• Tidak ada hasil yang ditemukan

MERANGKA BAHAN KEMPEN

Dalam dokumen BUKU PANDUAN PERANCANGAN KEMPEN POLITIK (Halaman 56-59)

LANGKAH LIMA: MEMBANGUNKAN SEBUAH PELAN HUBUNGAN PENGUND

MERANGKA BAHAN KEMPEN

Banyak daripada kaedah hubungan pengundi bergantung kepada kualiti bahan kempen untuk menyampaikan mesej. Justeru itu, adalah penting untuk bahan kempen anda adalah seefektif yang mungkin dalam menyampaikan mesej ini. Ketika merangka bahan untuk kempen politik, anda perlu ingat bahawa kebanyakan pengundi tidak akan membaca secara teliti tidak seperti anda, atau seperti apa yang anda mahu mereka lakukan. Adalah penting untuk memudahkan pengundi untuk memahami mesej yang tersirat dalam tempoh singkat yang mereka ambil untuk memutuskan bahawa mereka akan membuang bahan tersebut ke dalam tong sampah.

Sehubungan itu, penting untuk bahan kempen yang dirangka pantas menarik perhatian pengundi dan sepantas itu dalam menyampaikan mesej tersebut. Dalam erti kata lain, anda perlu pastikan bahan kempen yang disediakan itu ringkas, mudah dan dramatik. Anda harus memberitahu sebuah cerita mengenai siapakah calon anda dan mengapa para pengundi harus mengundi calon anda. Lain-lain maklumat yang anda sediakan harus menyokong mesej asli. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menarik perhatian para pengundi dan dengan cepat menyampaikan mesej tersebut.

TOPIK TUNGGAL

Dalam usaha memastikan mesej kempen mudah dan dapat difahami dengan pantas, penting untuk anda tidak cuba menyampaikan lebih daripada satu idea dalam bahan cetak kempen. Sebagai contohnya, satu kepingan bahan cetak kempen akan memberitahu anda bagaimana calon tersebut akan memerangi jenayah. Ataupun apakah yang akan dilakukan oleh calon sama untuk meningkatkan ekonomi negara. Namun kedua-dua topik tidak seharusnya diletakkan dalam bahan cetak yang sama. Pengecualian kepada teknik ini ialah “kad tapak tangan”ataupun sejenis bahan cetak kempen umum yang digunakan untuk memperkenalkan calon. Di sini, tema adalah berkisar kepada sebab-sebab pengundi harus menyokong calon dan boleh menyertakan kenyataan- kenyataan ringkas mengenai pendirian calon terhadap sesuatu isu.

GAMBAR-GAMBAR AKSI

Sering kali, bahan cetak hanya memaparkan kepingan gambar calon sahaja. Ini sebenarnya tidak memberitahu apa-apa mengenai calon dan hanya membuang ruang. Gambar-gambar haruslah menunjukkan calon tersebut bercakap dengan seseorang atau melakukan sesuatu.

Lain-lain gambar aksi boleh menarik perhatian pengundi dan menyampaikan mesej lebih pantas daripada perkataan. Sebagai contoh, sekeping gambar yang menunjukkan seorang individu sedang

memecah masuk ke dalam bangunan atau mengacukan sepucuk pistol ke arah muka depan bahan cetak kempen yang menyentuh mengenai isu jenayah, sudah tentu akan dapat membuat para pengundi membuka muka depan bahan kempen itu untuk melihat isi kandungan di dalamnya. Kepingan gambar yang di dalamnya menunjukkan calon sedang bercakap dengan polis, boleh mengaitkan antara sesuatu isu jenayah dan calon. Gambar-gambar kanak-kanak di sekolah boleh juga membantu menyebarkan mesej pendidikan, dan gambar-gambar yang memperlihatkan perniagaan-perniagaan yang ditutup atau orang awam mengemis di kaki lima boleh menyampaikan mesej bahawa masalah-masalah ekonomi akan ditangani. Ingat, gambar-gambar tersebut perlu memaparkan tindakan yang perlu diambil. Potret-potret calon tidak akan menyampaikan sebarang maklumat mengenai diri mereka yang sebenarnya. Juga, semua kepingan gambar haruslah dalam warna hitam dan putih. Menggunakan gambar berwarna adalah terlalu mahal dan tidak banyak membantu penyampaian mesej.

TAJUK-TAJUK UTAMA

Selepas melihat kepada kepingan-kepingan gambar, pengundi akan memberikan tumpuan kepada tajuk-tajuk utama. Mesej keseluruhan haruslah difahami pada tajuk-tajuk utama, satu atau dua kenyataan ringkas ditaip dalam huruf cetak yang besar. Lain-lain aspek dalam bahan cetak kempen itu hanyalah untuk memperkukuhkan mesej ringkas tadi. Sering kali, tajuk-tajuk utama hanya menjadi tajuk semata-mata dan para pengundi dijangka untuk membaca lebih lanjut untuk memahami isi yang disampaikan. Justeru, adalah penting untuk tidak membazirkan tajuk-tajuk utama dengan tajuk seperti “program saya” ataupun kenyataan-kenyataan tidak berguna yang tidak menyelitkan mesej-mesej penting seperti “para pengundi yang dihormati (dear voter)” atau “undi”.

ISI-ISI YANG DISAMPAIKAN DALAM FORMAT TANDA FAKTA (BULLET POINTS) Apabila menyenaraikan sesuatu program, sebuah biografi ataupun apa-apa siri maklumat, pastikan ia dibuat dalam format tanda fakta dan bukannya dalam bentuk perenggan. Langkah ini memperincikan dengan jelas bahawa terdapat lima sebab untuk menyokong calon berkenaan ataupun enam perkara yang akan dilakukan oleh calon untuk memperbaiki ekonomi. Fakta-fakta yang dibuat dalam format tanda tadi boleh diselitkan dengan tajuk-tajuk utama tetapi tajuk-tajuk utama harus menggunakan kata kerja seperti “memerangi jenayah” atau “memperbaiki ekonomi negara”.

KHUSUS

Tanpa membuat apa-apa janji yang tidak boleh ditunaikan, adalah penting bagi satu mesej yang disampaikan bersifat khusus dalam menawarkan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi rakyat. Calon “menyokong perundangan yang akan ….” tidak bermakna bahawa undang-undang itu perlu meluluskan atau menyempurnakan matlamat yang disasarkan tetapi ia masih menyampaikan satu pendirian berkenaan dengan sesuatu isu.

RINGKAS

Dalam bahan cetak kempen, lebih ringkas lebih baik. Nyatakan apa sahaja mesej yang ingin disampaikan seringkas yang mungkin. Antara satu ratus dan tiga ratus perkataan adalah paling maksimum dalam satu kepingan bahan cetak kempen. Ingat bahawa para pengundi tidak akan membaca teks yang panjang kerana ini memerlukan lebih banyak usaha. Mereka juga tidak akan sanggup membelanjakan sesuatu untuk perkara yang tidak memberi kesan segera kepada diri mereka. Maka kerana itu, kenyataan-kenyataan seperti "para pengundi yang dihormati (dear voter)" boleh dikeluarkan kerana para pengundi tahu, bahawa apabila mereka menerima kepingan

bahan cetak kempen itu, merekalah sebenarnya golongan yang sedang ditujukan. Rangkai-rangkai kata berkenaan hanyalah tambahan sahaja dan merupakan ayat-ayat yang tidak diperlukan.

SATU BAHASA YANG SAMA

Gunakan bahasa yang secara mudah dan jelas menyatakan apa yang anda mahu sampaikan. Tidak penting untuk cuba menarik perhatian pengundi dengan kata-kata besar berbanding dengan memastikan mesej anda disebarkan kepada semua pengundi dalam bahasa yang mereka fahami. Dalam sesebuah kempen pilihan raya, anda bukan sahaja tidak mempunyai masa yang mencukupi bahkan ia bukan peranan anda untuk mendidik para pengundi.

MESEJ YANG BERSIFAT KEKAL (STAY ON)

Semua bahan kempen, tidak kira apa isu-isu yang akan dibincangkan, haruslah berpandukan kepada tema asas kempen. Adalah penting mesej yang sama diperkukuhkan berulang kali, tidak kira apa isu. Pihak kempen berkemungkinan mahu menggunakan rangkai kata atau slogan yang sama untuk semua bahan kempen bagi membawa mesej kepada pengundi.

Dalam dokumen BUKU PANDUAN PERANCANGAN KEMPEN POLITIK (Halaman 56-59)