• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN TEORITIS DAN KAJIAN LEPAS

3.9 Tinjauan Kajian Lepas

Kajian lepas berkenaan dengan pembangunan ekonomi dan kaitannya dengan pertumbuhan, ketidaksamaan agihan pendapatan dan kemiskinan telah banyak dilakukan. Polisi pemerintah dan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan ekonomi pula sudah banyak dikaji impaknya ke atas kemampuan agihan pendapatan yang bersifat sama rata dan mengurangkan kemiskinan. Terdapat kepelbagaian model-model yang diguna pakai bermula model-model yang secara sederhana sehinggalah kepada model yang rumit dengan menggunakan pelbagai kaedah pengujian. Penggunaan model

matrik perakaunan sosial (MPS) sudah banyak digunakan dalam melihat kesan daripada polisi institusi tertentu, seperti pemerintah terhadap pertumbuhan ekonomi, agihan pendapatan dan pengurangan kemskinan.

Dalam bahagian tinjauan kajian lepas ini akan memperlihatkan hasil kajian terdahulu tentang penggunaan model MPS. Adalah diakui bahawa kajian lepas ini tidak sepenuhnya berkaitan langsung dengan kajian yang hendak dilakukan, tetapi ada kemungkinan terdapat beberapa persamaan yang boleh dijadikan rujukan untuk menyokong kajian yang dilakukan, terutama untuk menjawab persoalan mengenai bagaimana model MPS mampu untuk menjelaskan kajian mengenai impak polisi pembangunan sesebuah sektor ke atas sesebuah wilayah/negara.

Menggunakan Matriks Perakaunan Sosial untuk 27 buah negara, Vogel (1994) meneliti kekuatan dari hubung kait antara pertanian dengan sektor ekonomi yang lain pada tahap pembangunan yang berbeza. Kajian mendapati bahawa hubung kait ke belakang adalah kuat pada tahap awal, manakala hubung kait ke hadapan adalah jauh lebih lemah. Permintaan wujud ekoran berlakunya peningkatan pendapatan di kawasan luar bandar iaitu hampir 70 peratus dari hubung kait ke belakang. Pada tahap pengembangan selanjutnya hubung kait ke hadapan adalah kuat kerana terdapat integrasi yang lebih besar dan lebih kompleks dari pengeluaran pertanian dengan sektor yang lain.

Penyeledikan tentang pelaksanaan program pelaburan pada sektor pertanian telah dilakukan oleh Nokkala (2002) menggunakan kaedah MPS. Dari penyelidikannya didapati bahawa telah berlaku kegagalan yang serius pada pelaksanaan program pembangunan pertanian. Hasil analisis senario yang dilakukan bukan sektor pertanian yang mengalami kemiskinan, tetapi program program pelaburan sektor pertanian yang kurang berkesan turut menyebabkan pembiayaan yang tinggi.

Analisis perekonomian Indonesia menggunakan kaedah MPS telah dilakukan pula oleh James dan Khan (1993). Beliau mengamati kapasiti penyerapan tenaga buruh dalam program-program agihan semula pendapatan di Indonesia. Analisis menggunakan jadual MPS tahun 1975. Hasil kajiannya menjelaskan bahawa agihan semula pendapatan yang terjadi dalam kelompok isi rumah miskin akan memberikan impak langsung dan tidak langsung ke atas pendapatan tenaga buruh.

Bautista et al. (1999) telah melakukan kajian pengaruh dari tiga alternatif pembangunan industri ke atas perekonomian Indonesia dengan menggunakan model MPS. Tiga alternatif industri yang diukur adalah (i) industri yang berasaskan permintaan sektor pertanian (agricultural demand-lead industry, ADLI); (ii) industri berasaskan pembuatan makanan (food processing based industry, FPB); (iii) industri berasaskan industri pembuatan ringan (light manufacturing based industry, LMB). Hasil kajiannya mendapati bahawa pembangunan industri yang berasaskan kepada komoditi pertanian lebih tinggi dan signifikan pengaruhnya ke atas kenaikan nyata KNK Indonesia berbanding pembangunan industri yang berasaskan kepada industri pembuatan makanan dan industri ringan. Hasil kajian juga mendapati bahawa dari aspek agihan pendapatan dengan meningkatnya KNK lebih besar terhadap perubahan pendapatan kumpulan isi rumah yang berpendapatan rendah sama ada dalam sektor pertanian mahupun bukan sektor pertanian.

Kaedah MPS telah pula digunakan oleh Adelman dan Ralston (1992) dalam kajiannya di Jawa Barat tentang kesan daripada pertumbuhan dan agihan pendapatan ke atas perubahan-perubahan orientasi pasar (market-oriented) dan program-rogram pemerintah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa polisi perubahan orientasi pasar menghasilkan tingkat pertumbuhan dan pendapatan isi rumah yang tinggi. Ketidaksamaan pendapatan antara isi rumah yang berpendapatan rendah (diukur dari penggunaan kalori) dan isi rumah yang berpendapatan tinggi juga semakin meningkat.

Gollin et al. (2002) menunjukkan mengenai kepentingan pertanian pada tahap awal pembangunan. Menggunakan data cross section dan data panel untuk 62 negara yang sedang membangun bermula pada 1960 sehingga 1990, penulis mendapati bahawa pertumbuhan produktiviti pertanian secara kuantitatif penting dalam menjelaskan pertumbuhan KDNK bagi setiap pekerja. Akaun ini berperanan langsung sebesar 54 peratus dari pertumbuhan KDNK. Selain itu, negara-negara yang mengalami peningkatan produktiviti pertanian mampu melepaskan tenaga kerja dari sektor pertanian ke sektor-sektor ekonomi yang lain. Pergeseran sektor ini menyumbang kira-kira 29 peratus dari pertumbuhan KDNK. Bakinya sebesar 17 peratus adalah berasal daripada pertumbuhan sektor bukan pertanian.

Pyatt dan Round (2004) menggunakan model MPS Indonesia tahun 1980 untuk mengetahui impak pengganda harga tetap terhadap pengurangan kadar kemiskinan di Indonesia. Hasil kajiannya mendapati bahawa perubahan secara berkadar dalam kalangan penduduk miskin dipengaruhi oleh perubahan pendapatan dan perubahan harga. Namun perubahan harga tersebut berlaku sekiranya garis kemiskinan untuk kumpulan isi rumah bergerak secara berbeza.

Tollens (2002) mendapati bahawa kemiskinan bukanlah sesuatu yang bersifat hakiki, ianya hanyalah suatu produk dari sistem mata pencarian dan sosio–politik yang membentuk mereka. Oleh itu, pengurangan kemiskinan adalah sangat penting untuk dilaksanakan. Bagaimanapun, penurunan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar kadang kala disertai oleh peningkatan kadar kemiskinan di kawasan bandar. Situasi ini berlaku kerana golongan miskin yang tinggal di kawasan luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Di dalam konteks ini, penurunan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar hanya dapat dilakukan sekiranya produktiviti golongan tersebut dapat dipertingkatkan. Oleh kerana golongan miskin di kawasan luar bandar seharusnya meningkatkan produktiviti mereka di dalam sektor pertanian dalam

usaha untuk meningkatkan jumlah pendapatan mereka dan seterusnya membawa mereka keluar dari belenggu kemiskinan.

Salah satu kebaikan penggunaan kaedah MPS dalam analisis ekonomi adalah kemampuannya untuk menggambarkan pancaran kesan pengganda daripada impak pembangunan setiap sektor terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain. Alat analisis MPS yang digunapakai untuk mengkaji hal tersebut secara keseluruhan adalah analisis jalur struktural (structural path analysis, SPA). Penggunaan SPA dalam analisis MPS telah banyak dilakukan. Carmen, et al. (2003) telah menjalankan kajian di negara Andalusia pada tahun 1990, 1995 dan 1999 menggunakan analisis SPA. Kajian yang dijalankan bertujuan mengetahui perubahan utama struktur pengeluaran dan permintaan dalam jangka masa 10 tahun. Hasil kajiannya mendapati bahawa keberadaan suatu sektor amat kuat memberikan sumbangan ke atas pertumbuhan ekonomi regional serta dapat menghitung seberapa besar pengaruh sesuatu polisi yang dilakukan terhadap sektor itu sendiri dan terhadap sektor yang lain dalam sesebuah wilayah.

Penggunaan analisis SPA juga telah dilakukan oleh Santong et al, (2004) untuk mengenal pasti apa yang berlaku terhadap sektor yang lain sekiranya terjadi permintaan ke atas sesebuah sektor dan adakah perkara tersebut mempunyai perbezaan di antara jalur-jalur berbeza yang mempengaruhi perubahan-perubahan tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat jalur pengaruh daripada sektor restoran kepada sektor pertanian dengan jalur pancaran terpendek sebesar 47 peratus, dan daripada sektor pembinaan kepada sektor perlombongan. Manakala jalur sektor restoran dan sektor pertanian mempunyai pengaruh langsung hanya sebesar 30 peratus.

Analisis menggunakan MPS Indonesaia pada tahun 1999 menggunakan kaedah SPA telah pula dilakukan oleh Lena (2004). Hasil kajiannya mendapati bahawa suntikan yang dilakukan terhadap sektor pertanian ternyata mampu meningkatkan pendapatan ke atas kelompok isi rumah di kawasan luar bandar berbanding sekiranya suntikan

dilakukan terhadap sektor industri pembuatan pertanian. Suntikan tersebut juga mampu meningkatkan output kepada sektor pertanian yang disertai dengan meningkatnya penggunaan faktor pengeluaran tenaga buruh dalam sektor pertanian.

Selanjutnya Manaf (2000) membuat kajian pengaruh subsidi harga baja ke atas pendapatan petani menggunakan jadual MPS. Di antara kaedah analisis yang digunakan adalah SPA untuk mengenal pasti alur-alur permulaan pengaruh yang terdapat dalam sesebuah sektor ke sektor-sektor yang lain. Hasil kajian menjelaskan bahawa pengaruh terbesar dari adanya polisi subsidi harga baja diterima oleh sektor perkebunan, manakala pengaruh yang paling kecil diterima oleh petani yang memiliki tanah dengan keluasan 0.5-1 hektar setelah melalui faktor pengeluaran modal.

Kajian yang dilakukan oleh (Bourguignon dan Morrison, 1998; Binswanger dan Von Brown, 1993; dan Ravallion dan Datt, 1996) dalam Kimenye (2002: 1-30) menunjukkan bahawa di dalam kebanyakan negara yang sedang membangun, pertumbuhan yang paling besar dalam mengurangkan kemiskinan adalah ekoran daripada hasil pertumbuhan sektor pertanian. Hal ini disebabkan oleh sebahagian besar masyarakat di negara tersebut terlibat dalam sektor pertanian. Terdapat juga kajian terbaru yang dilakukan oleh Sarris, 2001 dalam Kimenyi (2002: 1-30) menunjukkan bahawa peningkatan aktiviti pengeluaran perladangan membantu golongan petani untuk memperbaiki taraf hidup sosioekonomi mereka di luar bandar. Aktiviti perladangan seperti itu dilihat sangat penting untuk membawa golongan tersebut keluar daripada masalah kemiskinan. Kenyataan ini disokong pula oleh kajian yang dilakukan oleh Chirwa (2004: 1-29) di Malawi berkaitan tentang akses terhadap tanah pertanian, pertumbuhan dan pengurangan kadar kemiskinan. Hasil kajian mendapati bahawa kawasan pertanian yang diusahakan bukanlah sumber pengeluaran bebas yang dapat dipasarkan, tetapi menjadi faktor utama untuk mengurangkan kadar kemiskinan kerana ia mempengaruhi pertumbuhan dalam pengeluaran pertanian.

Pelaburan adalah penting untuk membentuk pertumbuhan di sesebuah negara, sama ada pelaburan tersebut dilakukan oleh pihak pemerintah mahupun pihak swasta. Beberapa kajian yang sudah dilakukan memperlihatkan impak dari pelaburan negara ke atas pertumbuhan ekonomi. Barro (1991) mendapati bahawa saham purata dari pelaburan negara di KNK memberikan kesan yang positif. Walaupun secara statistik tidak penting, namun ia memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka masa 1960–1985. Kajian ini diteruskan pula oleh Easterly dan Rebelo (1993), yang memperluaskan analisis dalam dua arah. Pertama ia mencakupi pelaburan yang dibuat oleh firma-firma awam seperti pemerintah pusat. Kedua, perbezaan mengenai pelaburan negara dalam sektor-sektor yang berbeza. Dalam usaha membuat perbandingan mengenai kajian Barro (1991), mereka mendapati pelaburan negara oleh pemerintah pusat memberikan kesan yang positif dan mempunyai pengaruh penting ke atas statistik terhadap pertumbuhan ekonomi. Kajian tersebut juga mendapati terdapat situasi yang sama berlaku di antara sektor-sektor yang berbeza. Pelaburan di dalam bidang pengangkutan dan maklumat mempunyai kesan pengaruh yang besar dan secara statistik penting dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara.

Kajian-kajian terakhir dari perbelanjaan awam terhadap pertumbuhan telah dilakukan oleh Aschauer (2000) dan Milbourne et al. (2003). Kedua-duanya membuat ujian ramalan mengenai pertumbuhan neoklasikal. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa modal awam adalah suatu komplemen kepada modal peribadi, dan mendapati pelaburan yang dilakukan oleh sesebuah negara memberikan kesan yang positif dan impak penting secara statistik ke atas pertumbuhan ekonomi terhadap sektor-sektor yang berbeza. Pelaburan di dalam bidang pengangkutan dan maklumat serta bidang pendidikan memberikan impak yang paling besar dalam pertumbuhan di sesebuah negara(pelaburan-pelaburan di dalam pertanian, kesihatan, perumahan dan industri secara statistik tidak penting). Levine dan Renelt, 1992; Sala-i-Martin, 1997)

melaporkan bahawa tidak ada sebarang ukuran mengenai perbelanjaan awam, termasuk pelaburan negara, yang dapat dikatakan mempunyai kesan pengaruh yang sempurna di dalam pertumbuhan ekonomi. Milbourne et al. (2003) menyatakan bahawa, terdapat ketidakpastian mengenai faktor yang menyebabkan berlakunya situasi hubung kait kebelakang terutama apabila membincangkan mengenai pelaburan di dalam sektor ekonomi yang berbeza-beza.

Antara pengkaji yang membuat kajian ialah Suyadarma dan Suryahadi yang membuat kajian , menggunakan data dari tahun 1984 hingga 2002 pada 22 negeri di Indonesia (SMERU, working paper, 2007: 1-17, lihat www.smeru.org.id) yang bertajuk

“impak daripada pertumbuhan sektor swasta ke atas pengurangan kemiskinan”,

mereka mendapati bahawa hanya melalui pelaburan oleh pihak swasta dan pihak kerajaan secara berterusan mampu untuk mengurangkan kemiskinan. Oleh itu pemerintah atau pihak kerajaan mesti menambah baik dan menciptakan iklim pelaburan untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara. Walau bagaimanpun dalam kajian itu tidak menemui perbezaan yang nyata antara pelaburan pemerintah dan pihak swasta untuk mengurangkan kadar kemiskinan, namun pemerintah perlu untuk membuat keseimbangan perbelanjaan awam serta memantapkan polisi terutama yang berkaitan bidang perniagaan dalam usaha untuk menarik minat pelabur swasta.

Terdapat kajian lain yang telah dilakukan untuk melihat kaitan atau kesan sesebuah polisi ke atas pengurangan kadar kemiskinan. Di antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Obi (2007:1-46) tentang “ Polisi Fizikal dan Pengurangan Kemiskinan

di Nigeria” dengan pendekatan model matrik perakaunan sosial (MPS). Beliau telah

berjaya menerapkan model MPS ke atas senario polisi fizikal yang berbeza-beza untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara berkenaan. Senario pertama adalah pemindahan cukai dalam peratus tertentu yang diterima oleh pihak pemerintah dan

diagihkan kepada kelompok miskin, senario kedua adalah agihan semula pendapatan dari sudut perbelanjaan orang miskin, manakala senario ketiga adalah alternatif pengurangan cukai bagi import, tenaga buruh mahupun cukai eksport minyak. Hasil kajian mendapati bahawa dengan memindahkan lima peratus sahaja cukai yang diterima pemerintah dan diberikan kepada orang miskin, sebesar 6.24 peratus penduduk miskin mampu dikeluarkan daripada garis kemiskinan, di mana 3.04 peratus dinikmati oleh tenaga buruh di kawasan luar bandar, manakala 2.17 peratus di kawasan bandar. Senario kedua menunjukkan bahawa peruntukkan yang diberikan oleh pihak pemerintah ke atas sektor-sektor yang berkaitan dengan golongan miskin, sebesar 10.72 peratus kelompok miskin dapat dikeluarkan daripada garis kemiskinan. Dari senario ini 5.63 peratus dinikmati oleh tenaga buruh dan 4.09 peratus tuan tanah kecil di kawasan luar bandar. Manakala senario ketiga dengan mengurangkan tarif import produk pertanian. Polisi ini bukanlah diperuntukkan bagi isi rumah miskin di luar bandar tetapi lebih banyak diperuntukkan bagi isi rumah di kawasan bandar. Kesimpulannya ialah dengan menguji tiga-tiga senario polisi fizikal di dapati bahawa senario pertama memberi kesan yang lebih banyak terhadap pengurangan kadar kemiskinan di Nigeria.

Kertas kerja “Kemiskinan, Distribusi Pendapatan dan Desentralisasi Fizikal” dihasilkan oleh Usman, Hermanto dan Bonar Sinaga (2006: 1-7). Penulis menggunakan analisis simulasi ekonometrik beberapa proposisi dan kesimpulan yang dihasilkan dapat dimanafaatkan untuk mengurangkan jumlah masyarakat miskin. Terdapat kesan penerapan polisi desentralisasi fizikal terhadap kadar kemiskinan dan agihan pendapatan. Hasil analisis simulasi menunjukkan bahawa, dalam jangka masa pendek, pendapatan negara yang diperolehi dari sektor pertanian terbukti dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan menciptakan agihan pendapatan yang lebih seimbang. Ini kerana sektor pertanian memiliki hubung kait yang relatif besar terhadap sektor-sektor yang lain. Kajian mendapati sektor pertanian dapat menyerap tenaga buruh secara relatif

banyak. Dari sudut yang lain pula pengeluaran pertanian banyak digunakan sebagai input dalam pelbagai industri pembuatan. Perbelanjaan pemerintah dalam sektor pendidikan dan kesihatan, serta sektor perumahan dan kesejahteraan dapat meningkatkan prestasi ekonomi, mengurangkan kadar kemiskinan, dan meningkatkan pendapatan. Namun begitu perbelanjaan pemerintah untuk sektor pendidikan dan sektor kesihatan adalah yang paling kecil impaknya. Ini kerana pendidikan dan kesihatan kesannya hanya boleh dilihat dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pendidikan dan kesihatan yang lebih baik akan mempertingkatkan kualiti sumber manusia, seterusnya boleh meningkatkan taraf sosioekonomi sesebuah masyarakat, dan secara tidak langsung mampu untuk mengurangkan kadar kemiskinan di sesebuah negara. Oleh itu, dalam tempoh jangka masa yang panjang, kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan dan agihan pendapatan yang lebih seimbang dapat diberikan. Pemerintah seharusnya memberikan keutamaan dan jumlah peruntukan yang lebih besar kepada sektor pendidikan dan sektor kesihatan. Polisi fizikal mampu untuk memberikan keutamaan kepada pembangunan infrastruktur di daerah dan memberikan impak secara signifikan ke atas kadar pengurangan kemiskinan. Antara kesan tersebut ialah pembangunan dan penambahbaikan kemudahan prasarana seperti jalan raya, bekalan air bersih, serta pembangunan jaringan elektrik sehingga ke kawasan daerah terpencil.

Sejak tahun 2001, dengan pewartaan undang-undang No.22 Tahun 1999 tentang pemerintahan daerah, dan UU No.25 Tahun 1999 tentang kewangan di antara pemerintah pusat dan daerah (kedua-dua undang-undang tersebut sudah digantikan dengan undang-undang No. 32 tahun 2004 dan undang-undang No. 33 tahun 2004, maka pemerintah daerah di Indonesia memiliki kuasa autoriti dalam melaksanakan pemerintahan dan pengaturan kewangan di daerah masing-masing. Dengan demikian, pertumbuhan daerah diharap menjadi lebih optimal dan mampu untuk mengurangkan perbezaan yang terjadi antara wilayah. Garcia dan Soelistianingsih (1998) yang

melakukan kajian pertumbuhan ekonomi seluruh wilayah yang ada di Indonesia, dengan menggunakan model MPS menemukan bahawa telah terjadi perbezaan pertumbuhan ekonomi di antara wilayah di Indonesia. Wilayah-wilayah dengan pertumbuhan KDNK per kapita tinggi didominasi yang ada di wilayah Indonesia bagian barat, khususnya di Pulau Jawa dan Bali. Indikasinya juga memperlihatkan bahawa di mana wilayah pertumbuhan ekonominya relatif tinggi, berlaku penurunan kadar kemiskinan.

Kajian menggunakan model MPS juga telah dilakukan oleh Prihawantoro dan Resosudarmo,(2004: 1-30) untuk melihat tekanan langsung dan tidak langsung industri kayu mentah Indonesia. Dengan menggunakan data matrik perakaunan sosial Indonesia tahun 2003 yang berukuran 106x106 sektor dan diperinci secara agregat menjadi 99x99 sektor. Hasil kajian mendapati bahawa dengan MPS dapat memperlihatkan kaitan sektor kayu mentah Indonesia dengan sektor-sektor ekonomi dan sosial yang lain, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Hasil kajian juga memberikan beberapa polisi yang patut diberi perhatian oleh pihak pemerintah berkenaan dengan industri kayu mentah di Indonesia. Di antaranya adalah berkenaan dengan cukai, substitusi kayu mentah dan pembatasan tingkat pengeluaran kayu mentah tersebut.

Penggunaan model MPS juga digunakan oleh Rahmanta (2006: 1-3) yang melakukan ”analisis Impak Perbelanjaan Pemerintah ke atas Pertumbuhan dan Agihan Pendapatan di Wilayah Sumatera Utara”. Dengan menggunakan model MPS berukuran 53x53 sektor. Analisis telah menghasilkan kesimpulan yang cukup baik untuk menjelaskan impak dari polisi fizikal pemerintah terhadap institusi, pengeluaran, dan nilai tambah. Di antara hasil kajian yang dikemukakan ialah peningkatan perbelanjaan pemerintah dan pelaburan swasta ke atas tanaman makanan memberikan impak ke atas pertumbuhan ekonomi sekaligus memberikan persamaan pendapatan atau pro growth

with equity. Peningkatan pelaburan di subsektor perladangan masih belum memberikan

Kajian yang dilakukan oleh Bisai (), tentang peranan sektor perhutanan ke atas perekonomian negara Papua juga telah menggunakan pendekatan MPS. Hasil kajian dapat menjelaskan: (1) prestasi pembangunan ekonomi Papua (2) agihan pendapatan faktorial (c) agihan pendapatan isi rumah yang diperinci menurut pelbagai kumpulan isi rumah (4) pola perbelanjaan isi rumah (household expenditure pattern); dan (5) agihan tenaga buruh menurut sektor atau lapangan usaha di mana mereka bekerja, termasuk agihan pendapatan tenaga buruh yang mereka perolehi sebagai kompensasi atas keterlibatannya dalam proses pengeluaran.

Kajian yang dilakukan oleh Oktaviani et al (2005: 57-70) tentang kesan polisi pemerintah terhadap sektor pendidikan ke atas ekonomi Indonesia dan agihan pendapatan, juga telah menggunakan kaedah matrik perakaunan sosial (MPS) dan mendapat hasil kesimpulan yang cukup baik. Beberapa kesimpulan menjelaskan bahawa pendidikan memiliki hubung kait ke hadapan yang tinggi terhadap sektor pendidikan itu sendiri dan sektor perkhidmatan mempunyai hubung kait kebelakang yang rendah terhadap sektor pertanian dan perlombongan. Oleh itu perubahan polisi yang mempengaruhi output sektor pendidikan tidak akan menjejaskan output di sektor pertanian dan perlombongan. Perbelanjaan sektor makanan dan pengangkutan merupakan perbelanjaan tertinggi di masing - masing kelompok isi rumah. Pengurangan biaya pengangkutan dan perdagangan dan peningkatan kecekapan di sektor pengurusan makanan akan menjimatkan perbelanjaan dalam sektor tersebut sehingga masing-masing kelompok isi rumah dapat mengalihkan perbelanjaan ke sektor lain, seperti pendidikan dan kesihatan. Peningkatan perbelanjaan pemerintah di sektor pendidikan memberikan impak positif tertinggi ke atas sektor pendidikan yang ditadbir urus oleh pemerintah, tetapi memberikan impak negatif terhadap sektor pendidikan yang diuruskan oleh pihak swasta. Jika pemerintah memberikan bantuan biaya secara langsung kepada kumpulan isi rumah miskin, output pendidikan yang diuruskan oleh

pihak swasta akan meningkat lebih tinggi daripada pendidikan yang diurus oleh pihak pemerintah.

Kajian impak pembangunan sektor pertanian ke atas agihan pendapatan dan perekonomian regional wilayah Papua menggunakan kaedah Matrik Perakaunan Sosial telah dilakukan oleh Hafizrianda (2007). Pengkaji menggunakan jadual MPS 34x34 sektor yang memperincikan isi rumah secara agregat menjadi enam kumpulan, iaitu isi rumah luar bandar pendapatan rendah, sedang, tinggi serta isi rumah bandar pendapatan rendah, sedang dan tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa sektor ekonomi yang berperanan penting ke atas agihan pendapatan nilai ditambah dan isi rumah adalah sektor perladangan dan perhutanan. Sektor ekonomi berasaskan pertanian mempunyai peranan yang lebih baik ke atas peningkatan pendapatan tenaga buruh dan sektor pengeluaran.

Syahza (2007) telah melakukan penyelidikan bertajuk “Pembangunan perkebunan kelapa sawit dan kesejahteraan petani di Daerah Riau. Tujuan penelitian ini untuk mengetahui perkembangan tingkat kesejahteraan petani di kawasan luar bandar. Analisis dilakukan dengan perhitungan indek kesejahteraan. Berdasarkan hasil yang telah dicapai menunjukkan bahawa kelapa sawit memberikan pendapatan yang lebih tinggi kepada petani sekiranya dibandingkan dengan jenis tanaman perkebunan lainnya.