• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPERLUAN DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN STRATEGIK TERHADAP MODAL INSAN: Penambahbaikan dalam Pendidikan

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid, pihak berkepentingan dalam pendidikan khususnya penggubal dasar, perlu kepada strategi penambahbaikan dalam bidang pendidikan yang dipanggil strategi penambahbaikan pendidikan. Begitu juga dengan hasrat menguruskan modal insan secara cekap dan berkesan, usaha tersebut perlu selari dengan strategi penambahbaikan pendidikan khususnya

dalam bidang pengurusan penstafan yang melibatkan pemilihan, penempatan, latihan, penilaian, pembangunan profesionalisme guru, ganjaran dan kepimpinan. Hal tersebut dinyatakan oleh Milanowski dan Odden (2008) bahawa strategi penambahbaikan pendidikan lebih tertumpu kepada perkembangan kompetensi guru bagi melahirkan guru yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan nilai yang tinggi. Gambaran kenyataan ini ditunjukkan dalam Gambar 2.

Gambar 2. Perkaitan Antara Pengurusan Sumber Manusia dan Program Penambahbaikan Pendidikan

(a) Keperluan Kepada Penambahbaikan Pencapaian Organisasi

Membangunkan pendekatan pengurusan strategik terhadap pengurusan modal insan seharusnya bermula dengan memahami dan menerima hakikat peri pentingnya sesebuah organisasi, sama ada di peringkat sekolah dan jabatan pendidikan, melakukan penambahbaikan terhadap pencapaian organisasi mereka bagi meningkatkan pencapaian murid.

Kenyataan di atas selari dengan pandangan Goldhaber dan Player (2005) dan Milanowski (2003) bahawa semua peringkat masyarakat mengkehendaki

Penambahbaikan Pencapaian Konteks

Organisasi ■ Dasar Pendidikan Negara ■ Pencapaian murid ■ Kesatuan Keguruan

■ Pasaran Buruh ■ Kolej dan Universiti Strategi Organisasi

■ Penambahbaikan Pengajaran

Reka Bentuk Peranan

■ Keperluan penglibatan mereka sebagai peranan utama dalam strategi

Kompetensi dan Motivasi Program Pengurusan Modal Insan ■ Pengetahuan, kemahiran dan nilai di Peringkat Daerah dan Sekolah

■ Pemilihan

■ Pengambilan Strategi Untuk ■ Orientasi

■ Kenal pasti bakat ■ Pengurusan Pencapaian ■ Perkembangan bakat ■ Pembangunan Profesionalisme ■ Pengekalan bakat ■ Sistem Ganjaran

pihak jabatan pendidikan dan sekolah melakukan perubahan bagi memastikan pencapaian murid meningkat, mengurangkan jurang pencapaian dalam kalangan murid berdasarkan etnik majoriti, warna kulit dan pendapatan rendah keluarga. Hasrat tersebut boleh dicapai melalui strategi penambahbaikan pendidikan yang selari dengan strategi terhadap pengurusan modal insan.

Namun, usaha yang dicadangkan di atas perlu bermula pada peringkat jabatan pendidikan. Hal tersebut disebabkan mereka berupaya untuk mengubah aspek berikut: sistem ganjaran, sistem kawalan dan sistem penilaian (Odden, 2008).

(b) Strategi Penambahbaikan Pendidikan: Faktor Penyumbang Kepada Penambahbaikan Pencapaian Organisasi

Setelah memahami keperluan untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap pencapaian organisasi, pihak berkepentingan dalam pendidikan perlu mengenal pasti ciri-ciri pelaksanaan bagi mewujudkan strategi penambahbaikan pendidikan.

Odden dan Archibald (2015) mencadangkan penambahbaikan perlu dilaksanakan terhadap kurikulum dan pengajaran guru. Begitu juga dengan pandangan Childress, Elmore, Grossman dan Johnson (2007) yang menekankan kepentingan aspek kurikulum dan pengajaran untuk ditambahbaik khususnya di sekolah kawasan bandar. Malah, mereka memperincikan strategi penambahbaikan pendidikan dalam aspek pengajaran guru seperti berikut: menambahbaik bahan bantu mengajar, kurikulum yang bersesuaian dengan perubahan persekitaran, meningkatkan penggunaan teknologi dalam amalan pengajaran, mengubah semula struktur organisasi sekolah yang sekian lama cenderung kepada karenah birokrasi (misalnya, dasar decentralisasi), mempergiatkan program pembangunan profesionalisme guru, strategi sokongan kepada amalan pengajaran guru seperti pembantu guru dan program musim cuti, serta permuafakatan aktif sekolah-rumah.

Namun, keberkesanan amalan pengajaran bukan bermaksud guru memiliki kaedah pengajaran berkesan sahaja, tetapi kandungan pengajaran mereka seharusnya menepati keperluan kurikulum yang selari dengan perubahan persekitaran (Goldhaber & Player, 2005). Selanjutnya, keberkesanan amalan pengajaran guru berupaya dicapai melalui budaya kolaboratif dalam kalangan warga sekolah (Milanowski & Odden, 2008). Misalnya, guru berkolaboratif dalam menilai data murid, perancangan mengajar, perbincangan mengenai keputusan akademik murid dan mengenal pasti amalan terbaik dalam pengajaran (Childress, Elmore, Grossman & Johnson, 2007).

Terdapat pelbagai makenisme penilaian untuk menilai keberkesanan amalan pengajaran guru seperti penilaian muird secara formatif, penilaian penanda aras murid di peringkat daerah dan negeri, ujian umum bagi murid di akhir pengajian di peringkat sekolah menengah, penanda aras pengajaran berkualiti guru yang menepati peringkat global dan pemberian lesen mengajar kepada guru berpencapaian tinggi (Levin & Quinn, 2003).

Ringkasnya, strategi penambahbaikan pendidikan seharusnya meletakkan amalan pengajaran berkesan sebagai strategi utama penambahbaikan. Untuk mewujudkan amalan pengajaran berkesan, tanggung jawab pembentukan bukan sahaja terletak di bahu individu guru atau suatu usaha sukarela warga sekolah, tetapi seharusnya dilaksanakan di peringkat organisasi sekolah dan jabatan pendidikan yang melibatkan sekumpulan individu yang berkolaboratif (Miles, Odden, Archibald & Fermanich, 2004).

Dengan kata lain, pihak jabatan pendidikan dan sekolah seharusnya menguruskan sumber manusia secara sistematik. Salah satu kaedah pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan adalah penyediaan program pembangunan profesionalisme guru secara berterusan (Bassi & McMurrer, 2007). Selanjutnya, guru seharusnya jelas dengan pengertian amalan pengajaran yang melibatkan aktiviti pengajaran, induksi, pembangunan profesionalisme guru dan penilaian (Bransford, Ann & Rodney, 2014).

(c) Peranan Utama

Setelah strategi dikenal pasti, jabatan pendidikan seharusnya mengenal pasti individu atau kelompok individu untuk melaksanakan strategi penambahbaikan. Hal ini dijelaskan oleh Bassi dan McMurrer (2007) bahawa warga sekolah khususnya pemimpin dan guru seharusnya berperanan utama melaksanakan strategi penambahbaikan. Chenonweth (2007) memperincikan kumpulan individu yang layak seperti berikut untuk memainkan peranan utama bagi keberkesanan strategi penambahbaikan: selain pengetua atau guru besar, terdapat pelbagai pemimpin guru yang melibatkan guru gred, penyelaras pasukan guru gred seperti penyelaras gred 3, pembimbing guru, fasilitator pengajaran, penyelaras program pembangunan profesionalisme guru, penyelaras pasukan kurikulum dan semua pemimpin guru yang terlibat dalam menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada murid secara berterusan.

Alasan tersebut kerana mereka adalah kumpulan individu yang berada di sekolah amnya, dan bilik darjah khususnya. Bourgeois Bourgeois, Duhaime dan Stimpert (1999), Haberberg dan Rieple (2001) serta Zainal Abidin Mohamed

(1998) menyokong kenyataan tersebut kerana pemimpin dan guru sekolah berupaya mengenal pasti keperluan, kemampuan dan kekurangan sekolah.

(d) Kompetensi Utama

Setelah individu atau kumpulan individu dikenal pasti bagi melaksanakan strategi penambahbaikan, mereka seharusnya dibimbing menerusi penyediaan kompetensi tertentu. Misalnya, kompetensi utama bagi guru adalah kepakaran dalam amalan pengajaran (Bransford, Ann & Rodney, 2014). Kompetensi tersebut seharusnya ditambah secara berterusan. Oleh itu, Bassi dan McMurrer (2007) telah mencadangkan sebuah sistem penilaian kompetensi bagi mengenal pasti keperluan guru terhadap kompetensi tertentu.

Di samping itu juga, guru turut memerlukan kompetensi mengenai kepimpinan. Hal tersebut dijelaskan oleh Muhammad Faizal A. Ghani (2013) bahawa dengan pendekatan terkini mengenai kepimpinan sekolah, guru diberikan sedikit kuasa untuk memimpin sekolah dan seterusnya membuat keputusan mengenai sekolah.

(e) Strategi Bakat dan Program Modal Insan

Setelah kumpulan individu dan kompetensi sesuai dikenal pasti untuk mereka melaksanakan strategi penambahbaikan, pendekatan pengurusan strategik bagi menguruskan modal insan memerlukan sebuah strategi untuk mengenal pasti, membangun dan mengekalkan bakat mereka. Strategi tersebut melibatkan aktiviti memilih, mengambil, menempatkan, induksi, pembangunan profesionalisme staf, ganjaran dan penilaian pencapaian staf.

(f) Faktor Konteks

Faktor konteks sering melibatkan faktor di luar kawalan organisasi sekolah tetapi faktor tersebut amat mempengaruhi pembuatan keputusan sekolah. Merujuk kepada Rajah 2, faktor konteks banyak melibatkan program dan dasar penggubal dasar yang mempengaruhi amalan pengajaran guru seperti keperluan mendapatkan lesen mengajar, kesatuan keguruan (tawar menawar mengenai keperluan guru dengan penggubal dasar), pasaran calon guru dan kolej serta universiti.

Ringkasnya, Rajah 2 menunjukkan strategi penambahbaikan pendidikan merupakan asas kepada pengurusan strategik dalam menguruskan modal insan. Untuk menjadi strategik dalam aspek konsep, sistem pengurusan modal insan seharusnya bermula pada peringkat jabatan pendidikan dan data mengenai pengajaran guru dan pembelajaran murid berupaya membantu pihak jabatan menguruskan modal insan. Manakala, untuk menjadi strategik dalam aspek

praktikal, aktiviti modal insan seharusnya melibatkan proses mengenal pasti, membangunkan dan mengekalkan bakat dan latihan warga sekolah khususnya pemimpin dan guru sekolah bagi meningkatkan kompetensi dan kepakaran mereka untuk membolehkan mereka melaksanakan strategi penambahbaikan sekolah.

PENUTUP

Bakat warga sekolah perlu dikenal pasti, dibangunkan dan dikekalkan bagi melahirkan warga sekolah yang berkualiti khususnya dalam kalangan pemimpin dan guru sekolah. Mengenal pasti bakat bermaksud beberapa proses akan terlibat iaitu pemilihan dan tapisan, pengambilan, ganjaran, pembangunan profesionalisme warga sekolah dan peluang kerjaya. Pembangunan bakat warga sekolah pula melibatkan proses berikut: induksi dan pemantauan, pembangunan profesionalisme, pengurusan pencapaian yang mengandungi aktiviti penilaian serta ganjaran. Manakala, proses pengekalan bakat melibatkan aktiviti induksi dan pemantauan, pengurusan pencapaian, pembangunan profesionalisme dan ganjaran.

Proses yang dibincangkan di atas terdapat dalam strategik penambahbaikan pendidikan yang melibatkan pengurusan strategik terhadap sumber manusia bagi menjadikan mereka bercirikan modal insan. Dalam proses tersebut, aktiviti yang melibatkan sumber manusia akan dirancang, dilaksanakan dan dinilai. Selanjutnya, data dan maklumat yang diperolehi menerusi proses penilaian akan digunakan untuk proses penambahbaikan. Implikasinya, warga sekolah yang berkhidmat adalah sumber manusia yang bercirikan modal insan, yang memiliki bakat dan terlatih.

ACKNOWLEDGMENT

This presentation was funded by the grant of Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), the Ministry of Education, Malaysia (FP019-2104A)

DAFTAR PUSTAKA

Ansoff, I. (1957). Strategies for diversification. Harvard Business Review, 35(5), 113- 124.

Ayob Jantan. 2005. Pengetua sekolah yang efektif. Siri Penguruan Sekolah. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Baldwin, J. M. (1986). Dictionary of philosophy and psychology. New Delhi: Cosmo Publications.

Barnett, J. (2006). Considering growth in teaching: Teaching perspectives on

the Ontario performance appraisal. Tesis yang tidak diterbitkan. University

of Toronto, Toronto.

Bassi, Laurie & Daniel McMurrer. (2007). Maximizing your return on people.

Harvard Business Review, March 2007.

Becker, G., Murphy, K. & Tamura, R. (1990). Human capital, fertility, and economic growth. Journal of Political Economy, 98(5), 12-29.

Bolivar, A., & Moreno, J. M. (2006). Between transaction and transformation: The role of school principals as education leaders in Spain. Journal

of Educational Change, 7(12), 19-31.

Boudreau, J., & Ramstad, P. (2007). Beyond HR: The new science of human capital. Cambridge, MA: Harvard Business School Press.

Bourgeois, L. J., Duhaime, I. M. & Stimpert, J. L. (1999). Strategic management:

A managerial perspective (2nd Ed.). Fort Worth: The Dryden Press. Boyd, Don, Hamp Lankford, Susanna Loeb, J. Rockoff, & James Wyckoff. (2007).

The narrowing gap in new york city teacher qualifications and its implications for student achievement in high-poverty schools. Washington, DC: The

Urban Institute, Center for Analysis of Longitudinal Data in Education Research.

BusinessDictionary.com Diambil pada 09 September 2015 di http://www. businessdictionary.com/definition/strategy.html

Bransford, John D., Ann L. Brown, & Rodney Cocking. (2014). How people learn:

Brain, mind, experience, and school. Washington, DC: National Academy

Press.

Bryson, J. M. (1995). Strategic planning for public and nonprofit organizations. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Chenoweth, K. (2007). It’s being done. Academic success in unexpected schools. Cambridge: Harvard Education Press.

(2007). Managing school districts for high performance. Cambridge: Harvard Education Press.

Clotfelter, C. T., Ladd, H. F., & Vigor, J. L. (2005). Who teachers whom? Race and the distribution of novice teachers. Economics of Education Review,

24(4), 377-392.

Cohen, David K., & Heather C. Hill. (2015). Learning policy: When state education

reform works. New Haven, CT: Yale University Press.

Coleman, J. S., Campbell, E., Mood, A., Weinfeld, E., Hobson, D., York, R., & McPartland, J. (1966). Equality of educational opportunity. Washington, DC: Government Printing Office.

Craig, J. C., & Grant, R. M. (1996). Strategic management. Computindo, Jakarta: Penerbit Ekex Media.

David, F. R. (1997). Strategic management. Ed. ke-6. London: Prentice Hall. Edaris Abbu Bakri. (2004). Pengurusan strategik-konsep dan aplikasi untuk pendidikan.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Fidler, C., & Rogerson, R. (1996). Strategic management support systems.

London: Pitman Publishing.

Goldhaber, Dan, & Dan Player. (2005). What different benchmarks suggest about how financially attractive it is to teach in public schools. Journal

of Education Finance, 30(3), 211-230.

Graham, P. (1985). Mary Parker Follett (1868–1933): The Philosopher of Management. Women in Management Review, 1(2), 85 – 90

Grant, M. R. (2010). Contemporary strategy analysis and cases: Text and sases. Texas: John Wiley and Sons

Gratton, Lynda & Catherine Truss. (2003). Three-Dimensional people strategy: Putting human resource policies into action. Academy of Management

Executive, 17(3), 74-86.

Gray, D. (2007). Facilitating management learning: Developing critical reflection through reflective tools. Management Learning, 38, 495-517. Guarino, C., L. Santibanez, G. Daley, & Dominic Brewer. (2004). A review of

research literature on teacher recruitment and retention. RAND. Diambil

pada 19 September 2015 daripada www.rand.org/publications/TR/ TR164/

Heneman III, Herbert G., & Anthony T. Milanowski. (2004). Alignment of human resource practices and teacher performance competency. Peabody Journal

of Education, 79(4), 108-125.

Heneman, Herbert G., III, & Anthony T. Milanowski. (2007). Assessing human

resource alignment: the foundation for building total teacher quality improvement. Madison: University of Wisconsin, Wisconsin Center

Heneman III, Herbert G. & Timothy A. Judge. (2015). Staffing organizations

(7th Ed.). New York: McGraw Hill.

Huslid, M. A. (2005). The Impact of Human Resource Management Practices on Turnover, Productivity, and Corporate Financial Performance. Academy

of Management Journal, 38(3), 635–672.

Hussein Ahmad (2001). A study of the Impact of Social Environment and Background Characteristics on School Achievement in Peninsular Malaysia.

Journal of Educational Research, 2(1), 23-30.

Ingersoll, Richard M. (2011). Is there really a teacher shortage? Seattle: University of Washington and Center for the Study of Teaching and Policy and The Consortium for Policy Research in Education.

Istocescu, A. (2015). Strategia si managementul strategic al organizaþiei: concepte

fundamentale. Aplicaþii manageriale A.S.E. Bucuresti.

Klenowski, V., & Lunt, I. (2008). Enhancing learning at doctoral level through the use of reflection? Assessment & Evaluation in Higher Education,

33, 203-217.

Levin, J. D., & M. Quinn. (2013). How we keep high-quality teachers out of

urban classrooms. New York: The New Teacher Project. Diambil pada

16 September 2015 daripada http://www.newteacherproject.org/ report.html

Lewis, M. O. (2015). An integrated approach to teaching the capstone strategic management course: A left- and right-brained approach. Business

Education Innovation Journal, 3(2), 66-72.

Maranville, S. (2011). The art of strategic management: A case-based exercise.

Journal of Management Education, 15, 782-807

Michael, B. (2007). Instruction to deliver. London: Portico’s Publishing, an imprint of Methuen & Co. Ltd.

Milanowski, Anthony T. (2003). An exploration of the pay levels needed to attract students with Mathematics, Science and Technology skills to a career in K–12 teaching. Education Policy Analysis Archives, 11(50). Diambil pada 16 September 2015 daripada http://epaa.asu.edu/epaa/v11n50/ Milanowski, Anthony & Allan Odden. (2008). Do teacher pay levels matter? Madison: University of Wisconsin, Wisconsin Center for Education Research, Consortium for Policy Research in Education.

Miles, Karen Hawley, Allan Odden, Sarah Archibald & Mark Fermanich. (2004). Inside the black box of school district spending on professional development: Lessons from five urban districts. Journal of Education Finance, 30(1), 1-26.

Mintzberg, H. (1998). The rise and fall of strategic planning: Reconceiving roles

Muhammad Faizal A. Ghani. (2013). Development of effective school model for Malaysian school. International Journal of Academic Research, 5,5, 131-142

National Board Certified. (2011). Strategic management of human capital case

studies. Kertas kerja dibentangkan dalam Consortium for Policy Research

in Education. Madison, Wisconsin.

Neild, R.C., E. Useem, E. F. Travers, & J. Lesnick. (2003). Once and for all:

Placing a highly qualified teacher in every philadelphia classroom. Diambil

pada 16 September 2015 daripada www.philaedfund.org/pdfs/rfareport.pdf Odden, A. R. (2015). Strategic management of human capital in education. New

York, NY: Routledge.

Odden, Allan, & Marc C.Wallace, Jr.. (2007a). How to create world class teacher

compensation. St. Paul, MN: Freeload Press. Diambil pada 16 September

2105 daripada www.freeloadpress.com

Odden, Allan, & Marc C.Wallace, Jr. (2007b). Rewarding teacher excellence: A

teacher compensation handbook for state and local policymakers. Madison:

University of Wisconsin, Wisconsin Center for Education Research, Consortium for Policy Research in Education.

Odden, Allan & Kelly, J. (2008) Strategic management of human capital in

public education. Madison WI: CPRE.

Odden, Allan & Sarah Archibald. (2015). Doubling performance and finding

the resources to do it. Thousand Oaks, CA: Corwin Press

Pearce, J. A., & Robinson, R. B. (2000). Strategic management: Formulation,

implementation, and control. New York: McGraw-Hill

Peitsch, A. L. (2005). Strategisches management in regionen: Eine analyse

anhand des Stakeholder-ansatzes(19th edition). Gabler Edition Wissenschaft/

Schriften des Center for Controlling & Management, DUV.

Peske, H. G., & Haycock, K. (2006). Teaching inequality: How poor and minority

students are shortchanged on teacher quality. Washington, DC: The Education

Trust.

Rivkin, S. G., Hanushek, E., & Kain, J. F. (2005). Teachers, schools and academic

achievement. Econometrica, 73(2), 417–458.

Rowe, B. (2000). The influence of teacher efficacy and readiness for self-directed

learning on the implementation of a growth-oriented teacher performance appraisal process. Kertas dibentangkan dalam the annual meeting of

the American Educational Research Association. New Orleans, LA: AERA. Rushami Zien Yusoff. (2005). Pengurusan kualiti: Prinsip dan pelaksanaan.

Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)

Rushowy, K., & Brown, L. (2013). Rules on seniority-based hiring are ‘harming

Sammons, P., Hillman, J., & Mortimore, P. (2005). Key characteristics of effective

schools: A review of school effectiveness research. Institute of Education,

University of London: London.

Sawchuk, S. (2011). Districts more strategic about hiring teachers. Education

Week, 30(33), 1-11.

Schultz, T. W. (1971). Investment in human capital. New York: The Free Press. Sharon S. Brehm, Saul M. Kassin, & Frederick X. Gibbons (ed). (1981). Developmental

social psychology: Theory and research. New York: Oxford University Press.

Sherman, W. S., Hitt, M. A., DeMarie, S. M., & Keats, B. M. (1999). Managerial morphing: Cognitive requirements for managing in the twenty-first century. Dalam Hunt, J. G., & Phillips, R. L. (Eds.). Out-of-the-box Leadership:

Transforming the Twenty-first Century Army and Other Top-Performing Organizations. Stamford, CT: JAI Press.

Sloman, M. (1994). A handbook for training strategy. England: Gower. Steele, J. (1999). Wasted values: Harnessing the commitment of public managers.

London, England: Public Management Foundation

Stoner, J. A. F., & Wankel, C. (1981). Management. New York: Prentice Hall. Thompson, J. L. (2013). Strategic management: Awareness and change. London:

International Thomson Business Press.

Tomlinson, H. (2004). Educational leadership: Personal growth for professional

development. London: Sage Publications

Welge, M. K. & Al-Laham, A. (2008). Strategisches management: Grundlagen:

Prozess–Implementierung. Gabler: Wiesbaden.

West, M., & Chingos, M. (2009). Teacher effectiveness, mobility, and attrition in Florida. Dalam M. G. Springer, (Ed.). Performance incentives: Their

growing impact on American K–12 education (hlm.251-272). Washington,

DC: Brookings Institution Press.

Wheelen, T. L., & Hunger, J. D. (2014). Concepts in strategic management &

business policy. London: Prentice Hall.

Zainal Abidin Mohamed. (1998). Pengurusan strategik - siri pengurusan dan

pentadbiran utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors

STRATEGI PENINGKATAN MUTU