• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3: SUTUR KATGUT: PENGGUNAAN DAN ISU-ISU HALAL

3.2 Sutur Katgut

Perkataan katgut berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “catgut” yang sebenarnya muncul dari perkataan “kitgut”. Pada awalnya, perkataan “catgut” menimbulkan kekeliruan apabila timbul anggapan bahawa benang sutur berasal dari usus kucing. Perkataan “cat” tidak bermakna kucing tetapi merupakan violin atau alatan muzik bertali yang juga disebut “kit”. “Cat” juga merupakan singkatan bagi cattle yang merujuk segala jenis haiwan ternakan seperti lembu, biri-biri, kambing, kuda, babi dan sebagainya.1

Oleh itu, sutur katgut adalah benang yang dihasilkan daripada kolagen dari usus kecil biri-biri, kambing atau lembu.2 Ia mengekalkan 40% kekuatan tegangan pada hari ketujuh dan diserap sepenuhnya dalam masa dua minggu.3 Rawatan sutur katgut dengan garam kromium akan memanjangkan tempoh ketahanan sutur katgut sehingga 14 hari

1 Chennakkattu Krishna Sadasivan Pillai & Chandra P. Sharma, "Review Paper: Absorbable Polymeric Surgical Sutures: Chemistry, Production, Properties, Biodegradability, and Performance," 304.

2 Mohan H Kudur et al., "Sutures and Suturing Techniques in Skin Closure." 426.

dan melambatkan penyerapan sekitar tiga minggu.4 Keadaan ini berbeza apabila suhu lebih tinggi kerana kehilangan kekuatan tegangan dan penyerapan sutur berlaku lebih cepat. Sutur katgut mempunyai kelebihan untuk meresap dengan cepat tanpa perlu dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ini juga meningkatkan kereaktifan tisu dan kehilangan kekuatan sutur dengan cepat. Sifat ini dianggap sebagai kelemahan penggunaan sutur katgut.5

Sejarah penghasilan katgut sepanjang 150 tahun lalu mencatatkan perkembangan menarik dari pelbagai kesan penggunaan berisiko tinggi sehingga menjadi suatu prosedur rutin. Perkembangan ini hasil kajian berterusan terhadap pelbagai faktor yang mempengaruhi pesakit sehingga hari ini6 terutamanya kemajuan teori dan teknologi amalan pembedahan.7

Katgut akan terserap dalam tubuh badan manusia disebabkan tindak balas enzim proteolitik oleh sel fagosit8 dan sel-sel lain. Enzim sel kolagenase dan protease lama-kelamaan akan terurai dan menyingkirkan sutur yang berasaskan gabungan unsur kolagen yang menyebabkan kehilangan kekuatan katgut dengan pantas pada tempoh kritikal penyembuhan luka dan lebih tinggi dari tindak balas tisu pada tahap normal.9 Sutur katgut mengekalkan kekuatan regangannya untuk tempoh empat ke lima hari pertama. Setelah dua minggu kekuatan tersebut berkurangan.10

4 Julio Hochberg, Kathleen Meyer & Michael Marion, "Suture Choice and Other Methods of Skin Closure," The Surgical Clinics of North America 89 (2009), 628.

5 Bradley Bloom & DJ Goldberg, "Suture Material in Cosmetic Cutaneous Surgery," Journal of

Cosmetic and Laser Therapy : Official Publication of the European Society for Laser Dermatology 9

(2007), 42.

6 Ulrich A. Dietz et al., "On the 100th Anniversary of Sterile Catgut Kuhn: Franz Kuhn (1866–1929) and the Epistemology of Catgut Sterilization," 2276.

7 Ibid.

8 Sel seperti sel darah putih, yang memusnahkan mikroorganisma atau benda asing seperti bakteria bagi tujuan melindungi tubuh dari jangkitan.

9 T. Okada, T. Hayashi & Y. Ikada, "Degradation of Collagen Suture in Vitro and in Vivo,,"

Biomaterials 13 (1992), 448.

3.2.1 Kandungan Asas Sutur Katgut

Kadungan asas sutur katgut adalah kolagen, yang merupakan juzuk utama pada kulit dan merupakan sumber utama gelatin. Kolagen merupakan struktur protein utama yang boleh ditemui dalam semua organisma multisel. Namun dalam penghasilan sutur katgut, kolagen diperoleh dari usus kecil pelbagai haiwan ternakan, seperti lembu dan kambing. Bergantung kepada sifat yang diperlukan untuk menghasilkan sutur katgut, bahan mentah boleh diambil dari beberapa tempat pada usus. Ini kerana kolagen yang ada pada usus mempunyai pelbagai orientasi berbeza di setiap lapisan.11

Rajah 3.1 menunjukkan keratan rentas lapisan usus. Muskularis eksternal ialah lapisan dinding salur makanan yang terletak di antara submukosa dan serosa yang terdiri daripada satu lapisan gentian otot memanjang dan satu lapisan gentian otot bulat. Vilus ialah unjuran halus pada lapisan dalam usus kecil yang berfungsi menambah luas permukaan untuk menyerap makanan tercerna. Bahagian ini terdiri daripada satu lapisan sel epitelium yang dapat menyerap nutrien dan cecair. Di dalamnya terdapat salur darah dan lakteal.

Rajah 3.1 : Keratan Rentas Saluran Usus

Sumber: http://www.uoguelph.ca/zoology/devobio/210labs/endol.html

11 Chih-Chang Chu, J. Anthony von Fraunhofer & Howard P. Greisler, Wound Closure Biomaterials and

Devices(CRC Press, 1997). 68. Muskularis eksternal Submukosa Membran mukus Serosa Vilus

Setelah mendapatkan bahagian usus yang sesuai, ia dirawat dengan pelbagai larutan di dalam proses berasaskan air bagi menyingkirkan semua komponen kecuali kolagen. Kolagen kemudiannya akan dikumpulkan dan diikat bersama-sama sebelum dikeringkan.12

Peratusan kolagen dalam jahitan sutur menentukan kekuatan ketegangan dan keupayaan untuk diserap oleh tubuh pesakit tanpa mengakibatkan sebarang kememudaratan. Material yang tidak berkolagen didakwa menimbulkan tindak balas seperti kerengsaan sehingga membawa kepada penyingkiran sutur. Semakin tinggi kandungan kolagen pada suatu material benang sutur, semakin kurang bahan asing yang wujud pada luka pesakit. Terdapat pengusaha yang menghasilkan sutur katgut yang mengandungi antara 97% dan 98% kolagen asli.13 Bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh United States Pharmacopeia (USP), usus yang diproses daripada lapisan submukosa dari kambing atau lapisan serosa dari lembu dipintal dan digilapkan menjadi bentuk multifilamen dalam pelbagai saiz.

3.2.2 Sifat Sutur Katgut

Sutur katgut bersifat lembut dan memegang simpulan dengan baik. Sifat utama yang dimiliki oleh sutur katgut adalah kebolehannya untuk terurai dan meresap ke dalam badan. Katgut juga merupakan medium kultur yang baik dan menggalakkan sepsis.14 Oleh itu, tidak digalakkan untuk menggunakan sutur katgut melebihi keperluan serta meninggalkan hujung simpulan sutur terlalu panjang.15 Sutur katgut monofilament yang

12 Ibid.

13 DemeTECH, "Demetech Sutures,"(USA).

lebih halus tidak mempunyai risiko sebegini. Ini menjadikan ia sering dipilih oleh kebanyakan pengamal perubatan. 16

Sutur katgut biasa tidak mampu memberi sokongan kepada percantuman luka yang kukuh untuk tempoh yang lama. Jadi, penggunaan sutur katgut tidak boleh sama sekali digunakan untuk mengikat vesel yang besar dan usus. Sebaliknya untuk vesel dan usus adalah disyorkan supaya dijahit menggunakan sutur sutera dan sutur katgut kromik.17