• Tidak ada hasil yang ditemukan

Klasifikasi Hukum Penggunaan Sutur yang Boleh Terurai

Sumber: Analisis pengkaji.

(a) Hukum sutur halal yang mengalami penguraian (HT1)

Jika tindak balas penguraian material sutur yang berlaku dalam badan terdiri daripada sutur yang halal, hukumnya adalah dihalalkan. Ini kerana, material yang meresap ke dalam badan adalah tidak terdiri daripada bahan-bahan yang diharamkan. Selain itu, telah dianjurkan agar berubat dengan segala yang suci. Pemakaian konsep istihlak juga tidak perlu diaplikasikan di sini kerana tindak balas penguraian hanya melibatkan unsur bahan yang halal (sutur) dengan badan.

HT1: Hukum sutur halal yang mengalami penguraian adalah termasuk dalam kategori sutur halal.

(b) Hukum sutur haram yang mengalami penguraian (HT2).

Secara umumnya, garis panduan asas berkaitan verifikasi halal haram sesuatu telah digariskan melalui nas daripada al-Qur’an dan Sunnah. Bagi mengenalpasti status sutur dari perspektif fiqh, kaedah alternatif yang dikemukakan oleh para fuqaha yang dilihat signifikan bagi tujuan verifikasi status halal haram sutur iaitu istihlak.

Seperti yang telah diterangkan dalam Bab Tiga, sutur terserapkan atau

absorbable suture akan terurai, kemudian terserap ke dalam badan hasil tindak balas

enzim proteolitik (bagi sutur alami seperti katgut) atau hidrolisis (bagi sutur sintetik) semasa proses penyembuhan luka. Sutur terserap digunakan bagi luka dan organ internal, di mana pesakit tidak perlu hadir semula ke hospital bagi membuang jahitan. Berbeza dengan sutur tak terserap, ia akan kekal pada luka dan tidak terkesan terhadap sebarang tindak balas dalam badan. Ia sering digunakan bagi luka eksternal dan pesakit perlu hadir ke hospital semula bagi membuang jahitan tersebut. Maka konsep istihlak diaplikasi dalam situasi apabila luka pada tubuh pesakit dijahit dengan sutur terserap yang mengandungi unsur haram disebabkan profil kebolehserapan dalam aspek biologikal sutur.

Dari sudut bahasa, istihlak berasal dari kata akar halaka iaitu binasa, musnah, rosak, hilang, lesap dan lenyap. 52 Istihlak juga merupakan kata terbitan daripada

istahlaka - yastahliku-istihlakan yang bermaksud memusnahkan,53 menghabiskan54 atau

52 Hajah Noresah Baharom, Kamus Dewan, ed. ke IV, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007).

53 Al-Baqarah 2:195.

54 Nazih Hammad, Al-Mawad Al-Muharramah Wa Al-Najisah Fi Al-Ghiza' Wa Al-Dawa' Bayna Al-

membelanjakan.55 Istihlak juga didefinisikan sebagai solvency (pelarutan),56

extermination (pemusnahan)57 atau termination (penghabisan).58

Konsep istihlak, dari sudut istilah sains pula seringkali dirujuk sebagai tindak balas penguraian kimia atau chemical decomposition. Penguraian kimia adalah tindak balas penguraian atau pemecahan suatu bahan yang kompleks kepada elemen yang ringkas. Tindak balas pemecahan ini bertentangan dengan tindak balas sintesis bahan, yang menggabungkan elemen-elemen ringkas menjadi komponen yang kompleks. Contoh tindak balas penguraian kimia adalah pemecahan molekul air kepada gas hidrogen dan oksigen yang dijelaskan seperti dalam persamaan di bawah.

2H2O  2H2 + O2

(Molekul air)  (Gas Hidrogen) + (Gas Oksigen)

Dari segi istilah syarak pula, istihlak adalah situasi apabila terjatuhnya suatu bahan najis seperti babi, bangkai dan sebagainya ke dalam sesuatu yang suci seperti air, seterusnya terlarut dan lenyap di dalamnya tanpa meninggalkan sebarang kesan seperti warna, bau dan rasa. Maka percampuran antara bahan haram dan halal dikira sebagai halal.59

Fuqaha’ mendefinisikan istihlak sebagai keadaan ketika suatu bahan najis terlarut dalam bahan yang suci, lalu menghilangkan sifat kenajisan bahan tersebut, ia

55 Hj. Wan`Abd al-Hamid bin Wan Teh, "Al-Mu`Jam Al-`Arabi Al-Malayuwiyyah Al-Kabir,” dalam

Kamus Besar Arab-Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006).

56 H. Anthony Salmone, "An Advanced Learner’s Arabic – English Dictionary,"(Beirut: Labrairie Du Liban, 1972 ), 802.

57 J.G Hava, "Arabic English Dictionary for Advanced Learners,"(New Delhi, India: Goodword Books Pvt. Ltd, 2007), 954.

58 Ibid., 446.

menjadi tidak najis dan harus digunakan.60 Sebagai contoh, sekiranya terdapat binatang yang kencing di dalam tasik, sementara masih tidak wujud sebarang perubahan pada warna, bau dan rasa. Air tasik tersebut masih bersifat mutlak, serta harus diminum dan digunakan untuk bersuci.61

Penggunaan istihlak dari segi fiqh juga biasanya dihubungkaitkan dengan penghancuran suatu zat setelah ia bercampur dengan zat yang lain. Percampuran tersebut melenyapkan segala sifat dan kriteria yang wujud pada zat tersebut, seakan-akan ia telah pun hancur, walaupun masih wujud bakinya. Sebagai contoh percampuran setitis arak dalam cecair yang banyak.62 Arak tersebut telah larut dan sudah tidak boleh dibezakan antara kedua-duanya. Percampuran tesebut mengubahnya menjadi harus apabila hilang segala unsur najis dalam cecair yang banyak.

Pemakaian konsep istihlak adalah berdasarkan sokongan kepada dalil yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-Nasa'i, Ibn Majah dan Imam Ahmad berkaitan air dua kolah daripada ‘Abdullah bin Umar ra, berkata:

َرَممع ِنْب ِمللّا ِدْبَع ْنَع

منومكَي ِءاَمْلا ِنَع َمملَسَو ِهْيَلَع مالله ىملَص ِمللّا ملومسَر َلِئمس :َلاَق

َْلَ ِْينَ تملم ق مءاَمْلا َناَك اَذِإ :َلاَقَ ف ِ باَومدلاَو ِعاَبِ سلا َنِم مهمبومنَ ي اَمَو , ِة َلاَفْلا ِضْرَِبِ

ٌءْيَش مهْسِ جَنم ي

Terjemahan: ‘Abdullah bin ‘Umar RA berkata, “Rasulullah SAW ditanya berkenaan hukum air yang terdapat di tengah-tengah padang pasir yang luas dan didatangi binatang buas dan binatang melata. Baginda bersabda: Sekiranya air tersebut sebanyak dua kolah, ia tidak mengandungi najis.”63

60 Jumhuriyyah al-`Arabiyyah al-Mutahidah al-Majlis al-'ala li Al-Shu'un Al-Islamiyyah,Mawsu'ah Jamal `Abd Al-Nasir Fi Al-Fiqh Al-Islami, Jil. 8(Beirut: Dar al-Kitab, 1390).

61 Ibid.

62 Nazih Hammad, Al-Mawad Al-Muharramah Wa Al-Najisah Fi Al-Ghiza' Wa Al-Dawa' Bayna Al-

Nazariyyah Wa Al-Tatbiq.

63 Hadith riwayat al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Taharah, Bab Anna al-Ma’ la Yunajjisuhu Shai’, no. hadith: 67, (Kaherah: Matba‘ah Halabi, 1975 H), 1:97-98. Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani.

Hadis ini menerangkan, jika berlaku percampuran bahan yang najis ke dalam cecair sama ada banyak atau sedikit kuantitinya, lalu hancur tanpa meninggalkan kesan pada bau, warna dan rasa, ia dianggap suci dan halal. Bahan haram tersebut, sama sekali tidak berkesan dalam menajiskan atau mengharamkan cecair itu. Dalam situasi ini juga, disebabkan kuantiti air tersebut banyak dan mencapai dua kolah. Jadi air tersebut kebiasannya tidak menanggung najis, malahan berlaku perubahan pada sifat najis tersebut di dalam air. Ini menunjukkan jika air tersebut menanggung kotoran tersebut, ia dihukumkan sebagai haram dan najis. Namun jika kotoran tadi terurai dan larut di dalam air, bermakna air tidak menanggung najis.64

Ini bererti jika air tersebut kurang dari dua kolah, ia dianggap najis, walaupun tiada perubahan sifat bau, warna dan rasa. Selain itu, Imam Nawawi juga memetik kenyataan Ibn Munzir bahawa telah disepakati oleh para ulama sama ada air dalam kuantiti banyak atau sedikit, jika najis terjatuh ke dalamnya, seterusnya mengubah sifat air tersebut, ia menjadi najis.65

Konsep istihlak juga digunapakai bersandarkan kepada persamaan dalam aspek perubahan yang wujud sebagaimana aplikasi konsep istihalah atau perubahan zat. Konsep istihalah merujuk kepada perubahan zat atau sifat bahan najis menjadi satu bahan lain yang halal, yang berbeza dengan bahan asal sama ada dari segi sifat, kriteria dan nama.66 Perbandingan hubungan konsep istihlak dan istihalah dalam kalangan sarjana diringkaskan seperti dalam Rajah 5.8.

64 Shaikh Badr al-Din Abi Abdullah Muhammad al-Hanbali al-Bali, Mukhtasar Al-Fatawa Al-Misriyya

Ibn Taymiyyah (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 1949).

65 Mustafa Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali Asy-Syarbaji, Fiqh Manhaji Mazhab

Al-Shafie Terjemahan Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri & Rakan-Rakan (Putrajaya: JAKIM, 2011).35.

66 Nazih Hammad, Al-Mawad Al-Muharramah Wa Al-Najisah Fi Al-Ghiza' Wa Al-Dawa' Bayna Al-