• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3: SUTUR KATGUT: PENGGUNAAN DAN ISU-ISU HALAL

3.6 Rantaian Penghasilan Sutur Katgut

Proses penghasilan sutur katgut di kilang melibatkan lima bahagian utama, iaitu Wet

Division, diikuti dengan Dry Division, Clean Division, Sterile Division dan Over-wrapping Division. Di setiap bahagian ini, masing-masing mempunyai beberapa proses

yang dikendalikan secara separa automatik, yang masih memerlukan kawalan serta pemerhatian personel dan tidak hanya dikendalikan oleh mesin sepenuhnya.

Rajah 3.2 menunjukkan aliran pemprosesan sutur katgut di setiap bahagian dan penjelasan di setiap bahagian diterangkan selepasnya.

138 V. S. C. Krishna Vishnubhotla, "Vicryl Vs. Vicryl Rapide for Subcuticular Closure in Elective Abdominal Surgeries: A Randomised Controlled Trial," 2.

3.6.1 Wet Division

Sebelum bermulanya proses di Wet Division, terdapat pemilihan bahan mentah, iaitu usus kambing atau biri-biri di rumah sembelih atau abatoir. Sumber usus diambil sama ada dari rumah sembelih tempatan atau diimport dari luar negara. Beza kedua-dua sumber ini adalah, usus yang diimport dalam keadaan yang siap dibersihkan dan dalam keadaan bergaram, serta bersedia untuk memasuki proses pertama di Wet Division. Sebaliknya bagi usus dari rumah sembelih tempatan pula, usus perlu dibersihkan terlebih dahulu di abatoir bagi membuang segala najis dan kotoran, sebelum dibersihkan sekali lagi di kilang bagi membuang segala lemak dan kotoran yang masih ada.139

Setelah dibersihkan, terdapat dua pilihan sama ada untuk memproses segera usus tersebut atau menyimpan usus untuk diproses pada masa akan datang. Usus yang perlu diproses segera akan melalui proses penghancuran lemak. Sebaliknya, bagi usus yang ingin disimpan, ia perlu melalui proses penggaraman untuk membuang segala air sebelum disimpan di bilik beku yang telah ditetapkan pada suhu 15°C. Namun sekiranya, usus yang telah disimpan tadi perlu diproses, ia perlu dinyahgaramkan terlebih dahulu sebelum memasuki proses sebenar di Wet Division, iaitu penghancuran lemak.140

Kemudian, usus yang pada asalnya dalam bentuk satu tiub, akan melalui pembelahan kepada dua bahagian berdasarkan diameter yang perlu dihasilkan. Setelah itu, usus tersebut akan melalui proses pelunturan. Proses ini melibatkan pelbagai jenis bahan kimia yang digunakan bagi melunturkan dan mewarnakan usus. Tamat proses pelunturan, usus akan masuk ke proses penggelungan, di mana gelung dari material

139 Nor Ezanda Mamat (Eksekutif Produksi, Worldwide Medivest Sdn. Bhd.), dalam temu bual dengan pengkaji, 1 Disember 2015.

nilon akan diikat pada kedua-dua hujung usus mengikut ukuran yang telah ditetapkan, sekitar 1.7 meter.141

Apabila kesemua stok usus pada ketika itu selesai digelungkan, usus akan melalui proses pintalan yang awal untuk menyingkirkan air dan bahan kimia yang ada pada usus tadi. Usus akan berpintal dan berpilin dengan bantuan mesin. Setelah itu dalam proses pewarnaan pula, usus akan diwarnakan menggunakan bahan kimia. Warna yang dihasilkan dapat membezakan antara usus yang digunakan untuk menghasilkan sutur katgut biasa atau sutur katgut kromik. Bahan-bahan kimia yang digunakan, seperti asid kromik sebenarnya turut mempunyai fungsi dalam menambahkan kekuatan benang dan melanjutkan profil penyerapan sutur dalam badan. Kemudian, sekali lagi usus akan dipintalkan dalam proses pintalan terakhir bagi menghasilkan benang mengikut diameter yang dikehendaki. Perbezaan antara pintalan awal dengan pintalan akhir adalah dari segi bilangan pintalan yang dibuat pada usus semasa ia diputarkan. Akhir sekali, barulah usus tersebut disimpan sama ada untuk jangka pendek iaitu selama semalaman sebelum masuk ke dry division atau disimpan untuk jangka panjang selama bertahun-tahun.142

3.6.2 Dry Division

Langkah yang terlibat di Dry Division dimulakan dengan proses penggilapan usus menggunakan kertas pasir. Ia bertujuan melicinkan permukaan benang supaya tidak ada permukaan yang tidak rata. Kemudian, disusuli pula dengan proses pemilihan bagi menentukan diameter luar (OD) benang yang akan dihasilkan menggunakan tolok. Dalam proses pengasahan pula, batu sungai digunakan untuk mengasah permukaan usus bagi mendapatkan benang yang benar-benar mengikut saiz yang dikehendaki sebelum

141 Ibid.

masuk ke proses terakhir di Dry Division yang melibatkan pengiraan benang sutur yang terhasil.143

3.6.3 Clean Division

Setelah selesai pengiraan benang sutur yang terhasil di Dry Division, ia akan dihantar ke

Clean Division. Perkara utama yang dilaksanakan di sini adalah percantuman jarum

yang dibuat secara manual. Proses percantuman jarum dengan benang dilakukan dalam keadaan yang sangat ketat dan dikawal dari aspek kebersihan tempat dan personel bertugas. Pekerja perlu memakai pakaian khas semasa bertugas. Setelah benang dan jarum dicantumkan, ia akan digulungkan untuk dimasukkan ke dalam kantung aluminium sebelum dihantar ke Sterile Division.144

3.6.4 Sterile Division

Di sini, benang sutur yang telah dimasukkan ke dalam kantung aluminium akan disteril. Terdapat dua kebuk pensterilan, iaitu kebuk Ethidium Oksida. Pertama benang sutur akan disteril dalam kebuk pensetrilan yang pertama dan kemudian isopropil alkohol145 atau dipanggil dosyl akan dimasukkan ke dalam kantung aluminium tadi. Penyuntikan alkohol ini bertujuan untuk memelihara benang dari terurai.

Kemudian, kantung aluminium akan ditutup rapat sebelum melalui proses penstrilan terakhir di kebuk pensterilan yang kedua. Setelah tamat proses di Sterile

Division, kantung-kantung aluminium yang telah disteril akan memasuki Over-Wrapping Division.

143 Ibid.

144 Noorizan Ismail (Eksekutif Kawalan Kualiti, Worldwide Medivest Sdn. Bhd.), dalam temu bual dengan pengkaji, 1 Disember 2015.

145 C3H80. Cecair bening mudah terbakar yang serupa dengan etil alkohol dan propil alkohol, digunakan dalam persediaan ubat-ubatan untuk kegunaan luar, antibeku, kosmetik dan sebagai pelarut.

3.6.5 Over Wrapping Division

Bahagian ini adalah bahagian terakhir yang terlibat dalam rantaian bekalan sutur katgut di kilang. Semua sutur yang telah disteril akan dibungkus dalam kotak-kotak kecil, dilabel dan dimasukkan ke dalam karton untuk dan akhirnya dihantar ke gudang.146