• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR MEMPENGARUHI KESUKARAN PENGUASAAN PELAJAR

Jadual 2: Persepsi pelajar mengenai kepentingan seni Origami

Jadual 2: Persepsi pelajar mengenai kepentingan seni Origami

Perkara Min

Seni origami boleh membantu meningkatkan daya imaginasi saya 4.38 Seni origami boleh membantu meningkatkan kreativiti saya 4.54 Seni origami boleh membantu meningkatkan kemahiran saya

dalam berinovasi.

4.33

Seni origami boleh membantu meningkatkan tahap kemahiran visualisasi saya

Saya tahu seni origami boleh digunakan dalam pendidikan matematik

4.08

Saya tahu seni origami boleh digunakan dalam pendidikan Lukisan Kejuruteraan.

4.50

Saya tahu seni origami mempunyai perkaitan dengan bidang kejuruteraan.

4.50

Seni origami sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas

4.25

Seni Origami boleh dikomersialkan sebagai sumber pendapatan 4.50 Kaedah pembelajaran Lukisan Kejuruteraan berdasarkan Origami

mampu membantu meningkatkan minat saya terhadap Lukisan Kejuruteraan

4.50

Perbincangan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik mengenai seni Origami. Majoriti daripada mereka mengetahui apa itu seni Origami dan pernah membuatnya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa mereka telah mendapat pendedahan dan belajar membuat seni Origami melalui medium seperti rakan-rakan, pembelajaran di sekolah, buku serta rancangan televisyen. Mereka juga menunjukkan minat yang tinggi untuk memepelajari seni Origami serta pernah mengajar rakan-rakan mereka untuk membuat seni Origami. Daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar sudah mempunyai pengetahuan asas mengenai seni Origami ini. Ini adalah kerana mereka sudah didedahkan dengan seni ini dari pelbagai medium yang telah dinyatakan. Oleh yang demikian, usaha untuk memperkenalkan seni ini dalam pembelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah dilihat akan menjadi lebih mudah kerana para pengajar tidak lagi perlu untuk memberikan pengenalan kepada seni ini secara terperinci kepada para pelajar. Ini secara tidak langsung mampu memudahkan tugas para guru sekaligus mampu menarik minat para pelajar kerana seni ini sudah dekat di hati mereka. Melalui kerjasama antara pelajar yang mengajarkan seni Origami ini kepada rakan-rakan pula, secara langsung aktiviti ini akan mampu memupuk nilai setiakawan dan melatih sifat kepimpinan serta semangat kerjasama antara para pelajar.

Para pelajar juga memberikan persepsi yang positif mengenai kepentingan seni Origami ini. Para pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa seni ini mampu meningkatkan daya imaginasi dan juga kreativiti mereka. Selain itu, pelajar juga sedar akan kepentingan seni ini dalam mengembangkan kemahiran inovasi serta meningkatkan

tahap keupayaan visualisasi mereka. Dalam bidang pendidikan pula, pelajar juga mempunyai kesedaran yang tinggi tentang potensi penggunaan seni Origami ini dalam pendidikan matematik dan kejuruteraan. Selaian itu, mereka juga mempunyai persepsi yang baik tentang penggunaan seni ini sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Mereka juga berpendapat bahawa pengaplikasian seni Origami dalam Lukisan Kejuruteraan mampu meningkatkan minat mereka dalam subjek tersebut. Dari bidang keusahawanan pula, mereka juga mempunyai persepsi yang baik tentang potensi untuk mengkomersialkan seni ini sebagai sumber pendapatan. Berdasarkan dapatan kajian ini, daptlah disimpulkan bahawa para responden mempunyai persepsi yang baik sekiranya seni ini diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah terutamanya Lukisan Kejuruteraan. Oleh yang demikian, usaha untuk memperkenalkan seni ini dalam pembelajaran Lukisan kejuruteraan perlulah dilakukan kerana hasil kajian ini membuktikan bahawa para pelajar bersetuju dan bersedia untuk menggunakan seni ini di dalam proses pembelajaran mereka.

Sungguhpun begitu, masih terdapat jurang yang jelas tentang kurangnya kajian-kajian yang dijalankan mengenai seni ini di dalam pendidikan terutamanya dalam subjek Lukisan Kejuruteraan di negara ini. Walaupun seni ini telah terbukti untuk meningkatkan keupayaan visualisasi pelajar seperti yang dinyatakan oleh (Arslan 2016; Boakes 2006), kajian-kajian yang dijalankan lebih tertumpu kepada subjek matematik semata-mata. Oleh yang demikian, penyelidik memberikan cadangan untuk dilakukan lebih banyak kajian-kajian di negara ini berhubung penggunaan seni Origami dalam pendidikan khususnya Lukisan Kejuruteraan. Antara kajian yang boleh dijalankan adalah seperti penghasilan kerangka, mudul pembelajaran serta model pengajaran berkaitan seni Origami ini di Malaysia.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa seni Origami ini mempunyai potensi untuk digunakan bagi meningkatkan keupayaan visualisasi serta penguasaan Lukisan Kejuruteraan dikalangan pelajar. Ini dibuktikan dengan kajian-kajian terdahulu yang telah berjaya meningkatkan keupayaan visualisasi pelajar menggunakan pendekatan seni ini. Sungguhpun begitu,penyelidik melihat bahawa masih terdapat kekurangan tentang kesedaran tentang kepentingan seni ini di Malaysia kerana masyarakat lebih melihat seni ini sebagai hasil kraf tangan dan seni

semata-mata. Dengan adanya lebih banyak kajian-kajian yang dijalankan mengenai seni ini, penulis mengharapkan agar ia mampu untuk membuka mata masyarakat khasnya para pelajar dan pendidik akan potensi besar seni ini dalam bidang pendidikan terutamanya matematik, seni dan juga kejuruteraan.

Penghargaan

Penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di atas pembiayaan Fundamental Research Grant Scheme(FRGS) Vot No 4F556

Rujukan

Aprilia Dyah Kusumaningrum. 2013. ―Efektifitas Penggunaan Kertas Lipat (Origami) Dalam Meningkatkan Kreativitas Pada Anak.‖ Journal of Chemical Information and Modeling 53(9): 1689–99.

Arici, Sevil, and Fatma Aslan-Tutak. 2013. ―The Effect of Origami-Based Instruction on

Spatial Visualization, Geometry Achievement, and Geometric Reasoning.‖

International Journal of Science and Mathematics Education (November 2013): 1

22.

Arslan, Okan. 2016. ―Turkish Prospective Middle School Mathematics Teachers‘ Beliefs

and Perceived Self-Efficacy Beliefs Regarding the Use of Origami in Mathematics

Education.‖ EURASIA Journal of Mathematics, Science & Technology Education 13(6): 1533–48. http://ejmste.com/ms.aspx?kimlik=10.12973/eurasia.2016.1243a.

Boakes, Norma. 2006. ―The Effect Of Origami Lessons On Student‘s Spatial

Visualization Skills And Achevement Levels In A Seventh-Grade Mathematics

Classroom.‖ Temple University.

Cakmak, Sedanur, Mine Isiksal, and Yusuf Koc. 2014. ―Investigating Effect of Origami

-Based Instruction on Elementary Students‘ Spatial Skills and Perceptions.‖ The Journal of Educational Research 107(January 2015): 59–68. http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/00220671.2012.753861.

Dayana Farzeeha Ali, and Mahani Mokhtar. 2014. ―Visualization Skills among Universiti Teknologi Malaysia Student.‖ ISTMET 2014 - 1st International Symposium on Technology Management and Emerging Technologies, Proceedings (Istmet): 139–42.

Huffman, Katie L. 2011. ―What Is The Effect Of Real Versus Augmented Models For

The Advancement Of Spatial Ability Based On Haptic Or Visual Learning Style Of Entry-Level Engineering Graphics Students?‖ Purdue University.

Visualisasi Dan Gaya Pembelajaran Pelajar.‖ Journal of Psychology & Counseling 7(September): 66–75.

Marlissa Omar, and Dayana Farzeeha Ali. 2013. ―The Level Of Visualization Skills

Among Engineering Student In Universiti Teknologi Malaysia.‖ 96(1986): 427–31. Mohd Fairuz Marian, Jamil Abd Baser, Mohd Bekri Rahim, and Mohd Salleh Tahar.

2011. ―Keberkesanan Penggunaan CD Interaktif Lukisan Isometrik Terhadap Kemahiran Visualisasi Pelajar.‖ Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIETVT): 1–15.

Muhammad Sukri Saud, and Lee Ming Foong. 2007. ―Kaitan Tahap Kognitif Visual Pelajar Pendidikan Kejuruteraan.‖ Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 12(Oktober): 15–25.

Purnell, Annette. 2009. ―Providing for Creativity through Origami Instruction.‖ New York: 1–7.

Schmidt, Teresa A. 2015. ―A Study of the Impact of a Drawing Intervention on the

Spatial Visualization Skills of Sixth Grade Students By Teresa A . Schmidt A Dissertation Submitted in Partial Fulfillment of the Requirements for the Degree of

Doctor of Philosophy in Mathematics and.‖ Middle Tennessee State University. Study, N. E. 2001. ―The Effectiveness of Using the Successive Perception Test I to

Measure Visual-Haptic Ability in Engineering Students.‖ Doctoral Dissertation,

Purdue University.

Wares, Arsalan. 2011. ―Using Origami Boxes to Explore Concepts of Geometry and Calculus.‖ International Journal of Mathematical Education in Science and Technology 42(2): 264–72.

PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA