• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAMAN

Dalam dokumen Final Report (Halaman 46-52)

To Be The Leading Leisure Group ~ Exceeding Customer Expectations

3.5 KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAMAN

3.4 EXTERNAL FACTOR EVALUATION MATRIX

External Factor Evaluation (EFE) Matrix berfungsi untuk meringkaskan dan menilai data-data ekonomi, sosial, budaya, demografik, persekitaran, politik, kerajaan, undang-undang, teknologi dan persaingan.

Faktor-faktor Luaran Weight Rating Weighted Score

Peluang:

1) Lokasi yang strategik 0.2 4 0.80

2) Pelbagai golongan dan lapisan masyarakat 0.05 2 0.10

3) Kadar imigrasi yang meningkat 0.05 1 0.05

4) Regulasi dan undang-undang di Malaysia 0.05 2 0.10

5) Kepadatan penduduk 0.025 1 0.025

6) Keadaan ekonomi yang bertambah baik 0.10 2 0.20

7) Peranan media massa 0.10 2 0.20

8) Galakan kerajaan 0.10 3 0.30

Cabaran:

1) Persaingan sengit dengan hotel-hotel lain di Kuala Lumpur

0.15 4 0.60

2) Jalan raya utama ke bangunan hotel sentiasa sesak 0.05 3 0.15

3) Teknologi informasi yang berkembang pesat 0.025 2 0.05

4) Cuti sekolah yang panjang hanya bermula pada akhir tahun 0.10 3 0.30

JUMLAH 1.00 2.875

Weight: 0.0-tidak penting hingga 1.0-sangat penting Rating: 4-respons amat baik hingga 1-respons tidak baik

3.5 KEKUATAN DAN KELEMAHAN DALAMAN

(STRENGTHS AND WEAKNESSES)

Analisis kekuatan dan kelemahan dalaman adalah lebih kurang sama dengan analisis peluang dan cabaran luaran. Analisis faktor dalaman ini merangkumi informasi mengenai pengurusan organisasi, pemasaran, perakaunan, operasi, penyelidikan dan pembangunan serta operasi pengkomputeran organisasi tersebut.

Kekuatan:

KEKUATAN DESKRIPSI

Merupakan organisasi pertama yang mengintegrasikan bilik hotel dan apartment

The Legend Hotel telah mengintegrasikan bilik hotel dan apartment dalam satu bangunan. Ini membolehkan penginap untuk memilih bilik hotel (11 jenis bilik) atau apartment yang lengkap dengan segala kemudahan, terutamanya untuk penginap yang membawa keluarga sekali.

Pengiktirafan sebagai hotel bertaraf 5 bintang

Mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kebudayaan dan Kesenian sebagai hotel bertaraf 5 bintang.

Keutuhan Museum Chinese Restaurant

Menerima anugerah Oriental Cuisine oleh Pelancongan Malaysia, serta Restaurant Offering Best Service and Ambience oleh Persatuan Perlancongan Hong Kong.

Memiliki Ballroom yang paling menakjubkan di Malaysia

Ballroom yang amat luas dan anggun ini pernah menjadi tempat perasmian Windows oleh Bill Gates.

Program Lady Legend Program ini diwujudkan khas untuk wanita zaman kini oleh The Legend Hotel, memandangkan semakin banyak wanita yang menjejakkan kaki ke alam perniagaan.

Rekaan Topkapi Merupakan satu tempat beristirehat yang berlainan daripada hotel-hotel lain, di mana banyak usaha yang dilakukan untuk menjadikannya satu tempat yang dapat menarik perhatian dan kunjungan banyak penginap. Topkapi mengambil sebesar 5000 kaki persegi, dengan perhiasan dari seluruh pelosok dunia seperti jubin dari Spain, fabrik dari UK, kapas tulen dari Sri Lanka, artifak dari Morocco dan perhiasan kaca dari Rusia.

Perkhidmatan kakitangan yang cukup mesra

Kerap kali The Legend Hotel mendapat komen positif mengenai perkhidmatan mesra yang ditawarkan oleh kakitangan hotel. Ini akan menggalakkan mereka untuk kembali menginap di hotel yang sama pada masa hadapan.

Kakitangan hotel yang perkhidmatannya melebihi setahun akan diberi orientasi sekali lagi

Re-Orientation ini yang juga dikenali sebagai Re-Visiting The Legend adalah penting bagi mengingatkan kakitangan ini mengenai peraturan hotel serta menarik perhatian mereka terhadap perkara-perkara baru yang berlaku di dalam hotel.

Pengambilan kakitangan part time bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja

Oleh kerana wujudnya masalah kekurangan kakitangan, maka pengurusan The Legend Hotel telah bertindak untuk mengambil pekerja part time sehinggalah terdapat calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu.

Banyak aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun

Bahagian Sumber Manusia sentiasa mengadakan aktiviti seperti gotong-royong, birthday bash, staffs’ appreciation day dan lain-lain lagi bagi mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan.

Mempunyai papan notis di semua Bahagian

Pengurusan dalam hotel

Papan notis kelihatan di semua Bahagian pengurusan hotel, termasuklah jalan masuk ke Bahagian tersebut, di dalam pejabat pentadbiran mahupun di bilik air dan bilik loker. Tujuannya adalah untuk memberi informasi dan perkembangan hotel terkini kepada semua kakitangan hotel.

Metroplex telahpun disenaraikan dalam papan Bursa Saham Kuala Lumpur

Penyenaraian dalam papan BSKL akan meningkatkan keyakinan para pelabur untuk terus menyumbangkan modal dalam membangunkan semua harta Metroplex, termasuklah The Legend Hotel.

Kelemahan:

KELEMAHAN DESKRIPSI

Terdapat hanya satu paymaster bagi

keseluruhan organisasi

Seorang paymaster telah ditempatkan di Bahagian Sumber Manusia. Paymaster ini akan bertanggungjawab ke atas hal pembayaran gaji bagi semua kakitangan dalam hotel. Seorang paymaster ini tidak mencukupi memandangkan bahawa jumlah kakitangan yang banyak dan apabila paymaster ini mangambil cuti, kebanyakan kerja akan tergendala kerana paymaster ini tidak mempunyai sebarang pembantu.

Bahagian Sumber

Manusia tidak mempunyai data bagi semua

kakitangan dalam hotel, kecuali kakitangan kategori C, D dan rank and file sahaja.

Oleh kerana Bahagian Sumber Manusia hanya memperoleh data bagi peringkat tertentu sahaja, seringkali adalah sukar untuk peanalisisan data dilakukan. Pada waktu kini, data bagi peringkat yang lebih tinggi hanya diperolehi melalui pejabat korporat yang terletak di tingkat 33. Sistem ini hanya akan memperlahankan proses kerja dan menimbulkan masalah kurang keefisienan.

Wujudnya masalah serangga dalam premis hotel

Seringkali pihak pengurusan mendapat komen bahawa terdapat lipas dalam bilik hotel mereka. Pelbagai tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

Masalah kakitangan yang lewat tiba di tempat kerja

The Legend Hotel amat mengutamakan penggunaan kad perakam waktu (punch card) supaya masa masuk kerja dapat dicatat. Tetapi masih terdapat kes kelewatan dan masalah ini masih perlu diatasi

Kakitangan yang lalai dalam tugas

Masalah ini wujud terutamanya dalam Bahagian Sekuriti di mana terdapat kes di mana pegawai sekuriti ini tertidur semasa manjalankan tugas di bilik CCTV. Kelalaian tugas ini akan menjejaskan soal keselamatan dalam hotel.

Pertukaran syif yang terlalu kerap

Walaupun jadual tugas telah diaturkan dengan sempurna pada setiap bulan, tetapi masih terdapat rombakan yang dilakukan pada hari-hari di antaranya. Rombakan ini kadang-kadang tidak diketahui oleh pihak lain, dan akibatnya kekeliruan syif kerja akan berlaku. Kurangnya kerjasama

Bahagian-bahagian lain dalam menghantar borang pencalonan latihan pada setiap bulan

Setiap Ketua Bahagian bertanggungjawab untuk menghantar wakil bagi menyertai latihan yang dikendalikan pada setiap bulan. Akan tetapi, Unit Latihan terpaksa menelefon Ketua-Ketua berkenaan untuk meminta mereka mencalonkan beberapa kakitangan. Ini bukan sahaja akan melengah-lengahkan kerja dalam Unit Latihan, malah akan menjejaskan hubungan antara Bahagian lain dengan Unit Latihan kerana selalu menelefon mereka dengan perkara yang sama.

Kekurangan kakitangan Oleh kerana ingin mengurangkan kos operasi, maka pengambilan kakitangan (terutamanya bahagian pengurusan) telah dikurangkan kepada tahap minimum. Seorang kakitangan akan membuat kerja untuk dua orang kakitangan. Ini amat membebankan dan melemahkan semangat kakitangan tersebut.

Kakitangan tidak rela bertugas secara syif

Walaupun telah diberitahu bahawa kakitangan ini akan bertugas secara syif (pagi, petang dan malam), tetapi masih terdapat sesetengah kakitangan yang tidak rela untuk bertugas pada waktu malam. Ini menimbulkan kesulitan pihak pengurusan untuk mengatur jadual kerja.

Loker yang tidak mencukupi

Jumlah loker tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah kakitangan yang beruniform dalam hotel. Tambahan lagi kejadian kerosakan loker sentiasa berlaku.

Ketidakjujuran apabila ‘punch card’

Mesin perakam waktu terdapat di setiap tingkat pengurusan 7, 8 dan 9, tetapi hanya tngkat 7 sahaja yang dikawal oleh sekuriti. Maka penyelewengan punch card akan berlaku di tingkat 8 dan 9 kerana tidak terdapat sekuriti yang mengawal di situ. Kakitangan yang ponteng kerja akan menyuruh kakitangan lain untuk punch card, agar pihak pengurusan tidak mengetahui perkara ini.

Dalam dokumen Final Report (Halaman 46-52)

Dokumen terkait