• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1: PENDAHULUAN

1.9 Metodologi Kajian

1.9.1 Metode Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, data yang dikumpul adalah berbentuk kualitatif (temu bual, video, buku, jurnal, standard, fatwa dan sebagainya) dan kuantitatif (eksperimen). Kajian ini telah menggabungkan kedua-dua Kajian Perpustakaan (Library Research) dan Kajian Lapangan (Field Research).

1.9.1.1 Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan, yang menggunakan metode dokumentasi, adalah suatu teknik yang diguna pakai bagi mengumpul bukti dan data menerusi kajian terhadap rekod dan dokumen. Proses pengumpulan data dilaksanakan melalui penyelidikan dan pembacaan tehadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan isu-isu yang dikaji. Data dan maklumat yang dikumpul dalam kajian ini merangkumi pelbagai sumber dalam bentuk buku, jurnal, tesis, kertas kerja, akta, dokumen standard, dokumen polisi, artikel, laporan, risalah, laman web, ucapan dan video.

Asas kajian ini melibatkan penggunaan sumber material yang diperoleh daripada kitab-kita turath dalam disiplin tafsir, hadis dan juga fiqh di samping rujukan terhadap artikel jurnal, prosiding, buku, akhbar, majalah, makalah dan sebagainya.

Pengumpulan data melalui metode dokumentasi telah dijalankan dengan mengunjungi beberapa pusat sumber dan perpustakaan, antaranya:

i. Perpustakaan Utama, Universiti Malaya

ii. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya iii. Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya

iv. Perpustakaan Perubatan, Universiti Malaya v. Perpustakaan SIRIM, Shah Alam

vi. Pusat Maklumat Perniagaan MATRADE vii. Perpustakaan IAIS, Petaling Jaya

viii. Perpustakaan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Data-data yang telah dikumpul dari dokumen yang diperoleh akan dibaca, diteliti, dianalisis dan akhirnya dirumus serta disimpulkan bagi menjawab persoalan dan masalah kajian yang terlibat. Kaedah pengumpulan data melalui kajian ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan dengan isu yang dikaji inilah yang dinamakan metode dokumentasi.

1.9.1.2 Kajian Lapangan

Kajian lapangan melibatkan dua kaedah utama iaitu temu bual dan ujikaji makmal. Kedua-dua kaedah ini membantu pengkaji mendapatkan maklumat berkenaan kepentingan dan penggunaan sutur dari perspektif sains.

1.9.1.2.1 Metode Temu bual

Data diperoleh dengan menemu bual beberapa informan berkaitan isu penggunaan sutur dalam bidang perubatan dari kedua-dua aspek sains dan Islam. Metode ini dilaksanakan secara bersemuka dengan informan. Data berbentuk perkataan atau ayat dikumpul melalui temubual yang direkod dalam bentuk audio. Temu bual separa struktur telah dijalankan dengan informan sekitar satu jam. Berikut merupakan informan yang terlibat dalam temu bual kajian:

Jadual 1.1: Senarai Informan

Informan Topik

(i) Pakar Perubatan:

Mariam Hj. Mohd Nasir Pegawai Kejururawatan

Penggunaan sutur katgut dalam prosedur perubatan. En Amrahi Buang

Pegawai Farmasi

Pusat Perubatan Universiti Malaya

MS 2424:2012

Dr Shairul ‘Azam Sahar Ketua Unit Perubatan Pusat Kesihatan UiTM

Penggunaan sutur katgut dalam prosedur perubatan.

Dr Rose Nani Yahya

Ketua Unit Kesihatan Mulut Pusat Kesihatan UiTM

Penggunaan sutur katgut dalam prosedur perubatan.

Dr Hj Lokman Mustapha Klinik Asuza

Masjid Tanah Melaka

Penggunaan sutur katgut dalam prosedur perubatan.

Dr Zain Klinik Dr Zain

Penggunaan sutur katgut dalam prosedur perubatan.

(ii) Pakar Hukum & Isu Halal:

SS Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

Aspek fiqh dan hukum

Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid

Jabatan Fiqh & Usul al-Fiqh

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Aspek fiqh dan hukum

Prof Dr Arif Ali Arif Jabatan Fiqh & Usul al-Fiqh UIAM

Aspek fiqh dan hukum

Dr Saadan Man Jabatan Fiqh & Usul Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya (UM) Dr Luqman Abdullah Jabatan Fiqh & Usul Akademi Pengajian Islam UM

Aspek fiqh dan hukum

(iii) Pihak Pengilang Peranti Perubatan:

Pn Norshakira Ramli Eksekutif Halal

Worldwide Medivest Sdn. Bhd (WMSB)

Penghasilan peranti perubatan

En Nor Ezanda Bin Mamat Eksekutif Halal

WMSB

Penghasilan peranti perubatan

(iv) Pihak Penguatkuasa:

Idamazura binti Idris Ketua Penolong Pengarah,

Unit Perancangan, Pembangunan Dasar dan Pre-Market, Bahagian Kawalan Peralatan Perubatan KKM

Aspek kualiti peranti

perubatan

Pn Shamsiah Binti Aziz Penolong Pengarah Hab Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Penilaian aspek halal bagi produk sutur

Pn Khairunnisa Binti Che Omar Penolong Pengarah

Bahagian Hab Halal JAKIM

Penilaian aspek halal bagi produk sutur

Pn Norhafezah Hanem Binti Halim Penolong Pengarah

Bahagian Hab Halal JAKIM

Penilaian aspek halal bagi produk sutur

En Ahmad Solihin Maryakon Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Penilaian aspek halal bagi produk sutur

Temu bual melibatkan lebih banyak stakeholder yang telah dikenalpasti untuk membantu aspek pengumpulan data. Dalam kajian ini, penting untuk mengekalkan perspektif yang luas dan tidak hanya tertumpu pada hanya beberapa stakeholder untuk membangunkan garis panduan peranti perubatan halal. Sebarang langkah penyelesaian dan nilai stakeholder perlu dihubungkan, difahami dan saling dipersetujui dalam kalangan stakeholder yang terlibat dalam jangka hayat sesuatu peranti perubatan.

Bagi mengenal pasti stakeholder dalam pembangunan garis panduan peranti perubatan halal, model perniagaan dan penghasilan produk peranti perubatan perlu difahami sebaiknya. Walau bagaimanapun, pendekatan untuk mendapatkan input daripada kedua-dua kumpulan stakeholder dilihat relevan dalam kajian ini. Antaranya, pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, pengilang peranti perubatan, pengamal perubatan dan sarjana hukum. Pihak tertinggi setiap organisasi telah memberikan kebenaran untuk menjalankan temu bual di jabatan-jabatan yang telah ditetapkan.

1.9.1.2.2 Metode Ujian Makmal

Selain metode temu bual, ujian makmal turut dijalankan bagi menganalisis kandungan DNA sutur. Ujian makmal dijalankan ke atas sampel sutur yang dikumpul dari beberapa hospital, pengilang dan pengedar. Kandungan DNA sutur dapat dikesan melalui dua langkah utama bermula dengan pengekstrakan sampel asid deoksiribonukleik DNA sutur dan menjalankan kaedah konvensional Reaksi Rantai Polimerase (PCR). Walau bagaimanapun, teknik pengekstrakan DNA bagi sampel sutur masih belum dibangunkan dan diterbitkan secara spesifik untuk dijadikan panduan oleh pengkaji.

Oleh itu, tiga kaedah pengekstrakan DNA sedia ada telah dicuba dan dibandingkan bagi mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengekstrak DNA daripada sutur, iaitu Kit Pengekstrakan DNA Makanan (GF-1 Food DNA Extraction kit),86 Kit Pengekstrakan DNA Tumbuhan GF-1 (GF-1 Plant DNA Extraction kit)87 dan Metode Konvensional Fenol: Kloroform (Conventional Phenol:Chloroform).88 Kualiti DNA sutur yang diekstrak dianalisis menggunakan Nanodrop v 1000. Setelah DNA diekstrak, pengkaji akan menjalankan PCR menggunakan kit Porcine Trace PCR v2.0. untuk mengesan kandungan DNA sutur sama ada mengandungi unsur haiwan vertebrata, porsin atau tumbuhan. DNA sutur dapat diekstrak dan dikesan dalam masa 3 jam. Maklumat lanjut berkaitan mengenai teknik pengekstrakan DNA sutur dihuraikan di dalam Bab 4.