• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGALAMAN MALAYSI A

Dalam dokumen buku hiski 1compressed (Halaman 58-80)

Mohamad Saleeh Rahamad ( Ph.D. Malaya)

Universiti Malaya, Kuala Lumpur [email protected]

ABSTRAK

Makalah ini membincangkan corak oksidentalisme dalam karya sastera terpilih pada era awal kemerdekaan di Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu di bawah Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang bermula pada tahun 1957. Perbincangannya yang menggunakan perspektif kritikan pascakolonial berkisar pada pewacanaan identiti bagi imej bangsa penjajah (Barat) dan sekali gus refleksinya, iaitu imej peribumi. Rasional kajian ini berasaskan tanggapan bahawa dalam era pascakolonial pengarang peribumi tidak terlepas daripada memberikan persepsi mereka tentang imej penjajah dan sekali gus merefleksikan identiti peribumi. Sama ada perspektif mereka positif atau negatif terhadap kedua-dua belahan identiti itu tidaklah merupakan suatu ketetapan, bahkan boleh wujud dalam pelbagai perspektif. Dalam konteks Malaysia, penjajahan atau pentadbiran British yang berakhir pada tahun 1957 turut memperlihatkan kesan pada karya sasteranya. Era Tunku Abdul Rahman memperlihatkan usaha mencari identiti bangsa merdeka ketika legasi kuasa Barat masih berkekalan dalam beberapa bidang kerana masih banyak perkara yang memerlukan pergantungan kepada mereka. Oleh itu, dasar luar Malaysia dan bentuk hubungannya dengan kuasa Barat dapat dianggap sebagai faktor utama yang membentuk sikap pengarang oksidentalis. Paparan corak

oksidentalisme ini akan dilihat pada novel Panglima Awang (Harun Aminurrashid, 1958), Lingkaran (Arena

Wati, 1971), dan Pulanglah Perantau (Aziz Jahpin, 1971). Dapatan daripada analisis ini memperlihatkan

oksidentalisme atau pewacanaan identiti bagi imej peribumi Timur dan Barat tidak bersifat binarisme mutlak sebabagimana dalam wacana Orientalisme. Pengarang Timur masih memiliki sikap yang objektif dengan hanya meruntuhkan legasi keagungan Barat sekadar yang perlu bagi menegakkan kebaikan Timur, bukannya untuk menguasai atau menghina Barat secara mutlak. Pewacanaan identiti Timur adalah untuk

mengembalikan kehormatan bangsa manakala keburukan dan kebaikan imej Barat masih diperlihatkan secara seimbang.

Kata kunci: pascakolonial, oksidentalisme, orientalisme, comprador, identiti

Pengenalan

Dalam era pascakolonial pengarang peribumi tidak terlepas daripada memberikan persepsi mereka tentang imej penjajah dan sekali gus merefleksikan identiti peribumi. Sama ada perspektif mereka positif atau negatif terhadap kedua-dua belahan identiti itu tidaklah merupakan suatu ketetapan, bahkan boleh wujud dalam pelbagai perspektif. Kepelbagaian perspektif wujud disebabkan faktor kontekstual yang mempengaruhi corak pemikiran pengarang. Dalam konteks Malaysia, penjajahan atau pentadbiran British yang berakhir pada tahun 1957 turut memperlihatkan kesan pada karya sasteranya. Era Tunku Abdul Rahman memperlihatkan usaha mencari identiti bangsa merdeka ketika legasi kuasa Barat masih berkekalan dalam beberapa bidang kerana masih banyak perkara yang memerlukan pergantungan pada Barat. Pengarang peribumi telah mewacanakan identiti

bangsanya secara tidak langsung mahupun secara langsung. Pewacanaan secara tidak langsung adalah dengan mencitrakan imej negatif watak Barat yang secara halus menonjolkan imej positif watak peribumi, manakala pewacanaan secara langsung adalah dengan cara menonjolkan watak-watak peribumi yang positif. Perbincangan tekstual ini akan dibuat dengan jurus pandang kritikan pascakolonial.

Pengaruh Barat di Malaysia pada Aw al Kemerdekaan

Dalam era kolonial wujud ideologi hierarki tentang ras di Eropah yang bersumberkan kesarjanaan Zaman Pencerahan pada abad ke-18. Bangsa Eropah mempercayai bahawa bangsa yang lebih tinggi darjatnya berhak mendapat kehidupan yang terbaik. Itulah sebabnya bijih timah di Tanah Melayu tidak melahirkan industri pengeluaran yang berasaskan bijih, dan getah tidak menghasilkan industri berasaskan getah. Tanggapan bahawa pembangunan industri moden dianggap sebagai milik eksklusif manusia yang bertamadun dan bangsa yang berdarjat merupakan kepercayaan umum pada Zaman Victoria. Bagi bangsa Eropah, membenarkan pembangunan industri moden berkembang di negara koloni samalah seperti mengangkat bangsa yang terjajah ke martabat yang tinggi (Zalanga, 2000:249). Pandangan sebegini bukan sahaja lumrah malah turut mempunyai justifikasi agama sebagaimana yang wujud dalam aliran Calvinism, iaitu satu aliran dalam agama Kristian yang diasaskan oleh John Calvin, seorang reformis Protestan pada penghujung Abad 16.37

Pemikiran masyarakat peribumi telah dikuasai secara hegemonik. Kolonial melakukan penaklukan minda dengan meyakinkan peribumi bahawa kedatangan British membawa banyak pembangunan yang tidak diperoleh sebelumnya seperti yang dinyatakan oleh Swettenham [ dlm. Kratoska (ed.), 1983:187] :

Without British help there had been no progress, no development of rich resources, no order, no safety for life and property; only fighting, oppression, poverty, and debts contracted on behalf of the State by those who claimed authority to incur them without thought of how they were to be repaid. With the coming of British residents, and the steps taken under their instructions by those they brought in from outside the States to help them, the revenues increased so fast that, in a few years, all public debts were paid, and there were available ample means to carry out even ambitious schemes of public works, all of which contributed–directly or indirectly–to an ever-growing revenue which not only paid for roads, railways, postal and telegraph service, water works, irrigation, hospitals and public works generally, but produced enough to add considerably to the modest allowances allotted to the Rulers, the Chiefs, and to all Malay officers helping in the new methods of administration. Those facts convinced Malay rulers, their Chiefs, and their people, that they had been right in supporting the new order and the men who designed and fashioned it.

Dengan kerangka pemikiran imperialisme, Swettenham meletakkan British sebagai kuasa tamadun yang membangunkan Tanah Melayu. Maksudnya, tanpa British, orang

37Dalam fahaman Calvinism, seseor ang manusia mendapat dar jatnya dar ipada ihsan

tuhan, bukan atas kebebasannya membuat pilihan. “I n contr ast to the fr ee-w ill decisionism …. Calvinism places str ong emphasis not only on the abiding goodness of the or iginal cr eation, but also on the total r uin of men’s accomplishments and the fr ustr ation of the w hole cr eation caused by sin, and ther efor e view s salvation as a new cr eating of God r ather than an achievement of those who ar e saved fr om sin and death.” Lihat

Melayu akan terus ketinggalan dalam zaman kegelapan atau sinonim dengan Abad Pertengahan yang digelar sebagai Zaman Gelap (Dark Ages) di Eropah. Tanggapan

bersifat discursive ini berperanan sebagai tenaga hegemoni yang menguasai pemikiran

peribumi. Mungkin penguasaan pemikiran ini tidak berleluasa cakupannya, tetapi paradigma terancang sebegini berfungsi sebagai asas kepada perancangan British dalam pendidikan dan pentadbirannya. Melalui comprador yang dilahirkan oleh Malay College

Kuala Kangsar (MCKK) dan Sultan Idris Training College (SITC) misalnya, pegawai Malayan Administrative Service (MAS) diharapkan oleh British supaya menjadi jurupandu pemikiran masyarakat peribumi sehingga mereka beranggapan bahawa Inggeris benar- benar membawa kemajuan.

Sebagai bangsa yang sekian lama tertakluk di bawah telunjuk penjajah, orang Melayu berhadapan dengan rasa rendah diri dan sentiasa beranggapan bahawa Inggeris lebih hebat dalam segenap bidang. Permasalahan psikologi ini telah dibangkitkan oleh Harun Aminurrashid, seorang nasionalis yang terasuh di SITC. Harun Aminurrashid (1965:237) membangkitkan persoalan ini dan menyatakan kekesalannya:

Saya gali lombong2 sejarah, saya mengembara di-hutan rimba sejarah tanah-ayer. Saya dapati

mengapa sa-bahagian manusia sa-jenis, sa-keturunan dan sa-kebudayaan dengan saya, banyak yang telah mengambil sikap dan pendapat, apa boleh buat kami lemah di-semua lapangan. Ada yang tegas berpendapat, kami mentimun berhadapan dengan durian, iaitu menggolek pun luka, kena golek pun luka.

Persoalannya, selepas Merdeka, adakah pemikiran ini masih terlekat dalam jiwa rakyat Tanah Melayu, lebih-lebih lagi suasana zaman tidak mendesak mereka untuk melontarkan cercaan yang sarkastik kepada bekas penjajah. Mungkinkah jiwa sebahagian besar masyarakat masih dibelenggu oleh rasa rendah diri di samping menyifatkan bangsa Eropah atau British sebagai bangsa paling bertamadun dan telah menyumbang kepada proses ketamadunan orang Melayu seperti yang dikatakan oleh Swettenham itu? Adakah pengarang-pengarang nasionalis lebih agresif dalam mewacanakan Barat kerana mereka tidak lagi terikat dengan undang-undang British dan ancaman bersifat politik?

Persoalan tersebut perlu dijawab dengan pemahaman sejarah, yakni dalam era ini permusuhan dengan kolonial tidak lagi berlangsung secara tegar. Perundingan antara elit politik dengan wakil kerajaan British dan disusuli proses Pilihan Raya Kebangsaan 1955 yang mendahului tarikh kemerdekaan telah memperlahankan gerakan antikolonial secara tegar walaupun usaha daripada kumpulan radikal masih wujud secara subversif. Parti Komunis Malaya masih berleluasa melancarkan gerakan secara gerila dan subversif dan tempoh darurat masih berkuat kuasa.

Apabila kemerdekaan tercapai pada tahun 1957, secara rasminya Malaysia telah cuba membina negara menurut acuan sendiri, tetapi sebagai sebuah negara yang sedang membangun atau disebut sebagai Negara Dunia Ketiga,38 Malaysia terpaksa atau dipaksa

38Dunia Ketiga ditakr ifkan dar ipada dua dimensi: dar ipada dimensi ekonomi negar a-

negar a itu kur ang membangun manakala dar i segi ideologi mer eka memper juangkan ideologi egalitar ian. Dar i segi geogr afi Dunia Ketiga ter dir i dar ipada negar a-negar a Asia, Ar ab Pasifik Selatan dan Amer ika Latin. Begitupun, timbul per soalan sama ada Jepun dan Kor ea Selatan

bergantung pada negara maju atau negara industri, sama ada dalam aspek pertahanan, pentadbiran, permodalan, mahupun unsur modeniti yang lain. Kuasa hegemoni yang dimiliki oleh pelabur asing di Negara Sedang Membangun, yang dipanggil neokolonialisme, menakutkan Afrika, Asia, dan Amerika Latin. Pada masa yang sama, negara-negara tersebut kekurangan wang untuk tujuan modal pelaburan di dalam Negara. Oleh sebab itu, pelaburan asing terpaksa digalakkan walaupun pengalamannya menyakitkan apabila pelabur asing bersikap menindas. Dapat difahami bahawa dilema ini menyebabkan rakyat Negara Sedang Membangun bersikap defensif dalam soal status mereka dengan hubungan antarabangsa (Baradat, 1997:293).

Neokolonialisme berlaku apabila negara industri memiliki saham yang besar dalam industri asas di Negara Dunia Ketiga. Bantuan kewangan, yang biasanya mempunyai kaitan politik–satu lagi cara manipulasi yang dikenakan terhadap Negara Dunia Ketiga yang dahaga akan modal dan teknologi–memerangkap negara-negara ini ke dalam neokolonialisme. Fenomena ini lazim disebut sebagai diplomasi dollar dan disifatkan

sebagai imperialisme tanpa kolonialisme (Baradat, 1997:300).

Dalam masa yang sama kerajaan Tanah Melayu memerlukan bantuan dan sokongan daripada Britain. Pergantungan Tanah Melayu pada Barat terpamer dalam bentuk pewarisan sistem common law, Perjanjian Bretton Woods,39 dan campur tangan

dalam hal-ehwal akademik. Pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman juga masih mempunyai hubungan bilateral dengan British yang mendorong kepada pembentukan dasar luar Malaysia yang pro-Barat dan Komanwel serta bersikap antikomunis. Bagi menterjemahkan sikap pro-Barat dan antikomunis, kerajaan Malaysia pada zaman Tunku menandatangani Anglo-Malaysia Defence Agreement (AMDA) walaupun tindakan itu menerima tentangan daripada parti dominan kerajaan, iaitu United Malay National Organization (UMNO). Tanah Melayu juga amat setia dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menentang dasar Aparteid, menyokong negara-negara Arab dan negara Islam lain yang menentang kolonialisme, mengkritik pendaratan Amerika di Lebanon pada tahun 1958, menentang langkah Britain menghantar tentera ke Jordan, dan mengkritik Israel kerana tidak menghormati prinsip yang diputuskan oleh PBB pada tahun 1948.

juga ter masuk dalam kelompok ini. Konsep dunia yang lebih jelas dir umuskan dalam Per himpunan Agung Per tubuhan Bangsa Ber satu (PBB) pada tahun 1974 yang membahagikan Negar a Maju dengan Negar a Sedang Membangun. Dunia Ketiga ter masuk dalam kategor i Negar a Sedang Membangun (Nor bu, 1992: 18).

39Semua ini diinsipirasikan oleh M arshall Plan, program bantuan yang dicadangkan oleh Setiausaha

Negara Amerika Syarikat, George C. M arshall pada tahun 1947 untuk membina semula Eropah dan Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Bretton Woods menjadi gelanggang bagi merasmikan dominasi Amerika Syarikat dalam ekonomi dunia baharu, khususnya hegemoni kewangan yang berpusat kepada dollar

Amerika, lengkap dengan institusi yang menguatkuasakannya. Dengan ini, Tanah M elayu telah dicorakkan oleh persaingan, perdagangan, dan pasaran dari sudut ekonomi klasik, dan negara kini dinilai dari segi jumlah keseluruhan keluaran dalam negara atau gross domest ic product (GDP) dan jumlah pendapatan

Selain itu, Tanah Melayu banyak bergantung pada Barat dalam bidang ekonomi, dan dasar luarnya memperlihatkan sokongan yang penuh terhadap perjanjian yang berkaitan. Oleh itu, Malaysia banyak menjalin hubungan dengan organisasi antarabangsa dengan menyertai pelbagai perjanjian seperti The International Labour Organization (ILO) pada tahun 1963, Food and Agricultural Organization (FAO), UN Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), World Health Organization (WHO), International Monetary Fund (IMF), International Bank for Reconstruction and Development (IBRD), International Development Association (IDA), International Civil Aviation Organization (ICAO), Universal Postal Union (UPU), International Telecommunications Union (ITU), World Meteorological Union (WMU), UN Children’s Fund (UNICEF), International Tin Council (ITC), International Rubber Study Group, General Agreement on Trade and Tariffs (GATT), Economic Commission for Asia and the Far East (ECAFE), dan Colombo Plan. Tanah Melayu mempunyai pertalian mesra dengan Amerika Syarikat apabila menerima lambakan dan jualan stok simpanan getah daripada General Services Administration (GSA) (J. Saravanamuttu, 1983:40).

Pengeluaran komoditi utamanya bijih timah dan getah yang kebanyakannya kepunyaan syarikat British. Hubungan dagang dua hala juga dijalin dengan Jerman Barat, Jepun, dan Amerika Syarikat.40 Malaysia juga bergantung pada bantuan daripada Amerika

Syarikat dan Britain dalam krisisnya dengan Indonesia pada tahun 1963.41 Tetapi apabila

Britain mula mengurangkan kedudukannya di Malaysia ekoran masalah tekanan politik domestik, Malaysia merapati negara-negara Afro-Asia dan negara Islam yang lain (Abdullah Ahmad, 1985:131).

Kebergantungan Malaysia pada kuasa besar dunia selepas kemerdekaan disebabkan oleh sejarah yang telah merantai keupayaannya. Keterbatasan upaya untuk berdikari dan menguruskan hal-ehwal sendiri sedikit demi sedikit diatasi dengan cara mengubah corak hubungan luarnya dengan negara-negara lain yang tidak dominatif. Namun begitu, dalam konteks persuratan, apakah yang tergambar? Bagaimanakah rupa nasionalisme yang ditampilkan dalam karya sastera? Hal ini tentunya berkait dengan identiti atau imej peribumi yang diprojeksikan atau direpresentasikan oleh pengarang peribumi bagi menonjolkan paradigma kebangsaan.

Hal ini dapat dikaitkan dengan pandangan oleh Dawa Norbu (1992:26–27) yang memperkatakan perihal kebangkitan nasionalisme di Negara Dunia Ketiga. Menurutnya, persoalan yang dibangkitkan bukan lagi “apakah sifat peribadi kita?” tetapi “siapakah

40

Disebabkan terlalu bergantung pada perdagangan eksport, ekonomi M alaysia tertakluk kepada negara industri. Daripada enam buah negara pengimport, tiga buah ialah negara maju di Eropah, iaitu United Kingdom, Jerman Barat dan Soviet Union (sebuah negara komunis); selainnya ialah Amerika Syarikat, Jepun, dan Singapura yang menjadi pelabuhan transit untuk dieksport semula ke luar negara. Tanah M elayu juga bergantung pada Britain bagi mengimport barangan, dan ini menyebabkan Tanah M elayu bergantung pada Britain secara berganda (J. Saravanamuttu, 1983:30).

41Keadaan i ni dikatakan sebagai kesan pentadbir an kolonial Br itish dan dar ur at (J. Sar avanamuttu, 1983: 49).

Pentadbir an Br i tish menyediakan etos politi k yang asas tentang nor ma demokr asi Bar at dan pr asar ana pentadbi r an politi k Bar at. Per ali han kuasa secar a aman dalam kemer dekaan M alaysia menjamin kesi nambungan etos politi k selepas M er deka.

kita?” Masyarakat Dunia Ketiga akan mencari dan menonjolkan identiti mereka bagi membalas wacana Orientalisme dalam zaman kolonial yang telah menafikan identiti peribumi dan sejarah kewujudannya. Kerangka nasionalisme itu mempunyai tiga dimensi: Dimensi pertama ialah tradisi yang menghubungkan bangsa dengan masa lalunya sebagai pencetus inspirasi dan kesedaran tentang kewujudan yang berterusan. Dimensi kedua ialah kepentingan dalam aspek ekonomi dan budaya yang menghubungkan bangsa dengan situasi semasa dan memberikan insentif untuk menangani masalah masyarakat. Dimensi ketiga ialah ideologi–kebanyakannya bersifat politik–yang menghubungkan bangsa dengan masa depan. Ringkasnya, masa depan bangsa itu akan dicorakkan dengan ideologi politik, kepentingan ekonomi, dan tradisi.

Dalam era awal kemerdekaan ini, dengan pergantungan terhadap Barat masih erat, lahir karya oksidentalisme yang pelbagai corak daripada pengarang peribumi. Daripada pengarang itu lahir teks yang bernuansa oksidentalisme, iaitu Panglima Awang

(Harun Aminurrashid, 1958), Lingkaran (Arena Wati, 1965), dan Pulanglah Perantau (Aziz

Jahpin, 1971). Karya mereka dianggap representatif kerana menampilkan wacana oksidentalisme yang dominan demi mencari identiti bangsa bagi menghadapi zaman baharu.

Novel Panglima Aw ang: Mencari Keakuan

Harun Aminurrashid telah menulis Panglima Awang yang dianggap karya

fenomenal dan mendapat sambutan hangat daripada khalayak kerana kandungannya yang dianggap dapat menimbulkan national pride bagi bangsa Melayu. Kebanggaan

bangsa itu disebabkan novel ini mengemukakan satu versi sejarah yang mengangkat orang Melayu sebagai pengeliling dunia yang pertama, bukannya Ferdinand Magellan sebagaimana yang dicanangkan dalam buku-buku sejarah Orientalis. Novel ini siap ditulis pada 11 September 1957, sebulan selepas kemerdekaan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman. Harun Aminurrashid yang telah banyak menulis novel sebelum itu berasa tidak puas dan jiwanya “menjadi resah”. Keresahannya itu disebabkan ada keinginan yang belum tertunai, iaitu hendak “mengenal diri saya berada di mana dan bagaimana” serta “mencari keakuan” atau identiti diri bangsanya (Harun Aminurrashid, 1965:237). Dalam pencariannya beliau mendapati wujud sikap fatalistik dalam kalangan bangsanya apabila berhadapan dengan penjajah kerana perasaan rendah diri yang begitu tebal. Harun Aminurrashid (1965:238) berkata:

Kadang kali hati saya timbul geram kepada manusia yang sa-bangsa dengan saya, mengapa berpendapat begitu. Tidak-kah mereka mengenal diri mereka, tidak-kah mereka mengenal KEAKUAN mereka bangsa yang pernah berkuasa besar, bangsa yang pernah menguasai di-seluroh samudera Alam Melayu, bangsa yang menguasai lapangan perniagaan di-alam-nya, bangsa yang berdiri tegak dengan kebudayaan-

nya, bangsa yang pandai membuat perhubongan dengan bangsa2 asing yang datang ka-Alam Melayu, bangsa

yang pandai melayari dan mengunjongi negara2 tetangga di-luar Alam Melayu? Maka dengan pendapat ini-lah

saya berazam akan chuba menyusun cherita2 berlatarkan sejarah tanah-ayer.

Pengakuan pengarang ini menjelaskan bahawa tujuannya menulis Panglima Awang adalah untuk mengembalikan keyakinan diri atau identiti bangsa yang merdeka

tanpa perlu berasa terjajah sepanjang masa. Harun melakukannya dengan menonjolkan ketokohan dan kewiraan seorang anak Melayu yang mampu menghabiskan ekspedisi mengelilingi dunia walaupun ketuanya, Ferdinand Magellan, mati di pertengahan jalan. Walaupun kajiannya hanya bersandar pada beberapa sumber, Harun meyakini bahawa anak Melayu yang dibawa oleh Ferdinand Magellan mengelilingi dunia pada tahun 1519 itu memiliki semangat juang yang tinggi di samping beberapa ciri wira yang sempurna. Oleh itu, beliau mengangkat lelaki yang diberi nama Enrique itu dengan nama fiktifnya, Panglima Awang, sesuai dengan sifat kemelayuan dan keperwiraannya.

Bergerak dalam masyarakat pascakolonial yang sudah tidak lagi tertakluk kepada dominasi penjajahnya, pengarang telah melaksanakan tugas dekolonisasinya dengan lebih bebas. Inilah masa pengarang pascakolonial mengejek dan menghina semua nilai kolonial serta memuntahkannya kembali (bdk. Fanon, 1966:35). Oleh itu, tanpa sebarang keraguan, Harun memaparkan kezaliman orang Eropah terhadap bangsa Timur. Pencitraan yang sebegitu berupaya membangkitkan sentimen antikolonial dan bakal mengundang ancaman daripada pemerintah kolonial sekiranya dilakukan dalam era penjajahan British, tetapi disebabkan era penjajahan sudah berakhir, penulisan sebegitu tidak dibimbangi lagi. Watak-watak hitam penjajah itu tidak diberi peluang untuk menyatakan rasa hati bagi membela tindakan kejam itu kerana pengarang telah menafikan kebebasan mereka melalui haknya sebagai penentu kebenaran (rujuk konsep

power/ knowledge oleh Foucault, 1980:93). Dengan mencitrakan watak kolonial sebagai

hitam, secara tidak langsung imej peribumi telah dimurnikan.

Pencitraan oksidentalisme bersifat antikolonial itu dikesan pada watak askar Peringgi/ Portugis yang menakluk Melaka dengan kekerasan. Watak-watak penjajah ini tidak diberi simpati sama sekali apabila mereka digambarkan sebagai “tidak mengenal peri kemanusiaan” dengan memperkosa perempuan dan membunuh anak-anak, orang tua atau sesiapa sahaja. Askar Portugis yang digelar Benggali Putih ini menyeksa laki-laki tawanan dengan menjemur dan mengembunkan mereka tanpa diberi makanan dan minuman (Harun Aminurrashid, 1966:2).

Dalam satu peristiwa apabila Enrique ternampak orang Portugis membawa wanita cantik dari sebuah pelabuhan di Benua Afrika, dia membuat penilaian yang bercorak penentangan. Harun memanipulasi kebebasannya sebagai pengarang serba tahu untuk menyisipkan gejolak stream of consciousness watak Enrique yang bercorak wacana balas:

Ketika itu barulah Enrique sedar, rupanya orang-orang yang dijadikan hamba itu menjadi seperti binatang dijual ikut suka hati kepada siapa saja yang hendak membelinya. Ia merasa orang2 Portugis mempunyai perasaan yang sangat kejam tidak berperi

kemanusiaan, kerana manusia yang dijadikan Tuhan yang berlainan kulit itu di-pandang oleh mereka bukan manusia. (Harun Aminurrashid, 1966:79)

Perbuatan orang Eropah itu sememangnya menjadi amalan mereka atas prinsip teori sains sosial Charles Darwin bahawa manusia teragung ialah manusia yang boleh membunuh manusia lain. Dalam teori Darwinisme persaingan antara kelompok haiwan

terpilih digalakkan biarpun melalui proses peperangan dan pembunuhan kejam. Disebabkan Darwinisme lahir di Eropah sewaktu penjajahan ke atas bangsa kulit hitam

Dalam dokumen buku hiski 1compressed (Halaman 58-80)