• Tidak ada hasil yang ditemukan

Karangan : Cara mencari isi yang relevan dengan isu dan kehendak soalan.

Dalam dokumen SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (Halaman 73-75)

Berdasarkan pengalaman, saya dapati ramai pelajar menghadapi masalah untuk mencari isi-isi karangan yang relevan dengan isu dan kehendak soalan. Sebagai guru, saya turut mengakuinya, lebih-lebih lagi pelajar yang agak kurang inisiatif untuk meluaskan pembacaan. Saya pasti para guru tentunya mempunyai pelbagai cara untuk mengajar pelajarnya mencari isi-isi karangan.

Dalam mata pelajaran sejarah, faktor atau kesan selalunya dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial.Di sini saya cuba berkongsi salah satu cara untuk mencari isi-isi karangan berdasarkan pengubahsuaian terhadap pendekatan mata pelajaran tersebut. Saya cuba tunjukkan konsepnya. Semoga para pelajar dapat meluaskan pemahaman konsepnya.

Contoh item :

Fenomena penindasan terhadap kaum wanita masih berleluasa terutamanya di

negara-negara Dunia Ketiga. Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan berlakunya penindasan tersebut? Cadangkan juga langkah untuk mengatasi

fenomena ini.

Isu : penindasan terhadap kaum wanita. KS : Punca dan langkah.

Fokus : negara Dunia Ketiga.

Semua kemungkinan tentang punca-punca penindasan terhadap wanita hendaklah difikirkan secara umum,daripada pelbagai aspek. Calon perlu berfikir dengan tenang. Memandangkan mangsanya ialah wanita, maka tentunya kemungkinan penindasan terhadap wanita berpunca daripada kelemahan wanita itu sendiri (aspek 1 :

kelemahan WANITA/mangsa). Penindasan pula mesti melibatkan dua pihak iaitu mangsa dan pelakunya (aspek 2 : PELAKU/PENINDAS). Siapa lagi yang anda rasa turut menyumbang kepada fenomena ini. Ya, betul kemungkinan masyarakat juga terlibat (aspek 3 : MASYARAKAT/ ORANG SEKELILING MANGSA). Jadi berdasarkan aspek-aspek tersebut, barulah anda mencari isi-isi yang lebih khusus.

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya cuba mengambil aspek 2 sahaja sebagai contoh.

Aspek 2 : PELAKU/PENINDAS

Memandangkan "penindasan" merupakan sesuatu yang berbentuk negatif/buruk, maka permulaan perkataan (perkataan pertama) isi mestilah bermula dengan

perkataan yang membawa maksud negatif, contohnya

(1) trauma dengan sejarah silam (pelaku pernah didera semasa kecil)

(2) tekanan hidup (nyatakan sebab-sebab tekanan sehingga mengakbatkan pelaku hilang kewarasan)

(3) perangai/tabiat/sikap negatif pelaku seperti pemabuk, kaki judi dan sikap-sikap negatif lain.

Lakukan tindakan yang sama untuk aspek-aspek lain yang telah dinyatakan di

atas.Sekiranya daripada aspek 2 sahaja calon sudah boleh mendapat 3 isi, maka saya percaya, calon boleh mengemukakan isi-isi yang lebih banyak apabila calon

melakukan proses yang sama untuk aspek-aspek lain. Akhirnya, calon boleh memilih mana-mana 3 isi untuk kehendak soalan pertama iaitu faktor/punca penindasan terhadap wanita.

Ingat, ini bukanlah satu-satunya cara untuk mencari isi. Maklumat yang saya beri hanyalah sebagai satu bentuk penyelesaian hasil daripada pengamatan terhadap isi- isi yang dikemukakan oleh pelajar saya semasa membuat latihan atau menjawab soalan ujian/peperiksaan. Pada pandangan saya, kuncinya ialah keluasan

pembacaan

di 8:48 AMPautan pada catatan ini0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Label: BM 2 : Karangan.

JUMAAT, 20 MEI 2011

Karangan : Kehendak soalan yang mempunyai

perkataan " sejauh manakah anda bersetuju"".

Kesilapan memahami kehenak sebenar soalan karangan STPM sangat besar

risikonya kerana separuh daripada markah mata pelajaran Bahasa Malaysia kertas 2 datangnya daripada bahagian tersebut. Untuk pengetahuan calon, ada pelbagai jenis kata kunci dalam soalan karangan. Saya cukup yakin bahawa para guru tentunya telah menerangkan cara-cara menjawab pelbagai jenis kata tugas / kata kunci yang terdapat dlam soalan karangan. Ingat, jangan ambil mudah tentang perkara ini !. Kesilapan memahami kata tugas / kata kunci soalan sangat besar kesannya kepada markah karangan anda. Ambil masa untuk berfikir dengan teliti !.

Salah satu jenis kata tugas / kata kunci yang terdapat dalam soalan STPM ialah "sejauh manakah anda bersetuju". Soalan nombor tiga bahagian A Peperiksaan Setara Pertengahan Tahun 2011 daerah Kota Tinggi mengandungi kata tugas tersebut. Soalannya adalah seperti berikut :

3. Sejak belakangan ini masalah penculikan kanak-kanak didapati semakin meningkat dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat. Hal ini sering dikaitkan dengan sikap cuai ibu bapa. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas.

Hasil penandaan, saya dapati ramai calon yang memilih soalan ini tersilap menjawab. Lebih buruk lagi apabila ada calon yang memasukkan langkah-langkah dalam

perenggan isi karangan mereka.

Untuk menjawab soalan ini, calon perlu akur / setuju dengan penyataan yang diberi dalam soalan, di samping perlu memasukkan punca-punca lain yang turut menjadi punca kepada kejadian penculikan kanak-kanak. Ini bermaksud, dalam perenggan pertama, calon perlu menghuraikan penculikan kanak-kanak (isu) berpunca daripada sikap cuai ibu bapa(isi). Selain itu, calon perlu mengemukakan isi-isi lain, selain daripada kecuaian ibu bapa yang turut menjadi punca kanak-kanak diculik seperti kewujudan sindiket penculikan kanak-kanak.

Calon juga perlu tahu bahawa calon boleh mengemukakan lebih daripada satu perenggan isi tentang kecuaian ibu bapa sebagai punca penculikan kanak-kanak. Yang tidak boleh ialah calon mengemukakan kesemua isi karangan hanya tentang kecuaian ibu bapa sebagai punca penculikan kanak-kanak.

Kesimpulannya, calon perlu akur dengan penyataan yang terdapat dalam soalan dan perlu mengemukakan punca-punca lain yang berkaitan dengan isu. Begitu juga halnya jika kehendak soalannya tentang langkah. Calon perlu menghuraikan tentang langkah yang telah dinyatakan dalam soalan, dan nyatakan juga langkah-langkah lain yang turut berkaitan dengan isu dalam soalan. Sekiranya kurang jelas dengan

maklumat ini, bertanyalah dengan guru anda. Bersedialah menghadapi segala

kemungkinan tentang kata tugas / kata kunci dalam soalan supaya anda tahu dengan betul cara untuk menjawabnya.

di 9:44 AMPautan pada catatan ini0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Label: BM 2 : Karangan.

KHAMIS, 5 MEI 2011

Dalam dokumen SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (Halaman 73-75)