SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
Bahasa Melayu Kuno,
Bahasa Melayu Klasik dan
Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
Pengaruh agama Hindu
Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h(Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya:sahaya) Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
masih memakai abjad India
buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
ditulis dalam tulisan Jawi
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
Zaman kerajaan Melaka
Zaman kerajaab Acheh
Zaman kerajaan Johor-Riau
Ciri-ciri bahasa klasik:
ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
banyak ayat pasif
menggunakan bahasa istana
kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
ayat songsang
banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.
Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu
Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.
Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.
a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)
b. Perkataan bahasa melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.
d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.
Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:
a. huruf atau sistem tulisan
b. bunyi-bunyi
c. imbuhan
d. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan
e. struktur ayat.
Jenis-jenis peminjaman
a. peminjaman tulen (matematik, bonus)
b. peminjaman kacukan (kasut but)
c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)
d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).
e. peminjaman kuno (purnama)
f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)
Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:
Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris
Bunyi-bunyi Asing
Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan sanskrit.
Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dala perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.
Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula.
Bunyi Contoh Perkataan
/kh/ khabar, khadam, khas, bakhil, tarikh /gh/ ghairah, ghalib, ghazal, maghrib /f/ fakir, fitrah, tafsir, tafahus, mualaf
/dh/ darab, darurat, kadi, fardu, haid (bunyi ini dilambangkan dengna huruf d) /z/ zalim, zaman, wazir
/th/ sabit, selasa, isnin, misal, hadis (disebut sebagai `s') /q/ qari, qadim, furqan
Daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah lain) bahasa Melayu telah meminjam bunyi-bunyi seperti berikut (lihat jadual):
Bunyi Contoh Perkataan
/f/ fasa, fokus, kafe, sofa lif, staf /v/ vaksin, vakum, novel, televisyen /sy/ syampu, syif, televisyen, kusyen /z/ zip, zon, dozen, gazet
Imbuhan Asing
Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.
Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.
Sumber Jenis Imbuhan Imbuhan Contoh Perkataan
Sanskrit
awalan
maha- maharaja, mahaguru, mahasiswa
pra- prakata, prasangka, prauniversiti
tata- tatacara, tatarakyat, tatasusila
swa- swasta, swadaya, swalayan
eka- ekabahasa, ekafungsi, ekanada
dwi- dwibahasa
panca- pancaindera, pancalogam,.
akhiran
Awalan bi- binomial, biadab, bimormal
Akhiran
-i abadai, insani, akhiri
-wi duniawi
-iah ilmiah
-in hadirin
-ah ustazah
-at hadirat
Inggeris-Eropah Awalan anti- antibiotik, anti-Yahudi
poli- poliklinik
auto- autonomi, autograf
sub- subgolongan, subbidang
supra- supranasional, suprakelas
Akhiran -al klinikal, kritikal, praktikal
-isme idealisme, nasionalisme
Pengaruh Bahasa Inggeris
Aspek Pinjaman
Kosa kata: lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.
Pinjaman Nahu
Kopula/kata pemeri: Ialah dan adalah (is)
Pinjaman Peribahasa: Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).
DINAMIKA BAHASA MELAYU
Variasi Bahasa
Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Idiolek
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat
penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara
mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa
Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia
merupakan dialek bagi bahasa Melayu.
Dialek sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang
akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.
Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, danragam bahasa mesra dan bahasa formal.
Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal
Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal
Ayat yang tidak gramatis.
Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan
perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.
Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning
you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.
Ayat yang gramatis
Mementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi,
pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.
Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali
memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu,
tetapi awak masih hendak ke sana.
Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal
Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal
Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.
Ciri-ciri lain:
a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap
Bahasa Slanga
Bahasa tidak rasmi, tidak baku.
Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.
Bahasa Basahan
Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa Baku Bahasa Basahan
mengapa kenapa
bagaimana macam mana
sedang tengah
Bahasa Baku Bahasa Basahan
hendak nak
tidak tak
sudah dah
(c) perubahan bunyi
Bahasa Baku Bahasa Basahan
ambil ambik
kecil kecik
pula pulak
Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu
Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.
Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.
Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.
Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.
Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.
Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa Basahan Bahasa Halus
kencing Buang air kecil
berak Buang air besar
mengandung/bunting Berbadan dua
kubur makam
Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.
Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.
Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.
Dialek
variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo. b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan. perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)
Laras Bahasa
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana
merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, enidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah
serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.
JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam
ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus
kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan
selariperlawanan bola sepak , rragam ayat aktif
dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak
digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan
bola sepak berkenaan.
Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan
atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?
JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi
atau surat peribadi, memorandum atau iklan?
Gaya penyampaian mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn
orang-orang kenamaan atau dif-dif?
Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laas bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusu yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:
kosa kata
tatabahasa
gaya
Laras Bahasa Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.
.
Laras Bahasa Perniagaan
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.
Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.
Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpusdan sebagainya.
Laras bahasa media
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Kesimpulan:
Golongan laras Bidang Situasi Contoh Bahan
Biasa
Hiburan
Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis
Khalayak Umum
Berita, laporan. iklan, surat peribadi
Ucapan syarahan
Acara majlis umum
Doa, khutbah
Teknikal
Ilmiah
Rencana, ekonomi,
undang-unang, fizik,
kimia, dan lain-lain.
Tesis, rencana matematik,
biologi, Fizik, Kimiz,
Lukisan Kejuruteraan dan
sebagainya.
Wacana
1. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.
2. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagaiunit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.
3. Tingkat-tingkat wacana merupakan peringkat fungsi.fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala 4 Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:
i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'
ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan
(seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
5. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
6.
Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a. pendahuluan
b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan
tebal, miring, garis tebal)
c. penutup
d. graf, jadual, peta dan statistik.
8. Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. 9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.
Fungsi Contoh
1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
2. Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
3. Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
4. Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
7. Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
8. Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11. Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.
Retorik
Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.
Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:
1. penguasaan tatabahsa
2. penggunaan pelbagai ragam bahasa
3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik
4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.
Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi ynag dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Disamping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara,
iaitu naratif(penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), ataupenghujahan.
Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.
Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khsusu dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.
Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.
Analogi Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario.
Naratif Deskriptif Eksposisi Penghujahan
- Gaya naratif boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.
- Menerangkan atau memerikan sesuatu.
- Menggunakan
pemerhatian dan
pengamatannya untuk
menerangkan sesuatu
hal. Di tahap yang lebih
halus, penulis ada
kalanya menggunakan
pancainderanya, di
samping perasaan hati
dan pandangannya.
- Penulis menggambarkan
peristiwa, contoh kiasan
dan sebagainya.
- Pengalaman seseorang,
watak-watak dalam novel,
drama dan sebagainya.
- Mendedahkan sesuatu isu, perkara.
-Cara ini sesuai digunakan
untuk menjelaskan
konsep, pandangan,
cadangan, proses, atau
sejarah sesuatu, dengan
menggunakan
mana-mana teknik sama ada
deduktif, induktif atau
analogi.
- Cara penulis
menunjukkan kebenaran pendapat sama ada menentang, menyookong atau menunjukjkan sikap berkecuali.
-Kebenaran yang hendak
ditunjukkan mestilh
berasakan fakta atau
bukti yang konkrit.
-Kebenaran tidak
- Dengan cara deksriptif
ini, penulis boleh
menggunakan
teknik-teknik induktif, deduktif
atau analogi.
Kesantunan Berbahasa
1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. 2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. 3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. 4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormatdan ganti nama. 5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata
dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' 7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk
di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9, Lihat contoh berikut:
Pak Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
Adik Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.
10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah,
Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti
Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok
Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau
isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long
ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
12. Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin,
manakala Encik untuk lelaki sahaja.
13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan
orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya,
daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan
perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri
atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan
dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan
penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik
atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan
Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
14. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei
Darussalam) Tengku(Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang
besar; Megat danPuteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,
Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah),Awangku,
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifahbagi perempuan. Sesetengah pihak
mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran
jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,
Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres
Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak
Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji
Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof.
Raja Haji Osman
17. Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan,
Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Tengku atau Raja
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan)
atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Yang Berbahagia Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
3.0 SISTEM BAHASA MELAYU
3.1 FONOLOGI
Sistem Bahasa Melayu Pengenalan
1. Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.
2. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
• Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek berkaitan kata.
• Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan serta kajian tentang ayat.
• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.
Fonologi
Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.
Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata • Konsep Bunyi
- Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu. • Fonem
- Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
• Huruf
- Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan. - Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal. • Suku Kata Dalam Bahasa Melayu
- Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.
Sistem Tulisan Bahasa Melayu
Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong. Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.
Penggolongan Bunyi Bahasa Alat-alat Pertuturan Manusia
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus ugara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.
Sifat-sifat Vokal
a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini. b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.
Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata. c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".
e e/kor Belas Sate Telek i i/bu Bilah Kali Saling a a/yam Malu Saya Botak
Cara Menghasilkan Bunyi Bahasa A. Konsonan
a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.
b. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat sekatan, halangan ataupun geseran.
c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak dan hidung.
d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman. e. Konsonan asli terdiri daripada,\;
- Bunyi letupan (Plosif) - Bunyi letusan (Afrikat) - Sengauan (Nasal) - Geseran (Frikatif) - Sisihan (Lateral) - Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)
Tanda Baca
Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.
a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.
b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat. c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.
d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain yang berkaitan. e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.
f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah, menyindir, sakit. g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.
h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.
i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.
Tatabahasa
.::Pengenalan::.
- ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat. - tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat. - bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.
- wacana hasil himpunan ayat-ayat.
.::Latar Belakang Tatabahasa::.
- tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa. - bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.
- binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.
perkataan dalam golongan yang sama.
- struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan menjadi unti bahasa yang bermakna.
.::Definisi Tatabahasa::.
- merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan kata dalam ayat.
- tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.
.::Bahagian Tatabahasa::. a. Morfologi
- bidang tatabahasa berkaitan dengan aspek kata, dari segi struktur dan pembentukan kata serta penggolongan kata.
- unit terkecil yang mempunyai maksud atau tugas ialah morfem. Sesuatu perkataan terbentuk daripada satu morfem atau lebih.
- contoh; perkataan berkawan mempunyai dua morfem iaitu kata dasar "kawan" dan awalan "ber-".
b. Sintaksis
- bidang ilmu bahsa yang melibatkan kajian proses pembinaan ayat. - sintaksis mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.
c. Konsep Morfem
- unit asas terkecil yang menjalankan tugas nahu.
- walaupun unit terkecil tetapi tidak dapat dikategorikan dalam unit nahu.
- Morfem ada dua jenis, iaitu morfem bebas (iaitu kata tanpa imbuhan) dan moefem terikat (iaitu terdiri daripada bentuk-bentuk imbuhan).
.::Perbandingan Bahasa dan Tatabahasa::.
Bahasa Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Ayat
Tatabahasa Morfem Kata Frasa Klausa Ayat
.::Konsep Asas Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ini termasuk kaedah penyusunan perkataan dalam membentuk sesuatu ayat.
- ayat boleh terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna lengkap. - ayat mempunyai subjek dan prediket. `Subjek' dalam ayat ialah konstituen yang menjadi judul dan unsur yang diterangkan. `Predikat' adalah bahagian yang terdiri daripada frasa yang berfungsi sebagai penerang subjek.
berpotensi uuntuk dikembangkan menjadi lebih perkataan.
- Klausa merupakan satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan prediket serta konstituen kepada ayat. Klausa tidak mempunyai tanda baca yang lengkap mahupun intonasi yang sempurna.
3.2.1 MORFOLOGI .::Morfologi::.
.::Pengenalan::.
- dalam Bahasa Melayu, morfologi melibatkan tiga perkara iaitu proses pembentukan kata, penggolongan kata, dan struktur kata.
.::Definisi Morfologi::.
- Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang berkaitan aspek bahasa dan kata termasuk struktur dan pembentukan kata. unit terkecil dipanggil Morfem.
.::Konsep Morfem::.
- morfem ialah unit tatabahasa terkecil dan fungsi nahu.
- terdapat 2 morfem iaitu 'morfem bebas' dan 'morfem terikat'.
.::Konsp Perkataan::.
- kata akar atau akar kata ialah bentuk morfem terikat yang perlu bergabung dengan morfem lain untuk membentuk kata.
- contoh: arus (akar kata) + sungai (morfem bebas) = Arus sungai
.::Kata Dasar::.
- dikenali juga sebagai 'kata pokok' yang merupakan kata yang menjadi asas bagi kata terbitan.
.::Bentuk Kata::.
- bentuk kata ialah unit tatabahasa yang berbentuk tunggal dan terbentuk daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajukan sesuatu kata.
- binaan kata merupakan kata-kata yang digolongkan berdasarkan peranan masing-masing dalam sesuatu ayat.
- kata daripada sebarang golongan yang tiada imbuhan, penggandaan atau pemajukan. b. Kata Terbitan
- kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan. Kebanyakan daripada kata dasar menerima imbuhan daripada morfem bebas.
c. Kata Majmuk
- terhasil apabila dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu. - dieja secara terpisah, namun berfungsi sebagai satu unit.
d. Kata Ganda
- bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar, sama ada seluruh kata dasar atau sebahagian kata dasar (Penggandaan penuh dan penggandaan separa).
.::Proses Pembentukan Kata::.
- satu proses penghasilan kata dalam Bahasa Melayu melelui proses pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.
- ini akan menimbulkan kata-kata baru dan menambahkan perbendaharaan kata.
.::Pengimbuhan::.
- Melibatkan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
.::Pemajmukan::.
- penggabungan dua kata dasaratau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata. - terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap dan dieja.
.::Penggandaan::.
- proses menggandakan kata dasar sama ada secara penuh atau seluruh kata dasar, sebahagian kata dasar atau gandaan berentak.
.::Golongan Kata::.
- perkataan digolongkan dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan struktur,fonologi, morfem, sintaksis dan semantik.
- terdapat 4 kategori iaitu; a. Kata Nama
- unsur penting dalam binaan nama. terdiri daripada nama orang, nama tempat dan nama benda.
- kata nama terdiri daripada 'kata nama khas', 'kata nama am' dan 'kata ganti nama'.
**kata nama khas - hidup - manusia
- bukan manusia (haiwan, tumbuh-tumbuhan)
- tak hidup (benda mati dan tidak hidup sifatnya seperti nama negeri, institusi, bangsa, organisasi.)
**kata nama am
- kata nama am abstrak (Bukan kebendaan) - contoh : cinta, mimpi.
**Kata ganti nama - kata ganti nama tunjuk
- kata ganti nama diri - diri tanya - diri orang
b. Kata Kerja
- merangkumi kata-kata dasar yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa kerja.
Kata Kerja
- juga dikenali sebagai kata sifat yang merupakan perkataan unsur inti dalam sesuatu binaan frasa adjektif.
Penggolongan kata Adjektif 1.cara - Mudah, Sukar 2.sifat - Baik, Jahat 3.jarak - Dekat, Jauh 4.waktu - Sekarang, Nanti 5.warna - Biru, Merah 6.bentuk - Bulat, Bujur 7.ukuran - CM, Inci
8.perasaan - Suka, Gembira
9.pancaindera - Rasa, Bau, Dengar, Dsb
d. Kata Tugas
- hadir dalam frasa, klausa atau ayat.
- kata tugas untuk kata seru, nafi, arah, tanya, bantu, penegas, perintah, hubung, bilangan, penguat, pemeri, pembenar, sendi nama dan pangkal ayat.
3.2.2 SINTAKSIS .::Pengenalan::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa berkaitan dengan proses pembinaan ayat. - dalam dinaan ayat, frasa dan klausa adalah penting.
.::Definisi Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa.
- aspek penting seperti konsep frasa dan klausa, penggolongan kata serta pembentukan dan pembinaan ayat.
- ayat adalah unit pengucapan yang terletak di peringkat susunan yang paling tinggi. - Binaan ayat mempunyai subjekdan predikat.
.::Pola-pola Ayat Dasar::.
- ayat dasar merupakan ayat inti yang dapat mengalami peluasan. - dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis pola iaitu;
a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN) b. Frasa Nama + Frasa Kerja (KN+FK) c. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FS) d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)
.::Frasa::.
- Frasa ialah satu unit tatbahasa berdasrkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.
- contoh : "Budak --> Budak sekolah --> Seorang budak sekolah".
.::Jenis-jenis Frasa::.
- tardapat 4 jenis frasa iaitu : a. Frasa Nama (FN)
- terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat. b. Frasa Kerja (FK)
- terdiri daripada kata kerja tak transitif. c. Frasa Adjektif (FA)
- susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar (Ajdektif).
d. Frasa Sendi Nama (FS)
- terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap.
.::Klausa::.
- klausa merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. - fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat.
- jenis-jenis klausa terdiri daripada; a. klausa bebas (utama)
b. klausa terikat (tak bebas)
.::Ragam Ayat::.
- merangkumi ayat aktif dan ayat pasif.
- ayat aktif ialah yang menggunakan kata kerja aktif.
- ayat aktif boleh dipasifkan, terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. - sebagai panduan;
Ayat Aktif - aktif transitif - aktif tak transitif
Ayat Pasif - ayat pasif dengan kata kerja. - ayat pasif dengan kata nama ganti - ayat pasif dengan perkataan "Kena"
1. Ayat penyata 2. Ayat perintah - Ayat suruhan - Ayat larangan - Ayat silaan - ayat permintaan 3. Ayat seruan 4. Ayat tanya
.::Bentuk Ayat::.
- terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat-ayat dasar / ayat mudah / ayat inti. - terdapat beberapa pola ayat seperti ayat pasif, ayat tunggal, ayat majmuk dan sebagainya.
a. Ayat Tunggal
- ayat tunggal mengandungi satu klausa bebas.
- ayat tunggal terdiri daripada satu subjek (inti) dan satu predikat (cerita) sahaja. - ayat tunggal merupakan ayat dasar.
b. Ayat Majmuk
- ayat majmuk atau ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat.
- ia boleh dibahagikan kepada beberapa ayat seperti; - Gabungan
- Pancangan - Komplemen - Pancangan Relatif - Pancangan Keterangan - Majmuk Campuran
3.3 SEMANTIK .::Semantik::.
.::Pengenalan::.
- bidang kajian bahasa yang mengkaji maksud dan makna kata.
- beberapa konsep dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisim.
.::Definisi Semantik::.
- semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam bahasa tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang mempengaruhi.
.::Makna Perkataan::.
- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain atau perkaitan beberapa jenis perkataan.
Makna Perkataan - Polisim
- Antonim
- Hiponim - homonim - Homofon
- Homograf
.::Peribahasa::.
- masyarakatMElayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari tutun-temurun.
- peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat tinggi nilainya.
- peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan bidalan. Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.
a. perumpamaan / simile
- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna. Perumpamaan mempunyai erti dua lapis.
b. pepatah
- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan pusaka adat resam masyarakat Melayu.
c. bidalan
- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja. d. kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain. e. simpulan bahasa
- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan tertentu. f. rumusan
- rumusan ialah peribahasa di dalam warisan budaya Melayu.
.::Perbandingan::.
- terdapat dalam perumpamaan.
- Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan perbandingan tidak terus terang.
- di dalam perbandingan, terdapat 5 jenis perbandingan iaitu; a. Tamsil
- memberi misalan berkias.
- mengandungi pengajaran dan teladan. b. Ibarat
- bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu maksud. - maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.
c. Kiasan Ibarat
- gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan. - selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi. d. Tamsil Ibarat
- tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam bentuk kesatuan kata.
e. Cerita Ibarat dan Cerita Kiasan
- ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia.
.::Kiasan::.
- kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan dengan perkara lain.
- kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu; a. kiasan asal
- bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan.
b. kiasan berpindah
- menggunakan kata perbandingan seperti bak, ibarat, umpama, laksana dan bagai. - kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
Nota Ringkas Kata Tugas
Subtajuk Kata Tugas mesti ditanya dalam BM 1 STPM setiap tahun. Adalah rugi sekiranya anda tidak menguasainya...
KATA TUGAS
Kata yang bersifat pelbagai jenis (heterogen) – tidak boleh jadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik (FN/FK/FA)
Hadir dalam ayat, klausa @ frasa
Mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu
JENIS KT DEFINISI CONTOH
Kata hubung
Dan, lalu, malahan, yang, bahawa, kerana
Hubung 2 binaan ayat
AMC AMP
1. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
2. Budak yang sedangmembaca itu adik saya
Kata seru
Aduh, cis, amboi
Lahirkan perasaan 1. Aduh, sakitnya kakiku !
2. Amboi, comelnya bayi itu !
Kata Tanya
Depan ayat Maka panglima itu pun diberi persalinan.
Hatta istana itu pun siaplah.
Kata Bantu Telah, sedang, masih
Juga, jua, pun, lagi, hanya, memang
tergolong dalam keluarga Austronesia.
Makanan seimbangadalah baik untuk kesihatan
badan
Sumbangan besar beliauadalah dari segi
peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.
Kata arah
tepi, belakang atas, bawah, sisi, selatan, timur dll.
Hala Buku itu ada di atas meja.
Mereka menuju ke tengahpadang.
Kata bilangan Tentu (kardinal)
dua, seratus Dua hari lagi, saya akan berangkat ke Itali.
Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjara.
pisahan
setengah, dua per tiga
Setengah hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.
Kata penekan
nya Beri penegasan
Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. Kata pembenda
nya Bukan KN jadi KN
Lajunya ialah 100 km sejam.
KATA SENDI NAMA
- Letaknya dihadapan FN
Di tunjukkan tempat Ibunya bekerja di sekolah itu.
ke 1. tunjukkan tempat
@ arah yang dituju
perhentian bas dari pagi ke petang. dari tunjukkan arah, tempat @
waktu/masa daripada menyatakan punca bagi
manusia/haiwan/benda/unsu 2. sumber / asal kejadian 1. Ukiran itu diperbuat
daripada logam.
3. perbandingan / perbezaan 1. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.
kepada 1. menyatakan sasaran manusia/institusi, haiwan
terdedah kepada bahaya dadah. 2. menyatakan pecahan 1. Peserta bengkel itu
dibahagiakan kepada dua kumpulan.
3. menyatakan perubahan
keadaan 1. Suhu badannya meningkat kepada 39ºC
pada 1. menunjukkan keterangan
waktu/tempat 1. Bas kami bertolah pada pukul tujuh pagi.
2. ada pada 1. Wang itu ada pada ibu.
3. menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja
1. Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon.
4. digunakan pada ungkapan
1. Pada pandangan saya, kisah itu hanyalah khayalan.
untuk/bagi 1. tunjukkan kegunaan
sesuatu 1. Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. untuk menyatakan bahagian yang
ditentukan
Hadiah itu untukmu.
Tanah seluas dua ekar itu untuk
kamu.
demi tujuan Rakyat Malaysia mesti bersatu padu
unsur penegas Demi Allah, aku tidak akan
mengulangi perbuatan terkutuk itu.
tentang
(mengenai) membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu/umum @ mujarad
Mereka berbincangtentang masalah
negara.
Kami berbual
tentangkejadianrompakan itu. terhadap rujukan penyambut tentu
(haiwan/manusia/benda)
Seseorang ketua harus bersikap adil
terhadapanak buahnya.
Tawas akan bertindakbalas
terhadapkotoran dalam air. seperti/bagai/
umpama/ laksana
perbandingan Pemuda itu berlagak ...orang kaya. Pasangan mempelai itu ...pinang
dibelah dua.
dengan 1. maksud
bersama2/beserta 1. Ayah pergi ke pekan dengan ibu. 2. cara sesuatu dilakukan 1. Dia menyambut tetamu itu
dengan hati terbuka. 3. mamakai/menggunakan 1. Ani melukis potret itu
dengan cat air. 4. perbandingan yang
serupa/sama 1. Warna bajunya sama biru denganwarna bajuku. sejak/semenjak penanda waktu/masa 1. Hasnah sugul sejak kematian
ibunya.
akan merujuk manusia
(penggunaannya mesti didahului KA emotif
Wanita itu amat rindu akan anaknya. Anak raja itu berahi akan Tuan
Puteri Bongsu. oleh ayat pasif (di-.../ter-.../kena Kuih itu dibeli olehnya
Buku Pelita Bahasa terkarang oleh
hingga/sampai membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu @ tempat
Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anak-anaknya belajar hingga
peringkat universiti dalam/antara berfungsi sebagai kata arah
(tiada ruang/tiada jarak)
Dalam hal ini, kita semua setuju Tiada perbezaan yang besar antara
Nota Ringkas Kata Kerja
Kata kerja sering menjadi soalan wajib BM 1 STPM. Calon dimestikan mahir tentang subtajuk ini.
Jenis Kata Kerja :
Jenis KK Definisi Contoh
TT
Tanpa Pelengkap
Boleh berdiri sendiri tanpa objek
sedang mendengarceramah. 2. Ceramah sedang didengaroleh murid-murid.
3. Saya telah menjawab suratitu.
4. Surat itu telah saya jawab.
Jenis Makna Contoh
meN - kan
Membuat sesuatu Para peneroka mendirikan rumah
secara bergotong-royong.
Dia meyakinkan saya tentang
kebenaran cerita itu.
kausatif En. Ali membesarkan rumahnya.
Perbuatan pemuda itu memalukankeluarganya.
benefektif Ayah membelikan adik buku.
Aminah menjahitkan adiknya seluar
pendek.
meN - i lokatif ...menaiki bas.
...menuruni lurah.
...mendekati anak muridnya.
Perbandingan akhiran ...kan dan akhiran ...i :
PERSAMAAN PERBEZAAN
Kedua-duanya membawa maksud kausatif.
1. ...membesarkan rumah.
2. ...membaiki motosikal.
Kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.
... kan (benefektif)
... i (lokatif)
Kata Kerja Transitif 1 Objek dan 2 Objek :
I OBJEK
2. Kami mewarnakan mural itu.
3. Saya menyampaikan salam kepada beliau.
2 OBJEK
1. Hasnah membelikan Asri (OT)sebuah buku (OS).
2. Kakak menjahitkan ibu (OT) sehelai baju (OS).
Menunjukkan catatan terbaru dengan label BM 1 : Teknik Menjawab Soalan.. Tunjukkan catatan yang lebih lama
KHAMIS, 30 JUN 2011
Kaedah Logik Menjawab BM 1
Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah soalan BM 1 STPM yang hanya memerlukan pemikiran logik akal untuk menjawabnya ?
Saya tunjukkan beberapa soalan sebagai contoh.
STPM 2004
16 Susunan yang betul untuk perancangan bahasa Melayu ialah
I pengekodan
II perancangan taraf
III perancangan dasar
IV penilaianhasil dan pemantapan strategi.
A I, II, III dan IV
B II, III, IV dan I
C III,I, II dan IV
D III, II, I dan IV
STPM 2002
14 Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang menunjukkanperancangan bahasa
Melayu pada peringkat pertama?
I Melaksanakan rancangan yang disusun
II Mempertimbangkankedudukan bahasa-bahasa lain
III Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
IV Melaksanakankajian semula terhadap kedudukan bahasa kebangsaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Kata kunci soalan di atas ialah perkataan perancangan. Perancangan mestilah perkara yang belum dilaksanakan. Oleh itu, pilihan jawapan I dan IV semestinya salah kerana mengandungi pekataan "melaksanakan". Perkataan "mempertimbangkan" dalam pilihan II dan perkataan "memilih"dalam pilihan jawapan III menepati makna perancangan iaitu tindakan yang belum dilaksanakan. Oleh itu jawapan yang betul ialah C.
RABU, 23 MAC 2011
SMK. BANDAR MAS
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 1 (910/1)
(A) PENDAHULUAN.
[1] Kertas Bahasa Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terdiri daripada dua kertas, iaitu :
Kertas 1 (910/1) dan Kertas 2 (910/2).
[2] Sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun 2000 dan peperiksaannya pada tahun 2001 ialah sukatan pelajaran baru yang menggantikan sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang digunakan sejak STPM 1992.
[3] Kertas 1 mengandungi 60 soalan objektif aneka pilihan. [4] Soalan-soalan dalam kertas ini merangkumi soalan :
BAHAGIAN Pemahaman
• laras akademik/karya sastera/carta dan bentuk-bentuk lain. A Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
• latar belakang/asal usul/tahap perkembangan B Dinamika Bahasa Melayu.
• kepelbagaian dan kesegaran bahasa Melayu sebagai alat perhubungan. • ciri-ciri kesantunan bahasa Melayu
C Sistem Bahasa Melayu
• pelbagai peraturan bahasa.(fonologi/morfologi/sintaksis) • makna kata/peribahasa (Semantik)
[4] Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan tersebut (60 soalan) dalam masa 2 jam.
[5] Jumlah markah penuh bagi kertas ini ialah 60 markah dengan pemberatan 37.5 . Markah calon dikira berdasarkan jumlah jawapan yang betul.Markah tidak ditolak sekiranya jawapan calon salah.
[6] Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan A,B,C,D, 2 atau 3 gabungan jawapan.Calon dikehendaki memilih jawapan yang betul, kemudian menandakan jawapan tersebut pada kertas jawapan objektif yang berasingan yang
disediakan semasa peperiksaan.
D) BENTUK SOALAN
D1.0 TIADA STIMULUS. STPM 2002
A Sailendra B Sriwijaya C Majapahit D Bangkahulu
STPM 2003
37 Pilih ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul? A Kereta api yang baru tiba itu adalah dari Johor Bahru. B Encik Hashim adalah ketua kumpulan kami yang baru.
C Adalah dimaklumkan bahawa tugasan ini perlu disiapkan dengan segera. D Latihan merumus karangan itu adalah bukan untuk semua pelajar dalam kelas ini.
STPM 2004
13 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang bahasa Melayu klasik kecuali A menyerap unsur bahasa Jawa kuno
B meminjam beberapa unsur bahasa Arab C mengekalkan pengaruh bahasa Sanskrit
D menjadi media penghasilan karya sastera dan penyebaran ilmu
D2.0 MEMPUNYAI STIMULUS
Stimulus soalan : Carta,jadual,petikan,pernyataan,ayat,gambar rajah,rumus,pola dan stimulus-stimulus lain.
2.1 Carta
STPM 2004
Soalan 11 berdasarkan carta di bawah ini.
Austronesia Tibet-China
11 Padanan yang betul bagi bahasa dalam petak P dan Q ialah
A Austroasia Polinesia B Austris Melanesia C Austris Austroasia D Austroasia Mikronesia
D2.2 JADUAL DIIKUTI OLEH SOALAN.
III Jawa III Bahaya IV Sanskrit IV Tulen
15 Berdasarkan jadual di atas,pilih padanan yang betul antara perkataan pinjaman dengan bahasa sumbernya.
I II III IV A P Q S R B P S Q R C P S R Q D R Q S P
STPM 2002 19
Laras rencana Laras akademik
I Fakta bersifat khusus Fakta bersifat ilmiah II Bahasanya bersahaja Bahasanya ringkas
III Kurang penggunaan istilah Penggunaan istilah teknikal IV Terdapat kepelbagaian idea Idea yang terbatas
Berdasarkan jadual di atas, pilih padanan yang betul antara laras rencana dengan laras akademik
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV
D3.0 SOALAN YANG JAWAPANNYA DALAM BENTUK JADUAL/KENYATAAN
STPM 2001
20 Daripada jadual di bawah, pilih padanan penanda wacana yang sesuai dengan tujuan paparan idea.
Tujuan paparan idea
Melanjutkan gagasan Menyatakan pertentangan maklumat A Oleh itu, Justeru
B Di samping itu, Seterusnya C Dengan itu, Namun
D Walau bagaimanapun Meskipun demikian
STPM 2003
Ramlah terpesona (A) melihat pertunjukan silap mata itu. Ketika keluar dari tempat itu, bahunya terlanggar (B) oleh pemuda menyebabkan dia terjatuh (C). Ramlah cepat-cepat bangun dan dia tersenyum (D) memandang pemuda itu.
STPM 2003
23 Daripada jadual yang berikut, pilih padanan gelaran yang betul
Gelaran Warisan Gelaran Kurniaan Gelaran Ikhtisas A Ungku Datuk Tuan Doktor
B Tok Imam Profesor Tan Sri C Megat Puan Sri Tunku D Pangeran Syed Cikgu
STPM 2004
12 Pilih padanan yang betul antara batu bersurat dengan tempat dan tulisan.
Batu Bersurat Tempat Tulisan A Kedukan Bukit Palembang Palava B Talang Tuwo Palembang Nagiri C Gandasuli Jawa Palava
D Pagar Ruyong Acheh Nagiri
D4.0 GAMBAR RAJAH/CARTA DIIKUTI OLEH SOALAN
STPM 2003
24. Bahagian yang bertanda X dalam gambar rajah di atas ialah A vokal depan luas
B vokal belakang luas C vokal belakang sempit D vokal depan separuh sempit
D5.0 PETIKAN DIIKUTI OLEH SOALAN
Wanita yang ditemui itu berseluar biru,memakai kemeja berlengan panjang,berambut pendek,berkulit cerah,bertahi lalat di bawah bibir,memakai kasut hitam bertumit tinggi,memakai kaca mata hitam,dan beg tangan berjenama Christine de Or.
STPM 2002
21 Petikan di atas menepati retorik A laporan
STPM 2003
Walaupun hari beransur senja, Pak Dollah dan isterinya masih di ladang. Pasangan itu sedang rancak memetik hasil tanamannya. Mereka mahu menjual buah-buahan yang dipetik itu di pasar malam. Bagi pasangan itu, sebahagian daripada buah-buahan itu boleh disedekahkan kepada jiran mereka.
Kata bantu ragam yang terdapat dalam petikan di atas ialah A telah, masih
B mahu, boleh C sedang, mahu D masih, sedang
STPM 2004 39
Belum pun ada apa-apa keputusan dibuat,Pak Mail telah bertindak dengan sendiri
Berdasarkan petikan di atas, kata ganda yang berhuruf condong membawa maksud A jamak
B himpunan C tidak tentu D kepelbagaian
D6.0. PERNYATAAN/HURAIAN DIIKUTI OLEH SOALAN
31
“Kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup”
STPM 2002
Pernyataan di atas merujuk kepada A susunan vokal
B keselarasan vokal
C penyesuaian dua huruf vokal D penggabungan dua huruf vokal
STPM 2003
• Belakang lidah diangkat setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tanpa menyentuhnya
• Lelangit lembut diangkat • Bibir dibundarkan
A vokal tengah B vokal depan luas C vokal depan sempit D vokal belakang sempit
STPM 2004
• Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. • Lelangit lembut dalam keadaan biasa.
• Udara dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung • Pita suara digetarkan
25 Pernyataan di atas menunjukkan cara-cara mengeluarkan bunyi konsonan A sengauan gusi bersuara
B sengauan dua bibir bersuara C sengauan lelangit keras bersuara D sengauan lelangit lembut bersuara
D7.0 AYAT DIIKUTI OLEH SOALAN STPM 2002
Berjaya juga akhirnya pendaki gunung Everest itu 43 Ayat di atas
A tidak boleh dipasifkan
B mengalami proses pengguguran C mengalami proses penyongsangan D boleh menggugurkan unsur keterangan
STPM 2003
49.
Hormatilah Rukunegara kita kalau mahu menjadi rakyat yang setia
Dalam ayat di atas, bahagian yang berhuruf condong dikenali sebagai A frasa keterangan
B klausa tak bebas C klausa utama D klausa bebas
STPM 2004