tidak boleh membaca.

Kajian yang dilaksanakan menggunakan pendekatan KBF yang dihasilkan oleh pengkaji iaitu program GERI (Gottshall Early Reading Intervention) yang dapat meningkatkan penguasaan membaca.

Subjek pertama untuk kajian ini ialah kanak-kanak lelaki luar bandar. Subjek kajian yang dipilih ini merangkumi pelbagai bangsa, etnik, taraf sosio ekonomi yang diuji bersama-sama kumpulan kawalan. Subjek kajian menerima pengajaran dan pembelajaran secara KBF di dalam kelas oleh guru terlatih dalam bidang fonik tiga kali seminggu selama 15 minggu. Begitu juga subjek kawalan yang menerima pengajaran dan pembelajaran penguasaan membaca berdasarkan KBH di kelas biasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa subjek kajian mudah menerima penguasaan membaca bahasa ibunda dan bahasa Inggeris berdasarkan KBF dengan lebih awal berbanding penguasaan membaca berdasarkan KBH.

Brittany Lee Phips (2011), melalui kajian beliau yang bertajuk A Study of Phonics Instruction: Teaching Phonics Dance to At-isk Elementary Students to Improve Decoding Skills juga menerapkan KBF dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak. Kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk melihat keberkesanan KBF sebagai medium untuk meningkatkan penguasaan membaca kanak-kanak. Kajian beliau menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif untuk menetukan keberkesanan KBF

berdasarkan. Ujian pra melibatkan subjek kajian seramai 39 orang dan menerima pengajaran secara formal selama empat minggu. Penguasaan membaca kanak-kanak ditafsir melalui keupayaan mereka membunyikan huruf dan membaca perkataan untuk mengetahui keberkesanan KBF yang dijalankan. Keputusan pra ujian dianalisis berdasarkan kaedah ANOVA. Kejayaan penguasaan membaca kanak-kanak dapat dilihat melalui pra ujian dan pasca ujian yang dijalankan. Hasil kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang ketara antara kumpulan kawalan dan kumpulan kajian sebenar.

Laurie Fambro (2011) melalui kajian tesis sarjananya yang bertajuk Phonics Instruction:

An Important part of the Reading Curriculum telah membincangkan kepentingan KBF untuk diterapkan dalam kurikulum membaca kanak-kanak. Kajian yang dilaksanakan menyediakan data yang menyokong tentang kepentingan fonem dalam kaedah mengajar membaca. Penyelidikan yang dijalankan khusus pada bacaan asas yang menunjukkan pengajaran KBF secara efektif. Penyelidikan juga bertujuan utuk melihat potensi akademik terutamanya dalam meningkatkan pencapaian kemahiran mengeja dan membaca. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang jelas dalam pencapaian murid membaca sebelum dan selepas KBF digunakan.

Kajian terkini di Brunei oleh Yahya et.al (2012) dalam kajiannya yang bertajuk Kaedah Fonik Dalam Mengajarkan Kemahiran Membaca Kanak-kanak Pra Sekolah: Tinjauan Pelaksanaan di Negara Brunei Darussalammenunjukkan bahawa guru menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid lemah dan lambat membaca. Kajian ini dijalankan untuk melihat cara guru mengaplikasikan KBF dalam peringkat pra sekolah.

Di samping itu, kajian ini juga melihat penerimaan murid terhadap pengajaran guru.

Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif ini melibatkan seramai tiga orang guru dan 69 orang murid sebagai subjek kajian. Tiga jenis alat kajian digunakan bagi mendapatkan data, iaitu analisis dokumen, borang pemerhatian dan temu bual.

Seterusnya, data kajian dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mengaplikasikan KBF sepenuhnya seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan. KBF ini juga dapat memberikan kesan positif kepada prestasi pembelajaran murid, iaitu murid berupaya mempercepatkan proses kemahiran membaca mereka. Selain itu, murid didapati lebih bermotivasi dan berminat untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan termasuk bahan bacaan yang disampaikan dalam bahasa Inggeris. Selain itu guru-guru menghadapi cabaran dalam mempertingkatkan komunikasi dengan ibu bapa untuk sama-sama memperkembangkan kemahiran membaca anak-anak mereka. Guru juga berpendapat pengetahuan mengenai bahan pengajaran dan pembelajaran di pra sekolah perlu dipertingkatkan dari semasa kesemasa. Secara keseluruhannya pengetahuan subjek kajian tentang Kaedah Bacaan Fonik adalah pada tahap yang baik iaitu peratusan sebanyak 84.76%. Dengan pengetahuan yang ada, subjek dapat melaksanakan KBF ini dan dapat mengembangkan kemahiran membaca kanak-kanak. Dalam hal ini, Naimah Yusoff et. al (2011) menyatakan bahawa guru pra sekolah yang mempunyai pengetahuan tentang pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran akan dapat menyampaikan kemahiran membaca kepada kanak-kanak dengan lebih efektif.

2.3 Kesimpulan

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu tentang kaedah penguasaan membaca dari dalam mahupun luar negara menunjukkan bahawa KBF adalah kaedah penguasaan membaca yang terbaik untuk kanak-kanak.

Kajian yang pengkaji laksanakan ini adalah penambah baikan daripada kajian-kajian lepas. Pengaplikasian Teori Linguistik dalam membincangkan permasalahan penguasaan membaca bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak disleksia menjadikan kajian ini lebih terarah . Penjelasan yang konkrit dan berpada berdasarkan penyukuan kata bahasa Melayu dalam Sistem Bacaan USM (2005) dapat memudahkan lagi penguasaan membaca. Oleh yang demikian, KBF ini terutamanya KBUSM wajar dimanfaatkan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di Malaysia kerana telah terbukti keberkesanannya berdasarkan tinjauan kajian lepas yang dibincangkan.