• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panduan Menjawab Item Karangan STPM

Dalam dokumen SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (Halaman 93-97)

KECEMERLANGAN STPM : SMK. BANDAR MAS, KOTA TINGGI, JOHOR STRATEGI MENJAWAB SOALAN KARANGAN

Oleh :MOHD FADIL BIN TALIB (A) PANDUAN AM

JANGAN ragu-ragu memperuntukkan masa lebih kurang 10-15 minit untuk melakukan tindakan berikut :

1. Membaca kesemua 4 soalan yang diberikan.

2. Menentukan dengan pasti soalan yang hendak dijawab berdasarkan pertimbangan berikut :

2.1 Lebih banyak maklumat (fakta/idea/pendapat/contoh/bukti statistik) yang anda ketahui.

2.2 Mengetahui dengan jelas kehendak soalan

2.3 Memahami dengan jelas definisi/konsep,rangkai kata penting dan fokus soalan.

INGATAN : JANGAN terpengaruh dengan tajuk/isu yang mudah, tanpa melihat keseluruhan elemen yang perlu; seperti dinyatakan dalam 2.1,2.2 dan 2.3 di atas. 3. Menentukan kata tugas dan memahami kehendaknya :

3.1 Bincangkan :sama ada membincangkan

kebaikan/keburukan/punca/masalah/kesan/langkah mengatasi (bergantung kepada pernyataan dalam soalan)

3.2 Jelaskan :memberi penjelasan yang tepat dan terperinci tentang sesuatu idea/isu atau sebab mengenai sesuatu kejadian

3.3 Ulaskan :mengulas sebab-akibat atau perkembangan terhadap isu

3.4 Bandingkan :menunjukkan persamaan dan perbezaan tentang dua perkara 3.5 Nilaikan :buat penilaian/keputusan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu perkara yang dinilai

3.6 Analisiskan :menganalisis sesuatu idea/pendapaat/pernyataan dengan mengambilkira semua faktor. Perlu disusun dengan sistematik dan logik 3.7 Nyatakan :menyatakan sesuatu perkara/faktor dengan jelas tanpa perbincangan lanjut.

3.8 Buktikan :memberikan sebab-sebab tentang sesuatu perkaraa dengan hujah/bukti

3.9 Sejauhmanakah :Anda perlu akur dengan pernyataan yang dinyatakan dan nyatakan juga faktor/masalah/kesan/langkah mengatasi yang lain (bergantung kepada soalan).

3.10Bersetujukah anda :Anda hendaklah membuat pilihan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang dibangkitkan dalam soalan

4. Kebaikan membuat rangka karangan

Penulisan anda dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan tersusun Mengelakkan pengulangan fakta/idea

Pastikan anda tahu cara yang betul untuk membuat rangka karangan.

5. Selepas melalui semua proses di atas, mulalah menulis karangan dan jangan lupa untuk menyemak/mengedit karangan yang telah disiapkan untuk

membetulkan kesalahan-kesalahan. (B) Struktur karangan :

1. Pendahuluan (1 pggn X 3markah) 80 hingga 100 patah kata 2. Isi sokongan (5 pggn X 3markah) 100 hingga 120 patah kata 3. Penutup (1 pggn X 3markah) 60 hingga 70 patah kata

Apakah yang dikatakan pendahuluan ?

Apabila pembaca membaca pendahuluan, mereka akan mengetahui isu yang akan dibicarakan dan fokus perbincangan penulis. Contohnya ISU : kemalangan jalan raya dan FOKUS : Faktor-faktor kemalangan jalan raya dan Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan Jalan raya.

Struktur perenggan pendahuluan : 1. Latarbelakang isu :

a. Pernyataan soalan (ubahsuai daaripada pernyataan dalam soalan) b. Definisi @ gambaran/konsep (D)

c. Rangkai kata penting (RKP) d. Fokus soalan (ada @ tiada) e. Contoh (C)

2. Pendirian Penulis : (PP)

Dibina berdasarkan kehendak soalan. Biasanya 2 kehendak dan kadangkala 1 sahaja. Contoh Soalan :

Sejak kebelakangan ini, jenayah kolar putih (ISU) sering berlaku di negara ini (PS). Jenayah ini dianggap lebih berbahaya berbanding jenayah biasa (RKP). Bincangkan kesan-kesan (KS-1) yang akan timbul dengan berleluasanya jenayah ini dan

cadangkan langkah-langkah (KS-2) untuk mengatasinya. Contoh pendahuluan :

Jenayah kolar putih merujuk kepada jenayah yang hanya dilakukan oleh pihak

tertentu, seperti golongan profesional dan menggunakan teknologi yang canggih (D). Oleh itu, jenayah ini dianggap lebih berbahaya berbanding jenayah biasa (RKP) kerana melibatkan jumlah harta yang besar, di samping sukan dikesan. Kegiatan jenayah seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan kuasa, penipuan cek, dan pemalsuan kad kredit (C) semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Banyak kesan (PP) yang akan timbul jika jenayah seperti ini berleluasa, terutamanya yang

melibatkan aspek ekonomi, politik dan sosial. Lantaran itu, banyak pihak boleh mengambil inisiatif (PP)untuk mengatasinya bagi mengelakkan negara menghadapi masalah yang lebih besar.

(93 pp)

Apakah yang dikatakan isi sokongan ?

Apabila pembaca membaca isi sokongaan, mereka mendapat maklumat lebih terperinci yang membolehkan mereka lebih memahami ISU dan FOKUS yang dinyatakan oleh penulis dalam perenggan pendahuluan.

Struktur perenggan isi sokongan : 1. Ayat Topik/Judul

a. bersifat umum supaya boleh dihuraikan/dijelaskan dalam ayat-ayat berikutnya selepas ayat topik/judul

2. Huraian/Pengembangan isi

a. Huraian/keterangan lanjut untuk menjelaskan idea/konsep yang dinyatakan dalam ayat topik/judul.

3. Contoh/bukti/kes

a. Perlu spesifik dan relevan dengan fakta/idea/konsep yang dikemukakan.

b. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengemukakan contoh,huraian anda perlulah dapat memberi keyakinan kepada penanda.

4. Penegasan/kesimpulan a. Boleh ada/tiada

b. Dibuat dalam bentuk penilaian anda sendiri atau rumusan terhadap satu-satu perenggan isi sokongan.

Contoh Soalan :

Bincangkan punca-punca kebakaran dan langkah-langkah membendung kebakaran. Contoh isi sokongan

Pengabaian ciri-ciri keselamatan di tempat kerja(ISI) juga merupakan punca berlakunya kebakaran. Banyak premis seperti premis perniagaan dan kilang mengendalikan bahan-bahan yang mudah terbakar. Namun begitu, merekatidak menyediakan tempat yang selamat untuk menyimpannya (H 1) atau pekerja yang mengendalikan bahan-bahan berbahaya tersebut tidak mematuhi prosedur

pengendaliannya (H 2). Pekerja-pekerja juga tidak diingatkan tentang bahanyanya (H 3) bahan-bahan tersebut. Sebagai contoh, mereka menghisap rokok (C 1)ketika mengendalikan bahan-bahan berbahaya dan mudah terbakar seperti cat, petroleum, plastik (C 2) dan bahan kimia yang lain. Akibatnya, kebakaran akan berlaku seperti yang terjadi di kilang mercun Bright Sparkles di Selangor. Kejadian yang

mengorbankan banyak nyawa ini berlaku disebabkan oleh pengabaian ciri-ciri

keselamatan pengendalian bahan berbahaya dan mudah terbakar. (Penegasan ) (103 pp)

Nota : Struktur perenggan isi sokongan di atas tidak semestinya dibuat dalam urutan yang dinyatakan. Begitu juga dengan contoh/bukti/kes tidak semestinya satu struktur yang perlu diasingkan daripada struktur-struktur yang lain. Anda boleh

mengabungjalinkan struktur-struktur tersebut untuk menjadikan perenggan isi sokongan sebuah wacana yang utuh.

Ayat Transisi.

1. Ayat yang dibina dengan tujuan untuk menunjukkan perkaitan/perhubungan antara perenggan isi sokongan dengan perenggan isi sokongan yang lain.

2. Tidak semestinya hadir pada setiap perenggan isi sokongan 3. Biasanya menggunakan penanda wacana

4. Boleh juga digunakan dalam sebuah perenggan isi untuk menghubungkan idea satu

ayat dengan idea ayat yang berikutnya.

Apakah yang dikatakan perenggan penutup/kesimpulan ?

Apabila pembaca membaca perenggan kesimpulan/penutup, mereka dapat membuat penyelesaian kepada isu yang dibincangkan.

Strukutur perenggan penutup/kesimpulan

1. Perenggan penutup/kesimpulan tidak mempunyai struktur yang nyata 2. Anda boleh mengakhiri karangan anda dengan memberikan penyelesaian, memberikan

ingatan kepada pembaca atau mengemukakan cerita yang berkaitan dengan isu dan fokus penulisan anda.

3. JANGAN mengulang/menulis semula idea/fakta/ayat yang telah anda kemukakan pada

perenggan pendahuluan dan perenggan isi sokongan.

SELAMAT MENGULANGKAJI

Alih Bentuk Teks : Dialog

Dalam dokumen SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (Halaman 93-97)