1.2 Definisi Konsep
1.2.1 Kemahiran Membaca
Bayrei et.al(2008)mendefinisikan kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Badrulzaman (2001:
41) pula menyatakan membaca ialah aktiviti yang memerlukan bunyi pertuturan disegmenkan menjadi unit yang dapat ditafsir secara visual. Kemahiran membaca
mencapai matlamat seandainya maklumat yang dibaca dapat dikaitkan dengan maklumat yang sedia ada pada pembaca.
Saniah et.al(2000) menjelaskan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara pantas dan membaca secara kritis.
Bacaan secara pantas merujuk kepada teknik sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming). Manakala bacaan secara kritis pula merujuk kepada teknik SQ3R (Survey-Question-Read-Recite -Review) dan teknik KWLH. KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) iaitu apa yang telah diketahui sebelum membaca. W (want) iaitu apa yang hendak diketahui sebelum membaca. L (learned) iaitu apa yang telah diketahui selepas membaca dan H (how) iaitu bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan untuk membaca seterusnya. Membaca secara pantas dengan menggunakan „kaedah sepintas lalu‟ (scanning) ialah membaca keseluruhan muka surat dengan cepat secara sepintas lalu. Cara ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isi-isi penting yang berkaitan dengan bahan yang dibaca.
Membaca secara sekilas „skimmimg‟ pula bermatlamat untuk mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah buku. Lazimnya cara ini tertumpu kepada carian isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan bibliografi. Kaedah dan teknik yang dinyatakan ini amat penting kepada pelajar untuk mengulangkaji bahan bacaan untuk persediaan peperiksaan.
Baharin et.al (2007) menyatakan proses membaca dibahagikan kepada tiga peringkat yang utama. Peringkat pertama ialah peringkat sebelum membaca. Pembaca perlu
menentukan bahan yang akan dibaca, menentukan cara bahan disusun, menentukan perkara yang diingati daripada bahan bacaan dan juga matlamat membaca. Peringkat kedua pula ialah peringkat semasa membaca. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah mengenal pasti isi-isi penting, mengenal pasti pola pemikiran penulis, menghubungkan idea-idea, meramal apa yang akan berlaku dan menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah diketahui. Seterusnya, peringkat ketiga pula lebih kepada mengenal pasti tujuan penulis, menganalisis teknik dan bahasa penulis, menilai kecekapan dan kewibawaan penulis, menyoal soalan kritis dan menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis.
Tajul Aripin (2007) menjelaskan bahawa kemahiran membaca ialah mekanisme yang menentukan seseorang murid itu boleh diukur pencapaian membacanya berdasarkan tahap-tahap kemahiran membaca yang dicapainya. Ini bermakna kemahiran membaca bukan sahaja sekadar menanggap makna, perkataan atau ayat di dalam teks, atau kemahiran membaca secara cepat dan sebagainya. Menurut beliau lagi, terdapat lima tahap dalam kemahiran membaca. Kemahiran membaca I ialah proses mengenal dan membunyikan fonem, kemahiran membaca II ialah proses menghasilkan bunyi-bunyi perkataan bersuku kata terbuka KV. Kemahiran membaca III ialah proses menghasilkan bunyi-bunyi perkataan bersuku kata tertutup KVK. Kemahiran membaca IV ialah proses menghasilkan bunyi-bunyi perkataan yang dihadiri oleh dua urutan vokal atau lebih.
Manakala Kemahiran membaca V ialah proses menghasilkan bunyi-bunyi fonem pinjaman bagi kata-kata pinjaman.Tahap-tahap Kemahiran Membaca ini disusun dari tahap kemahiran yang mudah kepada tahap kemahiran yang susah. Tahap pertama lebih
mudah daripada tahap yang kedua. Tahap kedua lebih mudah daripada tahap kemahiran ketiga dan begitulah seterusnya.Oleh itu, beliau mencadangkan agar pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca ini hendaklah diajar daripada tahap kemahiran yang mudah kepada tahap kemahiran yang susah iaitu secara deduktif. Tujuannya untuk menampakkan adanya kesinambungan dalam menguasai kemahiran membaca. Secara tidak langsung ia memudahkan murid-murid menguasai kemahiran membaca atau memudahkan guru-guru mengajar kemahiran membaca kepada murid-murid mereka.
Ghazali (1980: 10) pula mengatakan bahawa membaca merupakan satu daripada kemahiran asas yang sangat penting dalam penguasaan bahasa. Murid yang tidak dapat membaca dengan baik didapati akan mengalami kesukaran untuk mengikuti dan menguasai mata pelajaran yang lain. Tanpa kemahiran membaca dan menulis, usaha mempelajari mata pelajaran yang lain seperti Sains, Hisab dan Kajian Tempatan akan terjejas.Masalah pembelajaran disleksia ini juga dikatakan sebagai ibu kepada segala masalah pembelajaran yang berkaitan dengan proses pembacaan. Ronald, (1997: 7) menjelaskan:
Dyslexia was the first general term used to describe various learning problems. Eventually, these problems were subdivided and categorized to describe different learning disabilities. Because of this, we might call dyslexia the Mother of Learning Disabilities. By now, over seventy names are used to describe its various aspects. Originally, researchers thought dyslexic people had some form of brain or nerve damage or a congenital malfunction that interfered with the mental processes necessary for reading.
Safiah (1992:262) menjelaskan bahawa kemahiran membaca sangat penting untuk memupuk kebiasaan gemar dan rajin membaca. Bagi meningkatkan kemahiran membaca, beliau menyarankan agar setiap pembaca mengetahui proses-proses dan strategi-strategi membaca.
Lantaran itu, penghasilan buku Bacaan Pintar USM sebagai sumber bacaan fonik yang dirintis dengan jayanya oleh sekumpulan penyelidik USM1 (2005) menjadi nadi penggerak dan dimanfaatkan pengajarannya kepada kanak-kanak disleksia. Pengkaji yakin bahawa penggunaan CD interaktif disamping buku Bacaan Pintar USM (2008) yang dihasilkan berasaskan Modul Bacaan USM ini dapat membantu kanak-kanak disleksia untuk lebih cepat dan mahir dalam menguasai kemahiran membaca bahasa Melayu seiring dengan tahap bacaan kanak-kanak seusia mereka.
1.2.2 Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984: 51) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 414), fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.
1 Penyelidik USM yang terlibat dalam Kajian Sistem Bacaan USM 2005 ialah Tajul Aripin Kassin (Ketua), Mashudi Hj. Kader, Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, Wan Rose Eliza Abdul Rahman, Rokiah Awang dan Razif Mohd@ Jeep.
Disamping itu, Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam setiap bahasa tersebut. Fonologi terbahagi dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bahasa. Kamarudin Hj. Husin et.al (1997) menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.
Paitoon M.Chaiyanara (2006) pula menyatakan fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Manakala Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) menyatakan fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa. Begitu juga Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 65) berpendapat bahawa fonologi ialah penerangan berkenaan sistem dan pola bunyi yang wujud dalam bahasa.
Menurut Kenstowicz (1994), pengetahuan fonologi dapat membantu untuk memahami bagaimana kata-kata digunakan untuk membentuk ayat dan wacana. Fonologi dikatakan berbeza daripada sintaksis kerana fonologi melibatkan item leksikal yang tersimpan dalam memori penutur.
Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan bahawa fonologi ialah sebahagian daripada cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa.
Fonologi bahasa Melayu merupakan asas kepada sistem bunyi bahasa Melayu. Bunyi bahasa yang dinamakan „fon‟, mempunyai dua representasi iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik. Bidang penyelidikan fonologi bahasa Melayu mengkaji dan membincangkan fungsi-fungsi bunyi bahasa Melayu dalam konteks fonem, fitur
distingtif atau unit fonologi yang lain mengikut kerangka teori yang digunakan. Oleh yang demikian, jelas bahawa fonologi dapat menentukan sistem bunyi bahasa Melayu berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif.
1.2.3 Fonetik
Malmberg (1968) seorang ahli fonetik Perancis seperti yang dipetik dalam Nor Hashimah (2000:2) menjelaskan fonetik ialah pengkajian tentang bunyi-bunyi bahasa.
Bagi Malmberg, fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkan pelahiran bahasa dan bukan kandungannya. Bunyi-bunyi yang dapat didengar ini kemudiannya diberi bentuk yang biasa terdapat dalam bahasa masyarakat itu sendiri.
Menurut Arbak (1983) fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran. Sebagai cabang ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi dan pengucapannya. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan oleh manusiadan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi yang dilafazkan (Lutfi:1985). Kenyataan kedua-dua tokoh bahasa tersebut juga disahihkan dengan pendapat ahli Linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) yang menjelaskan bahawa fonetik membawa maksud kajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur.
The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.
Farah Nadia et.al (2011:667) menyatakan teori atau ilmu fonetik tulen dan fonemik adalah dua bidang yang berkait rapat. Tujuannya untuk mendapat gambaran tepat tentang kaedah fonetik yang boleh diaplikasikan dalam mengajar kemahiran asas membaca. Secara amnya, ilmu fonetik adalah satu disiplin linguistik yang berpusat kepada penyelidikan tentang penghasilan bunyi dan penggunaannya dalam pertuturan manusia. Fonem pula merujuk prosedur pendengaran yang mengkategorikan bunyi dengan memadankan huruf bercetak dengan bunyi yang betul. Menurut Samsudin (2007) pula, dengan menyusun inventori dan struktur bunyi suatu bahasa, transkripsi fonemik boleh dibentuk bagi mengklasifikasi bunyi sebutan secara menyeluruh.
1.2.4 Fonik
Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang menekankan bunyi-bunyi fonem.
Bunyi huruf konsonan ialah [b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z]. Manakala bunyi fonem vokal bahasa Melayu ialah [ e i o u]. Fonik adalah siri peraturan kanak-kanak mengingat dan menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baharu.
Kanak-kanak didedahkan dengan peraturan tertentu seperti menyebut huruf „u‟ dengan bunyi [u] (muncungkan bibir) bukannya „yu‟. Kemudian mereka diminta menyebut dan menulis „u‟ berulang kali sehingga dapat menggabungkan huruf dan bunyi serentak (Mohd Ruslee et.al: 2009). Beliau menyimpulkan bahawa konsep fonik ialah hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi.
Kaedah pembelajaran secara fonik mengikut pandangan Louis (1982:2) pula ialah pembelajaran yang mengaplikasikan kaedah fonik yang terhasil daripada bunyi-bunyi pertuturan untuk diterapkan dalam pengejaan, pembacaan, dan penulisan.
Phonics is the application of the speech sounds to reading, writing, and spelling. The child is required to use a system of trial and error combined with controlled association. The similarities between problem solving and phonics are plentiful. Young learners do not use random behavior.
They must explore possibilities and apply rules or generalizations that or may not work.
Oleh yang demikian, kaedah bacaan fonik yang disarankan ini diyakini dapat membantu mengurangkan masalah membaca bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak disleksia. Mereka juga disaran untuk mendapatkan bimbingan daripada pihak guru bagi membunyikan huruf mengikut kaedah dan peraturan fonik yang tepat dan betul.
Menurut,Walker (1992) dalam Carol (1996: 105);
Synthetic phonics activities can teach “sound-symbol relationships to facilities word identification. The student is systematically in-structed to say letter sounds in words and then blend the sounds together to decode the unknown word. Rules for the phonic relationships are presented with examples” (p.243). Essentially the teacher selects a phonic rule to be taught[ short i in the middle of ashort word or consonant-vowel-consonant (C-V-C) combination], selects text and words to illustrate the rule, and then directly teaches the letter sound (s)……….Berger(1994) found in her study that students with dyslexia who received specific training in phonological awareness tasks made progress in word recognition performance.
Menurut Bond dan Tinker (1967), kelemahan menguasai kemahiran membaca dari peringkat kanak-kanak akan meninggalkan kesan yang buruk termasuk pencapaian yang rendah dan lemah dalam pelajaran. Situasi sedemikian akan mengurangkan minat belajar
dalam kalangan pelajar. Kelemahan dalam aspek bacaan kanak-kanak disleksia ini juga telah dijelaskan oleh Ronald (1997: 33) yang mengatakan bahawa;
The problems dyslexics have in learning to read are the same as those all children experience, but of a larger magnitude. They are made worse by inconsistencies in the language. If the printed word were presented more consistently, especially in beginning schoolbooks, some of these problems would be lessened for all children.