Bentuk Kurikulum KSPK & KSSR
KERANGKA TEORETIS
3.1 Pendekatan Sistem Bacaan USM (2005)
Pendekatan Sistem Bacaan USM oleh Tajul Aripin et. al (2005) akan dijadikan teras utama dalam kajian ini. KBUSM ialah Kaedah Bacaan Fonik yang berasaskan Sistem Bacaan USM (2005) yang telah dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia di dalam kelas. Seterusnya di dalam tesis ini penggunaan istilah KBUSM digunakan untuk merujuk kepada Kaedah Bacaan Fonik yang berasaskan
Sistem Bacaan USM (2005). Terdapat tiga buah buku Buku Bacaan Pintar USM(2008) berjayadihasilkan berasaskanSistem Bacaan USM (2005)yang akan pengkaji manfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia di dalam kelas.
Buku Bacaan Pintar USM (2008) mengandungi dua komponen utama. Pertama pengajaran dan pembelajaran berasaskan teks. Kedua pengajaran dan pembelajaran berasaskan audio-visual (multimedia interaktif) yang terdiri daripada VCD lagu dan DVD animasi. DVD Animasi Bacaan Pintar merupakan klon kepada teks Bacaan Pintar yang bersifat multimedia interaktif. Setiap pelajaran yang terdapat di dalam teks tersebut diaudio-visual ke dalam bentuk animasi. DVD animasi ini adalah bersifat pembantu kepada pengajaran dan pembelajaran membaca yang boleh digunakan sama ada di dalam kelas atau di rumah. Buku tersebut juga merupakan bahan bacaan fonik yang komprehensif dan efektif untuk program bacaan bahasa Melayu di peringkat awal kanak-kanak.
Bacaan Pintar merupakan satu pendekatan pengajaran yang memfokuskan penguasaan kemahiran bacaan yang disusun dari peringkat kemahiran yang mudah hingga ke peringkat kemahiran yang sukar berdasarkan Sistem Bacaan USM (2005). Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan ialah Kemahiran-kemahiran fonem, Kemahiran-kemahiran suku kata terbuka, kemahiran suku kata tertutup, kemahiran urutan vokal dan kemahiran kata pinjaman.
Buku Satu menyajikan kemahiran fonem dan kemahiran suku kata terbuka. Buku Dua menyajikan kemahiran suku kata tertutup K(a)K dan K(i)K dan Buku Tiga menyajikan kemahiran suku kata tertutup K(u)K, K(o)K, K(e)K, kemahiran urutan vokal dan
kemahiran kata pinjaman. Setiap kemahiran di atas mempunyai sub-kemahiran tertentu yang disusun secara kronologi dan diperkenalkan dalam setiap pelajaran.
Terdapat empat lagu yang terkandung dalam VCD bacaan pintar dan kesemuanya berasaskan kemahiran membaca bahasa Melayu. Lagu-lagu tersebut berkonsepkan lagu-lagu yang berasaskan kemahiran “reading skillsbased-songs‟‟ yang berbentuk imej dan lagu. Lagu-lagu ini disediakan dalam tiga versi yang terdiri daripada versi asal, versi perlahan dan versi muzik iringan. Menurut Tajul Aripin et. al (2005), lagu versi perlahan bertujuan untuk penguasaan lirik lagu seandainya pelajar tidak dapat menguasai atau mengikuti lagu versi standard. Manakala, lagu versi muzik iringan bertujuan supaya guru-guru dapat menggunakan muzik ini dalam pengajaran sub kemahiran-kemahiran membaca yang seterusnya. Dengan kata lain, setiap tahap kemahiran membaca yang sama, boleh dilagukan dengan menggantikan lirik lagu asal kepada lirik yang berkaitan dengan kemahiran membaca yang diajar (isi pelajaran semasa).
Tajul Aripin (2008) telah menjelaskan antara lagu-lagu tersebut ialah pertama lagu e i a o u. Melalui lagu ini, murid-murid diperkenalkan dengan bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan bahasa Melayu. Lagu ini merupakan asas teras kepada kemahiran membaca dan penguasaan kemahiran membaca murid seterusnya. Lagu kedua ialah lagu pe pa pi po pu. Tujuan lagu ini adalah untuk mengukuhkan ingatan murid terhadap bunyi-bunyi suku kata terbuka yang dipelajari dan melatih mereka supaya menyebut bunyi-bunyi suku kata terbuka dengan betul dan tepat. Melalui lagu ini juga, pelajar akan belajar menggabungkan bunyi-bunyi suku kata menjadi bunyi-bunyi perkataan yang bermakna. Lagu pe pi pa po pu ini perlulah dinyanyikan atau diajar kepada murid
dalam setiap pengajaran yang membabitkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV.
Lagu seterusnya ialah lagu diftong iaitu diftong /ai/,/au/ dan /oi/. Tujuan lagu Diftong ini adalah untuk membantu murid-murid mengenal dan menyebut bunyi-bunyi diftong tersebut dengan betul dan tepat. Lagu ini bertujuan membantu murid mengukuhkan ingatan terhadap penghasilan bunyi-bunyi diftong dan perkataan-perkataan yang mengandungi diftong. Manakala lagu dan man tan ialah lagu untuk pengajaran kemahiran membaca suku kata tertutup. Lagu ini bertujuan membantu murid dengan teknik penghasilan bunyi-bunyi suku kata tertutup. Selain itu, lagu ini juga boleh membantu murid menyebut bunyi-bunyi suku kata tertutup dengan betul dan mengukuhkan ingatan pelajar terhadap kemahiran suku kata tertutup yang dipelajari.
Lagu ini hendaklah dinyanyikan oleh murid-murid dalam setiap siri pelajaran (bacaan) kemahiran suku kata tertutup.
Tajul Aripin et.al (2005: 33-34) menjelaskan, dalam Sistem Bacaan USM (2005), langkah-langkah pengajaran perlulah bersistematik dan cara-cara penghasilan input dan output perlu mengikut urutan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta mudah difahami oleh pelajar. Rajah 3.1 di bawah adalah langkah-langkah pengajaran untuk menghasilkan output kata yang perlu diketahui oleh guru.
Membunyikan vokal-vokal /e,i,a,o,u/
Membunyikan konsonan (contoh: konsonan /p,t/)
Membunyikan (mengeja) konsonan + vokal (contoh:/p+a/, /p+u/ /t+a/ dan /t+u/
Membunyikan output suku kata (contoh: [pa],[pu], [ta], [tu]
Membunyikan perkataan berasaskan suku kata (contoh: [pa.pa], [ta.ta],[pu.tu]
Membaca ayat-ayat
(contoh: tata papa, putu papa)
Latihan menulis (contoh: menulis bunyi-bunyi vokal, konsonan, suku kata, perkataan dan lain-lain.
Tajul Aripin et.al (2005: 33) Rajah 3.1: Langkah-langkah menghasilkan bunyi output
Dalam pengajaran berasaskan fonetik, Tajul Aripin et.al (2005: 33) juga menyarankan agar tidak menggunakan perkataan „huruf‟ untuk merujuk kepada bunyi-bunyi vokal dan konsonan. Perkataan yang harus digunakan ialah „bunyi‟ atau „bunyi vokal‟ atau „bunyi konsonan‟ bagi menggantikan huruf.
Di samping langkah pengajaran yang disarankan, guru-guru juga perlu menguasai proses menghasilkan bunyi sesuatu kata. Proses penghasilan bunyi perkataan ini penting kerana ia merupakan konsep yang perlu diketahui oleh guru dan pelajar. Proses ini merupakan langkah penting dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan Sistem Bacaan USM (2005). Rajah 3.2 di bawah adalah proses penghasilan bunyi perkataan saya.
Proses pertama:
Mengeja bunyi-bunyi fonem /sa/
Proses kedua:
Membunyikan suku kata [sa]
Proses ketiga:
Mengeja bunyi-bunyi fonem /ya/
Proses keempat:
Membunyikan suku kata [ya]
Proses kelima:
Menggabungkan output suku kata [sa + ya]
Output [saya]
Tajul Aripin et.al (2005: 34) Rajah 3.2: Cara penghasilan bunyi suku kata terbuka bagi perkataan saya:
Seterusnya, dipaparkan Rajah 3.3 di bawah yang menunjukkan proses-proses penghasilan bunyi suku kata tertutup KVK bagi perkataan dan.
Proses pertama:
Ejakan bunyi suku kata VK /an/
Proses kedua:
Bunyikan suku kata VK [an]
Proses ketiga:
Bunyikan konsonan /d/
Proses keempat:
Gabungkan bunyi [d] + [an]
Output [dan]
Tajul Aripin et. al (2005: 49) Rajah 3.3: Cara penghasilan bunyi suku kata tertutup KVK bagi perkataan dan Tajul Aripin et. al (2005) menjelaskan bahawa peraturan menghasilkan bunyi suku kata tertutup KVK pada peringkat pertamanya, pelajar mestilah mendapatkan bunyi output [VK] terlebih dahulu dengan menggabungkan (V+K). Pada peringkat kedua, untuk mendapatkan output [KVK], pelajar hendaklah menggabungkan K pertama dengan output [VK] iaitu menjadi [KVK]. Setelah pelajar menguasai kemahiran ini, mereka hendaklah terus membunyikan suku kata tertutup tanpa terikat kepada pengejaan lagi.
Rajah 3.4 di bawah menunjukkan langkah-langkah asas pengajaran suku kata tertutup KVK.
Bunyikan (mengeja) suku kata VK /an, am/
Bunyikan terus suku kata [an] [am]
Gabungkan bunyi konsonan (K) + [an] [am]
Contoh: [p] + [an], [t] + [an], [d] + [an]
[p] + [am], [t] + [am], [d] + [am]
Bunyikan output suku kata KVK Contoh: [pan], [tan], [dan]
[pam], [tam], [dam]
Latihan membaca ayat-ayat Contoh: Saya ada dam
Latihan menulis
Contoh: Menulis bunyi-bunyi perkataan daripada suku kata KVK dan lain-lain
Tajul Aripin et.al (2005: 51) Rajah 3.4: Langkah-langkah asas pengajaran suku kata tertutup KVK
Tajul Aripin et.al(2005) menjelaskan, proses penghasilan bunyi output di atas perlulah dilakukan dengan betul. Setiap output hendaklah dihasilkan dengan mencantumkan (mengeja) bunyi fonem bagi setiap suku kata. Semasa mencantumkan bunyi-bunyi fonem iaitu proses mengeja bunyi-bunyi-bunyi-bunyi suku kata, penggunaan perkataan-perkataan pengganggu seperti campur, dan, dikawankan dengan dan sebagainya hendaklah dielakkan hadir di antara bunyi-bunyi fonem bagi setiap penghasilan bunyi suku kata tersebut. Contoh, [s] campur [a] bunyinya [sa] atau [s] dikawankan dengan [a]
bunyinya [sa]. Jika perkataan-perkataan pengganggu ini digunakan, maka akan menjejaskan bunyi output. Sebaliknya, dalam Sistem Bacaan USM (2005) ini, bunyi-bunyi fonem dalam setiap suku kata itu hendaklah dicantumkan terus supaya hubungan bunyi input dengan output ada kaitan dan bermakna.
Buku Bacaan Pintar USM (2008) yang terhasil daripadaSistem Bacaan USM (2005) juga disusun mengikut pengajaran yang sistematik. Buku 1 Bacaan Pintar memperkenalkan kemahiran suku kata terbuka KV. Buku 2 pula memperkenalkan kemahiran suku kata tertutup. Manakala Buku 3 pula memperkenalkan kemahiran suku kata tertutup, urutan vokal dan kata pinjaman. Teknik pengajaran tahap kemahiran membaca bahasa Melayu yang disusun adalah daripada tahap kemahiran yang mudah kepada tahap kemahiran yang sukar.
Kesimpulannya, Sistem Bacaan USM (2005) akan menjadi teras utama dalam penguasaan membaca bahasa Melayu kanak-kanak disleksia kerana pengisian dalam
sistem tersebut adalah berasaskanstruktur suku kata Bahasa Melayu (K)V(K) oleh Tajul Aripin (2000) dan Kata Fonologi bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Tajul Aripin (2000). Oleh yang demikian, pembentukan kata fonologi yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu adalah bertujuan untuk memudahkan para guru mengajar kemahiran membaca bahasa Melayu mengikut kaedah yang sistematik.