• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOROTAN KAJIAN

2.3 Konsep Perlakuan Inovatif

Perlakuan inovatif ialah tingkah laku kerja yang berinovasi dalam organisasi sebagai penciptaan, pengenalan dan aplikasi idea baru secara disengajakan dalam peranan kerja, kumpulan atau organisasi demi kebaikan prestasi peranan, kumpulan atau organisasi berkenaan (Janssen, 2000b). Menurut Woodman, Sawyer, and Griffin (1993) perlakuan inovatif boleh didefinasikan sebagai kreatif dan berorientasikan perubahan kerana ia melibatkan penciptaan produk, servis, idea, prosedur dan proses baru. Organisasi perlu kreatif dan berinovasi, tumpuan peranannya diberi kepada pemimpin untuk membuat perbezaan dalam kejayaan usaha kreatif tersebut (Mumford & Licuanan, 2004). Bagi menjadi kreatif organisasi perlu menjalani proses pembelajaran. Perlakuan inovatif boleh diterjemah sebagai mencipta idea baru

55

yang tidak pernah digunapakai dan mampu memberi perubahan dan hasil yang lebih baik. Ianya perlu mempunyai proses yang berterusan.

Barret dan Sexton (1998), memberi pendapat bahawa perlakuan inovatif adalah memberi keaktifan kepada generasi dan mampu mengimplementasikan idea baru di mana mampu melonjakkan kejayaan keseluruhan organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Di Malaysia umpamanya, kerajaan telah menyarankan supaya tenaga pengajar dan pihak pengurusan pendidikan menjadi lebih proaktif, reflektif, kreatif dan inovatif bagi meningkatkan keberkesanan (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, 1995).

Kajian yang dijalankan oleh Nik Azida Abd. Ghani (2007) pula, telah mendedahkan ungkapan daripada Bekas Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad dalam ucapan perasmiannya di Seminar Pendidikan Swasta pada tahun 2000, menyeru supaya Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berusaha ke arah menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menawarkan perkhidmatan serta produk kepada klien mereka. Malah, menurut beliau, inovasi serta penghasilan pengetahuan dalam kalangan pekerja untuk memastikan kualiti produk dan perkhidmatan yang berterusan di IPTS telah menjadi fokus pendidikan negara (Musa Muhammad, 2000).

Seseorang yang inovatif melalui tiga peringkat dalam proses inovasi (Kanter, 1988). Peringkat pertama, individu tersebut mengenal pasti masalah dan menjana

56

idea atau penyelesaian bagi masalah tersebut. Pada peringkat kedua, individu tersebut membiaya dan membina kumpulan yang menyokong idea yang dicetuskan. Pada peringkat ketiga, individu yang inovatif akan menyempurnakan idea tersebut dengan menghasilkan satu prototaip atau model yang boleh dilaksanakan atau digunakan secara produktif (Kanter, 1988). Mereka perlu berani untuk mencuba idea baru dan membuat perubahan mengikut keperluan semasa (Lee, 2004). Pendapat ini disokong oleh Spreitzer dan Quinn (2001) yang menyatakan bahawa organisasi memerlukan pengetahuan, idea, tenaga dan kreativiti daripada setiap pekerja untuk berdaya saing dalam persekitaran yang dinamik. Pengupayaan dapat mengakibatkan pekerja lebih bersedia menerima perubahan, lebih inovatif dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru (Spreitzer & Quinn, 2001).

Menurut Nik Azida Abdul Ghani (2007) lagi, inovasi serta penghasilan pengetahuan dalam kalangan pekerja untuk memastikan kualiti produk dan perkhidmatan yang berterusan di IPTS, telah menjadi fokus pendidikan negara. Penggabungan IPTS bagi mengoptimumkan sumber dan kepakaran dapat mempertingkat daya saing IPTS (Musa Muhammad, 2000). Mengikut Meriam Ismail (2005), kajian mengenai tahap inovasi IPTS perlu dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan kepentingan inovasi dalam sektor ini. Menurut beliau, tahap inovasi di IPTS perlu diketahui bagi memudahkan IPTS mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing dan seterusnya berusaha mengekalkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan tersebut. Maka demikian sekolah-sekolah di Malaysia juga perlu membuat kajian mengenai tahap inovasi atau pelakuan inovatif guru-guru bagi

57

berkongsi kekuatan dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada untuk memantapkan gelagat kerja sesebuah organisasi sekolah itu sendiri.

Perlakuan inovatif mungkin terhasil daripada reaksi individu ke atas beban kerja yang tinggi. Pekerja cuba menyesuaikan diri dengan beban kerja yang tinggi ini dengan menjana, mempromosi dan melaksanakan idea-idea untuk mengubahsuai diri atau persekitaran kerja (Janssen, 2000b). Abdul Ghani et al. (2007), telah membuat kesimpulan menerusi kajian mereka iaitu pemimpin yang berpemikiran adalah pemimpin yang sentiasa di sempadan ilmu dan meneroka idea, dapatan dan celik akal baru. Mereka berani membawa inovasi dengan mengambil risiko, berani menegur secara rasional kepada para guru yang tidak mencapai sasaran dan pada masa yang sama, tidak kedekut memberi pujian secara personal kepada mereka yang berdaya maju. Di samping itu, melalui pengamalan keadilan organisasi pula, beliau berkomunikasi secara terbuka, menyelesaikan konflik secara bersemuka, mempromosikan pasukan kerja, menghormati harga diri, menyediakan data analisis agihan kerja, mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan kerja individu, memberi tunjuk ajar dan pengayaan kerja, mengamalkan tindakan tatatertib dan kebajikan, serta mengkaji selidik semangat kerja subordinat secara berterusan.

58 2.3.1 Teori-teori Perlakuan Inovatif

Teori-teori perlakuan inovatif merujuk kepada Teori Kognitif Sosial Bandura (Bandura, 1986) dan Teori Keperluan Maslow (Maslow, 1954; Maslow, Frager, & Fadiman, 1970). Huraiannya seperti berikut;

2.3.1.1 Teori Kognitif Sosial Bandura

Teori ini telah diasaskan oleh Albert Bandura (Bandura, 1986). Teori ini menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Keadaan lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola pembelajaran sosial ini. Situasi ini dapat disamakan dengan persekitaran organisasi di sekolah misalnya yang akan mempengaruhi perlakuan inovatif guru apabila terdapatnya kesan keadilan organisasi dan kepercayaan organisasi dan pemimpin (Sagnak, 2012; Wood & Bandura, 1989). Bandura mengenal pasti empat unsur utama dalam teori ini yang menggerakkan perlakuan inovatif seseorang individu;

i) Perhatian – pembelajaran atau perlakuan inovatif hanya berlaku jika ada tumpuan perhatian.

ii) Mengingat – proses mengingat atau penyimpanan maklumat, pengorganisasian fikiran, pengulangan symbol.

59

iii) Reproduksi – kecekapan mengulangi tingkah laku orang lain bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati, serta kemahiran inovatif mengingat dengan tepat.

iv) Motivasi – peneguhan langsung misalnya pujian, peneguhan secara tidak langsung misalnya melihat orang lain menerima hadiah atau ganjaran dan peneguhan diri iaitu merujuk kepada kepunyaan konsep kendiri yang positif.

2.3.1.2 Teori Keperluan Maslow

Teori ini telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow pada 1954 menyatakan bahawa manusia mempunyai lima keperluan yang disusun mengikut hierarki. Keperluan asas manusia adalah keperluan fisiologi seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Tahap kedua adalah keperluan keselamatan diri. Keperluan tahap ketiga adalah keperluan sosial. Selepas itu, manusia akan memenuhi keperluan ego dan penghormatan diri. Keperluan tertinggi adalah keperluan kepada kesempurnaan kendiri (Maslow et al., 1970).

Teori ini diaplikasikan dalam bagi memenuhi motivasi seseorang pekerja dengan membekalkan keperluan-keperluannya seperti gaji dan elaun (fisiologi), keselesaan tempat kerja dan insurans (keselamatan diri), bekerja dalam kumpulan (sosial), kebebasan dan keyakinan (ego) serta pengembangan diri (kesempurnaan

60

kendiri). Teori ini yang merujuk apabila keperluan seseorang subordinat yang berada dalam sesebuah organisasi dipenuhi maka tingkah laku atau perlakuan inovatif mereka secara kendirinya akan terangsang di samping faktor-faktor lain iaitu keadilan organisasi dan kepercayaan organisasi dan pemimpin (Hofstede, 1980).