• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBERKESANAN HUBUNGAN PENGUNDI ANDA

Dalam dokumen BUKU PANDUAN PERANCANGAN KEMPEN POLITIK (Halaman 45-47)

LANGKAH LIMA: MEMBANGUNKAN SEBUAH PELAN HUBUNGAN PENGUND

KEBERKESANAN HUBUNGAN PENGUNDI ANDA

Setiap jenis daripada hubungan pengundi boleh menyempurnakan tiga perkara dalam pelbagai darjah – meyakinkan pengundi yang disasarkan, mengenal pasti penyokong-penyokong dan memanggil mereka untuk keluar mengundi. Kepelbagaian tadi menentukan keberkesanan usaha hubungan pengundi anda. Adalah penting untuk sesebuah kempen memilih kaedah-kaedah yang mana apabila digabungkan, mampu menyempurnakan kesemua tiga tugasan terbabit.

Sekarang, memandangkan anda sudah mempunyai satu mesej yang jelas, tepat dan berkesan, adalah mustahak untuk menggunakan mese tadi untuk meyakinkan kumpulan pengundi sasar anda dan memberitahu mereka bahawa calon anda adalah pilihan yang terbaik. Para pengundi perlu tahu apakah mesej yang disampaikan oleh anda dan mereka perlu mendengarnya berulang-ulang kali sebelum ia benar-benar melekat pada minda mereka. Anda mesti mengulangi usaha menyalurkan mesej bersifat persuasif kepada mereka yang akan mengundi.

Akhir sekali, dengan tempoh pilihan raya sampai ke penghujungnya, tibalah masanya apabila anda tidak boleh meyakinkan pengundi-pengundi dan semua usaha-usaha anda haruslah ditumpukan untuk memastikan kumpulan pengundi yang menyokong calon anda, keluar mengundi untuk calon anda.

Untuk melakukan ini, anda mesti mempunyai cara untuk mengenal pasti siapakah yang menyokong anda dan siapakah yang telah dipujuk menerusi usaha hubungan pengundi, untuk menyokong anda. Sejurus sebelum Hari Pemilihan, anda mesti telah menghabiskan masa mengenal pasti penyokong- penyokong anda. Adalah juga penting untuk mengetahui bagaimanakah anda akan mendekati pengundi dalam tempoh yang begitu singkat ini.

MEYAKINKAN PENGUNDI-PENGUNDI SASARAN

Kebanyakan daripada usaha kempen anda akan dicurahkan kepada usaha meyakinkan kumpulan pengundi sasaran dan memberitahu mereka bahawa andalah calon terbaik dan adalah menjadi kepentingan mereka untuk pergi ke pusat pengundian dan mengundi anda. Setiap perkara yang telah dibuat oleh anda hingga ke saat ini – semua penyelidikan, menetapkan matlamat, mensasarkan audiens dan membangunkan satu mesej yang persuasif – telah membawa anda hingga ke tahap ini. Sekarang, anda perlu memutuskan jenis teknik yang paling mudah untuk berkomunikasi dengan kumpulan orang sebesar ini dan menyakinkan mereka untuk mengundi anda. Tidak ada gunanya untuk memiliki mesej yang hebat jika para pengundi tidak tahu mengenainya.

Orang ramai sering kali diyakinkan apabila mereka mendengar perkara yang sama daripada berbagai-bagai sumber. Jika mereka mendengar bahawa anda adalah seorang calon yang bagus daripada sebuah pertubuhan sivik berpengaruh, bertemu dengan calon tersebut yang pergi dari pintu ke pintu, melihat bahan-bahan cetak kempen yang bersifat persuasif, dan membaca sebuah artikel yang positif di dalam suratkhabar, maka mereka akan lebih mengingati calon tersebut dan

cenderung untuk mengundi calon terbabit. Kesemua hubungan pengundi tadi tidak boleh dipersiakan. Sebuah kempen yang terurus dengan baik akan memastikan bahawa semua hubungan berlaku dan mesej sama disampaikan setiap kali agar mesej itu akan diperkukuhkan dengan sendirinya dari semasa ke semasa..

KELUAR UNTUK MERAIH UNDI

Ia tidak membawa sebarang manfaat untuk menghabiskan masa berminggu-minggu lamanya meyakinkan kumpulan audiens sasaran anda bahawa andalah calon terbaik jika mereka tidak pergi ke pusat pengundian pada Hari Pemilihan dan mengundi untuk anda. Pengundi-pengundi individu sering kali merasakan bahawa satu undi mereka adalah tidak penting. Mereka perlu tahu bahawa mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar dan sokongan mereka kepada calon anda adalah mustahak. Acap kali satu peringatan mudah - sama ada menerusi panggilan telefon ataupun bahan cetak kempen – sudah memadai untuk memastikan mereka keluar mengundi.

Usaha untuk keluar meraih undi atau ”get out the vote” (GOTV) sering kali dilihat sebagai satu fasa berasingan dalam kempen. Hakikatnya, ia seharusnya dilihat sebagai fasa terakhir ke arah semua yang membentuk kempen tersebut. Jika anda membandingkan satu kempen politik dengan sejenis perniagaan yang menjual produk, dalam konteks ini, kita sedang menjual calon kepada para pengundi, maka hari sebelum Hari Pemilihan merupakan satu-satunya hari yang anda boleh berbuat demikian. Adalah penting agar pengundi mempunyai dorongan untuk ”membeli produk anda” pada hari tersebut. Tarikh akhir untuk semua aktiviti berkempen dan terutamanya GOTV ialah pada hari sebelum Hari Pemilihan. Sama ada anda bersedia untuk melakukan lonjakan terakhir ataupun tidak. Tidak ada peluang kedua.

Usaha GOTV ini boleh disempurnakan dalam pelbagai cara yang berlainan namun pelbagai kaedah tersebut berbeza dalam satu faktor penting – sama ada pihak kempen sedar siapakah yang sedang dihubungi.

Dalam kawasan-kawasan yang mana seorang calon memiliki sokongan yang agak kuat – katakan enam daripada setiap sepuluh pengundi akan mengundi mereka – adalah tidak semestinya perlu untuk mengenal pasti penyokong-penyokong. Anda akan mendapati bahawa lebih banyak pengundi yang anda ingatkan mengenai Hari Pemilihan dan anda pastikan mereka mengundi, maka calon anda akan menerima majoriti. Di kawasan-kawasan ini, anda boleh anjurkan apa yang kita panggil sebagai ”tarikan buta (blind pull)” pengundi atau menarik setiap orang ke pusat pengundian tanpa mengira sama ada anda tahu atau tidak tahu siapakah yang mereka sokong. Di kawasan-kawasan yang mempunyai sokongan yang kuat ini, pihak kempen boleh memasang papan-papan tanda mengingatkan para pengundi mengenai Hari Pemilihan dan menggalakkan mereka untuk keluar mengundi. Mereka mungkin mahu menelefon seberapa banyak pengundi-pengundi yang mungkin bagi memastikan pengundi-pengundi tadi keluar untuk mengundi ataupun menghantar sebuah kereta siap dipasang dengan pembesar suara mengingatkan orang ramai ia adalah Hari Pemilihan dan sudah tiba masanya untuk keluar mengundi.

Di kawasan-kawasan lain yang memperlihatkan sokongan adalah kurang terjamin, anda mungkin hanya mahu mengingatkan kumpulan-kumpulan pengundi yang anda kenal untuk menyokong anda. Justeru, adalah penting untuk menghabiskan masa mengenal pasti pengundi-pengundi manakah yang akan menyokong anda jauh lebih awal sebelum usaha GOTV. Sejurus anda telah membangunkan sebuah pangkalan data atau senarai penyokong, adalah penting untuk mempunyai sumber-sumber dan cara untuk berkomunikasi dengan mereka dalam tempoh singkat sebelum Hari Pemilihan. Adalah lebih penting untuk memperuntukkan masa yang mencukupi, wang dan orang serta mempunyai sebuah rancangan realistik tentang bagaimana anda akan berhubungan dengan penyokong-penyokong anda.

PENGENALAN PENGUNDI

Disebabkan begitu banyak usaha GOTV bergantung kepada adanya satu senarai penyokong yang tepat jauh sebelum Hari Pemilihan, adalah penting untuk mengetahui bagaimanakah anda akan mengenal pasti penyokong-penyokong bermula seawal permulaan kempen. Anda perlu menggunakan sumber-sumber untuk meyakinkan pengundi-pengundi anda. Bagaimanapun, jika anda hanya berkomunikasi dengan mereka, anda mengharapkan mereka sendiri akan pergi ke pusat pengundian. Ini mungkin satu pertaruhan yang tidak perlu diambil. Anda boleh meningkatkan peluang anda jika anda tahu siapakah yang telah diyakinkan dan anda mempunyai keupayaan meyakinkan mereka untuk pergi ke pusat pengundian.

Seringkalinya untuk mengetahui calon manakah yang disokong oleh pengundi, hanyalah perlu menanyakan mereka. Orang ramai biasanya gemar untuk diajukan soalan yang meminta pendapat mereka dan mereka sanggup memberitahu apa yang terbuku dalam fikirannya. Wujudkan satu skala ”1-2-3” agar seorang penyokong yang telah disahkan dapat dilabel sebagai ”1”, manakala pengundi yang masih belum menetapkan pendirian boleh dilabel sebagai ”2”, serta ”3” untuk penyokong kepada pihak lawan. Ketika pihak kempen anda sedang berkomunikasi dengan pengundi-pengundi, cuba hakimi paras sokongan mereka. Anda akan menginginkan untuk menghabiskan sumber- sumber anda pada nomor ”2” pengundi-pengundi dalam sasaran audiens anda.

Untuk mengenali pasti pengundi-pengundi, anda perlu memiliki beberapa kaedah untuk menjejaki mereka dan tahap sokongan mereka. Anda boleh menggunakan sekeping fail kad yang biasa atau lebih baik lagi, sebuah pangkalan data komputer yang akan membolehkan anda mengemaskinikan selain mengasingkan fail-fail untuk memenuhi keperluan anda.

Adalah penting agar pangkalan data ini adalah setepat yang mungkin. Jangan menganggap seseorang itu sebagai penyokong sehinggalah mereka memaklumkan kepada anda secara langsung. Sering kali, orang tidak mahu menyinggung anda atau bertikam lidah dengan anda jika mereka belum membuat sebarang pendirian ataupun sebenarnya menyokong pihak lawan.

Dalam dokumen BUKU PANDUAN PERANCANGAN KEMPEN POLITIK (Halaman 45-47)