• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAMPIRAN F: SAMPEL BORANG-BORANG KEMPEN

Dalam dokumen BUKU PANDUAN PERANCANGAN KEMPEN POLITIK (Halaman 111-119)

Ketika kempen pemilihan menjadi semakin hangat, adalah penting untuk anda mewujudkan prosedur-prosedur bagi tujuan penyimpanan rekod-rekod yang tepat, menyampaikan arahan-arahan yang jelas dan berurusan dengan pelbagai perkara seperti jemputan-jemputan serta sumbangan- sumbangan kepada kempen anda. Anda haruslah mengkaji semula borang-borang berikut dan mempertimbangkan untuk disesuaikan bagi kegunaan di dalam kempen anda.

Sampel Kad Sukarelawan atau Borang Pangkalan Data

Nama Pengundi: _______________________________________________________________ Alamat: ______________________________________________________________________ Daerah Mengundi:______________________________________________________________ Nombor Telefon: _______________________________________________________________ Party Affiliation: _______________________________________________________

Keperluan-keperluan: Akan sokong kempen tersebut dengan:

Lebih maklumat Menjadi Sukarelawan

Pengundian Tanpa Kehadiran Seseorang Meminta sokongan

Perjalanan ke Pusat Pengundian Berusaha meningkatkan undi (GOTV) Penjagaan Kanak-kanak pada Hari Pemilihan Memberikan sumbangan

Menelefon

Maklumat Tambahan: _____________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________

Arahan-Arahan Penyelia untuk Bank Telefon

Sebagai penyelia untuk Bank Telefon, anda akan bertanggungjawab ke atas semua aktiviti menelefon, dan produktiviti umum pusat tersebut.

Anda akan membuat panggilan berpandukan daripada senarai pengundi-pengundi di pusat-pusat pengundian yang disasarkan. Penyelaras untuk pusat bank telefon itu akan memberikan senarai nombor telefon kepada anda.

Anda akan bertanggungjawab untuk memastikan telefon-telefon anda senantiasa digunakan sepanjang tempoh menelefon.

Anda perlu mengadakan satu sesi latihan kepada kalangan sukarelawan pada malam pertama. Tempoh untuk sesi latihan itu dalam sekitar satu jam setengah. Berlatih mesej-mesej telefon dengan para sukarelawan tadi, arahkan mereka untuk membuat imbangan pungutan, dan sebagainya. Sentiasa ceria dan bersopan-santun. Galakkan sukarelawan-sukarelawan secara berterusan. Berikan ganjaran kepada mereka yang mempamerkan prestasi yang baik dan berwaspada dengan kawasan- kawasan panas kepada mereka yang akan membuat panggilan nanti. Pastikan untuk mengucapkan terima kasih kepada si petugas pada penghujung setiap syif dan menempah mereka untuk syif seterusnya sebelum mereka beredar.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menjumlahkan kesemua imbangan pungutan borang telefon itu dan memasukkan kepingan penilaian statistik ke dalam komputer. Lakukan ini pada penghujung setiap syif.

Jalankan syif-syif untuk tempoh selama empat jam. Agihkan sukarelawan-sukarelawan tadi berpandukan kepada syif setiap hari.

Pungut borang-borang permintaan khas secara berkala. Jangan biarkan borang-borang tadi melambak-lambak. Rujuk kepada mereka kepada sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk membuat susulan dengan maklumat tambahan mengenai calon tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang masalah, hubungi ibu pejabat utama dan bertanyakan kepada ________________.

Kebanyakan aktiviti menelefon haruslah dijalankan pada sebelah petang (iaitu antara 5.30 petang hingga 9.30 malam) dan sepanjang hari pada Sabtu (dari jam 10 pagi hingga 9 malam). Aktiviti menelefon pada sebelah siang adalah satu pilihan, terutamanya jika anda ketinggalan daripada jadual asal.

Sampel ID Skrip Telefon

”Selamat sejahtera (pagi atau petang). Boleh saya bercakap dengan Encik/Cik ______________? Encik/Cik. __________, Nama saya ___________ dan saya memanggil bagi pihak calon X daripada Parti XX.

Pada pilihan raya ini, perbezaan antara Calon X dan calon-calon lain adalah cukup jelas. Satu undi kepada Calon X adalah undi kepada XXX. Apa yang negara dan rantau ini perlukan ialah lebih banyak XXX dan bukannya YYY. Inilah keputusan yang anda perlu buat pada pilihan raya ini. Pada Hari Pemilihan, bolehkah Calon X daripada Parti XX bergantung kepada sokongan anda? Terima kasih di atas masa anda.”

Nilai pengundi-pengundi pada kepingan borang panggilan mengikut skala berikut: "1" Sokong calon anda

"2" Belum membuat keputusan "3" Sokong calon lawan

Jangan mengadakan perbincangan dengan para pengundi. Tindakan itu hanya akan memakan masa daripada membolehkan anda membuat panggilan yang lebih banyak. Hanya jawab soalan-soalan asas sahaja dan tidak berbincang mengenai isu-isu.

Ingat untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang dihubungi sebelum menamatkan perbualan anda.

Hantar kembali semua kepingan borang panggilan setelah selesai. Jika anda tidak dapat

melengkapkan kepingan borang panggilan itu, pastikan ianya ditanda secara jelas pada bahagian yang anda hentikan. Simpan kepingan borang panggilan yang tidak lengkap secara berasingan. Terima kasih di atas usaha dalam menjayakan bank telefon anda.

Sampel Kepingan Kertas Mengenai Arahan Mendapat Sokongan Dari Pengundi (Canvass) Apa yang anda lakukan

Kita mendapatkan sokongan daripada rumah-rumah di kawasan-kawasan yang mana sokongannya berubah – untuk memberitahu para pengundi mengenai calon kita, mengedarkan kepada mereka bahan cetakan kempen dan menjawab segala persoalan-persoalan mereka.

Kita juga mahu menilai kecenderungan-kecenderungan mereka dalam persaingan pilihan raya yang penting ini. Apabila proses mendapatkan sokongan selesai, pihak kempen akan mengedarkan lebih banyak bahan cetakan kempen kepada kumpulan pengundi-pengundi yang belum membuat pendirian lagi.

Bagaimana Untuk Melakukannya

Kit ini mengandungi segala yang diperlukan oleh anda:

Kepingan kertas untuk tinjauan pendapat – pastikan anda merekodkan nama, alamat dan kecenderungan para pengundi. “1” bermakna anda menyokong calon anda, “2” pula merujuk mereka yang masih belum membuat pendirian manakala “3” menyokong pihak lawan.

Lencana Sukarelawan – memakai lencana tersebut akan membolehkan anda dikenal pasti sebagai sukarelawan kempen.

Kepingan kertas taklimat calon – ini akan memberikan maklumat mengenai calon dan pendirian mereka. Brosur-brosur Kempen – edarkan setiap daripada brosur ini kepada setiap pengundi.

Keratan Kertas Soalan – Apabila anda mendapat satu soalan yang tidak dapat dijawab, jangan berpura- pura tahu. Beritahu terus kepada pengundi bahawa anda adalah seorang sukarelawan, bahawa anda tidak tahu mengenai jawapan tersebut tetapi akan mencari dan mendapatkan jawapan kepada mereka. Kemudian, isikan keratan kertas soalan itu yang akan diproses di ibu-ibu pejabat kempen.

Laporan – Setelah selesai, sila isikan Laporan Mengenai Mendapatkan Sokongan Daripada Pengundi agar anda dapat mengira keputusan-keputusan daripada laporan tadi dan nilai perkembangan anda.

Apa yang Perlu Dikatakan

Ingat anda adalah wakil peribadi kepada calon anda. Segala kata-kata yang diucapkan oleh anda dan tanggapan yang anda tunjukkan akan memberikan kesan besar kepada keputusan pengundi-pengundi. Berikut adalah deraf kasar sebuah mesej mendapatkan sokongan daripada pengundi. Anda perlu berlatih beberapa aspek berikut.

Perkenalkan diri anda: “Selamat Petang, nama saya ialah (nama anda), dan saya seorang sukarelawan untuk (calon), yang sedang bertanding untuk jawatan Dewan Undangan Negeri. Boleh saya bercakap dengan anda seketika?"

Bercakap Mengenai Calon anda, Sampaikan Mesej: “Saya bekerja untuk (calon) kerana (calon)

mempunyai rekod yang cemerlang dalam membantu penduduk-penduduk di dalam komuniti kita. Perbezaan antara calon saya dan yang lain adalah cukup jelas. Anda boleh mengundi calon saya, yang memperjuangkan XXX, atau anda boleh mengundi calon-calon lain, yang memperjuangkan YYY. Apa yang komuniti kita perlukan ialah lebih banyak XXX dan kurangkan YYY.

Tanya soalan: “Kami sedang menjalankan kempen dari rakyat ke rakyat memandangkan (calon) kita mahu memastikan rakyat tahu pendirian (calon) terhadap isu-isu tertentu. Ada tak isu tertentu yang anda

bimbangkan?"

Berikan brosur dan minta sokongan: “Boleh tak (calon) bergantung kepada sokongan anda, (Encik, Cik)?” (Jika ya, tentukan kecenderungan mereka dan tamatkan perbualan itu secara sopan. Jika tidak, teruskan.)

“Saya bercadang untuk tinggalkan brosur ini kepada anda bagi membolehkan anda mengetahui lebih lanjut terhadap (calon) tersebut. Sila pertimbangkan untuk mengundi (calon) pada Hari Pemilihan – (calon) itu akan menjadi seorang ahli Kongres yang hebat. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa."

Garis-garis Panduan Khas

Anda akan mendapati semua pengundi yang didekati cukup bersopan dan sanggup mendengar. Jika anda bertembung dengan seorang pengundi yang tidak peramah, jangan bertengkar – tamatkan perbualan itu secepat mungkin dengan ucapan terima kasih dan beredar.

Sampel Laporan Sokongan Daripada Pengundi

Sistem Penilaian: ”1” – Penyokong, ”2” – Cenderung ke arah calon, ”3” – Tidak pasti, ”4” – Tidak memihak, ”5” – Menyokong pihak lawan, ”R”-refused – Enggan menjawab, ”X” – Tiada di rumah.

Nama Jalan: ____________ Komuniti: _____________ Daerah: ____ Pusat Pengundian: ___________ Rumah # Nama Pengundi# Telefon# Penilaian Komen-komen Susulan

Sampel KAD "Kenalan"

Kepada kenalan,

Selasa depan, anda akan berpeluang untuk memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri/ Ahli Parlimen baru yang lebih efektif dalam mewakili kita.

Saya akan mengundi untuk (calon) berkenaan kerana beliau akan bekerja keras untuk

memperjuangkan sekolah-sekolah yang lebih baik untuk anak-anak anda semua. Jadi, marilah sertai saya untuk mengundi (calon) itu.

Salam hormat,

Sampel Borang Penjadualan

Tarikh Permintaan: Terima:

Keputusan yang dibuat: Tolak:

Tarikh maklum balas: Tunggu:

Acara: Tarikh: Masa: Lokasi:

Pertubuhan-pertubuhan/organisasi yang menaja: Alamat:

Telefon:

Orang yang boleh Dihubungi: Alamat:

Telefon:

Deskripsi Program:

Bilangan orang yang akan hadir: Adakah media massa akan hadir? Sifat penyertaan calon:

Sampel Borang Mengutip Dana Borang Penderma Yang Berpotensi

Nama: _____________________________________________________________________ Perniagaan: _________________________________________________________________ Alamat: ____________________________________________________________________ Telefon pejabat: _____________ Telefon rumah: _____________ Faksimili: _____________ Berminat untuk menderma: _______________________________________________________ Menghubungi untuk bertanya:________________________________________________ Bertanya untuk berapa banyak: _______________________________________________ Nota-nota orang yang dihubungi/panggilan/maklum balas:

___________________________________________________________________________ Susulan: ____________________________________________________________________

Dalam dokumen BUKU PANDUAN PERANCANGAN KEMPEN POLITIK (Halaman 111-119)