• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN TEORITIS DAN KAJIAN LEPAS

3.6 Pertumbuhan Ekonomi dan Kemiskinan

Dalam teori putaran ganas, kemunduran tidak lagi merupakan akibat jumlah faktor penghalang tetapi adalah satu sistem yang melibatkan hubungan antara faktor penghalang yang saling bergantung. Penjelasan kepada satu faktor penghalang diberikan oleh faktor pengalang lain sehingga penjelasan kemunduran berbalik kepada faktor penghalang pertama. Nurkse (1952) dalam Jomo dan Ku Ahmad (2004) mengatakan bahawa sesebuah negara itu miskin disebabkan ianya miskin. Kenyataan ini memberi gambaran seolah-olah masalah pembentukan modal di negara mundur terperangkap dalam putaran ganas. Galakan melabur pula dihadkan oleh saiz pasaran. Saiz pasaran ditentukan oleh tingkat daya pengeluaran umum yang keupayaan pembeli. Keupayaan pembeli pula berdasarkan pendapatan yang kononnya ditentukan oleh daya pengeluaran, tingkat daya pengeluaran pula bergantung penggunaan modal dalam proses

pengeluaran. Sedangkan penggunaan modal yang berasaskan belaburan modal dihalang oleh saiz pasaran yang terhad. Hubungan tersebut dapat dijelaskan melalui Gambar Rajah 3.4.

Gannage (1962) dalam Jomo et al (2004) juga telah mengemukan beberapa jenis putaran ganas. Dia menganggap hubungan antara pembangunan ekonomi dengan kadar pertumbuhan penduduk sebagai satu putaran ganas dan juga telah menjelaskan hubungan pusingan antara faktor yang terlibat. Umpamanya, taraf hidup rendah akibat daripada keluaran per kapita yang rendah mengakibatkan pola penggunaan yang menghabiskan lebihan. Simpanan pula adalah rendah dan ini mengurangkan pembentukan modal, seterusnya akan menghadkan taraf hidup yang rendah. Ini boleh dilihat melalui rajah 3.5.

Ketidaksempurnaan pasaran, Pembagunan sumber tidak penuh, Masyarakat mundur,

Kekurangan modal Daya Pengeluaran

rendah Pendapatan benar yang rendah Tabungan rendah Tingkat permintaan rendah Pelaburan rendah

Gambar Rajah 3.4: Hubungan Pusingan Yang Membentuk Putaran Ganas (Nurkse,1952)

Keluaran per kapita rendah

Simpanan kecil

Keluaran per kapita rendah

Keluaran per kapita rendah

Gambar Rajah 3.5: Hubungan Pusingan Yang Membentuk Putaran Ganas (Gannage, 1962)

Gill (1963) dalam Jomo et al (2004) pula telah membezakan antara putaran ganas kemiskinan dengan pusingan pertumbuhan berterusan. Ia menganggap jurang antara negara maju dan negara mundur adalah akibat daripada dua proses yang berbeza ini. Gill mengatakan bahawa : sesebuah negara tidak dapat membangun kerana ia miskin, dan kerana ia tidak membangun, negara itu akan terus miskin “. Selain daripada itu Gill mengemukakan beberapa putaran ganas yang lebih terperinci, seperti putaran ganas yang berkait negan pengumpulan modal, pengeluaran per kapita rendah menyebabkan tidak ada pembentukan modal, atau kalau ada sekalipun hanya pembentukan modal yang sedikit. Ini menyebabkan jumlah tabungan yang kecil. Disamping itu pengeluaran per kapita rendah juga mengakibatkan pendapatan rendah dan menyebabkan keupayaan menabung juga rendah. Tetapi Gill mengakui bahawa contoh ini adalah model khayalan yang terlalu mudah, kerana dalam keadaan sebenar di negara mundur ekonominya, ,asih terdapat banyak sumber tabungan dan pelaburan yang penting.

Bagaimana hendak mengatasi putaran ganas tersebut ?, diantaranya dapat dilakukan dengan: (1) melalui bantuan faktor luaran (sperti kemasukan modal asing, bantuan teknikal, import kemahiran, pengetahuan, pembaharuan atau pembukaan pasaran asing. (2) Pertumbuhan faktor dalam tertentu secara perlahan atau perubahan sosiekonomi tertentu (seperti: kemunculan usahawan). Bagimanapun juga jawaban demikian mencerminkan bahawa putaran tersebut tidak buntu dan oleh itu tidak menyebabkan kemunduran.

Hampir semua pakar ekonomi bersetuju bahawa pertumbuhan ekonomi adalah penting untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan penduduk (Van Den Berg, 2001, Growth With Equity; www.oxfarm.org.uk). Secara am kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah menyebabkan dan mengekalkan kemiskinan, manakala kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dapat mengatasi masalah kemiskinan (Schweinitz, 1969). Dengan

demikan pertumbuhan ekonomi sebagai salah satu prasyarat yang mesti dipenuhi bagi mengurangkan kadar kemiskinan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Hubung kait di antara pertumbuhan ekonomi dengan pengurangan kemiskinan dijelaskan oleh teori pembangunan ekonomi penitisan ke bawah (the tricle-down theory

of economic development) melalui 3 cara: (i) Pertumbuhan ekonomi meningkatkan

permintaan tenaga buruh dan mewujudkan peluang pekerjaan, (ii) Pertumbuhan ekonomi dapat menarik lebihan tenaga buruh dalam sektor pertanian yang mempunyai produktiviti rendah ke sektor luar pertanian yang cenderung mempunyai produktiviti yang lebih tinggi, (iii) Pertumbuhan ekonomi dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan tenaga buruh. Andaian utama teori ini adalah pertumbuhan ekonomi memberi faedah kepada seluruh penduduk (killick, 1981: 107). Namun proses dan andaian tersebut tidak berlaku kerana banyak pemboleh ubah yang beroperasi antara pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan, seperti contoh pilihan polisi, keadaan kewangan sesuatu negara, pengaruh luaran, pemilikan aset, peluang turut serta bagi kelompok penduduk miskin dalam proses pertumbuhan ekonomi dan pemboleh ubah yang lain. Di antara kesan pertumbuhan ekonomi di kebanyakan negara sedang membangun tidak diikuti oleh pertambahan peluang pekerjaan yang banyak bagi tenaga buruh kerana kemajuan dalam bidang teknologi pengeluaran (World Bank, 2000).

Pertumbuhan ekonomi memberi kesan kepada angka kemiskinan, hal ini bergantung kepada manafaatnya yang diperolehi oleh penduduk. (Deininger & Squire, 1998). Hasil penelitian mereka menunjukkan bahawa kelompok termiskin adalah yang paling menerima kesan dan sensitif terhadap perubahan ketidakserataan. Selain itu, setiap ketidaksetaraan aset di peringkat awal mengurangi kemampuan masyarakat miskin untuk melabur, negara-negara dengan ketidaksetaraan awal yang rendah memiliki prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, cepat dan berlaku proses transisi ke ekonomi pasar dari negara-negara di mana aset awalnya diagihkan sama rata.

Selain itu, ketidaksetaraan rendah tidak hanya meningkatkan pertumbuhan secara keseluruhan, tetapi juga meningkatkan peluang menghasilkan pendapatan penduduk miskin. Sebuah hubungan negatif yang kuat antara pertumbuhan ekonomi dan kemiskinan diteliti oleh Ravallion dan Chen (1997).

Kesan pertumbuhan ekonomi ke atas pengurangan kemiskinan boleh dilihat daripada sudut siapa yang menerima faedah daripada pertumbuhan ekonomi tesebut. Apabila faedah pertumbuhan ekonomi lebih banyak diterima oleh kumpulan penduduk berpendapatan tinggi maka pertumbuhan tersebut hanya menghasilkan kumpulan penduduk kaya semakin kaya dan penduduk miskin bertambah miskin. Keadaan seperti ini tidak mencerminkan prestasi pertumbuhan ekonomi yang baik. Sebaliknya pertumbuhan ekonomi boleh mengurangkan kemiskinan secara berkesan, apabila pertumbuhan ekonomi tersebut memberi faedah yang terbesar kepada kumpulan penduduk yang terbesar (Berg, 2001). Oleh itu pertumbuhan ekonomi yang membolehkan pengurangan kemiskinan secara berkesan adalah pertumbuhan eknomi yang disertai dengan peningkatan agihan pendapatan kepada kumpulan penduduk miskin.

Namun persoalan yang timbul adalah bagaimana pertumbuhan ekonomi boleh memberi faedah yang besar kepada golongan penduduk miskin. Salah satu di antara jawapan yang selalu dikemukakan adalah pertumbuhan dengan pengagihan semula

(redistributi with growt) (lihat Ghatak, 1995; Kakwani dan M.Peria, 2000 dan Growth

With Equity: www.oxform.org.uk). Berdasarkan pemikiran ini, pertumbuhan ekonomi adalah sesuatu yang mustahak (necessary), tetapi ia tidak mencukupi untuk mengurangkan kemiskinan. Jika hanya berasaskan kadar pertumbuhan ekonomi sahaja, maka pertumbuhan tersebut memerlukan suatu perjalanan yang jauh untuk sampai kepada kumpulan penduduk mskin kerana perkaitan di antara pertumbuhan ekonomi dengan kelompok penduduk miskin adalah lemah. Oeh itu strategi pertumbuhan dengan

pengagihan semula pendapatan menyenaraikan empat pendekatan: (a) memaksimumkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan simpanan dan memperuntukkan sumber ekonomi secara cekap yang memberi keuntungan kepada seluruh kelompok dalam masyarakat, (b) menumpukan pelaburan bagi kepentingan kelompok miskin, dalam bidang pendidikan, kemudahan asas dan peningkatan peluang untuk memperoleh kredit,(c) mengagihkan semula (redistributing) pendapatan kepada kelompok penduduk miskin melalu sistem polisi fizikal atau laluan langsung kepada kelompok miskin, dan (d) memindahkan aset sedia ada kepada kelompok miskin seperti land reform.

Pertumbuhan ekonomi yang boleh mengurangkan kadar kemiskinan secara berkesan adalah pertumbuhan ekonomi yang berpihak kepada kelompok miskin (pro

poor growth). Di antara ciri pertumbuhan ekonomi ini adalah (Weiss, 1995; Kakwani

dan Pernia, 2000): (a) mendorong pertumbuhan ekonomi yang berintensifkan tenaga buruh (labor intensive), sehingga membuka peluang pekerjaan bagi golongan miskin, (b) meningkatkan aset golongan penduduk miskin, terutamanya modal manusia, (c) menyediakan jaringan keselamatan sosial (social safty net). Dengan kriteria ini golongan penduduk miskin akan mempunyai banyak peluang untuk melibatkan diri dalam proses pembangunan dan seterusnya memperoleh perhatian dan pembelaaan daripada pihak kerajaan.

Persoalan kedua, mengapa kebanyakan negara yang sedang membangun tidak mengamalkan pertumbuhan dengan agihan yang adil kepada golongan penduduk miskin. Jawapannya adalah tertakluk kepada proses yang berlaku dalam instiusi ekonomi, politik dan sosial di sesebuah negara. Interaksi ketiga-tiga instiusi tersebut boleh memacu kepada pertumbuhan ekonomi negara bagi mengurangkan atau mengekalkan kemiskinan. Oleh itu World Bank (2000) menggalakkan supaya institusi negara di negara-negara yang sedang membangun supaya memainkan peranan dengan

lebih baik lagi demi meningkatkan taraf sosio ekonomi dalam kalangan golongan penduduk miskin.

Namun, Dollar dan Kraay (2002) mendapati bahawa pertumbuhan ekonomi adalah berkait rapat dengan peningkatan pendapatan masyarakat miskin. Oleh itu, pertumbuhan adalah baik bagi orang miskin. Hasan dan Quibria (2004) mendapati bahawa sektor pertanian merupakan sektor yang mempunyai pertumbuhan paling tinggi dan memberi kesan langsung kepada pengurangan kadar kemiskinan. Namun ia bergantung kepada konteks negara. Loayza dan Raddatz (2010) mendapati bahawa sektor yang berbeza dapat menjadi pendorong pengurangan kemiskinan asalkan mereka berusaha.

Salah satu kritikan terhadap strategi pertumbuhan dikemukakan oleh Ul Haq (1983). Ul Haq mengemukakan tentang tujuh dosa perancang pembangunan yang secara tidak langsung merupakan kritik terhadap strategi pertumbuhan

Pertama, salah satu dosa besar perencanaan pembangunan, mereka pemuja angka.

Mereka menganggap apa yang dapat diukur bermakna; apa yang tidak dapat diukur boleh diabaikan. Akibatnya, terlalu banyak tenaga yang dihabiskan untuk mencipta model-model ekonometrik; tidak hanya merumuskan polisi ekonomi atau menilai projek. Kedua, mudah untuk membuat penilaian langsung ke atas ekonomi. Mereka menganggap bahawa merencanakan pembangunan itu bererti mendorong sektor pemerintah dan menjalankan pelbagai pengendalian birokrasi dan menyusun kegiatan ekonomi, terutama dalam sektor swasta. Ketiga, dosa perencang pembangunan, mereka asyik menghitung tingkat penanaman modal. Keempat, mereka ketandusan model pembangunan. Terdapat pelbagai model pembangunan yang telah dikemukakan dalam dua dekad terakhir ini. Para perancang selalu mengikuti perkembangan model yang senantiasa mengalami perubahan; ini disebabkan oleh, mereka tidak mahu ketinggalan dalam usaha mengejar pembangunan, dan mungkin tidak akan mendapat bantuan luar

negara sekiranya mereka tidak menganut fahaman yang menjadi model dalam kalangan pemberi bantuan.

Kelima, perancang pembangunan mudah membuat perbezaan antara

perencanaan dan pelaksanaan. Keenam, terdapat kecenderungan mengabaikan sumber daya manusia. Ketujuh, yang terakhir ialah perancang pembangunan terlalu mengharapkan pertumbuhan KNK yang tinggi hingga mengabaikan tujuan sebenar daripada usaha pembangunan.

Ul Haq kemudian menyampaikan pandangan baru mengenai pembangunan :

Pertama, tujuan pembangunan haruslah membasmi bentuk-bentuk kemiskinan. Sasaran

pembangunan harus ditetapkan dengan tujuan untuk mengurangi dan akhirnya melenyapkan kurang gizi, penyakit, buta huruf, hidup melarat, pengangguran, dan perbezaan. Kedua, negara sedang membangun harus menentukan ukuran minimum tempuh masa yang hendak dicapainya dalam suatu jangka waktu tertentu misalnya 10 tahun. Ketiga, pengeluaran lebih besar dan pembahagian lebih baik harus dipakai bersama-sama sebagai asas untuk menyusun pola pembangunan; kedua-duanya harus diwujudkan dalam waktu yang sama. Keempat, mewujudkan peluang pekerjaan seharusnya dijadikan tujuan utama perencanaan.