Tinjauan masalah kajian merangkumi dua aspek iaitu pertamanya masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Keduanya, masalah kekeliruan mengenal pasti huruf dan kesukaran mengeja perkataan-perkataan bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak disleksia.
1.3.1 Masalah Membaca bahasa Melayu dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia
Sistem pendidikan di Malaysia mula berkembang pesat selepas mencapai kemerdekaan sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di seluruh negara mulai tahun 1983. Rancangan KBSR ini menekankan tentang penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kebolehan murid-murid menguasai ketiga-tiga kemahiran ini diyakini dapat membantu murid dalam menguasai mata pelajaran yang lain.
Namun begitu, setelah tiga puluh tahun program KBSR dilaksanakan, tidak semua murid mampu menguasai kemahiran membaca bahasa Melayu. Perkara tersebut telah menimbulkan masalah kepada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar. Fakta kes2 terkini melaporkan terdapat kira-kira 100,000 orang murid lembam dan sebahagiannya tidak
2 Utusan : Ahad 24hb Februari 2011, ms.22
dapat membaca dan menulis. Fakta tersebut mempunyai kebenarannya kerana statistik rasmi daripada Menteri Pelajaran Malaysia telah dilaporkan oleh Sapidin (2005) bahawa kira-kira 100,000 pelajar tempatan tidak berupaya membaca, menulis atau mengira.
Laporan daripada Utusan Online (2008) menjelaskan bahawa nisbah kanak-kanak yang bermasalah dalam aspek penulisan dan pembacaan ialah (1:20) bagi setiap 20 orang pelajar di Malaysia. Jumlah ini sememangnya besar jika dibandingkan dengan Sindrom Down iaitu sekitar satu dalam 600 orang (1: 600) dan spastik satu dalam 700 orang (1:
700). Begitu juga dengan fakta3 dari Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB) mendakwa terdapat lebih 40,000 pelajar terutama di sekolah luar Bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak masih gagal menguasai kebolehan membaca, menulis dan mengira (3M). Kebanyakannya membabitkan masalah orang Asli dan sebahagian besar kes membabitkan murid Tahun 1 hingga Tahun 3 iaitu peringkat yang kritikal dalam proses pembelajaran. Fakta daripada Utusan (2011: 22) pula menyatakan secara purata, statistik menunjukkan kira-kira 500,000 kanak-kanak Malaysia berhadapan dengan masalah disleksia iaitu empat peratus daripadanya berada pada tahap yang serius.
Rohaty Mohd Majzub dan Shafie Mohd. Nor (2005) telah meneliti kajian yang dijalankan oleh Norani, Abd. Razak, Norazizah Adnan @ Nan Khamis, dan Siti Eshah (1999) seperti yang dipetik dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010) menunjukkan bahawa seramai 3,103 (9 peratus) daripada 34,178 kanak-kanak pra sekolah adalah terdiri daripada mereka yang mengalami masalah pembelajaran
3 Berita Harian: 18 Disember 2009, ms 15.
berkeperluan khas pelbagai kategori. Statistik Jabatan Pendidikan Khas sehingga November 2000 mendapati bahawa 8,053 (65.8 peratus) kanak-kanak dalam Program Pendidikan Khas daripada 12,227 orang adalah bermasalah pembelajaran. Kenyataan ini harus mengambil kira salah satu kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mengalami kecelaruan bahasa dan pertuturan.
Data Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) pada tahun 2008 seperti yang dipetik dalam Harian Metro (2011:13) menunjukkan seramai 54,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Manakala data PROTIM pada tahun 2008 pula menunjukkan seramai 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai asas literasi, di samping 117,000 lagi belum menguasai asas mengira (numerasi).Fakta daripada Utusan (2011: 13) mendedahkan kira-kira 13 peratus atau sejumlah 54,000 murid Tahun 1 pada 2008 masih tidak dapat menguasai 2M iaitu membaca dan menulis. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim seperti yang dipetik oleh Utusan (2011: 13) menyatakan bahawa jumlah murid Tahun 1 yang tidak dapat menguasai 2M amat serius kerana apabila mereka melangkah ke Tahun 2, golongan ini berdepan masalah menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Oleh yang demikian, perangkaan ini membuktikan bahawa satu usaha khusus wajar dititikberatkan dalam usaha mengatasi masalah buta huruf dalam kalangan kanak-kanak.
Pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Lantaran itulah, pada tahun 2006 Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program KIA2M bagi menambah baik
program KBSR. Program tersebut diperkenalkan bertujuan untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu bagi menangani masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M. Kumpulan sasaran bagi program KIA2M ini ialah murid-murid yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Orientasi pendekatan KIA2M berbentuk penyelesaian masalah melalui pengajaran semula secara intensif kemahiran asas membaca dan menulis yang sepatutnya telah dikuasai oleh murid.
Menyedari hakikat tersebut, menjelang 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) telah melaksanakan satu program inisiatif dikenali sebagai Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS). Tujuannya untuk menambah baik Program KIA2M yang telah berjaya dilaksanakan selama 6 tahun.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui program LINUS telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan menguasai numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (kohot 1) melibatkan murid-murid tahun 1 yang telah menjalani saringan 1 (Mac), saringan 2 (Jun) dan saringan 3 (September).
Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Murid diajar untuk mengenal huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat melalui kemahiran menulis. Manakala kemahiran membaca dilaksanakan melalui kaedah gabungan bunyi fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a hingga z. Murid mengenali huruf melalui kemahiran menulis.
Lantaran itu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim seperti yang dipetik oleh Utusan (2011:13) menyatakan bahawa untuk memastikan sasaran LINUS tercapai, pelbagai usaha dilaksanakan antaranya mewujudkan jawatankuasa Fasilitator LINUS (Fasilinus) di semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta menambah bilangan guru Pemulihan mengikut nisbah baru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tugas Fasilinus adalah memantau dan menyelaras pelaksanaan LINUS serta membantu guru-guru LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala guru-guru pemulihan pula membantu murid yang masih belum menguasai literasi dan numerasi selepas Saringan 2 secara khusus. Program LINUS yang dilaksanakan ini adalah program penambahbaikan daripada Program KIA2M yang telah berakhir pada 2009. Program KIA2M telah dilaksanakan selama 6 tahun di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sejak LINUS dimulakan pada 2010, murid-murid yang menyertai program tersebut telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam penguasaan literasi dan numerasi. Seramai 85 peratus murid Tahun 1 menguasai literasi dan 91 peratus murid Tahun 1 menguasai numerasi. Pada masa yang sama, Kementerian Pelajaran Malaysia juga meningkatkan usaha bagi memastikan pencapaian lebih baik pada 2011. Pada tahun 2010 juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi penambahbaikan sistem Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Semakan) pada (2003).
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan 6 komponen utama iaitu pertamanya: aspek komunikasi, keduanya: kerohanian, sikap dan nilai, ketiganya:
kemanusiaan, keempatnya: ketrampilan diri, kelimanya: fizikal dan estetika, dan keenamnya: literasi dan numerasi.
Jadual 1.5: Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR Kementerian Pelajaran Malaysia
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2012)
Oleh itu, pelbagai usaha telah dirancang bagi mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid-murid. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengenal pasti masalah murid yang tidak dapat menguasai literasi dan numerasi. Tujuannya untuk mengenal pasti lebih awal sama ada murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran
Bahagian Pembangunan Kurikulum
secara verbal verbal dan dan non verbal non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa
Pemupukandayadayaimaginasi, imaginasi, kreativitikreativiti, , bakat