• Tidak ada hasil yang ditemukan

Karangan : Aspek binaan ayat.

Dalam dokumen SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (Halaman 76-81)

Sebagai guru, rutinnya ialah menanda tugasan pelajar, sama ada karangan, rumusan atau alih bahasa yang melibatkan aspek binaan ayat. Kerap kali, saya melihat

kesalahan ayat yang dibina oleh pelajar. Saya berpendapat bahawa kesalahan binaan ayat tersebut boleh diperbaik sekiranya mereka menyemak terlebih dahulu tugasan tersebut, sebelum dihantar kepada guru. Oleh itu, suka saya menasihatkan calon STPM agar memperuntukkan sebahagian masa menjawab, lebih kurang 5 minit setiap bahagian A, B dan C untuk menyemak dan membetulkan kesalahan-kesalahan binaan ayat,khususnya bahagian A : karangan.

markah. Tentunya, jumlah ini merupakan satu nilai yang besar, yang boleh mempengaruhi markah keseluruhan BM 2.

Pastikan ayat-ayat yang anda bina mengandungi unsur subjek (unsur menerangkan) dan predikat (unsur diterangkan). Elakkan daripada membina ayat yang panjang dan meleret-leret, kerana ayat yang sedemikian biasanya mengandungi kesalahan

bahasa.

Pengetahuan tentang binaan ayat diajar secara langsung dalam BM 1. Anda harus tahu dan mengaplikasi pengetahuan tentang kepelbagaian aspek binaan ayat semasa menjawab BM 2.

Tentunya telah anda pelajari subtajuk berikut :

Susunan Ayat : susunan biasa atau susunan songsang.

Ayat Majmuk : ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan (AMP relatif, AMP komplemen an AMP keterangan) dan ayat majmuk campuran.

Ragam ayat : ayat aktif atau pasif

Saya tunjukkan beberapa ayat yang dibina oleh pelajar saya untuk anda nilai :

1. Indivdu dan keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat dan untuk membentuk masyarakat yang cemerlang.

2. Masyarakat akan sedar bahawa masalah remaja bukan lagi merupakan masalah pingiran dan memerlukan suatu pendekatan menyeluruh.

3. Pendidikan ialah teras kepada semua ini seperti pendidikan formal atau tidak formal.

4. Ia memerlukan pendekatan yang bijak. Di samping ajaran agama tidak diketepikan.

5. Bukan semata-mata bergantung pada fungsi guru di sekolah.

6. Pelbagai program yang dijalankan selama ini dalam membentuk semula anak-anak yang sudah terjebak agar mereka menjadi manusia yang berkualiti.

7. Di samping tidak mengetepikan ajaran agama yang dianuti.

8. Merangsang anak-anak untuk bertindak dan berkebolehan sebagai insan yang berakhlak mulia.

9. Golongan remaja membentuk 40 peratus daripada penduduk negara berumur 15 hingga 40 tahun.

10. Golongan remaja yang melakukan masalah melebihi 40 peratus yang menjadi harapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam negara.

11. Dengan adanya program yang menitik beratkan pembinaan fizikal dan kebendaan. 12. Individu ialah keluarga dalam masyarakat.

13. Program yang menyeluruh perlu dilaksanakan kerana tidak mahu keadaan menjadi parah.

pengemblengan tenaga semua pihak.

Kesalahan-kesalahan binaan ayat di atas boleh dibetulkan, sekiranya anda

menyemak jawapan terlebih dahulu.Semasa menyemak jawapan STPM anda, saya cadangkan anda membaca setiap ayat secara berasingan, tanpa melihat ayat

sebelum atau sesudahnya. Ingat, ayat bukan sahaja perlu mematuhi hukum-hukum tatabahasa, tetapi perlu mengandungi makna yang lengkap. Biasakan diri anda membaca bahan-bahan ilmiah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka supaya tabiat ini boleh mempengaruhi cara anda membina ayat.

Untuk pelajar 6AF dan 6AG :

Berikut saya tunjukkan rumusan oleh Nurul Jana bt. Mohd Nor, yang aspek binaan ayatnya dan aspek pengolahannya dikategorikan sebagai baik.

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita kini semakin meningkat dan kian membimbangkan. Banyak anak muda kita yang terlibat berumur 15 hingga 30 tahun. Kepincangan yang melibatkan mereka perlu diberi perhatian dan harus difikirkan langkah terbaik untuk memulihkannya.

Pelbagai program yang telah dijalankan selama ini dalam membentuk semula anak- anak yang sudah terjebak agar menjadi manusia yang berkualiti perlu diteliti

keberkesanannya. Keinginan untuk memebentuk masyarakat yang berkualiti semestinya memerlukan pengorbanan dan pengemblengan tenaga semua pihak. Maka, kerajaan memperkenalkan Pelan Induk Tindakan Sosial yang membabitkan semua pihak. Selain itu, program ini menekankan pembentukan rohaniah, akliah dan sahsiah anak-anak. Remaja dilatih berfikir secara analitis dan kritis agar bertindak secara rasional serta tidak mengetepikan agama. Walau bagaimanapun, pendidikan merupakan teras kepada semua ini. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik. Oleh itu, pendidikan moral dan akhlak yang murni perlu diberikan di rumah dan diperkukuh lagi di sekolah.

Kesimpulannya, individu yang menjadi ahli kepada sesebuah keluarga merupakan teras kepada pembentukan masyarakat. Bagi membina masyarakat yang cemerlang, permasalahan keluarga perlu diselesaikan terlebih dahulu.

di 1:35 PMPautan pada catatan ini3 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

RABU, 20 APRIL 2011

Karangan : Kehendak soalan yang mempunyai

perkataan "cadangkan".

Terdapat sesetengah soalan BM Kertas 2 STPM yang mempunyai perkataan "cadangkan" dalam kehendak soalannya, seperti soalan berikut.

Soalan no. 2 STPM 2004 :

2. Penggunaan racun makhluk perosak yang tidak mengikut peraturan boleh membawa kesan buruk. Bincangkan kesan buruk itu dan berikan cadangan untuk mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan.

Soalan di atas mempunyai 2 kehendak soalan iaitu :

KS 1 : Kesan buruk penggunaan racun makhluk perosak yang tidak mengikut peraturan.

KS 2 : Cadangan untuk mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan.

Untuk KS 2, anda harus mengemukakan langkah/cara/tindakan yang difikirkan boleh mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan.

Apakah pandangan anda ?.

Bagaimanakah anda berfikir untuk mencari idea untuk menulis perenggan isi bagi KS 2.

Pada pendapat saya, anda harus memikirkan langkah/cara/tindakan yang difikirkan boleh mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan yang belum pernah dilaksanakan/dibuat oleh mana-mana pihak.

Selain itu, anda juga boleh memilih langkah/cara/tindakan yang difikirkan boleh mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan yang telah dan pernah dibuat oleh mana-mana pihak, tetapi anda harus menambah idea untuk memperbaik langkah/cara/tindakan tersebut.

Sekiranya anda hanya memilih langkah/cara/tindakan yang difikirkan boleh

mengatasi penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan yang telah dan pernah dibuat oleh mana-mana pihak, maka itu bermakna bukan cadangan kerana perkataan "cadangan" bermaksud langkah/cara/tindakan baru dan bukan yang telah atau pernak dilaksanakan.

Berikut, saya berikan makna kata "cadangan" menurut Kamus Dewan : cadang; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu

(spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali;

mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui

(dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3.

menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang,

merencanakan, merangka: ~ strategi serangan;

cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun;

~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~

penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb);

Selamat berfikir.Fikir, jangan tidak berfikir.Fikirkanlah sedalam-dalamnya, seteliti- telitinya.

di 12:13 PMPautan pada catatan ini4 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Label: BM 2 : Karangan.

SELASA, 19 APRIL 2011

Karangan : Pebezaan Kata Kunci Soalan antara "Sejauh

manakah" dengan "Bersetujukah anda"

Kesilapan memahami kehendak soalan bahagian A : Karangan dalam kertas Bahasa Malaysia 2 boleh membawa implikasi yang buruk kepada markah

keseluruhan BM 2 anda. Oleh itu, anda perlu behati-hati memahami kata kunci (kata tugas) yang terkandung dalam item/soalan, khususnya kata kunci "sejauhmanakah anda bersetuju" dan "bersetujukah anda".

3. Kestabilan politik dan kecekapan pengurusan dan pentadbiran negara membawa kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam pelbagai bidang. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

Untuk menjawab soalan ini, calon perlu akur/setuju bahawa faktor kestabilan politik dan kecekapan pengurusan dan pentadbiran negara membawa kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam pelbagai bidang. Selain itu, calon juga perlu menyatakan faktor-faktor lain yang turut boleh membawa kepada kepesatan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam pelbagai bidang

Jika kata kunci soalannya "Sejauh manakah" :

Anda perlu akur dengan pernyataan yang dinyatakan dalam item/soalan

dan ana perlu menyatakan juga faktor/masalah/kesan/langkah mengatasi yang lain. (bergantung kepada isu/kehendak soalan item/soalan tersebut.)

Sekiranya kata kunci soalannya "Bersetujukah anda" :

Seingat saya, setakat ini belum ada soalan STPM yang mempunyai kata kunci "Bersetujukah anda".

Anda hendaklah membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang dibangkitkan dalam soalan.

INGAT : Anda perlu memilih satu plihan sahaja, sama ada "bersetuju" atau "tidak bersetuju"

di 1:35 PMPautan pada catatan ini0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Label: BM 2 : Karangan.

SELASA, 8 MAC 2011

Karangan : ISU = Lumba haram KS = Punca dan

Dalam dokumen SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (Halaman 76-81)