• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMPEN MENGUTIP DANA (WANG 2)

Dalam dokumen BUKU PANDUAN PERANCANGAN KEMPEN POLITIK (Halaman 72-74)

LANGKAH KEENAM: MENJADIKAN IA SATU KENYATAAN

KEMPEN MENGUTIP DANA (WANG 2)

Aktiviti mengutip dana merupakan satu proses sistematik untuk mengutip nama-nama yang dilihat sebagai penderma berpotensi dan kemudiannya kenal pasti sebab-sebab penderma berkenaan menyumbangkan wangnya, jumlah yang diberikan oleh mereka, dan siapakah orang terbaik daripada pihak kempen untuk memohon kutipan wang tersebut. Setiap belanjawan kempen memerlukan sebuah pelan iringan untuk pengutipan dana bagi memahami jumlah wang yang perlu dikutip dan bila.

Calon dan pihak kempen harus mensasarkan penderma-penderma seperti mereka mensasarkan pengundi. Terdapat dua faktor utama untuk mengingati tentang orang yang mungkin menderma untuk kempen anda. Pertama, tidak seperti pengundi-pengundi yang hanya boleh mengundi sekali untuk calon anda pada pilihan raya ini (dan oleh sebab itu adalah setara kepada semua pengundi lain), penyumbang-penyumbang pula boleh memberikan wang dalam amaun yang berbeza-beza. Kedua, walaupun pengundi-pengundi perlu menetap dalam sesebuah daerah, para penyumbang pula boleh menetap di mana-mana sahaja. Justeru itu walaupun anda akan menerima kurang sumbangan berbanding undian yang anda terima, anda masih boleh mendapatkan penyumbang- penyumbang ini hampir di merata-rata tempat.

Begitu juga dengan usaha mengambil sukarelawan-sukarelawan, terdapat pelbagai sebab berlainan mengapa seseorang itu akan memberikan sumbangan. Untuk setiap jenis penyumbang, anda akan perlu menghabiskan kadar masa dan usaha yang berbeza diperlukan untuk meraih sokongan mereka.

Kumpulan pertama ialah keluarga, kawan-kawan peribadi, dan rakan-rakan profesional yang rapat. Kumpulan ini akan memberikan sumbangan kerana mereka kenal calon itu secara peribadi.

Kumpulan kedua pula ialah mereka yang akan menerima manfaat secara langsung daripada pemilihan calon tersebut. Kumpulan orang ini mungkin terdiri daripada mereka yang mempunyai hubungan kewangan dengan calon, pegangan kewangan dalam pemilihan calon atau mereka yang percaya bahawa kuasa peribadi mereka akan meningkat dengan terpilihnya calon terbabit.

Kumpulan ketiga merujuk pula kepada mereka yang yang berkongsi pandangan dan ideologi calon. Sering kali, mereka adalah ahli daripada pertubuhan-pertubuhan yang sama yang turut dianggotai oleh calon itu, ataupun pertubuhan-pertubuhan yang mana calon tersebut dapat mengaitkan dirinya dengan mereka.

Kumpulan terakhir ialah mereka yang tidak bersetuju dengan pihak lawan atau mahu melihat lawan anda ditewaskan. Kumpulan orang ini tidak semestinya bersetuju dengan calon anda tetapi melihat kempen anda sebagai satu platform untuk menyatakan pendirian mereka tentang betapa buruknya

pihak lawan dalam sesuatu isu atau atas sebab-sebab lain mahu menghalang lawan anda daripada menang.

Satu sebab utama yang paling penting mengapa orang tidak memberi sumbangan kepada kempen politik ialah kerana mereka tidak diminta berbuat demikian. Sering kali calon-calon merasakan mereka ”tahu” bahawa seseorang tidak akan memberi sumbangan atau tidak mampu berbuat demikian, sekali gus tidak meminta daripada mereka. Ini hanyalah satu alasan untuk tidak bertanya dan mengelakkan daripada mengutip dana.

Untuk setiap yang berpotensi menjadi penderma, anda harus tentukan bagaimanakah cara terbaik untuk meminta sumbangan. Adakah orang tersebut akan memberi sumbangan di mesyuarat dengan calon atau sahabat kepada kempen itu? Adakah mereka berminat untuk menghadiri sesuatu acara? Haruskah mereka diberikan sedikit maklumat umum dan susulan dengan satu panggilan telefon atau bertemu dengan calon berkenaan?

Dalam kebanyakan kes, orang terbaik untuk meminta sumbangan adalah calon itu sendiri. Calon- calon perlu mengetahui bahawa mereka sebenarnya bukan ”mengemis” untuk wang. Sebaliknya, mereka meminta penyokong-penyokong beliau untuk ”melaburkan” wang tersebut ke dalam kempen, sebuah kempen yang mana mereka sering kali membelanjakan wang dan masa mereka sendiri. Jika ia berbaloi untuk mebuatkan calon tersebut dipilih, kenapa tidak pula kepada para penyokongnya?

Sudah tentu, bahagian paling sukar dalam aktiviti mengutip dana ini ialah meminta. Orang yang meminta harus menjalani latihan terlebih dahulu dengan seorang ahli daripada pihak kempen yang kemudiannya mengemukakan setiap alasan untuk tidak menyumbang. Dengan ”berlatih” melalui cara ini, orang yang akan meminta sumbangan itu akan lebih bersedia.

Dalam aktiviti-aktiviti mengutip dana, anda harus ingat beberapa peraturan berikut:

1. Jika penyumbang tidak menyokong sesuatu isu atau parti anda, cuba kekalkan perbualan itu terhadap isu-isu dan kebimbangan yang dikongsi bersama.

2. Minta kepada penyumbang jumlah amaun sumbangan yang khusus. Adalah lebih baik untuk mendapatkan amaun yang lebih tinggi dan memuji mereka, daripada meminta amaun yang rendah dan mendapat sumbangan yang lebih kecil.

3. Tanya bagaimana dan bila sumbangan tersebut dapat diperolehi agar kakitangan dari pihak kempen dapat mengutipnya. ”Kutipan” ini merupakan bahagian yang terpenting kerana anda tidak mahu penderma-penderma tadi mengelak daripada menyumbang selepas dua bulan kemudiannya. Lebih cepat anda mendapat sumbangan, lebih baik.

4. Jangan lupa mengucapkan terima kasih. Ini merupakan langkah terbaik (dan termurah) untuk memastikan penderma tahu bahawa sumbangan mereka dihargai, tidak kira berapa kecil, dan membuka peluang untuk meminta sumbangan dikemudian hari.

Acara-acara atau parti digunakan oleh banyak pihak kempen yang sering melibatkan seorang pemimpin negara atau selebriti. Orang awam lebih cenderung untuk menyumbang jika acara yang dihadirinya menyeronokkan, menarik dan mempunyai daya tarikan. Anda akan dapat mengelakkan pertelagahan besar jika anda berupaya mencari penyelesaian dengan Pejabat Kebangsaan sama ada dana-dana yang dikutip dalam acara itu akan pergi kepada usaha nasional, dibahagikan setengah dengan kempen anda, atau semuanya akan pergi kepada kempen anda.

Surat-surat mengutip dana merupakan satu langkah bijak untuk menghebahkan maklumat calon kepada mereka yang berpotensi menjadi penyumbang. Anda mungkin tidak mahu meminta sumbangan dalam surat berkenaan, kerana adalah sangat mudah untuk berkata “tidak” dan membuang sepucuk surat. Adalah lebih sukar untuk berkata “tidak” dan menghalau seseorang

keluar, justeru tulislah dalam surat anda bahawa seorang pegawai daripada pihak kempen anda akan membuat susulan menerusi satu panggilan telefon ataupun permintaan untuk bertemu. Pihak kempen harus membuat susulan mengenai surat hanya beberapa hari selepas ia tiba. Jadi, janganlah hantar surat dalam kuantiti yang banyak hinggakan pihak satu lagi tidak mampu membuat susulan dengan segera.

Pengecualian hanya ada jika anda menghantar surat-surat mengutip dana kepada penderma- penderma kecil. Dalam hal ini, anda tidak akan merasa segan sekalipun pihak media melaporkan bahawa anda bergantung kepada derma-derma daripada rakyat. Pada brosur-brosur dan surat, seharusnya diletakkan di bahagian bawah, “Kempen Kita Bergantung Kepada Sumbangan- sumbangan kecil dan kerja-kerja sukarelawan daripada rakyat seperti anda. Jika anda ingin membantu, telefon 123-4567 atau datanglah ke pejabat anda di Jalan Perdamaian”. Maklum balas yang diterima mungkin tidak banyak tetapi anda mungkin menerima beberapa sumbangan.

Jangan persiakan sebarang peluang untuk mengutip dana.

Dalam dokumen BUKU PANDUAN PERANCANGAN KEMPEN POLITIK (Halaman 72-74)