• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN TEORITIS DAN KAJIAN LEPAS

3.11 Kerangka Konseptual Kajian

Untuk menjawab persoalan/permasalahan yang telah dikemukakan, bahagian ini akan dijelaskan bagaimana hubung kait pembangunan sektor kelapa sawit berperanan dalam perekonomian. Bagaimanakah peningkatan pengeluaran pertanian bagi sektor perladangan kelapa sawit dapat mempengaruhi agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat. Hal ini dapat dijelaskan melalui pendekatan keseimbangan umum yang merangkumi semua sektor dalam kesatuan sistem perekonomian yang mempunyai saling kaitan dengan sektor-sektor yang lain. Semua sektor-sektor yang terlibat mempunyai keseimbangan di antara satu sama lain. Secara ringkasnya, model keseimbangan umum sistem ekonomi dapat dijelaskan seperti berikut.

Output yang dikeluarkan oleh suatu sektor, contohnya sektor i, diagihkan kepada dua pengguna. Pengguna pertama yang menggunakan ouput tersebut untuk proses pengeluaran lebih lanjut, dan pengguna kedua ialah menggunakan output tersebut untuk penggunaan terakhir. Pengguna pertama adalah untuk tujuan sektor pengeluaran, manakala Pengguna kedua adalah pengguna akhir. Bagi pengguna pertama, output

sektor i tersebut merupakan bahan asas atau input perantaraan (intermediate input), manakala bagi penggunan kedua ouput sektor i merupakan permintaan akhir (final

demand).

Dalam konteks input perantaraan, terjadi aliran atau perpindahan barang antara sektor, contohnya dari sektor i ke sektor j. perpindahan juga boleh terjadi di dalam sektor itu sendiri, dari sektor i ke sektor i itu sendiri di mana disebut perpindahan

intrasektor. Dengan perkataan lain, boleh di katakan bahawa terjadi perpindahan dari

sektor i ke sektor j, di mana i=j. Katakan nilai wang aliran barang dari sektor i ke sektor

j ditandakan sebagai zij, total ouput sektor j diberi tanda Xi, dan total permintaan akhir

sektor i diberi tanda Yi, maka urusniaga dari aliran barang tersebut dapat dinyatakan dengan persamaan sebagai berikut:

Xi = zi1 + zi2 + ... + zin + Yi ………....………(1.1)

Persamaan (1.1) menunjukkan agihan dari output sektor i, di mana output sektor

i tersebut diagihkan ke sektor-sektor pengeluaran yang lain, dan juga dialirkan ke

pemakai akhir. Pemakai-pemakai akhir tersebut adalah agen-agen ekonomi di dalam perekonomian yang secara agregat boleh dikelompokkan kepada isi rumah, firma, kerajaan dan pihak luar negara. Permintaan akhir isi rumah adalah penggunaan isi rumah, permintaan akhir firma ialah pelaburan, permintaan akhir kerajaan ialah perbelanjaan kerajaan, manakala permintaan ahkir daripada luar negara ialah eksport.

Berdasarkan teori keseimbangan umum sebagaimana yang telah dijelaskan dijadikan sebagai kerangka pemikiran ke atas kajian yang dilakukan. Untuk memahami bagaimana peningkatan output sektor kelapa sawit dapat mempengaruhi agihan pendapatan dan mengatasi masalah kemiskinan isi rumah, memerlukan model analisis yang mampu menggambarkan alur mekanime kenaikan output perladangan kelapa sawit ke atas sistem perekonomian Wilayah Riau secara lengkap.

Ukuran terhadap sektor pertanian ke atas perekonomian secara persendirian berdasarkan kesempatan kerja dan nilai ditambah yang dihasilkan oleh sektor pertanian itu sendiri, masih dianggap kurang memadai. Ini kerana pengukuran seperti ini tidak menggambarkan secara keseluruhan mengenai peranan sektor pertanian secara wajar. Sebaliknya kegiatan pertanian merupakan nadi ekonomi yang penting di sesebuah negara. Contohnya, sektor pertanian (tanaman makanan) memberikan pengeluarannya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, proses pengeluaran komoditi pertanian tersebut tidak hanya semata-mata upaya daripada petani sahaja, tetapi turut memerlukan input dari pengeluaran sektor industri pembuatan, misalnya baja yang dikeluarkan oleh kilang baja. Di dalam melaksanakan mekanismenya diperlukan pula sektor perdagangan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Oleh yang demikian, pengeluaran hasil dari sesebuah sektor tidak dapat diwujudkan dengan hanya menggunakan sumber daya dari sektor itu sahaja malahan turut melibatkan sektor-sektor yang lain. Semakin luas dan sukar pertalian hubung kait sesebuah sektor dengan sektor yang lain bermakna semakin besar pula peranan sektor tersebut di dalam sesebuah perekonomian.

Salah satu model analisis yang baik dan dapat digunakan untuk menjelaskan kerangka kerja hubung kait antara sektor di dalam sesebuah perekonomian tersebut ialah Sistem Matrik Perakaunan Sosial (di Indonesia disebut Sistem Neraca Sosial Ekonomi = SNSE). Sistem Matrik Perakaunan Sosial Ekonomi (SMPSE) merupakan suatu kerangka data yang bersifat mempunyai keseimbangan umum (general

equlibrium) yang dapat menggambarkan perekonomian secara menyeluruh serta dapat

memperlihatkan kaitan pelbagai aspek sosial dan ekonomi dalam sesebuah negara atau wilayah, seperti struktur perekonomian, hubung kait di antara aktiviti pengeluaran, pelaburan, tabungan, perdagangan luar negara, penggunaan barang dan agihan pendapatan.

SEKTOR PERTANIAN

INSTITUSI SWASTA INSTITUSI

PEMERINTAH

Agihan Pendapatan dan Perekonomian Wilayah

ISI RUMAH

Rajah 3.10 Kerangka Pemikiran Kajian Peranan Sektor Kelapa Sawit ke Atas Agihan Pendapatan Isi Rumah dan Perekonomian Wilayah Riau, Indonesia PENGEMBANGAN PERLADANGAN KELAPA SAWIT PERKHIDMATAN SEKTOR INDUSTRI Tinggi Sederhana na Rendah

PERAKAUNAN FAKTOR PENGELUARAN

PERAKAUNAN AKTIVITI PENGELUARAN

TENAGA BURUH MODAL

LUAR NEGARA GOLONGAN PENDAPATAN

Bandar Desa

Untuk memahami kaitan antara sektor tersebut digambarkan dalam kerangka pemikiran ini menggunakan tiga sektor pengeluaran iaitu sektor pertanian (dalam kajian

ini ditumpukan kepada perladangan kelapa sawit), sektor industri dan sektor

perkhidmatan sebagaimana yang ditunjukkan pada Rajah 3.10.

Di dalam Sistem Matrik Perakaunan Sosial Ekonomi (SMPSE), ketiga-tiga sektor pengeluaran tersebut termasuk dalam perakaunan aktiviti pengeluaran. Manakala pendapatan golongan isi rumah boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan iaitu golongan isi rumah berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah, sama ada di kawasan

luar bandar mahupun di kawasan bandar. Di pihak yang lain terdapat pula institusi pemerintah dan swasta yang merupakan institusi selain daripada isi rumah.

Sekiranya terdapat dasar pelaburan untuk pengembangan sektor kelapa sawit, kesan pertama sekali adalah meningkatnya pengeluaran sektor kelapa sawit itu sendiri. Kenaikan pengeluaran sektor kelapa sawit akan diikuti pula dengan peningkatan terhadap permintaan input perantaraan (intermediate input) terhadap sektor industri mahupun perkhidmatan, contohnya baja untuk perladangan kelapa sawit. Peningkatan pengeluaran perladangan kelapa sawit akan memberi kesan ke atas agihan pendapatan sektor sektor yang lain secara keseluruhannya.

Kenaikan permintaan input perladangan kelapa sawit tidak hanya terjadi kepada input perantaraan sahaja, tetapi juga melibatkan input-input pengeluaran yang lain, seperti contoh penawaran peluang pekerjaan kepada tenaga buruh. Kenaikan permintaan tenaga buruh dari sektor perladangan kelapa sawit memberi kesan ke atas perubahan pendapatan buruh (isi rumah buruh). Secara langsung kesan peningkatan pengeluaran perladangan kelapa sawit mampu untuk meningkatkan pendapatan golongan petani, sehingga berpengaruh secara langsung ke atas agihan pendapatan antara isi rumah. Ini bermakna, kesan secara tidak langsung dari kenaikan pengeluaran perladangan kelapa sawit adalah terhadap agihan pendapatan di antara isi rumah.

Melalui institusi pemerintah kita juga dapat melihat bagaimana kesan daripada pengembangan perladangan kelapa sawit ke atas perubahan agihan pendapatan penduduk. Pertambahan nilai pengeluaran sektor-sektor tertentu yang diakibatkan oleh peningkatan pengeluaran perladangan kelapa sawit, menyebabkan berlakunya peningkatan kemampuan membayar cukai dari sektor pengeluaran dan isi rumah kepada pihak pemerintah. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan pendapatan yang diperolehi oleh pihak pemerintah. Ekoran itu, kemampuan pemerintah untuk memberikan subsidi turut akan bertambah. Kesan pertambahan subsidi yang

diberikan oleh pihak pemerintah kepada golongan masyarakat, sama ada pemberian subsidi kepada sektor pengeluaran mahupun sektor pertanian menyebabkan terjadinya perubahan dan penambahbaikan dari sudut agihan pendapatan yang diperolehi oleh setiap sektor dan dalam kalangan golongan masyarakat bandar dan luar bandar.

Dari huraian di atas, adalah jelas bahawa sumbangan pembangunan sektor perladangan kelapa sawit terhadap agihan pendapatan dan perekonomian bergantung kepada bentuk kepenggunaan dan pelaburan masyarakat. Jika penambahan pendapatan terjadi dalam kalangan isi rumah golongan miskin, mereka mampu untuk membelanjakannya bagi pembelian barang-barang domestik. Ini bermakna, pertumbuhan sektor pertanian mampu untuk mendorong pertumbuhan sektor bukan pertanian di kawasan luar bandar. Melalui peluang pekerjaan yang diperolehi oleh tenaga buruh, hal ini akan memberi impak ke atas agihan pendapatan dan pengurangan kemiskinan. Selain itu, pembangunan pertanian turut menghasilkan peningkatan pendapatan bagi isi rumah golongan kaya, maka faktor penting yang akan mempengaruhi agihan pendapatan dan kemiskinan adalah di mana hasil penambahan pendapatan isi rumah golongan kaya tersebut dibelanjakan. Jika berupa pelaburan domestik yang memerlukan tenaga buruh yang banyak, maka pertumbuhan akan terjadi dan masyarakat miskin akan memperolehi manfaat dari lapangan pekerjaan yang diciptakan. Tetapi, sekiranya dibelanjakan untuk barang-barang import atau dilaburkan ke luar negara, maka kesan terhadap pertumbuhan akan menjadi kecil dan tidak akan memberi kesan positif terhadap agihan pendapatan dan pengurangan kemiskinan.

3.12 Hipotesis

Dari pernyataan masalah, dan kerangka konseptual kajian, maka hipotesis kajian adalah seperti berikut:

1. Perladangan kelapa sawit rakyat mampu untuk meningkatkan pendapatan dan agihan pendapatan secara sama rata dalam kalangan isi rumah petani kelapa sawit.

2. Sektor kelapa sawit memiliki kesan ekonomi yang besar ke atas perekonomian Wilayah Riau.

3. Sektor kelapa sawit mampu memberikan pendapatan kepada tenaga buruh dan institusi lainnya, terutama di wilayah luar bandar.

4. Polisi kerajaan ke atas pengembangan sektor kelapa sawit memberikan kesan yang lebih besar ke atas perekonomian Wilayah Riau pada masa yang akan datang.

BAB 4