• Tidak ada hasil yang ditemukan

Karangan : Pembinaan rangka karangan 1.0 PENDAHULUAN

Dalam dokumen SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (Halaman 84-88)

Bahasa Melayu kertas 2 (910/2) di peringkat STPM mengandungi 4 bahagian soalan; A (karangan – 50 M), B (rumusan – 20 M), C (alih bahasa –15 M) dan D(analisis kesalahan bahasa – 15 M).

Antara 4 bahagian tersebut, bahagian A (karangan) merupakan bahagian yang paling penting dan boleh dianggap ‘nadi’ atau ‘jantung’ kepada prestasi keseluruhan kertas Bahasa Melayu 2. Oleh itu, saya menasihatkan calon memberikan lebih tumpuan pada bahagian ini.

Bahagian ini mengandungi 4 soalan; meliputi soalan karangan tidak berformat dan soalan karangan berformat (tidak semestinya).

Calon hanya dikehendaki memilih dan menjawab hanya satu soalan. Kebiasaannya, panjang karangan antara 650 hingga 700 patah kata.

Sebenarnya, saya sangat yakin yang calon boleh mendapat markah yang baik dalam bahagian ini sekiranya tiada had masa yang ditetapkan. Malangnya, hal ini tidak mungkin berlaku. Oleh itu, kebolehan calon menggunakan masa dengan sebaik mungkin amat penting dalam bahagian karangan ini.

2.0 PANDUAN MENGGUNAKAN MASA

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 90 minit. Pembahagian masa ini perlu dibiasakan melalui latihan kawalan masa yang boleh dilakukan di rumah. 90 minit yang diperuntukkan untuk bahagian ini boleh dipecahkan kepada 3 bahagian seperti berikut :-

2.1 Membaca dan memahami kehendak soalan (5-10 minit) - membaca semua soalan

- memilih tajuk yang lebih diketahui bukannya tajuk yang disukai atau difikirkan senang

- memahami isu dan kehendak sebenar soalan - mengenal pasti bentuk/laras/format soalan. 2.2 Membuat rangka karangan (15-20 minit)

- membuat rangka ketiga-tiga struktur karangan secara ringkas - cari 5 hingga 7 isi yang relevan dengan kehendak soalan. 2.3 Menulis karangan dan membuat semakan (55-60 minit) - banyak menggunakan ayat aktif

- pembinaan ayat tunggal dan ayat majmuk (pelbagai jenis) diseimbangkan - jangan lupa memperuntukkan lebih kurang 5-10 minit untuk menyemak aspek bahasa seperti struktur ayat, tatabahasa dan ejaan kerana banyak

kesilapan bahasa memungkinkan anda ditolak 15 markah (maksimum).

3.0 ANDAIAN SAYA

Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya; daripada pelbagai cara –

pertanyaan langsung, semakan hasil karangan dan kaedah ‘imbas kembali’, saya dapat merumuskan bahawa kegagalan calon, sebahagian besar berpunca daripada :- 3.1 Tidak membuat rangka karangan

3.2 Membuat rangka karangan yang tidak sempurna

• Akibatnya, calon akan menulis/menjawab apa-apa idea yang terlintas dikepala dan bukan menjawab kehendak soalan.

4.0 APA ITU RANGKA KARANGAN ?

Sebelum diterangkan, bolehkah anda menganalisis dan merumus contoh rangka karangan di bawah ?

Soalan 1

Kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah agak hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Pada pendapat anda, mengapakah keracunan makanan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

- definisi / konsep keracunan makanan

- kejadian keracunan makanan di kalangan pelajar semakin meningkat - setiap bulan ada sahaja kes keracunan yang dilaporkan

- kesannya, kesihatan pelajar terjejas dan boleh membawa maut

- banyak punca dan pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasinya Isi sokongan

1. Sikap negatif pengusaha kantin dan pembekal makanan - tidak mengambil berat aspek kebersihan

- makanan terdedah kepada lalat - air yang digunakan tercemar

- makanan yang dibekalkan telah luput tarikh gunaannya

- bahan mentah tidak bermutu dan mengandungi bahan kimia berlebihan Lihat rangka isi 1 di atas.

a. Idea utama/pokok IS 1 di atas ialah SIKAP NEGATIF pengusaha kantin dan pembekal makanan.

b. Oleh itu, tumpuan/fokus idea untuk huraian anda mestilah berpusatkan kepada sikap negatif yang berkaitan sahaja.

c. Calon tidak boleh memberi idea selain sikap negatif pengusaha kantin dan pembekal makanan sekiranya ingin memperoleh markah (R) yang baik. d. Begitulah juga dengan rangka isi-isi yang saya tunjukkan di bawah. 2. Kempen kesedaran tentang kebersihan makanan

- dapat menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan memastikan makanan yang mereka makan bersih, bermutu dan selamat

- dapat mengetahui tentang kepentingan kebersihan - kempen dijalankan – ceramah, pameran, dan kuiz. Kesimpulan

- masalah ini tidak boleh dipandang ringan - kerjasama semua pihak perlu

Soalan 2

Kes kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung di Malaysia kebelakangan ini semakin meningkat. Ada laporan menyatakan bahawa salah satu punca penyakit

jantung ialah tekanan yang dihadapi oleh seseorang dalam menjalani kehidupan moden pada zaman ini.

Berikan ulasan anda tentang pernyataan ini. Pendahuluan

- sakit jantung – pembunuh utama di Malaysia

- pelbagai jenis – penyakit jantung – koronari, angina dan infaksi - membawa kesengsaraan hidup

- terdapat pelbagai punca

Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia. Penyakit ini terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya termasuklah penyakit jantung koronari, angina dan infaksi. Penyakit jantung bukan sahaja membawa kesengsaraaan hidup kepada pesakit, tetapi juga kepada keluarganya. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan penyakit ini menyerang seseorang individu khususnya tekanan yang dihadapi

seseorang dalam menjalani kehidupan moden pada zaman ini. Isi sokongan

1. Tekanan hidup

- ramai hadapi masalah hidup - ketegangan fikiran berlaku

- kegagalan hidup menjejaskan jantung

- marah, cemas dan pergolakan emosi meningkatkan degupan jantung - akhirnya membawa penyakit jantung

Tekanan hidup memang menjadi punca utama penyakit jantung. Kehidupan kita semakin sibuk. Semua orang berusaha keras untuk menjadi kaya. Namun ramai orang yang gagal dalam hidup. Tekanan hidup menyebabkan ketegangan fikiran. Akibatnya, golongan pemarah, pantang kalah dan mahu berjaya dalam semua hal akan sentiasa cemas. Kegagalan dalam hidup, tekanan keluarga dan kerja juga mendatangkan kesan kepada jantung mereka. Tekanan hidup menyebabkan

pergolakkan emosi dan selanjutnya peningkatah degupan jantung. Endokrin dalam badan merembeskan kumpulan hormon adrenalin yang menyebabkan otot tegang. Ini meningkatan degupan jantung dan membebankannya. Lama-kelamaan, keadaa ini membawa kepada sakit jantung.

2. Amalan negatif – merokok dan minum minuman keras - asap rokok mengandungi tar, nikotin dan karbon monoksida

- Arak mengandungi kafein

- Kafein menyebabkan kenaikan tekanan darah – mempercepatkan degupan jantung - Akibatnya- terjadi ateriosklerosis dan angina

Amalan merokok dan ketagihan arak juga merupakan punca yang menyebabkan berlakunya sakit jantung. Lebih 80% lelaki rakyat Malaysia ialah perokok.

Bilangannya menakutkan kita. Mereka tidak sedar asap rokok mengandungi campuran 4 000 jenis bahan kimia, termasuk nikortin, tar dan karbon monoksida. Nikotin akan menambah mendapan lemak pada arteri koronari jantung. Ini

menyebabkan saluran arteri tersumbat. Arak pula mengandungi kafein. Kafein ini menyebabkan kenaikkan tekanan darah, mempercepat kadar degupan jantung dan mengurangkan kadar oksigen di dalam darah. Lama-kelamaan, masalah ini

memudahkan pembekuan darah. Ini menyebabkan terjadinya ateriosklerosis dan angina.

3. Kurang bersenam - sibuk bekerja

- masa terluang sangat kurang

- pekerjaan tidak memerlukan pergerakan fizikal – tidak banyak tenaga digunakan

- berat badan meningkat

- mendapan lemak berlaku dalam dinding arteri koronari - penyakit jantung berlaku

5.0 ANDA FAHAM ?

Sejauh manakah tahap pemahaman anda ?. Pemahaman anda dapat dinilai berdasarkan latihan perbengkelan semasa proses P&P kelak.

di 8:58 AMPautan pada catatan ini0 ulasan Dicatat oleh mohd fadil talib

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Label: BM 2 : Karangan.

ISNIN, 28 FEBRUARI 2011

Karangan : Ciri-ciri isi sokongan yang baik.

Dalam dokumen SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU (Halaman 84-88)