• Tidak ada hasil yang ditemukan

KARYA PUI SI : KE ARAH MODEL PEMERI NTAHAN NEGARA

Dalam dokumen buku hiski 1compressed (Halaman 86-94)

Tuan Nordin Tuan Kechik

Universiti Sains Malaysia

[email protected]

Abstrak

Keberhasilan mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah berjaya mengubah Malaysia sebagai sebuah negara berasaskan pertanian yang mundur kepada sebuah negara perindustrian dan menjadi negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Dr. Mahathir telah

memerintah negara Malaysia selama 22 tahun bermula pada tahun 1981 hingga 2003. Dr. Mahathr disifatkan sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh kawan dan musuh politiknya. Sepanjang pemerintahan beliau, banyak perkara baru yang diperkenalkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampu bersaing pada peringkat dunia. Dasar pemerintahannya yang terkenal seperti Dasar Penswastaan kepentingan kerajaan seperti penswastaan Tenaga National, Pos Malaysia dan Telekom Malaysia. Dasar Pandang Ke Timur yang menjadikan Korea dan Jepun sebagai negara yang perlu dicontohi terutama dalam budaya kerja yang sebelum ini menjadikan negara Barat dan Eropah sebagai model keberhasilan negara. Tekad yang tinggi Dr. Mahathir yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di dunia telah direalisasikan melalui Wawasan 2020. Pada peringkat internasional, Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang lantang dalam memberikan pandangan dan mengkritik kuasa-kuasa besar dunia terhadap ketidakadilan dan penindasan yang berlaku terhadap negara-negara ketiga terutama penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Keberhasilan Dr. Mahathir dalam menangani masalah kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada tahun 1997 sehingga Malaysia bebas dari masalah kemelesetan ekonomi telah menaikkan nama beliau sebagai pemimpin yang istimewa. Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai pemimpin no.1 negara, Dr. Mahathir

telah menghasilkan sebuah puisi yang berjudul Perjuangan Belum Selesai (Mei 1996). Sehubungan itu,

makalah ini akan berusaha membincangkan perkaitan antara pemikiran Dr. Mahathir Mohamad dalam menentukan arah dan model pemerintahan negara dan bangsa yang dipimpin oleh beliau melalui karya puisinya. Hasil karya beliau dalam bentuk puisi tersebut telah menggambarkan hasrat murni dan cita-cita besar seorang negarawan ulung yang tidak pernah menyerah kalah dalam pelbagai situasi untuk melihat bangsanya terus maju dan tidak menjadi bangsa yang mengemis di bumi sendiri. Puisi ini juga

menggambarkan bahawa segala perancangan yang dijalankan oleh beliau dalam membangunkan negara dan bangsanya telah diluahkan melalui puisi keramat beliau ini. Aliran pemikiran beliau yang cukup jelas, tanpa berselindung ingin bersama-sama dengan bangsanya agar gigih berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang merdeka dan bangsanya yang terpelihara. Tradisi kepimpinan beliau yang unggul dan cemerlang telah meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang pesat membangun dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang progresif.

PENDAHULUAN

Legendaris Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan anak bongsu daripada sembilan adik-beradik dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau dikenali sebagai DR M dan

warna ke arah kecemerlangan negara Malaysia dan bangsa yang dipimpinnya. Berasal dari keluarga orang biasa, bapanya seorang guru. Dr. Mahathir memerintah Malaysia bermula 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Keupayaan beliau membawa pembangunan melalui dasar dan perancangan yang hebat dengan menjadikan keberhasilan negara luar sebagai sumber ilham telah berupaya mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya maju di pentas dunia sehinggakan suatu ketika Malaysia disebut sebagai negara “Harimau Ekonomi Asia”.

Dalam bidang politik Dr. Mahathir terkenal sebagai seorang yang vokal dalam memperjuangkan hak negara-negara kecil yang ditindas sehingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan kuasa besar dunia. Beliau sering dikritik sehinggakan dilabelkan sebagai pemimpin yang autokratik oleh pelbagai pihak termasuk media dan organisasi antarabangsa yang lain terutama kerana tindakan beliau yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan setiap individu ditahan tanpa pembicaraan walaupun beliau sering kali menjelaskan bahawa akta tersebut sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa. Dr. Mahathir telah berusaha meningkatkan taraf hidup orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pentadbiran, politik dan ekonomi, tetapi malangnya orang Melayu masih gagal menyaingi kaum yang lain dalam pemilikan saham dan penguasaan ekonomi negara. Kekecewaan Dr. Mahathir terhadap orang Melayu diungkapkan melalui puisi beliau yang berjudul Perjuangan Belum Selesai. Puisi ini memberikan gambaran bahawa

kesukaran yang dihadapi oleh Melayu dalam menuntut kemerdekaan dan pegisian kemerdekaan daripada penjajah. Di samping itu juga, Dr. Mahathir melalui puisinya mengharapkan agar orang Melayu gigih berusaha supaya menjadi bangsa yang maju dan tidak menjadi hamba di tanah air sendiri.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi pengumpulan data meliputi kajian kepustakaan yang relevan dengan objek kajian dan seterusnya melakukan dokumentasi terhadap data yang diperoleh dengan menjadikan puisi Perjuangan Belum Selesai karya Dr. Mahathir Mohamad sebagai

asas rujukan utama. Manakala analisis data disajikan dengan analisis deskriptif kritis, iaitu metode analisis yang dilakukan dengan cara mendeskripsikan fakta-fakta berupa kata, ayat dan wcana yang kemudian dieksplorasi dengan analisis kritis, (Ratna, 2004:53). TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan melihat dan menelusuri kaitan pemikiran negarawan ulung negara Malaysia dengan karya puisi yang dihasilkan oleh beliau yang berjudul Perjuangan Belum Selesai dalam membangunkan sebuah negara bangsa yang pada asalnya

merupakan negara yang berasaskan pertanian dan berubah menjadi sebuah negara industri yang terkemal di dunia.

KEDUDUKAN ORANG MELAYU SEBELUM MERDEKA

Umum mengetahui bahawa sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, negara ini pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar penjajah. Malaysia pernah dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Siam, dan Jepun. Penderitaan orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu semasa penjajahan telah memberikan pengajaran yang bermakna kepada orang Melayu pada masa itu. Sikap dan dasar penjajah hanyalah untuk mendapatkan kepentingan bagi negara masing-masing. Mereka mengaut kekayaan yang ada di Negara jajahan mereka dan dibawa pulang ke negara asal mereka. Orang Melayu ditindas dan diseksa tanpa belas kasihan. Penjajah Inggeris meletakkan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang malas, bodoh dan tidak mahu berusaha. Orang Melayu tidak diberikan tempat yang sewajarnya dalam pemerintahan negara seperti dilantik sebagai pentadbir ataupun pengurus.

Orang Melayu hanya diberi jawatan sebagai pemandu, kerani dan pekerja kelas bawahan. Bagi mereka, orang Melayu yang tidak mampu memberikan apa-apa peranan dan sumbangan terhadap perkembangan negara. Orang Melayu dnafikan haknya di bumi sendiri. Orang asing dari India dan Cina dibawa masuk menggantikan kedudukan orang Melayu yang dikatakan malas dan bodoh. Orang Melayu hanya layak berada di kampung- kampung sahaja. Kedatangan penjajah Jepun menambahkan kesengsaraan dan kedukaan orang Melayu. Orang Melayu dilayan dengan kasar tanpa nilai kemanusiaan. Mereka ditampar dan dipukul tanpa belas kasihan. Kesengsaraan zaman penjajahan menjadikan orang Melayu bangkit menuntut kemerdekaan. Kesedihan dan kepiluan ini telah digambarkan oleh Dr. Mahathir melalui bait-bait puisinya seperti berikut.

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan Kesedaran untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah asing mula digerakkan oleh cendikiawan Melayu melalui pelbagai pertubuhan politik seperti UMNO. Gerakan nasionalisme ini telah berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris pada 31 Ogos 1957 melalui meja rundingan. Kejayaan Malaysia mencapai kemerdekaan melalui usaha perundingan dan bukan peperangan amat dihargai oleh orang Melayu khasnya. Tidak ada pertumpahan darah atau persengketaan yang berpanjangan, tidak seperti Indonesia, Vietnam yang terpaksa menuntut kemerdekaan dengan penentangan yang mengorbankan nyawa yang banyak.

PEMBENTUKAN NEGARA PASCAMERDEKA

Awal pemerintahan Dr. Mahathir, Malaysia bukanlah sebuah negara yang terkenal, kebanyakan orang asing tidak mengetahui kedudukan negara Malaysia. Ada orang asing yang menyangka Malaysia berada di bahagian negara Cina, Himalaya malah ada yang

mengatakan bahawa Malaysia berada di benua Afrika. Namun tidak kurang juga terdapat orang asing yang keliru mengatakan bahawa Malaysia itu Madagaskar atau Malawi.

Sebenarnya tugas untuk mengisi kemerdekaan merupakan suatu perkara yang amat sukar. Ia memerlukan kefahaman dan kerjasama yang erat antara pemerintan dan yang diperintah. Hal ini kerana mengisi kemerdekaan merupakan perkara yang sukar dan memerlukan pengorbanan yang besar oleh rakyat dan pemerintah seperti dalam bait puisi beliau .

Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya

Kerisauan Dr. Mahathir terhadap bangsa Melayu pada masa akan datang biarpun keadaan negara pesat membangun dan menjadi sebuah negara maju setaraf dengan negara maju yang lain adalah tentang nasib bangsa Melayu. Orang Melayu tidak seharusnya menjadi bangsa yang diperintah dan dipermain-mainkan oleh bangsa lain serta menjadi alat pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dalam menentu arah kedudukan negara. Orang Melayu seharusnya menjadi tuan di negara sendiri dan dapat mentadbir urus negara dengan cemerlang.

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

MASA DEPAN BANGSA MELAYU

Bangsa Melayu seperti yang digambarkan oleh Dr. Mahathir merupakan bangsa yang tamak untuk mendapatkan kuasa politik. Ketamakan ini menjadikan orang Melayu berpecah-belah sehinggakan wujudnya parti-parti politik serpihan daripada parti utama bagi orang Melayu iaitu UMNO seperti Parti Semangat 46 yang berkubur setelah kehilangan kepercayaan daripada orang Melyu sendiri. Kalaulah sebelum ini orang Melayu hanya dipisahkan melalui dua parti politik yang besar itu Parti Islam Semalaysia (PAS) dan UMNO sahaja, tetapi hari ini wujudnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memberikan pilihan kepada pengundi Melayu bagi menentukan aspirasi politik mereka. Perebutan kuasa dalam kalangan orang Melayu menjadikan orang Melayu lemah dan negara dalam keadaan yang tidak stabil kerana terdapat sekumpulan orang Melayu yang sanggup berkerjasama dengan pihak luar semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik. Dr. Mahathir merasakan bahawa bangsa Melayu berada dalam keadaan belum pasti masa depannya. Hal ini dapat digambarkan melalui bait puisinya seperti berikut;

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Kekecewaan Dr. Mahathir terhadap orang Melayu dapat dilihat melalui tulisan beliau dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

“Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya perasaan apabila melihat kaum bangsa saya , orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri”

Dr. Mahathir Mohamed (Mingguan Malaysia, 22 September 2012)

BIDANG EKONOMI

Walaupun pelbagai usaha dan kaedah dilakukan oleh Dr. Mahathir untuk meningkatkan penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi, namun kegagalan orang Melayu dalam bidang tersebut masih ketara. Hasrat Dr. Mahathir agar orang Melayu menguasai 30 peratus pemilikan modal belum lagi berhasil. Bagi menjayakan hasrat ini, beliau menegaskan perubahan pemikiran amat diperlukan, tetapi hal tersebut tidak mencukupi kerana orang Melayu perlu melakukan perubahan sikap dan perwatakan. Bagi sesorang yang ingin mencapai keberhasilan dalam ekonomi moden dan dunia moden memerlukan dedikasi, disiplin serta pemikiran jangka panjang yang strategik yang perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kesunguhan dan komitmen yang tinggi amat dibutuhkan bagi mencapai sesuah keberhasilan dan keunggulan peribadi dan orang Melayu itu sendiri seperti yang ditulis dalam bait puisinya.

Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

Antara projek besar Dr. Mahathir yang berfrofil tinggi iaitu projek yang dinamakan projek mega yang dibangunkan pada zaman peperintahannya adalah seperti Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembanr Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Putrajaya , Projek Kereta Nasional (Proton dan Perodua) dan Litar Antarabangsa Sepang. Kegigihan Dr. Mahathir dalam usaha memartabatkan bangsa dan negara tercinta dapat dilihat melalui bait puisinya seperti berikut.

Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya

DASAR BERSIH CEKAP AMANAH

Pada awal pemerintahan Dr. Mahathir, beliau memperkenalkan satu dasar yang dinamakan Bersih, Cekap, Amanah. Dasar ini mendapat sambutan dalam kalangan rakyat.

Perubahan mula berlaku. Rakyat mula menyedari bahawa korupsi itu sebagai suatu perkara yang buruk dan menjijikkan. Walau bagaimanapun, korupsi tidak dapat dihapuskan secara menyeluruh, tetapi korupsi boleh dikurangkan. Apabila indek korupsi menurun, dan rakyat dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya, maka senanglah bagi pihak pemerintah untuk mengatur segala program pembangunan bagi kepentingan bangsa dan negaranya.

DASAR PENSWASTAAN

Asas pemikiran semasa era sosialis dan komunisme yang berkembang suatu waktu dahulu dengan dasar sama rata sama rasa sangat popular iaitu dengan memiliknegarakan

kepentingan awam agar segala keutungan dapat dibagikan sama rata antara penduduk. Dasar ini menjadi resipi sejagat pembangunan nasional pada ketika itu. Bagi Dr. Mahathir, pandangan dan dasar tersebut kurang tepat dan tidak sesuai diamalkan dalam sesetengah keadaan. Pemikiran tentang penswastaan dan penghapusan pengawalan pusat mula mendapat tempat dalam penjanaan idea baru. Percubaan pertama kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir iaitu dengan mengadakan penswastaan terhadap Jabatan Telekom. Setiap tahun kerajaan terpaksa memperuntukkan RM 200 juta bagi menguruskan jabatan tersebut, dan jumlah itu terus meningkat setiap tahun.

Pada tahun 1987 Jabatan Telekom diswastakan menjadi Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan kemudian menjadi Telekom Malaysia (TM). Selepas penswastaan Telekom Malaysia, banyak lagi kepentingan kerajaan yang diswastakan seperti Pos Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Lebuh Raya, Kereta api dan sebagainya. Langkah ini dapat meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan yang diberikan. Kerajaan juga dapat menjimatkan wang kerana tidak lagi perlu menanggung pembayaran gaji mereka, sebaliknya kerajaan boleh mengaut hasil daripada cukai yang dikenakan. DASAR PANDANG KE TIMUR

Persepsi tentang kehebatan orang Barat dalam semua bidang menjadikan bangsa Melayu begitu mendewa-dewakan bangsa tersebut. Penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun menjadikan orang Melayu mula membuka mata dan menyedari bahawa Jepun juga merupakan satu kuasa yang tidak boleh diketepikan. Dr. Mahathir mengakui bahawa Jepun dan Korea Selatan merupakan kuasa besar dalam bidang perindustrian dan perusahaan yang perlu dicontohi oleh orang Melayu dan Malaysia. Hal ini terbukti apabila dalam masa yang singkat orang Jepun dan Korea Selatan dapat membangunkan industri dan perusahaan negara mereka pada tahap yang cemerlang. Menyedari hakikat inilah maka Dasar Pandang Ke Timur dirumuskan dan dilancarkan. Intipati daripada dasar

Mencari asas sosial dan budaya yang menjadikan mereka kuat dan berdaya saing serta menjadikan budaya kerja mereka sebagai ikutan.

WAWASAN 2020

Wawasan 2020 merupakan rancangan 30 tahun kerajaan di bawah kepimpinan Dr. Mahathir yang mula diperkenalkan pada tahun 1991 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju setanding dengan negara-negara maju yang ada pada hari ini iaitu pada tahun 2020. Namun, bagi Dr. Mahathir negara maju yang menjadi impian beliau ialah sebuah negara yang bukan hanya melihat kemajuan pada aspek material yang keterlaluan dan membiarkan runtuhnya nilai-nilai moral masyarakat. Berdasarkan hal inlah maka Malaysia perlu mengatur perjalanan untuk mencapai sebuah negara maju dengan acuan sejarah dan budaya sendiri . Malaysia komited pada pembentukan sebuah masyarakat yang penyayang dan saling membantu serta dinamik.

BIDANG PENDIDIKAN

Kesedaran Dr. Mahathir yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan agar rakyat mendapat peluang yang sama rata untuk mendapat pendidikan bermula daripada pendidikan peringkat sekolah rendah hinggi ke peringkat pengajian tingi. Kesedaran beliau terhadap keciciran pelajar Malayu dalam bidang pendidikan telah mencetuskan idea beliau untuk mewujudkan sekolah berasrama penuh yang kemudiannya direalisasikan sewaktu beliau menjadi Menteri Pelajaran. Sekolah berasrama sebelum ini hanya untuk golongan atasan dalam masyarakat sahaja. Keperluan sekolah berasrama sangat penting kerana suasana persekitaran rumah orang Melayu pada masa itu tidak memungkinkan orang Melayu mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Orang Melayu perlu diberikan peluang kerana tanpa peluang yang sewajarnya orang Melayu akan ketinggalan dalam bidang pelajaran. Sekolah berasrama penuh seperi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan sekolah yang berprestasi tinggi yang cuma menempatkan anak-anak dalam kalangan orang Melayu sahaja. Melalui MRSM, maka lahirlah banyak cendikiawan Melayu yang akhirnya dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Mereka menjadi ahli politik, ahli ekonomi, pendidik, pentadbir dan profesional lain yang berjaya.

Keperluan terhadap pendidikan tinggi turut menjadi keutamaan Dr. Mahathir. Masa pemerintahannya bayak universiti didirikan bagi memenuhi keperluan rakyat. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak antara contoh untiversiti awam yang didirikan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Sstem pengajian tinggi di Malaysia turut mendapat sambutan bagi pelajar luar negara terutama dari Indonesia, Cina , Afrika Selatan, Libya, Jordan, Sudan, Iran, Iraq, Palestin dan banyak lagi negara yang menjadikan Malaysia sebagai tempat melanjutkan pelajaran.

KESIMPULAN

Setelah 22 tahun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, berlaku perubahan yang cukup besar yang menjadikan Malaysia sebuah negara berprofil tinggi di

pentas dunia kini. Malaysia bukan lagi sebuah negara yang tidak diketahui kedudukannya tetapi telah terbukti bahawa Malaysia sudah dapat berdiri sama tinggi dengan negara- negara lain yang menguasai ekonomi dunia hari ini dan Malaysia juga dipandang tinggi sebagai peminpin negara dunia ketiga.

Banyak orang datang ke Malaysia untuk mempelajari cara sebuah negara yang asalnya negara berasskan bidang pertanian boleh berubah menajadi negara perindustrian. Komposisi penduduk yang berbilang kaum bukan menjadi faktor halangan kepada Malaysia untuk terus berkembang dan maju dengan kemudahan infrasturuktur seperti bekalan air yang bersih, jaringan jalan raya yang sistematik dan juga bekalan elektrik ke seluruh pelosok negara. Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk bersara daripada jawatan Perdana Menteri walaupun pada waktu itu karier beliau berada pada puncak kejayaan untuk memberikan laluan kepada penggantinya Abdullah Ahmad Badawi. Sebaik sahaja berliau bersara, beliau dianugrahi Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau juga digelar sebagai “Bapa

Pemodenan Malaysia” sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap bangsa dan negara Malaysia.

BI BLI OGRAFI

A. Aziz Deraman. 2005. Peradaban Melayu Timur Laut: Memperkasakan Warisan Persuratan

Melayu Wilayah Timur Laut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Johan Jaafar, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain. 1992. History of Modern Malay Literature.

(vol.1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustak

Mahathir Mohamad. 2011. Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Kuala

Lumpur MPH Group Publishing Sdn. Bhd. Mohd Yusof Hassan. 1991. Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ratna, Nyoman Kutha. 2004. Teori, Metode dan Teknik Penelitian sastra. Yogyakarta:

Pustak Pelajar.

S. Jaafar Husin. 1995. Penelitian Sastera: Metodologi dan Penerapan Teori. Kuala Lumpur:

MALAY I DENTI TY I N MALAYSI AN AND

Dalam dokumen buku hiski 1compressed (Halaman 86-94)