• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN AWAL MENGENALPASTI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR DALAM KURSUS PERAKAUNAN

Tono Hassan, Dayana Farzeeha Ali, Mohd Bilal Ali

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Kajian awal telah dijalankan untuk melihat sejauhmanakah tahap penguasaan pelajar terhadap subjek perakaunan dan melihat apakah permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari subjek perakaunan melalui persepsi pelajar dan guru. Seramai 180 orang responden daripada 3 buah sekolah yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati topik yang kurang dikuasai oleh pelajar berdasarkan kepada persepsi guru dan pelajar adalah topik penyata kewangan tingkatan empat. Kesannya, pelajar sekadar mengingati fakta dan konsep tanpa benar-benar memahaminya serta gagal mengaplikasi pada situasi yang tertentu. Oleh itu perlunya satu teknik terkini dalam pembelajaran diperkenalkan dalam mata pelajaran perakaunan supaya dapat menambahkan minat dan juga kefahaman pelajar terhadap matapelajaran perakaunan.

Keyword: Perakaunan, visualisasi, Augmented Reality

Pengenalan

Pendidikan perakaunan berubah secara pantas akibat peningkatan dalam pemerhatian pihak sekolah, awam dan universiti terhadap keberkesanan cara penyampaian dan aplikasinya. Rujukan pembelajaran dan sikap pelajar melambangkan permulaan penting untuk pembinaan yang efisian dan efektif dalam program pendidikan. Teori pembelajaran mencadangkan cara pembelajaran mempengaruhi keberkesanan seseorang individu. Kejayaan sesebuah program pendidikan bergantung pada tahap penerimaan seseorang pelajar dan kebolehan mengadaptasi pembelajaran terhadap teknologi baru (Richardson et al, 2013). Pembelajaran juga merangkumi visual sebagai alat bantu mengajar. Kini visual relevan dan terus meningkat sejak ia lebih jelas dan efisian dalam informasi perakaunan (Libby, 1981; Smith and Taffler). Visual

merangsang peningkatkan proses belajar di kalangan pelajar yang terlibat (Yalamova, 2010).

Dalam disiplin perakaunan, kandungan pembelajaran kebiasaannya dan masih disampaikan melalui "chalk and talk" di dalam bilik darjah (Becker & Watts, 2011). Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini mematuhi format asal dan setiap modul mengikut kandungan serta kaedah kuliah dan tutorial dilengkapi dengan penggunaan buku teks dan soalan tutorial (Reimann, 2004).

Kaedah tradisional ini seperti yang diperkatakan oleh Davis (2011) tidak membangunkan keperluan interpersonal, analitik dan kemahiran kreatif seiring dengan pengetahuan baru ekonomi dan perakaunan. Di dalam pendidikan perakaunan sepertimana disiplin ekonomi, terdapat pelbagai perubahan di dalam kandungan, kaedah mengajar yang digunakan, pedagogi, bagi membangunkan kompetensi profesional dan kemahiran.(Kimmel, 1995; Porter and Carr, 1999; Demski and Zimmerman, 2000; Albrecht and Sack, 2000). Banyak pembangunan baru model pengajaran dan alatan bantu mengajar seiring dengan kaedah baru di dalam ilmu perakaunan dan informasi di dalam organisasi (Bear, 2005; Goldman et al. 2002; Imel, 1998). Seiring, bagi melahirkan profesional dan pengurus bagi masa depan kita memerlukan perubahan suasana pembelajaran (Davis, 2011). Pada masa kini, tenaga pengajar perlu memperkenalkan keinovatifan dan persaingan alat bantu mengajar bagi memperbaiki kualiti penyampaian dan aplikasinya.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kurikulum perlu diberi penekanan sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melaksanakan Transformasi Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kebanyakan pelajar belajar dengan berkesan melalui pengalaman

peribadi, aktiviti ―hands-on‖ dan peluang untuk penemuan kendiri (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2013). Justeru itu, proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada pelajar baik secara individu atau kumpulan (Abu bakar & Ikhsan, 2008).

Dalam menguasai kemahiran menginterpretasi konsep perakaunan yang abstrak, seseorang pelajar itu perlu mempunyai kemahiran visualisasi yang tinggi. Kemahiran visualisasi ini adalah keupayaan minda melihat sesebuah objek atau simbol dan berfikir dalam dua atau tiga dimensi dalam minda seseorang individu dan kemahiran ini penting dalam bidang kejuruteraan kerana mempunyai perkaitannya dengan pencapaian dalam bidang matematik, sains, seni dan kejuruteraan (Mohd Safarin Nordin & Muhammad Sukri Saud, 2006). Oleh itu, kejayaan dan pencapaian seseorang pelajar kerapkali dikaitkan dengan proses visualisasi di mana gaya pembelajaran seseorang pelajar perlu diberi pertimbangan untuk memastikan tahap pengetahuan dalam visualisasi dapat dikuasai berbanding kebolehan lisan atau kepintaran. Kajian-kajian terdahulu mendapati kemahiran visualisasi mempunyai hubungan yang rapat dengan domain teknikal, vokasional, matematik, dan pekerjaan berbanding kebolehan lisan (Koch, 2006; Bertoline & Wiebe, 2003; Gillespie, 1995; McGee, 1979).

Justeru itu, peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada masa kini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara ini menjelang abad ke-21 terutamanya bagi subjek Prinsip Perakaunan. Selain itu, dasar meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dalam pengajaran-pembelajaran sesuai dengan perubahan era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communicarion Techonology) ICT juga penting dalam memenuhi aspek pembelajaran abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.

Kepesatan penggunaan informasi dan teknologi komunikasi di dalam skop pendidikan telah merubah suasana bilik darjah tradisional yang membawa kepada keperluan berfikir mengatasi paradigma pengkomputeran di dalam pendidikan. Berdasarkan perspektif ini, beberapa kajian dijalankan dalam memperkenalkan kaedah baru yang boleh digunakan untuk memperbaiki pengalaman pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya ialah usaha untuk membawa penambahan realiti kepada aplikasi pedagogi, membekalkan pengguna dengan visual, interaksi dan eksperimen alat bantu mengajar seperti yang diperlihatkan oleh Nincarean et al. (2013), Wu et al. (2013), Zydn ey & Warner (2016), dan Jooste, Rautenbach & Coetzee (2016). Melalui penambahan realiti dan kebolehupayaannya kemungkinan mampu meningkatkan saluran interaksi di antara pengguna dan kandungan pendidikan yang memberi peluang pembelajaran yang luas. Kelebihan lain yang diperoleh melalui penambahan realiti ialah mencapai tahap lebih tinggi dengan pengguna melalui visual 3D ke atas objek sebenar dengan realiti, memperlihatkan fenomena yang tidak dijangkakan di dalam dunia sebenar melalui pelbagai perspektif dan sudut. Ciri-ciri ini membantu pengguna dalam mengasimilasi abstrak dan konsep yang kompleks serta memudahkan kefahaman terhadap subjek pendidikan. Sejak penambahan realiti diperkenalkan di dalam dunia pendidikan potensi pedagogi diiktiraf, tenaga pengajar terus mencari strategi baru untuk membaiki pengalaman pembelajaran pengguna. Oleh itu, kajian ini, penyelidik mengintegerasikan persekitaran AR dalam membantuk meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar dalam pencapaian matapelajaran perakaunan.

Metodologi

Kajian awal telah dijalankan di 3 buah sekolah yang di pilih secara rawak dan seramai 180 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Kajian in bertujuan untuk melihat sejauhmanakah tahap penguasaan pelajar terhadap subjek perakaunan dan melihat apakah permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari subjek perakaunan melalui persepsi pelajar dan guru.

Kajian literatur dan juga keadah analisis document digunakan dalam kajian awal ini. Kajian literatur diambil dari jurnal yang lepas. Manakala analisis document merujuk kepada keputusan peperiksaan SPM peringkat Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional bagi Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Data di analisis setelah ditukar dalam bentuk peratus.

Keputusan

Berdasarkan analisis Keputusan Peperiksaan SPM tahun 2010 hingga 2014 peringkat Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional bagi Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan keputusan adalah seperti dalam jadual 1.1.

Jadual 1.1: Keputusan Peperiksaan SPM SMT/SMV Tahun 2010 hingga 2014