• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN LITERATUR

Rajah 2. 5: Proses Pembentukan Domain Konsep Kendiri (Osborne & Jones, 2011) Memberi

2.3 Teori Kognitif Tingkah laku (CBT)

Teori CBT telah dipelopori oleh psikologis Albert Ellis dan Aaron T. Beck (Corey, 2009). Melalui teori asal tingkah laku ini beberapa pakar telah menghasilkan beberapa mazhab sendiri seperti CBT (Cognitive Behavioral Therapy) dan CT (Cognitive Therapy). Sungguhpun terdapat perbezaan falsafah dalam mazhab kognitif teori tingkah laku, menurut Corey (2009) teknik yang digunakan dalam teori kognitif dan tingkah laku ini masih berasaskan teknik REBT. Kajian ini dilihat lebih bersesuaian dengan Teori CBT memandangkan pendekatan teori CBT cenderung menggunakan pemikiran dan tingkah laku dalam membantu melakukan perubahan dalam diri individu.

Teori ini percaya bahawa masalah yang dihadapi oleh individu adalah berpunca daripada diri mereka sendiri, bermula dengan apa yang ada dalam pemikiran seseorang (Gowers & Green, 2009). Pemikiran merupakan proses yang berlaku dalam kognitif atau minda seseorang. Hakikatnya pemikiran berhubung rapat dengan tingkah laku dan emosi. Corey (2009) mengatakan ketiga-tiga elemen ini saling berinteraksis antara satu sama lain. Namun begitu, Ellis menegaskan dalam banyak pemulisannya bahawa fokus utama teori ini adalah pemikiran klien dan tingkah lakunya berbanding dengan emosi klien (Melati et. al., 2014).

Teori CBT berpendapat setiap manusia mempunyai potensi untuk menjadi individu yang rasional atau tidak rasional. Menurut Corey (2009; 2011) individu sendiri menentukan dirinya untuk menjadi gembira, merasakan kesempurnaan, disayangi dan menyayangi. Pada masa yang sama individu yang memilih untuk menjadi sebaliknya seperti sedih dan menyekat diri sendiri untuk berkembang dengan baik. Oleh yang demikian, CBT mempunyai peranan tersendiri dalam membantu mengembangkan

potensi klien. Keutamaan matlamat CBT adalah mengajar individu menerima diri mereka seadanya di samping memberi peluang kepada diri untuk belajar dan membetulkan kesilapan, tanpa menyalahkan diri atau orang lain, melalui pembentukan pemikiran.

Pada dasarnya, apa yang difikir akan memberikan kesan kepada emosi, tingkah laku yang lazimnya akan mempengaruhi fisiologi. Pemikiran mempengaruhi tingkah laku. Tingkah laku pula mempengaruhi fizikal lalu menghasilkan perubahan fisiologi. Sebaliknya, fisiologi memberikan kesan kepada fizikal yang menyumbang kepada perubahan tingkah laku, sementara tingkah laku secara tidak langsung mempengaruhi proses pemikiran. Proses ini berhubung kait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain lalu meletakkan individu dalam “masalah” yang mereka alami.

CBT percaya masalah yang timbul dalam diri individu adalah berasaskan kepada tiga penyumbang utama, iaitu faktor biologi, faktor sosial dan pengaruh gangguan yang diterima oleh seseorang. Menurut Melati et. al. (2014) faktor biologi merujuk kepada fisiologi manusia yang mempengaruhi pemikiran individu, lebih cenderung menjadi rasional atau tidak rasional. Di samping pengalaman yang telah dilalui, sejarah penyakit yang berhubung dengan mental menjadi punca individu berfikiran rasional atau sebaliknya.

Manakala faktor sosial pula adalah bagaimana hubungan individu dengan persekitarannya. Hubungan ini termasuklah pergaulan individu dengan ahli keluarga, rakan-rakan di sekolah atau ditempat kerja dan sebagainya. Interinteraksi individu dengan ahli sosial di sekelilingnya bakal membentuk pengalaman contohnya pujian, kejian, penerimaan atau penolakan (dalam hubungan) dan kata-kata positif atau negatif.

Dalam hal ini, menurut Melati et. al. (2014) konsep kendiri individu membantunya untuk bertahan. Bagi individu yang banyak bergantung kepada pengaruh luaran akan lemah dan terkesan dengan penilaian orang lain terhadap dirinya. Manakala individu yang lebih bergantung kepada dalaman dirinya tidak menjadikan pengaruh luaran sebagai penentu untuk dirinya. Pengalaman hubungan sosial ini antara faktor yang mempengaruhi pemikiran rasional individu.

Di samping faktor biologi dan sosial, faktor pengaruh gangguan turut dipercayai sebahagian daripada punca individu tidak berfikiran rasional. CBT melihat sesetengah orang lebih mudah menerima gangguan berbanding orang lain. Pengaruh gangguan ini berhubung rapat dengan faktor biologi dan sosial. Sekiranya individu telahpun terganggu dari aspek biologi atau sosial, individu berkenaan lebih berpotensi dan lebih mudah dipengaruhi oleh ganggungan tidak rasional ini. Golongan individu yang mudah menerima pengaruh gangguan ini biasanya menjadikan beberapa istilah sebagai pegangan hidup mereka misalnya istilah “saya mesti”, “saya sepatutnya”, “saya harus” atau “saya perlu”. Sekiranya individu melalui kegagalan, maka istilah-istilah yang berkenaan menjadi gangguan kepada mereka. Ringkasnya, CBT mempercayai bahawa faktor biologi, sosial dan pengaruh gangguan merupakan punca individu tidak stabil dan berfikiran tidak rasional.

Pemikiran atau kepercayaan, emosi dan tingkah laku seseorang lazimnya dipengaruhi oleh peristiwa dan pengalaman yang ditempuhi individu. Meskipun begitu, Debson (2009) berpendapat bahawa pemikiran bukanlah minda prasedar atau di bawah sedar. Pemikiran adalah sepenuhnya dalam kesedaran manusia dan boleh dikawal dan dibentuk. Dengan menyediakan suasana yang permisif misalnya sokongan kelompok, akan menggalakkan perkembangan konsep kendiri individu. Asas pendekatan CBT

adalah penggunaan pemikiran atau kognitif disebabkan pemikiran merupakan asas mengapa individu mengalami sesuatu perasaan dan emosi yang diketengahkan. Maka pengubahsuaian pemikiran atau penstrukturan semula pemikiran adalah fokus utama dalam usaha untuk mengubah individu (Lam, 2008). Penstrukturan pemikiran secara tidak langsung akan menyebabkan unsur yang berhubung dengan pemikiran iaitu emosi, tingkah laku dan fisiologi turut berubah (Branch & Willson, 2007). Sekiranya pemikiran baharu dibina, secara tidak langsung tingkah laku dan kesan fizikal yang baharu bakal terbentuk.

Penstrukturan semula pemikiran ini melibatkan beberapa tindakan, sebagaimana yang dicadangkan oleh Corey (2011) iaitu:

(a) mengakui diri yang bertanggungjawab atas masalah emosi yang dialami (b) menerima hakikat bahawa diri sendiri yang berupaya dan mampu

mengubah masalah yang dialami

(c) mengaku bahawa masalah emosi yang dialami disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional

(d) mengenal pasti kepercayaan yang tidak rasional

(e) menilai secara positif jika kepercayaan tersebut dipertikai

(f) menerima hakikat bahawa perubahan dalam diri perlu bermula daripada perubahan pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasioanal, yang melibatkan perubahan dalam tingkah laku dan emosi individu

Model proses ini dapat memberikan gambaran bagaimana proses perlaksanaan Teori CBT dalam membantu individu, sebagaimana dalam Rajah 2.5 yang berikut:

Rajah 2. 6: Pengubahsuaian pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam diri merujuk