• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 4.1: Nilai Skewness dan Kurtosis Untuk Setiap Item Kajian

4.5 Pengujian Hipotesis

Dalam kajian ini, sebanyak lima hipotesis utama dalam bentuk Hipotesis Nul (Ho) telah dibentuk untuk menguji kebenaran dan aras signifikan pada aras keertian p<.05. Sehubungan itu, teknik analisis regresi berganda telah digunakan untuk menguji kesemua hipotesis tersebut.

122

Ho1: Tidak terdapat pengaruh keadilan organisasi di sekolah rendah terhadap kepercayaan (organisasi dan kepimpinan guru besar).

Dapatan kajian daripada Jadual 4.12 menunjukkan bahawa kesemua variabal-variabel keadilan organisasi telah menyumbang sebanyak 26 peratus perubahan varians dalam kepercayaan terhadap organisasi. Sementara itu, dapatan analisis regresi berganda juga turut menunjukkan bahawa hanya kepercayaan organisasi bagi dimensi interpersonal sahaja ( =.41; p=.00) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepercayaan organisasi pada aras p<.05. Dapatan ini membuktikan bahawa keadilan organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepercayaan organisasi berdasarkan interpersonal.

Sementara itu, hasil analisis regresi berganda bagi mengenal pasti pengaruh keadilan organisasi terhadap kepercayaan terhadap kepimpinan guru besar menunjukkan variabel-variabel keadilan organisasi telah menyumbang sebanyak 64 peratus perubahan varians dalam kepercayaan terhadap kepimpinan guru besar. Manakala hanya tiga dimensi keadilan organisasi didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepercayaan kepimpinan guru besar iaitu dimensi keadilan pengagihan ( =.15; p=.00); keadilan interpersonal ( =.43; p=.00); dan keadilan informasi ( =.23; p=.00) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepercayaan kepimpinan guru besar pada aras p<.05. Dapatan ini menunjukkan bahawa keadilan organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepercayaan kepimpinan guru besar.

123

Berdasarkan kepada keputusan-keputusan di atas maka hipotesis Ho1 adalah ditolak.

Jadual 4.12:

Dapatan Nilai Regresi Beta yang Standard (ß) untuk Kepercayaan Kepercayaan Peramal Organisasi ß Pemimpin ß Keadilan Pengagihan .03 .15** Keadilan Prosedur .03 .11 Keadilan Interpersonal .41** .43* Keadilan Informasi .08 .23** Nilai R² .27 .65 Nilai R² Terlaras .26 .64 Nilai F 43.94* 217.72** Nota: *p< .05, **p< .01.

Ho2: Tidak terdapat pengaruh keadilan organisasi di sekolah rendah terhadap perlakuan inovatif guru.

Dapatan kajian daripada Jadual 4.13 menunjukkan bahawa variabel-variabel keadilan organisasi yang dikaji telah menyumbang sebanyak 4 peratus perubahan varians dalam perlakuan inovatif dimensi penjanaan idea baru, 2 peratus perubahan varians dalam dimensi mempromosi idea baru, dan 4 peratus perubahan varians dalam dimensi merealisasi idea baru.

Sementara itu, dapatan kajian menunjukkan hanya satu dimensi keadilan organisasi iaitu keadilan informasi sahaja mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif penjanaan idea baru. Dalam hal ini, dimensi keadilan

124

informasi ( =.17; p=.01) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif penjanaan idea baru pada aras p<.05.

Selain itu, bagi aspek perlakuan inovatif mempromosi idea baru pula didapati dimensi keadilan interpersonal ( =.15; p=.00) dan keadilan informasi ( =.12; p=.00) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif dimensi mempromosi idea baru pada aras p<.05.

Seterusnya, bagi aspek perlakuan inovatif merealisasi idea baru pula didapati hanya dimensi keadilan informasi ( =.13; p=.03) sahaja didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif dimensi merealisasi idea baru pada aras p<.05.

Dapatan analisis regresi juga turut menunjukkan bahawa keadilan organisasi didapati mempunyai pengaruh yang signfikan terhadap perlakuan inovatif guru secara keseluruhannya. Maka dengan keputusan–keputusan ini membolehkan hipotesis Ho2 ditolak.

125 Jadual 4.13:

Dapatan Nilai Regresi Beta yang Standard (ß) untuk Dimensi Keadilan Organisasi dan Perlakuan Inovatif Guru

Perlakuan Inovatif Guru

Peramal INOVATIF1 (ß) INOVATIF2 (ß) INOVATIF3 (ß)

Keadilan Pengagihan -.15 -.06 -.06 Keadilan Prosedur .06 -.05 .08 Keadilan Interpersonal .10 .15** .09 Keadilan Informasi .17** .12* .13** Nilai R² .05 .03 .05 Nilai R² Terlaras .04 .02 .04 Nilai F 6.39 3.81 6.25 Nota: *p< .05, **p< .01.

INOVATIF1=Menjana Idea Baru, INOVATIF2=Promosi Idea Baru, INOVATIF3=Merealisasi Idea Baru

Ho3: Tidak terdapat pengaruh kepercayaan organisasi dan kepimpinan guru besar di sekolah rendah terhadap perlakuan inovatif guru.

Dapatan kajian daripada Jadual 4.14 menunjukkan bahawa variabel-variabel kepercayaan organisasi dan kepimpinan guru besar yang dikaji telah menyumbang sebanyak 3 peratus perubahan varians dalam perlakuan inovatif dimensi penjanaan idea baru, 2 peratus perubahan varians dalam dimensi mempromosi idea baru, dan 5 peratus perubahan varians dalam dimensi merealisasi idea baru.

Sementara itu, dapatan kajian menunjukkan hanya satu sahaja dimensi kepercayaan organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif guru. Dalam hal ini, dimensi kepercayaan organisasi ( =.13; p=.02) sahaja

126

didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif penjanaan idea baru pada aras p<.05.

Sementara itu, bagi aspek perlakuan inovatif mempromosi idea baru pula didapati hanya dimensi kepercayaan kepimpinan guru besar ( =.11; p=.04) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif dimensi mempromosi idea baru pada aras p<.05.

Akhir sekali ialah bagi perlakuan inovatif dimensi merealisasi idea baru pula didapati juga dimensi kepercayaan kepimpinan guru besar ( =.17; p=.00) sahaja didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif dimensi merealisasi idea baru pada aras p<.05.

Dapatan analisis regresi juga turut menunjukkan bahawa kepercayaan organisasi dan kepercayaan kepimpinan guru besar didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif guru secara keseluruhannya. Maka dengan keputusan–keputusan ini membolehkan hipotesis Ho3 ditolak.

127 Jadual 4.14:

Dapatan Nilai Regresi Beta yang Standard (ß) untuk Kepercayaan dan Perlakuan Inovatif Guru

Perlakuan Inovatif Guru

Peramal INOVATIF1 (ß) INOVATIF2 (ß) INOVATIF3 (ß)

Kepercayaan Organisasi .13* .06 .10 Kepercayaan Pemimpin .09 .11* .17** Nilai R² .04 .03 .05 Nilai R² Terlaras .03 .02 .05 Nilai F 8.86 3.81 13.74 Nota: *p< .05, **p< .01.

INOVATIF1=Menjana Idea Baru, INOVATIF2=Promosi Idea Baru, INOVATIF3=Merealisasi Idea Baru

Ho4: Tidak terdapat peramal yang terbaik (signifikan) faktor keadilan organisasi, kepercayaan (organisasi dan kepimpinan guru besar) terhadap perlakuan inovatif guru.

Bagi menguji hipotesis ini, penyelidik telah menggunakan tiga kaedah analisis regresi berganda. Pada peringkat pertama penyelidik telah menggunakan analisis regresi berganda kaedah enter dengan memasukkan kesemua variabel bebas atau peramal terhadap variabel bersandar. Seterusnya bagi menentukan peramal yang terbaik antara variabel bebas yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap variabel bersandar maka analisis regresi berganda kaedah step wise telah digunakan. Hasil analisis regresi berganda tersebut dipaparkan dalam jadual 4.15 di sebelah.

128 Jadual 4.15:

Dapatan Nilai Regresi Beta yang Standard (ß) untuk Peramal yang terbaik Terhadap Perlakuan Inovatif Guru

Perlakuan Inovatif Guru

Peramal INOVATIF1 (ß) INOVATIF2 (ß) INOVATIF3 (ß)

Keadilan Pengagihan -.15* -.07 -.09 Keadilan Prosedur .06 -.06 .06 Keadilan Interpersonal .04 .11 .01 Keadilan Informasi .16* .10 .09 Kepercayaan Organisasi .12* .05 .09 Kepercayaan Pemimpin .02 .05 .13 Nilai R² .06 .03 .05 Nilai R² Terlaras .05 .02 .05 Nilai F 5.17 2.79 5.36 Nota: *p< .05, **p< .01.

INOVATIF1=Menjana Idea Baru, INOVATIF2=Promosi Idea Baru, INOVATIF3=Merealisasi Idea Baru

Peramal yang terbaik terhadap perlakuan inovatif guru berdasarkan menjana idea baru

Dapatan daripada Jadual 4.15 di atas menunjukkan bahawa terdapat tiga variabel bebas yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perlakuan inovatif guru berdasarkan menjana idea baru serta muncul sebagai peramal. Variabel-variabel tersebut adalah analisis keadilan pengagihan (β = -.15, p=.02); keadilan informasi (β = .16, p=.01) dan kepercayaan organisasi (β = .12, p=.03).

129

Namun begitu hasil analisis lanjutan (Jadual 4.16) dengan menggunakan regresi berganda kaedah step wise terhadap variabel-variabel peramal tersebut pula menunjukkan bahawa variabel keadilan informasi telah muncul sebagai peramal yang terbaik terhadap perlakuan inovatif guru berdasarkan menjana idea baru. Hal ini adalah kerana keadilan informasi memperoleh nilai β yang tertinggi iaitu sebanyak .20 berbanding permal-peramal yang lain.

Jadual 4.16:

Dapatan peramal yang terbaik terhadap perlakuan inovatif guru berdasarkan menjana idea baru

Peramal Step1 (ß) Step 2 (ß) Step 3 (ß) Keadilan Informasi .20 .15 .20 Kepercayaan Organisasi - .12 .14 Keadilan Pengagihan - - -.11 Nilai R² .04 .05 .06 Nilai R² Terlaras .04 .05 .05

Nota: semua nilai ß adalah signifikan pada aras p< .01.

Ho5.1: Tidak terdapat pengaruh moderasi kepercayaan terhadap kepimpinan guru besar terhadap hubungan antara keadilan organisasi dan perlakuan inovatif (Penjanaan Idea baru)

Dalam bidang Sains Sosial penambahan varians antara 1% hingga 3% membolehkan sesuatu variabel itu dikatakan mempunyai pengaruh moderator (Champoux & Peters, 1987). Bagi menguji hipotesis ini, penyelidik telah menggunakan kaedah analisis regresi pelbagai hierarkikal yang melibatkan tiga

130

langkah atau modul. Hasil analisis regresi pelbagai hierarkikal tersebut dipaparkan dalam jadual di bawah.

Melalui dapatan dari Jadual 4.17 menunjukkan bahawa interaksi penambahan bagi variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap pemimpin (AG X KP), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap pemimpin (PRO X KP) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap pemimpin (INF X KP) di dalam persamaan regresi dalam Model 3 menunjukkan perubahan dalam ’∆R² ’ iaitu sebanyak 1 peratus dan menghasilkan nilai signifikan bagi F dalam perlakuan inovatif guru berdasarkan dimensi penjanaan idea baru (F = 3.57: p <.05; F = 7.17: p <.05; F = 8.42: p <.05). Dapatan tersebut menerangkan bahawa interaksi antara variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap pemimpin (AG X KP), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap pemimpin (PRO X KP) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap pemimpin (INF X KP) telah menyebabkan peningkatan dalam varians terhadap variabel bersandar (penjanaan idea baru). Keputusan ini membolehkan kepercayaan pemimpin bertindak sebagai moderator terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan penjanaan idea baru.

131 Jadual 4.17:

Dapatan pengaruh moderasi kepercayaan pemimpin terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan penjanaan idea baru

Ho5.2: Tidak terdapat pengaruh moderasi kepercayaan terhadap kepimpinan guru besar terhadap hubungan antara keadilan organisasi dan perlakuan inovatif (Promosi Idea baru)

Melalui dapatan dari Jadual 4.18 menunjukkan bahawa interaksi penambahan bagi variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap pemimpin (AG X KP), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap pemimpin (PRO X KP), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap pemimpin (INT X KP) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap pemimpin (INF X KP) di dalam persamaan regresi dalam Model 3 menunjukkan perubahan dalam ’∆R² ’ iaitu sebanyak 1 dan 2 peratus keadaan ini menghasilkan nilai signifikan bagi F dalam perlakuan inovatif guru

Model Variabel Bebas Kandungan

Change

Keputusan

∆R² ∆F

1 Keadilan Pengagihan (AG) .01 .01 1.13

.01 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .03 .02 12.62

3 AG X KP .04 .01 3.57

1 Keadilan Prosedur (PRO) .02 .02 10.79

.01 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .03 .01 6.72

3 PRO X KP .04 .01 7.17

1 Keadilan Interpersonal (INT) .03 .03 12.13

- -

2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .03 .00 6.75

3 INT X KP .03 .00 6.42

1 Keadilan Informasi (INF) .04 .04 19.34

.01 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .04 .00 9.95

3 INF X KP .03 .01 8.42

132

berdasarkan dimensi promosi idea baru (F = 4.10: p <.05; F = 6.66: p <.05; F = 6.40:

p <.05; F = 6.48: p <.05). Dapatan tersebut menerangkan bahawa interaksi antara

variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap pemimpin (AG X KP), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap pemimpin (PRO X KP), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap pemimpin (INT X KP) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap pemimpin (INF X KP) telah menyebabkan peningkatan dalam varians terhadap variabel bersandar (promosi idea baru). Keputusan ini membolehkan kepercayaan pemimpin bertindak sebagai moderator terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan promosi idea baru.

Jadual 4.18:

Dapatan pengaruh moderasi kepercayaan pemimpin terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan promosi idea baru

Model Variabel Bebas

Kandungan

Change

Keputusan

∆R² ∆F

1 Keadilan Pengagihan (AG) .01 .01 2.74

.01 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .02 .01 5.11

3 AG X KP .03 .01 4.10

1 Keadilan Prosedur (PRO) .01 .01 5.03

.02 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .02 .01 5.01

3 PRO X KP .04 .02 6.66

1 Keadilan Interpersonal (INT) .02 .02 10.71

.02 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .02 .00 5.88

3 INT X KP .04 .02 6.40

1 Keadilan Informasi (INF) .03 .03 12.01

.01 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .03 .00 6.73

3 INF X KP .04 .01 6.48

133

Ho5.3: Tidak terdapat pengaruh moderasi kepercayaan terhadap kepimpinan guru besar terhadap hubungan antara keadilan organisasi dan perlakuan inovatif (Realisasi Idea baru)

Melalui dapatan dari Jadual 4.19 menunjukkan bahawa interaksi penambahan bagi variabel keadilan prosedur X kepercayaan terhadap pemimpin (PRO X KP), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap pemimpin (INT X KP) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap pemimpin (INF X KP) di dalam persamaan regresi dalam Model 3 menunjukkan perubahan dalam ’∆R² ’ iaitu sebanyak 1, 2 dan 3 peratus keadaan ini menghasilkan nilai signifikan bagi F dalam perlakuan inovatif guru berdasarkan dimensi merealisasi idea baru (F = 11.00: p <.05; F = 11.30: p <.05; F = 13.07: p <.05). Dapatan tersebut menerangkan bahawa interaksi antara variabel keadilan prosedur X kepercayaan terhadap pemimpin (PRO X KP), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap pemimpin (INT X KP) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap pemimpin (INF X KP) telah menyebabkan peningkatan dalam varians terhadap variabel bersandar (merealisasi idea baru). Keputusan ini membolehkan kepercayaan pemimpin bertindak sebagai moderator terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan merealisasi idea baru.

134 Jadual 4.19:

Dapatan pengaruh moderasi kepercayaan pemimpin terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan merealisasi idea baru

Nota: *p< .05; **p<.0

Ho5.4: Tidak terdapat pengaruh moderasi kepercayaan terhadap organisasi terhadap hubungan antara keadilan organisasi dan perlakuan inovatif (Penjanaan Idea baru)

Melalui dapatan dari Jadual 4.20 menunjukkan bahawa interaksi penambahan bagi variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap organisasi (AG X KO), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap organisasi (PRO X KO), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap organisasi (INT X KO) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap organisasi (INF X KO) di dalam persamaan regresi dalam Model 3 menunjukkan perubahan dalam ’∆R² ’ iaitu sebanyak 1 peratus dan menghasilkan nilai signifikan bagi F dalam perlakuan inovatif guru berdasarkan

Model Variabel Bebas Kandungan

Change

Keputusan

∆R² ∆F

1 Keadilan Pengagihan (AG) .01 .01 6.33

- -

2 Kepercayaan Pemimpin

(KP) .05 .04 12.35

3 AG X KP .05 .00 10.18

1 Keadilan Prosedur (PRO) .03 .03 16.97

.03 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .05 .02 12.70 3 PRO X KP .08 .03 13.07 1 Keadilan Interpersonal (INT) .04 .04 18.16 .02 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin (KP) .05 .01 12.40 3 INT X KP .07 .02 11.30

1 Keadilan Informasi (INF) .04 .04 20.28

.01 Moderator 2 Kepercayaan Pemimpin

(KP) .05 .01 13.64

135

dimensi penjanaan idea baru (F = 8.02: p <.05; F = 8.22: p <.05; F = 9.78: p <.05; F = 11.30: p <.05). Dapatan tersebut menerangkan bahawa interaksi antara variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap organisasi (AG X KO), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap organisasi (PRO X KO), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap organisasi (INT X KO) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap organisasi (INF X KO) telah menyebabkan peningkatan dalam varians terhadap variabel bersandar (penjanaan idea baru). Keputusan ini membolehkan kepercayaan organisasi dapat bertindak sebagai moderator terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan penjanaan idea baru.

Jadual 4.20:

Dapatan pengaruh moderasi kepercayaan organisasi terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan penjanaan idea baru

Model Variabel Bebas Kandungan

Change

Keputusan

∆R² ∆F

1 Keadilan Pengagihan (AG) .00 .00 1.13

.01 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .03 .03 7.58

3 AG X KO .04 .01 8.02

1 Keadilan Prosedur (PRO) .02 .02 10.79

.01 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .03 .01 9.20

3 PRO X KO .04 .01 8.22

1 Keadilan Interpersonal (INT) .03 .03 12.13

.01 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .04 .01 9.08

3 INT X KO .07 .02 11.30

1 Keadilan Informasi (INF) .04 .04 19.35

.01 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .05 .01 12.57

3 INF X KO .06 .01 9.78

136

Ho5.5: Tidak terdapat pengaruh moderasi kepercayaan terhadap organisasi terhadap hubungan antara keadilan organisasi dan perlakuan inovatif (Promosi Idea baru)

Melalui dapatan dari Jadual 4.21 menunjukkan bahawa interaksi penambahan bagi variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap organisasi (AG X KO), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap organisasi (PRO X KO), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap organisasi (INT X KO) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap organisasi (INF X KO) di dalam persamaan regresi dalam Model 3 menunjukkan perubahan dalam ’∆R² ’ iaitu sebanyak 1 hingga 4 peratus dan menghasilkan nilai signifikan bagi F dalam perlakuan inovatif guru berdasarkan dimensi promosi idea baru (F = 6.83: p <.05; F = 7.52: p <.05; F = 9.05: p <.05; F = 10.61: p <.05). Dapatan tersebut menerangkan bahawa interaksi antara variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap organisasi (AG X KO), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap organisasi (PRO X KO), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap organisasi (INT X KO) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap organisasi (INF X KO) telah menyebabkan peningkatan dalam varians terhadap variabel bersandar (promosi idea baru). Keputusan ini membolehkan kepercayaan organisasi dapat bertindak sebagai moderator terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan promosi idea baru.

137 Jadual 4.21:

Dapatan pengaruh moderasi kepercayaan organisasi terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan promosi idea baru

Model Variabel Bebas Kandungan

Change

Keputusan

∆R² ∆F

1 Keadilan Pengagihan (AG) .01 .01 2.74

.03 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .02 .01 3.82

3 AG X KO .05 .03 7.52

1 Keadilan Prosedur (PRO) .01 .01 5.03

.03 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .02 .01 4.33

3 PRO X KO .05 .03 9.05

1 Keadilan Interpersonal (INT) .02 .02 10.71

.04 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .02 .00 6.05

3 INT X KO .06 .04 10.61

1 Keadilan Informasi (INF) .03 .03 12.01

.01 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .03 .00 7.07

3 INF X KO .04 .01 6.83

Nota: *p< .05; **p<.0

Ho5.6: Tidak terdapat pengaruh moderasi kepercayaan terhadap organisasi terhadap hubungan antara keadilan organisasi dan perlakuan inovatif (Realisasi Idea baru)

Melalui dapatan dari Jadual 4.22 menunjukkan bahawa interaksi penambahan bagi variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap organisasi (AG X KO), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap organisasi (PRO X KO), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap organisasi (INT X KO) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap organisasi (INF X KO) di dalam persamaan regresi dalam Model 3 menunjukkan perubahan dalam ’∆R² ’ iaitu sebanyak 2 peratus dan menghasilkan nilai signifikan bagi F dalam perlakuan inovatif guru berdasarkan

138

dimensi merealisasi idea baru (F = 10.68: p <.05; F = 11.11: p <.05; F = 11.92: p <.05; F = 12.47: p <.05). Dapatan tersebut menerangkan bahawa interaksi antara variabel keadilan pengagihan X kepercayaan terhadap organisasi (AG X KO), keadilan prosedur X kepercayaan terhadap organisasi (PRO X KO), keadilan interpersonal X kepercayaan terhadap organisasi (INT X KO) dan keadilan informasi X kepercayaan terhadap organisasi (INF X KO) telah menyebabkan peningkatan dalam varians terhadap variabel bersandar (merealisasi idea baru). Keputusan ini membolehkan kepercayaan organisasi dapat bertindak sebagai moderator terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan merealisasi idea baru.

Jadual 4.22:

Dapatan pengaruh moderasi kepercayaan organisasi terhadap hubungan antara keadilan organisasi dengan perlakuan inovatif guru berdasarkan merealisasi idea baru

Model Variabel Bebas Kandungan

Change

Keputusan

∆R² ∆F

1 Keadilan Pengagihan (AG) .01 .01 6.33

.02 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .04 .03 8.92

3 AG X KO .06 .02 10.68

1 Keadilan Prosedur (PRO) .03 .03 16.97

.02 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .05 .02 11.93

3 PRO X KO .07 .02 11.92

1 Keadilan Interpersonal (INT) .04 .04 18.16

.02 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .05 .01 11.63

3 INT X KO .07 .02 12.47

1 Keadilan Informasi (INF) .04 .04 20.28

.02 Moderator 2 Kepercayaan Organisasi (KO) .05 .01 13.51

3 INF X KO .07 .02 11.11

139 4.6 Kesimpulan

Bab ini telah melaporkan dapatan kajian berdasarkan analisis data kuantitatif. Analisis data kuantitatif dilakukan berdasarkan analisis statistik inferensi. Sehubungan itu analisis regresi berganda dan analisis regresi berganda berhierarki telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian, berikut adalah rumusan pengujian bagi kajian ini.

Jadual 4.23:

Rumusan Hipotesis Kajian

Hipotesis Penyataan Dapatan

Ho1 Tidak terdapat pengaruh keadilan

organisasi di sekolah rendah terhadap kepercayaan (kepimpinan guru besar dan organisasi).

Ditolak

Ho2 Tidak terdapat pengaruh keadilan

organisasi di sekolah rendah terhadap

perlakuan inovatif guru. Ditolak

Ho3 Tidak terdapat pengaruh kepercayaan

kepimpinan guru besar dan organisasi di

sekolah rendah terhadap perlakuan

inovatif guru.

Ditolak

Ho4 Tidak terdapat peramal yang terbaik

(signifikan) faktor keadilan organisasi, kepercayaan (kepimpinan guru besar dan organisasi) terhadap perlakuan inovatif guru.

Ditolak

Ho5 Tidak terdapat pengaruh moderasi

kepercayaan (kepimpinan guru besar dan organisasi) terhadap hubungan antara

keadilan organisasi (Pengagihan,

Prosedur, Interpersonal dan Informasi) dan perlakuan inovatif guru (Penjanaan Idea Baru, Promosi Idea Baru dan Realisasi Idea Baru) di sekolah rendah.

140 BAB 5