• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN TEORITIS DAN KAJIAN LEPAS

3.7 Pertumbuhan Ekonomi dan Ketidaksamarataan Pendapatan

Pertumbuhan ekonomi, pendapatan yang tidak seimbang dan kemiskinan adalah tiga isu utama yang sering dibincangkan, bukan sahaja oleh pakar ekonomi, tetapi juga dalam kalangan individu yang sering mengikuti perkembangan ekonomi semasa. Lin, 2003; Bourguignon, 2004; Revalion, 2005 dan Warr, 2000, 2006) adalah di antara golongan pakar yang mengambil berat akan isu ini. Mereka berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah penting untuk menciptakan kesejahteraan dalam sesebuah masyarakat. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan memperbesarkan

kapasiti ekonomi (KDNK), yang dapat menciptakan kesan penitisan kebawah sehingga tingkat kesejahteraan masyarakat turut akan meningkat.

Nafziger (2006) menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi adalah merupakan peningkatan pengeluaran jumlah pendapatan sesebuah negara atau pendapatan per kapita. Jumlah pendapatan tersebut dihitung dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) atau Pendapatan Negara Kasar dari jumlah keseluruhan pendapatan negara secara kasar. Kewujudan pertumbuhan ekonomi bermakna, berlakunya peningkatan kapasiti perekonomian di sesebuah negara atau wilayah dalam tempoh jangka masa tertentu.

Laporan World Bank (2005) bertajuk World Development Report ada menyatakan bahawa keadilan (equity) adalah salah satu aspek fundamental dalam mencapai kemakmuran dalam tempoh jangka masa panjang bagi masyarakat secara keseluruhannya. Walaupun kenyataan ini telah dikeluarkan melalui laporan Bank Dunia namun perdebatan mengenai ketidakseimbangan terhadap pembangunan ekonomi masih berlanjutan dengan serius. Perlu ditegaskan di sini, ketidakseimbangan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan agihan hasil (outcomes) seperti pendapatan, kemakmuran, penggunaan, dan dimensi-dimensi lain dari apa yang disebut sebagai kesejahteraan (well being). Manakala ketidakadilan (inequality) merujuk kepada agihan peluang (opportunities) yang mencakupi aspek-aspek ekonomi, politik, dan sosial.

Ketidaksamaan pendapatan adalah suatu keadaan di mana agihan pendapatan yang diterima oleh masyarakat tidak bersifat sama rata. Ketidaksamarataan pendapatan ditentukan oleh kejayaan sesebuah pembangunan, kepelbagaian etnik, pemerintah yang diktator dan pemerintah yang gagal menghargai hak azasi manusia (Glaeser, 2006).

Alesina dan Rodrik (1994) menyatakan bahawa ketidakseimbangan pendapatan akan membantutkan proses pertumbuhan, kerana polisi pemerintah berkaitan agihan semua pendapatan akan menjadi lebih mahal. Manakala Todaro dan Smith (2006) menyatakan bahawa, ketidakseimbangan pendapatan akan menyebabkan: (1)

Ketidakcekapan ekonomi; (2) Melemahkan stabiliti sosial dan kesetiakawanan; (3) Berlakunya ketidakadilan.

Kuznets (1955) berpendapat bahawa hubungan antara tingkat pendapatan per kapita dan ketimpangan dalam agihan pendapatan dapat mengambil bentuk keluk U terbalik. Kuznets berpendapat bahawa pendapatan per kapita akan meningkat dalam proses pembangunan sesebuah negara, ketimpangan mungkin berlaku pada peringkat awal dan mencapai tahap maksimum pada tingkat pendapatan menengah dan kemudian mengalami menurun, situasi ini dikenali sebagai hipotesis "terbalik" (inverted

U-curve hypothesis). Sehingga saat ini ia dianggap sebagai suatu bentuk hubungan mapan

di antara pertumbuhan dan ketimpangan.

Dalam pernyataan lain Kuznets menjelaskan bahawa ketidaksamarataan pendapatan yang besar dalam kalangan negara-negara yang belum berkembang akan berkait rapat dengan pendapatan purata perkapita yang lebih rendah. Ketidaksamarataan pendapatan diandaikan Kuznets sebagai suatu yang wujud bersamaan dengan pertumbuhan pendapatan perkapita yang rendah.

Rajah 3.6: Keluk “U” Terbalik Kuznets

Ketidaksamaan pendapatan akan melemahkan pembangunan industri dan transisi ekonomi pada masa hadapan. Persson, Tabellini (1994) dan Alesina serta Rodrik (1994) menegaskan bahawa terdapat hubungan negatif di antara ketimpangan dan pertumbuhan pada masa hadapan. Mereka menyatakan bahawa perbezaan mengenai

Pendapatan Nasional Perkapita Pekali Gini

pendapatan yang tinggi akan memotivasi dan mendorong pengambilan cukai yang lebih tinggi dalam kalangan penduduk yang berpendapatan tinggi, situasi ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan tabungan sehingga boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

Ravallion dan Chen (1997), yang membuat kajian mengenai isi rumah membuat analisis ke atas enam puluh tujuh buah negara yang sedang membangun dan negara berkembang dalam tempoh 1981 sehingga 1994. Dalam kajian tersebut mereka mendapati bahawa terdapat korelasi negatif yang signifikan di antara pertumbuhan ekonomi dan perubahan yang tidak seimbang ke atas seluruh sampel, iaitu peningkatan pendapatan dikaitkan dengan ketimpangan yang lebih rendah. Berdasarkan analisis tersebut, mereka tidak menemukan korelasi di antara pertumbuhan dan ketimpangan, dan mendapati terdapat kecenderungan untuk berlaku peningkatan ketimpangan dalam tempoh masa pertumbuhan negatif.

Barro (1999) menyelidiki hubungan dalam negara pengeluar dan tidak menemukan sebarang hubungan di antara ketimpangan dan pertumbuhan dalam sampel secara keseluruhan. Namun, beliau membezakan di antara negara-negara berpendapatan rendah dan berpendapatan tinggi. Beliau juga menemukan hubungan negatif antara ketidaksetaraan dan pertumbuhan di negara berpendapatan rendah, namun terdapat hubungan positif di negara berpendapatan tinggi. Panizza (2002) mempelajari variasi lintas-negara di Amerika Syarikat dan menemukan hubungan yang negatif antara ketidaksetaraan pendapatan dan pertumbuhan. Barro (1999) dan Barro (2008) menggunakan lagi lintas negara untuk mengevaluasi kesan ketimpangan pendapatan dan tingkat pertumbuhan. Berbeza dengan penemuan sebelumnya Barro (1999), beliau telah menemukan pekali anggaran ketimpangan secara signifikan negatif untuk keseluruhan sampel. Ketaksetaraan pendapatan per kapita berkurangan akibat berlakunya peningkatan pendapatan dan akhirnya menyumbang kepada jumlah pendapatan per

kapita negara. Semua kajian empiris dengan hasil yang berbeza menunjukkan bahawa perdebatan tersebut masih belum selesai dan boleh dibincangkan. Beberapa masalah muncul ketika membandingkan hasil kajian empiris antara satu sama lain. Perbezaan hasil mencakupi kualiti set data, perbezaan ukuran sampel dan teknik estimasi serta perbezaan dalam spesifikasi model atau pemilihan pemboleh ubah yang dikawal.

Kesimpulan lain tentang hubungan antara ketimpangan dan pertumbuhan ditemukan oleh Deininger dan Squire (1998). Mereka tidak menemukan bukti kesan sampingan di peringkat awal ketimpangan pendapatan dengan pertumbuhan yang tinggi. Namun, mereka menemukan bahawa terdapat berlakunya ketidakadilan mengenai agihan sumber daya yang ada (misalnya, tanah) secara signifikan yang akan mempengaruhi pembangunan ekonomi pada masa depan. Alasan untuk hubungan seperti itu adalah orang miskin tidak mampu untuk membuat pinjaman yang melibatkan kos yang tinggi kerana kekurangan modal.

Ross, dan Sabot (1995) membuat kesimpulan bahawa terdapat pengaruh positif ketidaksetaraan yang rendah dalam pembangunan ekonomi. Beliau menggunakan data antara negara yang berbeza. Dari hasil kajian tersebut mereka mendapati bahawa ketidaksetaraan yang rendah adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan terhadap peningkatan ekonomi yang pesat di Asia Tenggara. Reformasi dalam sistem pendidikan, serta perubahan dalam penawaran peluang tenaga kerja mampu untuk mengurangi kemiskinan dan ketidaksetaraan, juga didapati cenderung untuk mempercepat proses pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara.

Dalam kebanyakkan kajian lepas empiris-ekonometrik, Goudie dan Ladd (1999) ada menyatakan mengenai tingkat kesepakatan dan kenyakinan terhadap hubungan di antara pertumbuhan ekonomi, ketimpangan, dan kemiskinan. Pertama, hubungan itu menggambarkan bahawa pertumbuhan ekonomi mampu untuk mengurangi kemiskinan. Namun perkara ini bergantung kepada sejauh mana keadilan dalam agihan pendapatan

dalam sesebuah masyarakat. Kedua, pertumbuhan ekonomi tidak memiliki pengaruh yang boleh diramalkan atas ketimpangan di negara-negara yang sedang membangun.

Ketiga, tingkat keadilan dalam sesebuah masyarakat adalah salah satu kesan daripada

pertumbuhan ekonomi.

Ketimpangan pendapatan adalah merupakan salah satu aspek kemiskinan yang perlu diteliti kerana pada asasnya ia merupakan ukuran kemiskinan relatif. Terdapat beberapa ukuran yang digunakan untuk merefleksikan ketimpangan pendapatan, iaitu Pekali Gini (Gini Ratio), Ukuran Bank Dunia, Indek Theil dan Indek-L (BPS, 2008).

a. Pekali Gini

Pekali Gini (Gini Ratio) adalah salah satu ukuran yang paling sering digunakan untuk mengukur tingkat ketimpangan pendapatan secara menyeluruh. Formula daripada Koefisien Gini dapat dirumuskan seperti berikut:

... (3.24)

GR merupakan Gini Ratio, fPi merupakan frekuensi penduduk dalam kumpulan ke-i, Fci merupakan frekuensi kumulatif dari jumlah perbelanjaan dalam kumpulan perbelanjaan ke-i, Fci-1 merupakan frekuensi kumulatif dari jumlah perbelanjaan dalam kumpulan perbelanjaan ke (i-1).

Pekali Gini didasarkan kepada Keluk Lorenz, iaitu skurva perbelanjaan kumulatif yang membandingkan agihan dari suatu pembolehubah tertentu (misalnya pendapatan) dengan agihan seragam yang mewakili peratus kumulatif penduduk. Pada Gambar rajah 3.7, Koefisien Gini boleh didefenisikan sebagai A/(A+B), jika A=0, Koefisien Gini bernilai nol, yang bererti agihan pendapatan sempurna, manakala jika B=0, Koefisien Gini bernilai satu yang bererti ketimpangan sempurna.

Gambar 3.7 Keluk Lorenz

Pengukuran dengan menggunakan Koefisien Gini tidak sepenuhnya memuaskan. Daemon dan Thorbecke (1995), berpendapat bahawa penurunan ketimpangan (perbaikan agihan pendapatan) selalu tidak konsisten dengan bertambahnya insiden kemiskinan, kecuali sekiranya terdapat dua aspek yang mendasari kestabilan tersebut, iaitu: Pertama, variasi agihan pendapatan dari kumpulan terendah meningkat secara drastik akibat krisis. Kedua, merupakan persoalan metodologi berkaitan dengan keraguan dalam pengukuran kemiskinan dan indikator ketidaksetaraan.

b. Ukuran Bank Dunia

Bank Dunia mengelompokkan penduduk kepada tiga kumpulan berdasarkan jumlah pendapatan: 40% penduduk pendapatan rendah; 40% penduduk dengan pendapatan sederhana dan 20% penduduk dengan pendapatan tinggi. Ketimpangan pendapatan diukur dengan menghitung peratus jumlah pendapatan penduduk daripada kumpulan yang berpendapatan 40% terendah dibandingkan dengan jumlah pendapatan seluruh penduduk. Kategori ketimpangan ditentukan dengan menggunakan kriteria berikut: (1) Jika kadar jumlah pendapatan dari penduduk yang masuk kategori 40 peratus terendah terhadap jumlah pendapatan seluruh penduduk kurang dari 12 peratus, dikategorikan ketimpangan pendapatan tinggi; (2) Jika kadar jumlah pendapatan dari

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 0 20 40 60 80 100 K u m u la ti f P e rb e la n ja a n ( % ) Kumulatif Penduduk (%) A B

penduduk yang masuk kategori 40 peratus terendah terhadap jumlah pendapatan seluruh penduduk antara 12 hingga 17 peratus, dikategorikan ketimpangan pendapatan sederhana; (3) Jika kadar jumlah pendapatan dari penduduk yang masuk kategori 40 peratus terendah terhadap jumlah pendapatan seluruh penduduk lebih dari 17 peratus, situasi ini dikategorikan sebagai ketimpangan pendapatan rendah.

c. Indeks Theil dan Indeks-L

Indeks Theil dan Indek-L (ukuran deviasi log rata-rata) banyak digunakan sebagai pengukur ketimpangan pendapatan, kerana memiliki kriteria yang lebih baik berbanding alat ukur yang lain. Indeks Theil dan Indek-L termasuk dalam ukuran ketimpangan “generalized enthropy.